Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

LCROSS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
LCROSS
Kapal angkasa lepas LCROSS, lukisan artis
PengendaliNASA/Ames Research Center
Jenis misiPenghentam
Tarikh Berlepas2009-06-18 21:32:00 UTC
Kenderaan PelancarAtlas V 401
Kawasan PelancaranSLC-41Cape Canaveral
Tempoh misi18 Jun 2009 – 9 Oktober 2009
Lama: 3 bulan dan 25 hari
ID COSPAR2009-031B
Laman webhttp://www.nasa.gov/LCROSS
JisimLCROSS Shepherding Spacecraft: 621 kg (1,369 lb) (min.); Centaur semasa hentaman: 2,249 kg (4,958 lb) (min.)[1]
Unsur orbital
KeadaanElips tinggi
Tempoh orbit37 hari

Lunar CRater Observation and Sensing Satellite (LCROSS) ialah sebuahkapal angkasa lepas robot kendalianNASA. Ia dilancarkan bersama denganLunar Reconnaissance Orbiter (LRO) pada 18 Jun 2009, sebagai sebahagian daripadaLunar Precursor Robotic Program, misi pertamaAmerika Syarikat keBulan dalam tempoh 10 tahun. LCROSS dan LRO bersama-sama membentuk barisan hadapan kembalinya NASA ke Bulan,[2] dan dijangka mempengaruhi keputusankerajaan Amerika Syarikat sama ada untukmeneroka Bulan.

LCROSS direka untuk memerhatikan tahap atas roketCentaur yang telah digunakan, dengan jisim hentaman nominal 2,305 kg (5,081 lb), menghentam kawahCabeus[3] berhampiran kutub selatanBulan. LCROSS mengalami pincang tugas pada 22 Ogos, menghabiskan separuh bahan bakarnya dan meninggalkan sedikit sekali sisa bahan bakar di kapal angkasa itu.[4] Namun akhirnya, kapal angkasa ini berjaya menghentam Bulan pada 9 Oktober 2009, jam 11:31UTC, diikuti pengesannya beberapa minit kemudian.[5] Ia berjaya mengesan air di kawah kutub selatanCabeus.[6]

Keputusan

[sunting |sunting sumber]

Kehadiran air

[sunting |sunting sumber]

Pada 13 November 2009, NASA melaporkan beberapa garisan bukti bahawa air terdapat dalam kedua-dua kepulan wap sudut tinggi dan tirai lecitan yang terhasil oleh hentaman Centaur LCROSS. Kepekatan dan taburan air dan bahan lain memerluan analisis lanjut.[6] Pengesahan tambahan diperoleh dari pancaran dalam spektrum ultraungu yang mempunyai sifat serpihanhidroksil, terhasil daripada pemecahan air oleh cahaya matahari.[6]

Imejan

[sunting |sunting sumber]
Foto qamari LCROSS (23 Jun 2009)[7]
  • Salah satu imej pertama LCROSS menggunakan kamera cahaya tampak semasa mendekati Bulan.
    Salah satu imej pertama LCROSS menggunakan kamera cahaya tampak semasa mendekati Bulan.
  • Satu lagi imej Bulan menggunakan kamera cahaya tampak LCROSS.
    Satu lagi imej Bulan menggunakan kamera cahaya tampak LCROSS.
  • Imej Bulan dengan kamera inframerah LCROSS.
    Imej Bulan dengan kamera inframerah LCROSS.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"LRO/LCROSS Press Kit v2"(PDF). NASA. Dicapai pada2009-08-04.
  2. ^"Lunar Precursor Robotic Program". NASA. Dicapai pada2009-08-04.
  3. ^"NASA's LCROSS Mission Changes Impact Crater". NASA. 2009-09-29. Dicapai pada2009-09-29.
  4. ^Stephen Clark (25 Ogos 2009)."Managers mull options after moon mission malfunction". Spaceflight Now.
  5. ^Nasa team scours Moon crash data, BBC
  6. ^abcDino, Jonas (13 November 2009)."LCROSS Impact Data Indicates Water on Moon" (dalam bahasa Inggeris).NASA. Dicapai pada2009-11-14.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  7. ^"Visible light camera image during lunar swingby".NASA. 2009-06-23. Dicapai pada2009-08-10.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=LCROSS&oldid=2811860"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp