Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Carl Linnaeus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaL.)
Rencana inimemerlukanpetikan danrujukan tambahan untukpengesahan. Sila bantumemperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan kesumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dandipadam.
Cari sumber: "Carl Linnaeus" – berita ·akhbar ·buku ·sarjana ·JSTOR
(November 2018) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Carl Linnaeus (Carl von Linné)
PotretCarl von Linné,Alexander Roslin, 1775. Kini dimiliki dan dipamerkan diAkademi Sains Diraja Sweden.
Kelahiran(1707-05-13)13 Mei 1707 (lihat catatan rencana:[1])
Meninggal duniaJanuari 10, 1778(1778-01-10) (umur 70)
WarganegaraSweden
Pusat pendidikanUniversiti Lund
Universiti Uppsala
Universiti Harderwijk
Terkenal keranaTaksonomi
Ekologi
Botani
Kerjaya saintifik
BidangZoologi,Perubatan,Botani
Author abbrev. (botany)L.
Tandatangan
Catatan kaki / rujukan
Linnaeus menggunakan nama Carl von Linné setelah dikurniakan gelaranvon darikebangsawanan pada tahun 1761. Beliau merupakan bapa kepadaCarolus Linnaeus yang Muda.

Carl Linnaeus (dilatinkan sebagaiCarolus Linnaeus, gelarankebangsawananMengenai audio iniCarl von Linné (bantuan·maklumat),23 Mei[G.L.: 12 Mei]1707 – 10 Januari 1778) ialah seorang ahlibotani,fizik danzoologi berbangsaSweden yang mendirikan asas kepada skimtatanama binomial moden. Beliau dikenali sebagai bapa kepadataksonomi moden, serta juga dianggap sebagai seorang perintis ilmuekologi moden.

Linnaeus lahir di perkampunganSmåland, di kawasan selatan Sweden. Bapanya merupakan orang pertama sepanjang salasilah keluarganya yang menggunakan nama keluarga yang tetap; sebelum itu, nenek moyangnya menggunakan sistem penamaanpatronimik bangsa-bangsa Skandinavia (serupa dengan nama Melayu). Bapanya menggunakan nama kelatinan Linnaeus bersempena pokok linden di halaman rumah keluarganya. Linnaeus menerima kebanyakan pendidikan tingginya diUniversiti Uppsala dan mula mensyarah ilmubotani di situ pada tahun 1730. Beliau berdiam di luar negeri dari tahun 1735–1738, di mana beliau mengkaji dan juga menerbitkan edisi pertamaSystema Naturae di Belanda. Sekembalinya di Sweden, beliau menjadi profesor botani diUppsala. Pada 1740-an, beliau mengembara ke merata Sweden untuk mencari dan menggolongkan jenis tumbuhan dan haiwan. Pada 1750-an dan 60-an, beliau terus mengumpul dan menggolongkan haiwan, tumbuhan dan bahan galian, lalu menerbitkan beberapa jilid penyelidikan lagi. Ketika saat ajalnya, beliau dikenali di seluruh Eropah sebagai salah seorang ahli saintis yang tersohor ketika itu.

Ahli falsafah SwitzerlandJean-Jacques Rousseau mengutuskan serangkap surat kepada Linnaeus: "Beritahunya saya tidak mengenali sesiapa yang lebih hebat di bumi."[2] Penulis JermanJohann Wolfgang von Goethe menulis: "KecualiShakespeare danSpinoza, saya tidak mengenali sesiapa yang sudah meninggal yang begitu besar pengaruhnya kepada saya."[2] Penulis SwedenAugust Strindberg menulis: "Hakikatnya, Linnaeus ialah seorang pemuisi yang kebetulan pula menjadi ilmuwan alam".[3]

Dalam bidang botani, singkatan penulis yang digunakan untuk menandakan Linnaeus sebagai penentu nama spesies adalah sekadarL.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^“Carl Linnaeus lahir Råshult, Småland, pada 13 Mei 1707 (gaya Sweden) atau 23 Mei mengikut takwim zaman sekarang.” Petikan:Linnaeus the child byUppsala University. Mengikutkalendar Julius, beliau lahir pada 12 Mei.
  2. ^ab"What people have said about Linnaeus", Uppsala University website "Linné on line" English language version.
  3. ^Linnaeus deceased Uppsala University website "Linné on line" English language version.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Carl Linnaeus.
Ikon tunas

Rencana berkenaanbiografi ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Carl_Linnaeus&oldid=4480007"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp