Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Kustantiniyah

Koordinat:41°00′49″U28°57′18″T / 41.01361°U 28.95500°T /41.01361; 28.95500
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kustantiniyah
قسطنطینیه
Κωνσταντινούπολις atau Κωνσταντινούπολη(Yunani)Constantinopolis(Latin)
Peta Kustantiniyah
Ralat Lua pada baris 591 di Modul:Peta_lokasi: Nilai koordinat tidak sah: Modul:Peta_lokasi:420: Nilai koordinat salah bentuk.
Nama alternatifByzantion, Miklagard/Miklagarth, Tsargrad, Basileuousa (Queen of Cities), Megalopolis (the Great City)
LokasiIstanbul,Wilayah Istanbul,Turki
WilayahThrake
Koordinat41°00′49″U28°57′18″T / 41.01361°U 28.95500°T /41.01361; 28.95500
JenisKota empayar
Luas6 km2 (2.3 bt2) dipagari dalam Dinding Konstantaniah14 km2 (5.4 bt2) dipagari dalam Dinding Theodosius
Sejarah
PembinaMaharajaConstantine Agung
Diasaskan330 SM
ZamanPurba Akhir hinggaZaman Pertengahan Akhir
BudayaRom,Byzantine
Peta Constantinople

Kustantiniyah (Turki Uthmaniyah:قسطنطینیهKostantiniyye,Latin:Constantinopolis,Yunani:Κωνσταντινούπολις atau singkatnya Πόλις,Polis,bahasa Inggeris:Constantinople) merupakan nama lama bagiIstanbul. Bandar ini pernah dikuasai dan menjadi pusat pemerintahan empayar-empayarRom danByzantium sebelum ditawan oleh kerajaanEmpayar Uthmaniyah. Bandar ini pernah dikenali sebagaiByzantium tetapi dinamakan semula sempena MaharajaConstantinus I yang membina semula dan membangunkannya pada 330 M. Ia dinamakan semula kepada nama sekarangIstanbul pada 1930[1][2] sebagai sebahagian dari pembaharuanAtatürk untuk Turki.

Semasa zaman Empayar Byzantium, bandar ini mengalami kemajuan dan kemakmuran dan merupakan pusat keagamaanKristian Ortodoks. Kustantiniyah masih lagi merupakan pusat pentadbiran Gereja Kristian Ortodoks sehingga hari ini. Dalam pemerintahan MaharajaJustinian I, bangunan agungHagia Sophia dibina.

Pada 1453,Sultan Muhammad al-Fatih telah menyerang dan berjaya menawan Constantinopolis/Kustantiniyah. Baginda sultan kemudiannya telah membina semula bandar ini yang menjadi pusat pentadbiran kerajaanEmpayar Uthmaniyah dari 1453 hingga 1922.

Penamaan

[sunting |sunting sumber]

Nama tempat ini merupakan penyerapan nama diberikan dalambahasa Arab iaituقسطنطنيةQusṭanṭinīyyah dari nama sebelumnya dalamYunani:ΚωνσταντινούπολιςKōnstantinoúpolis. Nama ini turut dipinjamkan kepada bahasa-bahasa berikut:[3]:224

Nama Arab ini dalam terus dipakai dalam kerasmianempayar Uthmaniyah lagi-lagi berikutanpenaklukan kota tersebut pada tahun 1453.[4] Sebutan mengenai kota ini dalam persuratanberbahasa Melayu muncul pertama kali dalam sepucuk surat bertarikh 17 Safar 1321 Hijriah atau 15 Mei 1903 Masihi diutuskanSultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin darikerajaan Brunei kepadaSultan Abdul Hamid II yang memerintah kerajaan Uthmaniyah pada ketika itu dengan tujuan memohon bantuan atau pertolongan Uthmaniyah merebutkan kembaliDaerah Limbang yang diambilKerajaan Sarawak diperintahRajaCharles Brooke 13 tahun sebelumnya iaitu pada tahun 1890.[5][6]:322-325

...tersembah surat ini datang mengadap ke bawah qadām[7] Yang Maha Mulia Seri Paduka Maulana al-Sulṭān al-Muʿaẓẓam Malik al-ʿArab wa-al-ʿAjam Maulānā al-Sulṭān ʿAbd al-Ḥamīd ibn Almarhum Maulānā al-Sulṭān ʿAbd al-Mājid Khān al-Ghāzī yang bersemayam di atas tahta kerajaan di dalam negeriQustantiniyah,[8] mudah-mudahan dipeliharakan Allah dari fitnah dunia dan akhirat...

Nama ini turut diabadikan dalamHikayat Perang Setambul yang menceritakan penglibatan bala tenteraSultan Abdul Majid I dalamPerang Krimea dengan penuh menyanjung:[9][10]:168-169, appdx. 236-237

Adalah konon akan ceteranya
Seorang raja sangat besarnya
Abd al-Murad Khan nama sultannya
Kustantiniyah konon nama negerinya.

Nama Yunani asalnyaKonstantinopolis (atau bentukLatin:Constantinopolis) yang diberikan sempena pengasas kota tersebut,Maharaja Constantinus Agung yang memerintahEmpayar Rom Timur. Ia mula digunakan secara rasmi dalam catatan zamanTheodosius II.[11]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Kota ini didirikan atas tapak sebuah kota yang sudah ada sebelumnya iaituByzantium merangkumi pesisiran darat dariEropah keAsia dan laluan antaraLaut Hitam keLaut Mediterranean dengan sebuah pelabuhan yang besar dan masyhur di Tanduk Emas; ia didirikan pada permulaan masa peluasan kuasa orang-orang YunaniMegara pada 657 SM.[12]

324–337 M: Pembinaan semula kota Constantinopolis

[sunting |sunting sumber]
Mozek Constantine dengan Constantinople

MaharajaConstantinus I yang memerintahEmpayar Rom Timur memiliki perancangan hebat dalam segala bidang. Setelah memulihkan kesatuan kerajaan, dan karena sedang melakukan reformasi besar dalam pemerintahan serta mensponsori konsolidasi masyarakat Kristian yang sangat ditindaspada zaman-zaman sebelumnya, dia sungguh-sungguh sadar akan keterbatasan Roma sebagai sebuah ibu kota. Roma terlalu jauh dari garis-garis perbatasan, dan oleh karena itu jauh pula dari angkatan bersenjata dan dewan kerajaan. Roma tidak diminati sebagai lahan bermain bagi para politisi yang berseberangan dengan pemerintah. Tetapi Roma telah menjadi ibu kota negara selama seribu tahun, dan tampak tak terpikirkan untuk memindahkan ibu kota ke tempat lain. Meskipun demikian, Constantinus melihat Bizantium sebagi lokasi yang tepat untuknya bertakhta dengan adanya ciir pertahanan yang matang, dan memiliki kemudahan akses ke sungai-sungaiDanube danFurat tempat mendapatkan bekalan makanan dari kebun ladang yang subur dan bengkel-bengkel yang canggih di Asia lalu dapat diisi di perbendaharaan diraja.

Kota baharu ini yang diberi nama Constantinopolis (nama bahasa Latin dituturkan kerajaan itu) dibangun selama enam tahun, dan diresmikan pada 11 Mei 330.[13] Constantinus membahagi kota yang diperluas itu menjadi 14 kawasan seperti Roma serta menghiasinya dengan kemudahan-kemudahan selayak sebuah metropolis kerajaan.[14] Akan tetapi, mula-mula, Roma baru Constantinus tidak memiliki semua kemuliaan Roma lama; kota ini ditadbir seorangproconsul, bukannya seorangprefaector tanpa kakitanganpraetor,tribunus, ataupunquaestor. Parasenatornya hanya bergelarclarus, bukanclarissimus, seperti di Roma. Constantinopolis juga tidak memiliki jajaran administratif yang mengatur bekalan sumber makanan, tenaga kerja penjaga perbandaran, patung-patung, kuil-kuil, saluran-saluran kumbahan dan air bersih, atau kemudahan umum lainnya. Program baru pembangunan diselenggarakan dengan tergesa-gesa: Tiang-tiang, pualam-pualam, daun-daun pintu, dan ubin-ubin dipindahkan secara langsung dari kuil-kuil kerajaan ke kota baru itu. Dengan cara yang sama, banyak karya seni Yunani dan Romawi segera terlihat di alun-alun dan jalan-jalan. Baginda maharaja turut mendorong pendirian bangunan-bangunan pribadi dengan cara menjanjikan kepada para pemilik bangunan hadiah lahan dari tanah negara diAsiana danPontica, dan pada 18 Mei 332 beliau mengumumkan bahawa bekalan makanan akan disalurkan secara percuma kepada warga kota sebagaimana halnya di Roma. Konon saat itu jumlahnya mencapai 80,000 ransum sehari, disalurkan dari 117 titik agihan di seluruh kota.[15]

Constantinus membuka alun-alun baru di pusat kota tua Bizantium, menamakannyaAugustaeum. Dewan senat (atau Curia) yang baru ditempatkan di sebuah basilika di sebelah timur alun-alun. Di sebelah selatannya berdiriistana agung maharaja dengan gerbangnya yang megah,Chalke, dan aula upacaranya yang dikenal sebagaiIstana Daphne. Tak jauh dari situ terdapatHippodromos, tempat pacuan kuda yang mampu menampung 80.000 penonton, danpemandian Zeuxippus yang terkenal. Di sisi barat Augustaeum berdiriMilion, sebuah monumen berlengkung yang bertindak sebagai pusat titik mula mengukur jarak perjalanan ke seluruh Kekaisaran Romawi Timur.

Dari Augustaeum terbentang sebuah jalan raya,Mese dipagari jajaran tiang. Karena membentang turun dari bukit pertama dan naik ke bukit kedua, jalan ini melintasi sisi kiriPraetorium atau Gedung Kehakiman. Kemudian melintasiForum Constantinus yang berbentuk oval tempat dewan senat kedua dan sebuahtiang tinggi yang dipuncaknya tegak sebuah arca Constantinus dalam rupaHelios, bermahkota sebuah lingkaran suci dengan tujuh berkas sinar dan menghadap ke arah matahari terbit. Dari sana Mese melintasi Forum Taurus, kemudian Forum Bous, dan akhirnya naik ke bukit ketujuh (atau Xerolophus) melewati Gerbang Kencana diTembok Constantinus. Setelah pendirianTembok Theodosius pada abad ke-5, Mese diperpanjang sampai keGapura Kencana yang baru. Panjang keseluruhannya mencapai tujuhbatu.[16]

Prefek Kota Constantinopolispertama yang diketahui adalahHonoratus, yang menjabat sejak 11 Desember 359 sampai 361.Maharaja Valens membangun IstanaHebdomon di tepianPropoltis dekatGapura Kencana, kemungkinan besar untuk digunakan pada saat pemeriksaan pasukan. Semua maharaja sampai denganZeno danBasiliscus dinobatkan dan diumumkan di Hebdomon.Theodosius I membangunGereja Yohanes Pembaptis sebagai tempat penyimpanan tengkorakorang suci itu (sekarang disimpan diIstana Topkapı di Istanbul, Turki), mendirikan sebuah tugu peringatan atas dirinya di Forum Taurus, dan merombak reruntuhan kuilAphrodite untuk dijadikan sebuah gudang keretaPrefek Pretoria;Arcadius membangun sebuah Forum baru yang dinamakan menurut namanya sendiri di Mese, dekat tembok-tembok Konstantinus.

Pengaruh Constantinopolis lambat-laun meredup. Setelah diguncang olehPertempuran Adrianopel pada 378, di mana maharajaValens beserta pasukan-pasukan Romawi terbaik dihancurkan oleh kaumVisigoth hanya dalam beberapa hari saja, Constantinopolis mulai memperhatikan pertahanannya, danTheodosius II membangunTiga Lapis Tembok Pertahanan setinggi 18 Meter (60 Kaki) pada 413-414, yang tidak dapat ditembus sampai munculnya serbuk mesiu. Theodosius juga membangun sebuahuniversiti berdekatan Forum Taurus, pada 27 Februari 425.

Sekitar zaman ini,Uldin, seorang pemimpin kaumHun, muncul di Danube dan bergerak maju ke Thrace, namun dia dikhianati oleh banyak pengikutnya, yang menyeberang ke pihak Romawi dan memukul mundur raja mereka kembali ke utara sungai itu. Karena kejadian ini, tembok-tembok baru didirikan untuk mempertahankan Konstantinopel, dan armada di Danube ditingkatkan.

Sementara itu, kaumBarbar menguasai dan memusnahkan kerajaan Rom Barat: manakala lari keRavenna, dan kerajaannya binasa. Setelah peristiwa ini, Konstantinopolis benar-benar menjadi kota terbesar di Kekaisaran Romawi sekaligus di dunia. Raja-raja tidak lagi beralih dari satu ibu kota ke ibu kota lainnya tetapi kini tetap bersemayam di istananya dalam kota besar itu sambil mengutus para panglima baginda memimpin bala tentera pimpinan mereka. Kemakmuran Mediterania Timur dan Asia Barat mengalir masuk ke Constantinopolis.

1453: Penawanan dan penguasaan oleh Sultan Al-Fatih

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Kejatuhan Kustantiniyah

Sultan Muhammad al-Fatih daripihak Uthmaniyah berjaya merampas kota ini dari pihak Byzantium dalamsuatu pertempuran hebat, baginda turut mengarahkan imamnya melaungkanazan dalam gerejaHagia Sophia yang menjadi tempat tumpuan utama kerajaan Kristian ini merasmikan pembukaan kota ini kepada tentera Islam, gereja ini kemudiannya ditukarkan fungsinya menjadi sebuahmasjid.[17][18]

Dari pengambilalihan ini sultan al-Fatih mula merancang pertahanan baharu kota taklukannya (kini diberi namaQustantaniyyah /Ḳosṭanṭīnīye). Pembinaan segera dilakukan setelah tawanan-tawanan perang dibawa keluar dari kota tersebut melibatkan pembaikan bentang kota, kubu pertahanan dan suatu istana yang baharu.[19] Baginda sultan turut mengeluarkan titah membenarkan umat-umat Islam, Kristian dan Yahudi menduduki semula kota tersebut dengan bayaranzakat ataujizyah dikenakan ke atas mereka;[19] banyak yang menduduki kota ini turut termasuk tahanan perang dan orang buangan kerajaan Uthmaniyah.[20] Pada 1459, baginda sultan mengeluarkan titah izin membenarkan orang Yunani kembali keQustantaniyyah.[20]

Taraf hidup kota ini sepanjang zaman Uthmaniyah boleh dibandingkan agak sama dengan kota-kota lain serata benua Eropah.[21]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^BBC - Timeline: Turkey
  2. ^Britannica, Istanbul
  3. ^İnalcık, Halil (1997). "Istanbul". Dalam van Donzel, E.; Lewis, B.; Phellat, Charles (penyunting).Encyclopaedia of Islam.4 (ed. ke-2). Leiden: Brill. m/s. 224–248.ISBN 9789004057456.
  4. ^G. Necipoğlu. "From Byzantine Constantinople to Ottoman Kostantiniyye: Creation of a Cosmopolitan Capital and Visual Culture under Sultan Mehmed II" Ex. cat. "From Byzantion to Istanbul: 8000 Years of a Capital", June 5 – September 4, 2010, Sabanci University Sakip Sabanci Museum, Istanbul. Istanbul: Sakip Sabanci Museum, 2010 p. 262
  5. ^Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos (28–29 Ogos 2017), "Dari Brunei Ke Turki: Kajian Warkah Perutusan Sultan Hashim Jalilul Aqmaddin Ke Hadapan Majlis Sultan Abdul Hamid Ii Pada Tahun 1903 Dalam Usaha Mempertahankan Kedaulatan Brunei Melalui Dasar Pan-Islamisme (Al-Jami'ah Al-Islamiyyah) Kesultanan Uthmaniyyah",Seminar Kajian Manuskrip Borneo 2017, Pusat Sejarah Brunei Bandar Seri BegawanCS1 maint: date format (link)
  6. ^Ismail Hakkı Kadı; Peacock, A.C.S. (2019). "2: Royal Correspondence and Appeals for Help, 1824–1905".Ottoman-Southeast Asian Relations: Sources from the Ottoman Archives. Leiden, Belanda: Brill. m/s. 75–327.ISBN 9789004409996.
  7. ^kadam, "ke bawah"
  8. ^ejaan Jawi asal, pada baris keempat dalammanuskrip:قسطنطینیه
  9. ^Ermy Azziaty Rozali (Disember 2016)."Manuskrip 'Hikayat Perang Setambul' dan 'Hikayat Peperangan Al-Maulana Sultan Istanbul Yang Bernama Abdul Hamid Khan': sejarah peperangan daulah Turki Uthmaniyah dan Rusia".Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies. Universiti Kebangsaan Malaysia.43 (2): 23–50.ISSN 2180-0251.
  10. ^Braginsky, Vladimir (2015). "5: Two Hundred Years after the First Embassy: Ottoman Turkey, Its Worthless Western Allies and Russian Enemies – the Worst of the Kāfirs".The Turkic-Turkish Theme in Traditional Malay Literature. Leiden, Belanda: Brill. m/s. 155–194.ISBN 978-90-04-29070-9.
  11. ^Necdet Sakaoğlu (1993/94a): "İstanbul'un adları" ["The names of Istanbul"]. In: 'Dünden bugüne İstanbul ansiklopedisi', ed. Türkiye Kültür Bakanlığı, Istanbul.
  12. ^Room, Adrian (2006).Placenames of the World: Origins and Meanings of the Names for 6,600 Countries, Cities, Territories, Natural Features, and Historic Sites (ed. 2nd). Jefferson, N.C.: McFarland & Company. m/s. 177.ISBN 978-0-7864-2248-7.
  13. ^Koin-koin peringatan yang dikeluarkan pada era 330-an sudah menyebut kota ituKonstantinopolis (lihat, mis., Michael Grant,The climax of Rome (London 1968), hal. 133), atau "Kota Konstantinus". MenurutReallexikon für Antike und Christentum, Jilid 164 (Stuttgart 2005), kolom 442, tidak ada bukti untuk tradisi bahwa Konstantinus secara resmi menjuluki kota ini "Roma baru" (Nova Roma). Mungkin saja sang kaisar menyebut kota ini "Roma kedua" (Yunani:Δευτέρα Ῥώμη,Deutéra Rhōmē) dengan dekret resmi, seperti yang dicatat oleh sejarawan Gereja abad ke-5Socrates dari Konstantinopel: LihatNama-nama Konstantinopel.
  14. ^Sebuah deskripsi terdapat dalamNotitia urbis Constantinopolitanae.
  15. ^Socrates II.13, dikutip oleh J B Bury, History of the Later Roman Empire, hal. 74.
  16. ^J B Bury, History of the Later Roman Empire, hal. 75.et seqq.
  17. ^Mansel, Philip.Constantinople: City of the World's Desire. Penguin History Travel,ISBN0-14-026246-6. p. 1.
  18. ^Lewis, Bernard. Istanbul and the Civilization of the Ottoman Empire. 1, University of Oklahoma Press, 1963. p. 6
  19. ^abInalcik, Halil. "The Policy of Mehmed II toward the Greek Population of Istanbul and the Byzantine Buildings of the City." Dumbarton Oaks Papers 23, (1969): 229–249. p. 236
  20. ^abMüller-Wiener, Wolfgang (1977).Bildlexikon zur Topographie Istanbuls: Byzantion, Konstantinupolis, Istanbul bis zum Beginn d. 17 Jh (dalam bahasa Jerman). Tübingen: Wasmuth. m/s. 28.ISBN 978-3-8030-1022-3.
  21. ^Baten, Jörg (2016).A History of the Global Economy. From 1500 to the Present. Cambridge University Press. m/s. 212.ISBN 9781107507180.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kustantiniyah&oldid=6378565"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp