Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Kurt Student

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kurt Student
General der Fallschirmtruppe Kurt Student
Kelahiran12 May 1890
Birkholz,Brandenburg,Empayar Jerman
Meninggal dunia1 July 1978 (aged 88)
Lemgo,North Rhine-Westphalia,Jerman Barat
Kesetiaan
PerkhidmatanTentera Darat Imperial Jerman
Reichswehr
Luftwaffe
Tahun perkhidmatan1910–1945
PangkatGeneraloberst
ArahanDivisyen 7 Udara
Kor XI Udara
Tentera Darat 1 Para
PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II
AnugerahDarjah Kerabat Diraja Hohenzollern
Knight Cross berserta Daun Oak

Kurt Student (12 Mei 1890 – 1 Julai 1978) adalah seorang pemimpinAskar Payung Terjun Jerman semasaPerang Dunia II. Kurt Student dilahirkan di Birkhonz,Jerman pada12 Mei1890. dia menyertaiTentera Darat Imperial Jerman dan ditauliahkan sebagai pegawai dalam tahun 1912. Dalam tahun 1913, dia berpindah khidmat ke Perkhidmatan Udara Tentera Jerman dan menerbangkan pesawat peninjau dan pesawat pengebom.

Selepas tamatPerang Dunia I, Kurt student terus berkhidmat dalam pasukan tentera. Dia menjadi salah seorang penasihat utama pembangunan semulaTentera Udara Jerman. Dalam tahun 1938, Kurt Student dinaikkan pangkat menjadiMejar Jeneral dan diberikan tanggungjawab menubuhkan pasukanaskar payung terjun. Pasukan Divisyen Ke-7Payung Terjun tidak digunakan dalam tahun 1939 semasa penaklukanPoland kerana Adolf Hitler mahu merahsiakan kewujudan pasukan tersebut sehingga serangan ke atas negara-negara Barat.

Askar payung terjun pimpinan Kurt Student digunakan dengan berkesan dan mencapai kejayaan cemerlang dalam penaklukanNorway,Belgium dan negeriBelanda. 4,000 orang askar payung terjun digugurkan ke atasThe Hague danRotterdam. Semasa operasi ini, Kurt Student terkena tembakan di kepala dan tidak dapat bertugas sehingga bulan Januari 1941.

Kurt Student bersama-samaAdolf Hitler membuat perancanganOperasi Sealion untuk menaklukBritain, tetapi akhirnya perancangan menggunakan askar payung terjun untuk penaklukanBritain dibatalkan. Rancangan untuk penaklukanGibraltar menggunakan askar payung terjun juga dibatalkan setelah Jerman gagal mendapatkan kebenaran GeneralFrancisco Franco untuk pesawat pengangkut Jerman terbang melalui ruang udaraSepanyol.

Penaklukan Crete di antara20 Mei dan1 Jun1941 mencapai kejayaan tetapi melibatkan kerugian nyawa yang besar. Lebih dari 4,000 orangaskar payung terjunJerman terbunuh,Adolf Hitler terkejut dengan kos nyawa yang tinggi dan memutuskan bahawa operasi askar payung terjun pada skala besar mesti dihentikan. PenaklukanMalta dibatalkan. Askar-askarpayung terjun digunakan sebagai pasukan infantri biasa. Dalam tahun1943, Kurt Student merancangkan ‘’Unternehmen Eiche’’, serangan mengejut untuk menyelamatkanBenito Mussolini dengan pasukan yang diketuaiOtto Skorzeny.

Askar payung terjun di bawah perintah Kurt Student digunakan sebagai infantri biasa diItali,Belgium,Perancis dan NegeriBelanda. SelepasD-Day,askar payung terjun berusaha menghalang kemaraan tentera pimpinanFil MarsyalBernard Montgomery menuju keSungai Rhine. Kurt Student sendiri ditawan oleh askarTentera British diSchleswig-Holstein dalam bulanApril1945. Selepas perang, Kurt Student didakwa atas tuduhanjenayah perang atas perlakuan askarnya diCrete dan dipenjarakan untuk tempoh 5 tahun. Tetapi dia dibebaskan selepas dua tahun dalam tahanan. Dia dibebaskan dalam tahun1948.

Kurt Student meninggal dunia dalam tahun1978.

Tarikh kenaikkan pangkat

[sunting |sunting sumber]

Anugerah kebesaran

[sunting |sunting sumber]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Bibliografi

[sunting |sunting sumber]
  • Franks, Norman; Bailey, Frank W.; Guest, Russell.Above the Lines: The Aces and Fighter Units of the German Air Service, Naval Air Service and Flanders Marine Corps, 1914–1918. Grub Street, 1993.ISBN 0-948817-73-9,ISBN 978-0-948817-73-1.
  • Fellgiebel, Walther-Peer (2000).Die Träger des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939–1945 – Die Inhaber der höchsten Auszeichnung des Zweiten Weltkrieges aller Wehrmachtsteile (dalam bahasa German). Friedberg, Germany: Podzun-Pallas.ISBN 978-3-7909-0284-6.Unknown parameter|trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Kemp, Anthony (1990 reprint).German Commanders of World War II (#124 Men-At-Arms series). Osprey Pub., London.ISBN 0-85045-433-6.
  • Kurowski, Franz (1995).Knights of the Wehrmacht Knight's Cross Holders of the Fallschirmjäger. Atglen, PA:Schiffer Military.ISBN 978-0-88740-749-9.
  • Schaulen, Fritjof (2005).Eichenlaubträger 1940 – 1945 Zeitgeschichte in Farbe III Radusch – Zwernemann (dalam bahasa German). Selent, Germany: Pour le Mérite.ISBN 978-3-932381-22-5.Unknown parameter|trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Thomas, Franz (1998).Die Eichenlaubträger 1939–1945 Band 2: L–Z (dalam bahasa German). Osnabrück, Germany: Biblio-Verlag.ISBN 978-3-7648-2300-9.Unknown parameter|trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • VanWyngarden, Greg,et al. (2006)Early German Aces of World War I. Osprey Publishing.ISBN 1-84176-997-5,ISBN 978-1-84176-997-4.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai:Kurt Student
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanKurt Student
Pegawai tentera
Didahului oleh
tiada
Panglima7. Flieger-Division
1 September 1938 – 16 Mei 1940
Diikuti oleh:
GeneralleutnantRichard Putzier
Didahului oleh
tiada
PanglimaXI. Fliegerkorps
19 Disember 1940 – 3 April 1944
disusun semula sebagai1. Fallschirmarmee
XI. FliegerkorpsPanglima1. Fallschirmarmee
4 September 1944 – 18 November 1944
Diikuti oleh:
General der FallschirmtruppenAlfred Schlemm
Didahului oleh
tiada
PanglimaKumpulan Tentera Darat H
11 November 1944 – 28 Januari 1945
Diikuti oleh:
GeneraloberstJohannes Blaskowitz
Didahului oleh
General der InfanterieGunther Blumentritt
Panglima1. Fallschirmarmee
10 April 1945 – 28 April 1945
Diikuti oleh:
General der InfanterieErich Straube
Kolonel Jeneral
(Generaloberst)
Tentera Darat
Kolonel Jeneral
(Generaloberst)
Luftwaffe
Laksamana Jeneral
(Generaladmiral)
Kriegsmarine
Oberst-Gruppenführer-SS
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kurt_Student&oldid=6130526"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp