Ia dispekulasi secara meluas bahawa Kumpulan Wagner digunakan oleh kerajaan Rusia untuk membenarkan penafian bagi tindakan-tindakan kerajaan, serta mnyembunyikan kadar pengorbanan nyawa dan kos kewangan sebenar campur tangan kerajaan Rusia di negara asing.[58] Kumpulan tersebut mula dikenali secara meluas semasa bertindak di perang Donbas di Ukraine, di mana ia membantu pasukan pemisah pro-Rusia dariDonetsk danRepublik Rakyat Luhansk,yang mengisytiharkan kemerdekaan sendiri, dari tahun 2014 hingga 2015.[48] Ahli-ahli kontrak Wagner telah dilaporkan mengambil bahagian dalam pelbagai konflik di seluruh dunia, termasuk perang saudara diSyria, Libya, Republik Afrika Tengah danMali, di mana mereka sering berperang bagi pihak tentera yang sejajar dengan kerajaan Rusia.[48] Koperasi Wagner telah melakukan dan mengendalikan pelbagai jenayah perang di kawasan mereka beroperasi.[48][59][60] Tuduhan-tuduhan jenayah-jenayah perang tersebut termasuk rogol dan rompakan orang awam,[61] serta penyeksaan mereka yang dituduh membelot pihak Rusia, Wagner, atau mana-mana pihak yang sekutu dengan mereka.[62][63]
Wagner telah memainkan peranan yang besar dalampencerobohan Rusia terhadap Ukraine, di mana, antara pelbagai aktiviti lain, mereka telah dilaporkan diarahkan untuk membunuh pemimpin-pemimpin politik dan tentera Ukraine,[64] serta merekrut tahanan untuk bertempur di barisan hadapan.[65][66] Pada Disember 2022, Penyelaras Komunikasi StrategikMajlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat John Kirby mendakwa bahawa Wagner mempunyai sebanyak 50,000 askar di Ukraine, termasuk 10,000 kontraktor dan 40,000 bekas banduan yang telah direkrut.[67] Pihak lain telahpun meletakkan bilangan banduan yang direkrut lebih daripada 20,000 askar,[68] dengan jumlah keseluruhan PMC yang hadir di Ukraine dianggarkan 20,000 askar.[69] Pada 2023, Rusia memberikan status veteran perang kepada kontraktor Wagner yang mengambil bahagian dalam pencerobohan tersebut.[70]
Selepas bertahun-tahun menafikan hubungan dengan Kumpulan Wagner, Yevgeny Prigozhin, seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan Putin, mengakui pada September 2022 bahawa dia telah "mengasaskan" kumpulan askar upahan tersebut.[71][72]
Kumpulan Wagner bermuncul buat pertama kalinya di Ukraine pada tahun 2014, di mana kumpual tersebut telah mengambil bahagian dalam aneksasi Crimea.[73] Kumpulan tersebut juga aktif bertempur bersama kumpulah seperatis pemisah yang disokong Rusia di wilayah Luhansk di Ukraine pada tahun 2014.[74][75] Dmitriy Valeryevich Utkin, seorang veteran Perang Chechen Pertama dan Kedua, telah dilaporkan mengasaskan Kumpulan Wagner.[76][77][78] Sehingga tahun 2008[78] atau 2013, Utkin telah berkhidmat sebagai leftenan kolonel dan komander briged sebuah unit pasukan khas Direktorat Perisikan Utama (GRU) Rusia, iaitu Detasmen Spetsnaz Bebas ke-700 dari Briged Bebas Ke-2.[75][74][79]
Selepas meninggalkan angkatan tentera Rusia, dia mula bekerja untuk Moran Security Group pada tahun 2013, sebuah syarikat swasta yang diasaskan oleh veteran tentera Rusia yang terlibat dalam misi keselamatan dan latihan di seluruh dunia serta merupakan pakar dalam penghapusan lanun. Pada tahun yang sama, pengurus kanan Moran Security Group telah terlibat dalam penubuhan Slavonic Corps yang berpangkalan di Hong Kong,[80] yang mengkontrakkan askar upahannya untuk "melindungi ladang minyak dan saluran paip" di Syria semasa perang saudara.[74] Utkin telah ditempatkan di Syria sebagai anggota Kor Slavonik, dan mampu bertahan melalui misinya.[75] Selepas peristiwa tersebut,Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia telah menangkap beberapa anggota Kor Slavonic atas sebab mengendalikan aktiviti askar upahan haram pada November 2013.[81]
Pada tahun 2021, laporanThe Foreign Policy telah menyatatkan bahawa asal usul nama "Wagner" tidak diketahui.[52] Orang awam mengatakan nama kumpulan tersebut berasal daritanda panggilan Utkin sendiri, iaitu "Wagner", kononnya bak komposer JermanRichard Wagner. Namaya dikatakan telah dipilih Utkin oleh kerana minatnya terhadapThird Reich (Richard Wagner merupakan komposer kegemaranAdolf Hitler ).[82][83] Oleh itu, ada mereka yang percaya Utkin seorangneo-Nazi.[84][85]The Economist telah melaporkan bahawa Utkin mempunyai beberapa tatu Nazi pada tubuhnya.[83] Ahli-ahli Kumpulan Wagner telahpun mengatakan Utkin ialah seorangRodnover, iaitu seorang penganut kepercayaan asli Slavic.[86]Radio Liberty, melalui orang dalaman Kumpulan Wagner, telah menyatakan bahawa kepimpinan Kumpulan Wagner adalah pengikutKepercayaan Asli Slavic, sebuahpergerakan agama baruPagan moden.[5] Pada Ogos 2017, akhbar TurkiYeni Şafak membuat spekulasi bahawa Utkin berkemungkinan hanya muka publisiti bagi syarikat tersebut, manakala ketua sebenar Wagner adalah seorang yang tidak dikenali.[87]
^Ling, Justin (15 March 2022)."Moscow Turns U.S. Volunteers Into New Bogeyman in Ukraine".Foreign Policy. Dicapai pada26 June 2022.The propaganda campaign has extolled the Wagner Group as hunting neo-Nazis and extremists. Yet the group's own ties to the Russian far-right are well documented: The likely founder of the group has the logo of the Nazi Schutzstaffel tattooed on his neck. Various elements of the current Wagner Group have ties to neo-Nazis and far-right extremism.
^Soufan, Ali; Sales, Nathan (5 April 2022)."One of the worst ways Putin is gaslighting the world on Ukraine".NBC News.NBC.The Wagner Group is named after the 19th century German composer Richard Wagner, whose music Adolf Hitler adored. The group's leader, Dmitry Utkin, reportedly wears Nazi tattoos, including a swastika, a Nazi eagle and SS lightning bolts. Wagner mercenaries are reported to have left behind neo-Nazi propaganda in the war zones where they’ve fought, including graffiti with hate symbols.
^Cornelio, J.; Gauthier, F.; Martikainen, T.; Woodhead, L. (2020).Routledge International Handbook of Religion in Global Society. Routledge International Handbooks. Taylor & Francis. m/s. 403.ISBN978-1-317-29500-6.Members of this organization say that one of its leaders, D. Utkin (call sign Wagner), is a rodnover, native faith believer