| Kumpulan Tentera Darat Ke-21 | |
|---|---|
Lencana bahu lengan Kumpulan Tentera Darat Ke-21 | |
| Aktif | 1943–45 |
| Negara | |
| Cawangan | |
| Jenis | Kumpulan tentera darat |
| Saiz | 200,000 |
| Sebahagian daripada | Angkatan Ekspedisi Bersekutu |
| Komander | |
| Komander terkenal | Bernard Paget Bernard Montgomery |
Kumpulan Tentera Darat Ke-21 adalah sebuah formasi markasPerang Dunia II British, memerintah dua buahtentera darat medan dan unit-unit bantuan lain, terdiri daripadaTentera Darat Kedua British danTentera Darat Pertama Kanada. Ditubuhkan di London pada Julai 1943, dibawah pemerintahanMarkas Tertinggi Angkatan Ekspedisi Bersekutu (SHAEF), ia ditugaskan dalamOperasi Overlord, iaitupenyerbuan Sekutu Barat terhadap Eropah, dan merupakan sebuah ketumbukan pentingpihak Bersekutu dalamKancah Eropah. Kumpulan Tentera Darat Ke-21 beroperasi di Utara Perancis, Luxembourg, Belgium, Negara Belanda dan Jerman dari bulan Jun 1944 hingga berakhirnya perang di Eropah pada Mei 1945, setelah itu ia dibentuk semula sebagaiTentera Darat British Rhine (BAOR).
Komponen formasi utama Kumpulan Tentera Darat Ke-21 ialahTentera Darat Pertama Kanada danTentera Darat Kedua British. Pada praktiknya, kedua-dua tentera darat itu tidak sama dengan British atau Kanada. Turut dimasukkan adalah unit Poland, dari Normandy seterusnya dan unit-unit kecil Belanda, Belgium, dan Czech; unitTentera Darat AS di lampirkan dari masa ke semasa. Unit talian komunikasi adalah kebanyakannya British.
Unit tentera Amerika diletakkan dibawah pemerintahan British pada masa-masa tertentu. Ia hanyalah bersifat sementara . Aturan ini berlaku apabila