Rencana ini mengenai spesiesEquus ferus, yang mana termasuk subspesies kuda "liar" yang tidak pernah dijinakkan dan 'Equus ferus caballus. Untuk kuda "liar" yang diternak, bermakna kuda rayau-bebas berketurunan ternak, sila lihatkuda jalang. Untuk other uses, sila lihatKuda liar.
Kuda liar (Equus ferus) adalah satuspesies dalamgenusEquus, yang mana termasuk kedua-dua subspesies kudaternak selain kudaTarpan dankuda Przewalski yang tidak diternak. Kuda Tarpan telah pupus sejak kurun ke-19, dan kuda Przewalski telah diselamatkan dari ancaman kepupusan dan diperkenalkan semula dengan jayanya di habitat liar. Kemungkinan besar moyang kuda ternak adalah Tarpan, yang merayau di padang rumputEurasia semasa diternak.[1][2][3][4][5] Sejak kepupusan Tarpan, percubaan telah dilakukan untuk mendapatkan semulaphenotaip Tarpan, menghasilkanbaka kuda sepertiKonik dankuda Heck. Walaubagimanapun, penciptaan genetik danfoundation bloodstock bagi baka-baka itu dihasilkan daripada kuda-kuda ternak, dan oleh itu baka-baka ini memiliki jurai kuda ternak.
Istilah "kuda liar" juga digunakan dalamucapan seharian bagi merujuk kawanan rayau-bebas darikuda feral sepertiMustang diAmerika Syarikat,Brumby di Australia, dan lain-lain lagi. Kuda-kuda feral ini adalah kuda bukan jinak yang berasal daripada subspesies kuda ternak (Equus ferus caballus), dan tidak harus dikelirukan dengan dua subspesies kuda liar "asli".
^Kavar, Tatjana (2008). "Domestication of the horse: Genetic relationships between domestic and wild horses".Livestock Science.116: 1–14.doi:10.1016/j.livsci.2008.03.002.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
^Bowling, Ann T. (2000). "Genetic Aspects of Domestication, Breeds and Their Origin". Dalam Ann T. Bowling, Anatoly Ruvinsky (penyunting).The Genetics of the Horse. CABI Publishing.ISBN9780851994291.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)