Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Kuda

Rencana pilihan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kuda jinak
Dibelajinakkan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Subspesies:
E. f. caballus
Nama trinomial
Equus ferus caballus
Sinonim

48, disenaraikandi sini

Kuda ataujaran (nama saintifik:Equus caballus)[2] ialah sejenismamaliaungulat besar yang mempunyai bilanganjari kaki ganjil, ia merupakan salah satu daripada sepuluh spesies moden genusEquus dalam keluargaEquidae. Kuda merupakan salah satuhaiwanbela jinak yang amat penting dan lama bertahan kepadaekonomi manusia, ia telah memainkan peranan yang penting dalampengangkutan orang danbarang muatan selama beribu-ribu tahun. Sedangkanpembelajinakan kuda terpencil mungkin terjadi seawal 10,000 tahun dahulu, bukti yang jelas terhadap penggunaan kuda secara meluas olehmanusia bertarikh pada sekitar2000 SM.

Kuda telahdibiakbakakan dengan teliti supaya haiwan ini dapatditunggang, biasanya denganpelana. Haiwan ini juga boleh dipakaikanabah-abah untuk menarik objek sepertikereta ataubajak. Dalam sesetengahbudaya, kuda merupakan satu sumbermakanan, termasukdaging kuda dan kekadangnyasusu; dalam budaya yang lain, memakan daging kuda adalahpantang larang. Di negara-negara kaya pada hari ini, kuda lebih biasa dipeliharakan untuk kegiatan waktu lapang dansukan.

Manusia telah membiakbakakan kuda selama beribu-ribu tahun dan telah menghasilkan banyak jenisbaka yang berbeza-beza. Serupa dengan pembiakbakaananjing, kuda telah dibiakbakakan supaya dapat menghasilkan sifat-sifat dan keupayaan-keupayaan yang khusus; umpamanya,kuda belima dihasilkan untuk kelajuan yang diperlukan olehperlumbaan kuda.

Asal-usul nama

[sunting |sunting sumber]

Perkataankuda (Jawi: كودا) dalam bahasa Melayu diserap dari perkataanbahasa Sanskrit iaituघोटghoṭa melalui suatubahasa Dravida seperti bahasa Tamil.[3][4]:82 Adalah dipercayai bahawa kuda-kuda terawal diKepulauan Melayu didatangkan berabad-abad lalu oleh kuasa Hindu dari barat atau saudagar dari negara-negaraPegu danCina. Barangkalinya kuda padi Shan yang berasal dari Myanmar diimport ke tanah tinggi Sumatra Utara di mana tempatnya luas. Sejak itu, kuda-kuda tersebut dikacukkan dengankuda Arab yang dibawa masuk oleh saudagar-saudagar Arab sekitar tahun 1375.[5]

Istilahjaran (Jawi: جارن) pula datang daribahasa Jawa Kuno (bandingkan dengan kata Jawaꦗꦫꦤ꧀) hasil pengimbuhan kataajar memberi maksud asal sebagai "haiwan terlatih" (ajaran).[6]

Biologi

[sunting |sunting sumber]

Anatomi kuda diperikan oleh banyak istilah khusus. begitu juga dengan umur, warna dan baka kuda.

Jangka hayat dan kitaran hidup

[sunting |sunting sumber]

Bergantung pada baka,pengurusan dan persekitaran, kuda jinak moden boleh hidup menjangkau 25 ke 30 tahun.[7] Terdapat juga beberapa ekor kuda yang hidup menjangkau 40-an ke atas.[8] Rekod paling tua yang dapat ditentusahkan adalah dipegang oleh seekor kuda dari abad ke-19 bernama "Old Billy" yang hidup hingga usia 62 tahun.[7]

Tanpa mengira tarikh kelahiran sebenarnya, mengikut adat resam pertandingan, umur seseekor kuda ditambah umur setahun hanya pada 1 Januari setiap tahun di Hemisfera Utara[7][9] dan setiap 1 Ogos di Hemisfera Selatan,[10] kecuali untuklumba kuda lasak, yang mana usia minimum untuk bertanding adalah berasaskan umur jitu sebenar kuda.[11]

Saiz dan ukuran

[sunting |sunting sumber]

Ketinggian kuda diukur hingga ke titik tertinggikelasa, iaitu di mana leher bertemu denganbelakang.[12] Titik ini digunakan kerana ia merupakan titik anatomi yang stabil, tidak seperti kepala atau leher yang naik turun berhubung dengan tubuh kuda.

Dunia berbahasa Inggeris mengukur ketinggian kuda dengantangan dan inci: satu tangan bersamaan dengan 4 inci (101.6 mm). Ketinggian disebut sebagai bilangan tangan yang bundar, diikuti olehtitik, diikuti bilangan inci tambahan, dan berakhir dengan singkatan "h" atau "hh" (untuk "hands high"). Oleh itu, seekor kuda yang berukuran "15.2 h" adalah 15 tangan tambah 2 inci, iaitu tinggi sejumlah 62 inci (157.5 cm).[13]

Saiz banyak berbeza antara baka kuda, as misalnya antara kuda bersaiz penuh dengan kuda mini ini.

Saiz kuda berbeza-beza mengikut baka, malah juga dipengaruhi oleh pemakanan. Kuda tunggangan ringan lazimnya mencapai tinggi 14 to 16 tangan (56 to 64 inci, 142 to 163 cm) dan berat 380 hingga 550 kilogram (840 hingga 1,210 lb).[14] Kuda tunggangan yang lebih besar pula berukuran sekurang-kurangnya 15.2 tangan (62 inci, 157 cm), tetapi lazimnya mencapai ketinggian 17 tangan (68 inci, 173 cm), dan beratnya 500 hingga 600 kilogram (1,100 hingga 1,300 lb).[15]Kuda penarik pula tidak kurang 16 tangan (64 inci, 163 cm) tingginya dan boleh mencecah 18 tangan (72 inci, 183 cm). Beratnya sekitar 700 hingga 1,000 kilogram (1,500 hingga 2,200 lb).[16]

Kuda padi

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Kuda padi

Kuda padi ditakrifkan sebagai kuda yang membesar hingga takat yang lebih kecil berbanding kuda yang biasa. Mengikut kelaziman, seekor kuda dikira sebagai kuda padi ataupony jika ia mencapai ketinggian dewasa di bawah 14.2 tangan (58 inci, 147 cm).[17] Namun demikian terdapat sesetengah pihak yang mengenakan had tinggi yang berbeza. Misalnya di Australia, kuda yang tingginya di bawah 14 tangan (56 inci, 142 cm) dikira sebagai kuda padi.[18]Persekutuan Sukan Ekuestrian Antarabangsa (FEI) selaku penaung sukan berkuda sedunia menggunakan ukuranmetrik dan menakrifkan kuda padi sebagai kuda yang berukuran kurang daripada 148 sentimeter (58.27 in) tingginya setakat bonggol tanpa ladam, iaitu sedikit lebih daripada 14.2 tangan, dan 149 sentimeter (58.66 in), atau sedikit lebih daripada 14.2½ tangan jika memakai ladam.[19]

Genetik

[sunting |sunting sumber]

Kuda memiliki 64kromosom.[20]Genom kudadijujukkan pada tahun 2007, mengandungi 2,700 jutapasangan bes DNA,[21] iaitu lebih besar daripada genom anjing, tetapi lebih kecil daripada genom manusia atau lembu.[22] Peta genom kuda tersedia untuk para penyelidik.[23]

Warna dan corak

[sunting |sunting sumber]
Bay (serba perang hitam, kiri) danBerangan (serba perang cerah) adalah dua warna bulu kuda yang paling utama, terdapat pada hampir kesemua baka.

Kuda terdiri daripada pelbagai warna bulu dengan corak bintik tersendiri yang diperikan dengan peristilahan yang khusus. Selalunya, seseekor kuda dikelaskan mengikut warna bulunya sekali dengan baka dan jantina.[24] Kuda-kuda yang sama warna pun bolrh dibezakan mengikut tanda-tanda putihnya[25] yang antara pelbagai percorakan bintiknya diwarisi secara berasingan dengan warna bulu.[26]

Telah dikenalpastinya sejumlah besargen yang menentukan warna dan corak bulu kuda. Ujian genetik masa kini boleh mengenal pasti sekurang-kurangnya 13alel berlainan yang mempengaruhi warna bulu,[27] sementara usaha penyelidikan terus menemui gen-gen baru yang dikaitkan dengan sifat-sifat tertentu. Warna bulu kuda yang umum iaitumerah berangan (chestnut) dan hitam adalah ditentukan olehgen yang dikawal olehreseptor melanokortin 1,[28] yang juga dikenali sebagai "gen sambungan" atau "faktor merah,"[27] kerana bentuk resesifnya adalah berangan sementara bentuk dominannya adalah hitam.[29] Terdapat gen-gen tambahan yang mengawal penindasan warna hitam kepada perbezaan warna anggota dengan badan yang menyebabkanbay, corak berbintik-bintik sepertipinto atauleopard,gen cairan sepertipalomino ataudun, dan juga kejadianuban, antara lain-lain faktor yang mewujudkan pelbagai warna bulu yang didapati pada kuda.[27]

Kebanyakan kuda yang kelihatan berwarna putih sebenarnya tidak tepat dilabelkan putih; kuda yang kelihatan "putih" sebenarnya merupakankuda kelabu yang berusia pertengahan ke lanjut. Kuda kelabu lahir dengan warna yang suram, tetapi bertambah cerah selaras sambil meningkat umur, tetapi lazimnya masih menyimpan kulit hitam di dasar bulu putih (kecuali di dasar tompok putih yang berkulit merah muda). Semamangnya wujudkuda putih sebenar yang dilahirkan dengan bulu yang rata-rata putih dengan kulit merah muda, namun itu jarang-jarang sekali ditemui.[29] Terdapat faktor-faktorgenetik berlainan sama sekali yang menghasilkan bulu kuda berwarna putih, termasuk beberapa alel berbeza untuk genputih dominan dansabino-1.[30] Bagaimanapun, tidak wujudnya sebarang kuda "balar" yang ditakrifkan sebagai berkulit merah muda serta bermata merah.[31]

Pembiakan dan tumbesaran

[sunting |sunting sumber]

Kudamengandung anak selama kira-kira 340 hari dalam julat purata 320–370 hari,[32] dan lazimnya melahirkan seekor anak sekali; anak kembar jarang-jarang sekali.[33] Anak kuda mampu berdiri dan berlari dalam masa yang singkat selepas dilahirkan.[34] Anak kuda biasanya dilahirkan pada musim bunga.Kitaran estrus seekor ibu kuda berlaku kira-kira sekali dalam 19–22 hari and berlaku dari awal musim bunga hingga musim luruh. Kebanyakan ibu kuda memasuki tempohanestrus pada musim sejuk, dan oleh itu tidak berkitaran pada masa tersebut.[35] Anak kuda biasanyabercerai susu daripada ibu pada umur empat ke enam bulan.[36]

Sesetengah kuda, terutama sekali kuda muda jantan, mencapai kemampuan untuk membiak pada umur sekitar 18 bulan, tetapi kuda jinak jarang sekali dibenarkan untuk membiakbaka sebelum umur tiga tahun, lebih-lebih lagi kuda betina.[37] Kuda dikira matang pada umur empat tahun walaupun rangkanya pada kebiasaannya masih berkembang hingga umur enam tahun; kematangan juga bergantung pada besar, baka, jantina dan tahap penjagaan kuda. Makin besar kuda itu, maka makin besarlah tulang-tulangnya; maka bukan sahaja tulang-tulangnya menelan masa yang lebih lama untuk membentuktisu tulang, malahanplat epifisisnya lebih besar dan lebih lama untuk berubah darirawan menjadi tulang. Plat-plat ini berubah selepas bahagian-bahagian tulang yang lain, malah adalah penting untuk pertumbuhan.[38]

Bergantung pada kematangan, baka dan kerjanya, kuda lazimnya dipasangi pelana dan dilatih untuk ditunggang pada umur dua ke empat tahun.[39] Biarpunkuda lumbabelima diturunkan ke balapan pada umur semuda dua tahun di sesetengah negara,[40] namun pada umumnya kuda yang dibiakbaka khusus untuk sukan-sukan sepertidressage hanya dipakaikan pelana until pada umur tiga ke empat tahun kerana tulang ototnya belum berkembang dengan mantap.[41] Untuk sukanlumba kuda lasak pula, kuda hanya mencapai kematangan pada umur lima tahun.[11]

Anatomi

[sunting |sunting sumber]

Sistem rangka

[sunting |sunting sumber]
Sistem rangka kuda moden.

Rangka kuda terdiri daripada purata 205 batang tulang.[42] Salah satu perbezaan paling ketara antara rangka kuda dengan rangka manusia adalah tiadanyatulang selangka, yang mana batang kaki depan kuda bercantum dneganturus vertebra oleh selengkap otot, tendon dan ligamen yang melekatkantulang belikat kepada torso. Batang kaki dan telapuk kuda juga merupakan struktur yang unik. Tulang kaki kuda berbeza perkadarannya dengan tulang kaki manusia. Contohnya, anggota badan yang digelar "lutut" kuda sebenarnya terdiri daripada tulang-tulangkarpus yang bersamaan denganpergelangan tangan manusia. Begitu juga,hok kuda mengandungi tulang-tulang yang bersamaan dengan tulang-tulangbuku lali dantumit manusia. Tulang kering kaki kuda bersamaan dengan tulang tangan atau tapak kaki manusia, sementaraketingnya merupakantulang sesamoid di antara "tulang kering" (bersamaan dengan tulangmetakarpus ataumetatarsus manusia) danfalanks proksimal, iaitu terletak di tempat yang bersamaan dengan "buku jari" manusia. Kuda juga tidak mempunyai otot di bawah lutut dan hok di dalam kakinya, sebaliknya hanya ada kulit, rambut, tulang,tendon,ligamen,rawan, dan beraneka tisu khas yang membentuktelapuknya.[43]

Telapuk

[sunting |sunting sumber]

Kepentingan terulung kaki kuda disimpulkan oleh pepatah "tiada kaki, tiada kuda".[44]Telapuk kuda berpangkalkanfalanks distal yang bersamaan dengan hujung jari manusia, disaluti olehrawan dan lain-lain tisu lembut khusus yang kaya dengan darah sepertilaminae. Kulit telapuk luaran dan hujung tapak kaki diperbuat daripada bahan yang sama sepertikuku manusia.[45] Hasilnya adalah bahawa seekor kuda yang purata berat badannya 500 kilogram (1,100 lb),[46] berjalan di atas tulang-tulang yang sama seperti manusia yang berjalan berjengket-jengket.[47] Untuk perlindungan telapuk dalam keadaan-keadaan tertentu, sesetengah kuda dipakaikanladam di tapak kakinya olehtukang ladam profesional. Telapuk itu membesar tanpa henti, maka bagi kebanyakan kuda jinak, telapuknya harus dipotong (dan ladam yang terpakai dilaraskan) setiap lima ke lapan minggu,[48] meskipun telapuk kuda liar menghaus dan tumbuh semula pada kadar yang sesuai untuk rupa buminya.

Gigi

[sunting |sunting sumber]

Kuda tersesuai dengan meragut rumput. Pada kuda dewasa terdapat 12 batanggigi acip di hadapan mulutnya yang sesuai untuk menggigit rumput atau dedaun seumpamanya. Terdapat 24 batang gigi yang sesuai untuk mengunyah, iaitugeraham kecil dangeraham di belakang mulut. Kuda jantan dewasa memiliki empat batang gigi tambahan di belakang gigi acip, iaitu suatu jenis 'gigi taring'. Sesetengah kuda, baik jantan mahupun betina, akan juga tumbuh satu hingga empat batang gigisisa di hadapan geraham, iaitu gigi "serigala" yang lazimnya dicabut kerana boleh mengganggukekang. Terdapat celah kosong di antara gigi acip dan gigi geraham di mana kekang itu terletak terus di atas gusi, ataupun "palang" di dalam mulut kuda yang dikekang.[49]

Umur kuda boleh dianggarkan dengan mengamati giginya. Gigi itu terus tumbuh sepanjang hidup dan dihauskan dengan meragut. Oleh itu, gigi acip memperlihatkan perubahan sambil kuda itu meningkat usia; gigi itu mendapat corak kehausan yang tersendiri, perubahan pada bentuk gigi, serta perubahan pada sudut pertemuan antara permukaan gigi yang mengunyah. Ini membolehkan penganggaran umur kuda yang kasar sekali, tetapi pemakanan dan penjagaan turut mempengaruhi secepat mana gigi itu haus.[7]

Pencernaan

[sunting |sunting sumber]

Kuda merupakan haiwanmaun dengan sistem pencernaan yang sesuai untuk pemakanan rumput dan bahan-bahan tumbuhan seumpamanya secara berterusan sepanjang hari. Oleh itu, berbanding dengan manusia, kuda mempunyai perut yang agak kecil tetapi ususnya amat panjang untuk melicinkan aliran zat. Seekor kuda yang beratnya 450-kilogram (990 lb) mampu memakan 7 hingga 11 kilogram (15 hingga 24 lb) makanan sehari serta meminum 38 liter (8.4 imp gal; 10 US gal) hingga 45 liter (9.9 imp gal; 12 US gal)air dalam kegunaan biasa. Kuda bukanruminan, maka perutnya hanya satu seperti manusia, tetapi tidak seperti manusia, ia mampu mencernaselulosa, iaitu satu komponen utama dalam rumput. Pencernaan selulosa berlku di dalamsekum atau "usus air" yang dilalui oleh makanan sebelum mencapaiusus besar. Kuda tidak bolehmuntah, maka masalah pencernaan boleh cepat menyebabkan penyakitkolik, iaitu punca utama kematian.[50]

Deria

[sunting |sunting sumber]
Mata kuda.

Pancaindera kuda adalah berasaskan tarafnya sebagaihaiwan mangsa, yang mana ianya mesti sentiasa peka akan keadaan di sekelilingnya.[51] Mata kuda adalah yang paling besar dalam kalangan semua mamalia daratan,[52] malah terletak di sisi-sisi kepala.[53] Ertinya, kuda memiliki julat penglihatan yang menjangkau 350°, yang mana sekitar 65° daripadanya adalahpenglihatan dwimata sementara 285° yang selebihnyapenglihatan ekamata.[52] Penglihatan kuda jelas sekali baik siang mahupunmalam, tetapi hanya mampu mencerapdua warna;penglihatan warnanya lebih kurang seumpama manusia yangbuta warna merah-hijau, yang mana warna-warna yang sepatutnya kemerahan tampak kehijauan.[54]Deria bau kuda, biarpun jauh lebih tajam daripada manusia, namun bukanlah kelebihannya yang terbesar; kuda lebih bergantung pada penglihatan berbanding bau.[51]

Pendengaran kuda itu tajam,[51] malahcuping telinganya boleh berpulas sehingga 180°, maka bolehnya pendengaran 360° tanpa perlu mengalihkan kepala.[55] Hingar mempengaruhi kelakuan kuda, malah hingar-hingar tertentu boleh menyebabkan tekanan: Sebuah kajian di UK pada tahun 2013 menunjukkan bahawa kuda di dalam kandang adalah paling tenang di dalam suasana yang senyap ataupun apabila mendengr lagu rakyat atau klasik, tetapi mempamerkan tanda-tanda kegemuruhan apabila mendengar lagujazz ataurock. Kajian ini turut mencadangkan supaya muzik dipasangkan di bawah takat 21desibel.[56] Satu lagi kajian dariAustralia mendapati bahawa kuda-kuda lumba yang mendengar radio sembang-sembang mengalami kadarulser gastrik yang lebih tinggi daripada kuda-kuda yang mendengar lagu, malahan kuda-kuda lumba dikandangkan di tempat radio berkumandang mencatat kadar pemborokan yang lebih tinggi berbanding kuda-kuda yang dikandangkan di tempat tiada radio berkumandang.[57]

Kuda memiliki deria imbangan yang mantap, antara lainnya disebabkan kemampuannya untuk merasai pijakannya sertapropriosepsi (deria tanpa sedar akan di mana letaknya badan dan anggotanya sepanjang masa) yang amat maju.[58] Deria sentuh kuda juga maju sekali. Anggota-anggota kulit yang paling peka adalah di sekitar mata, telinga dan hidung.[59] Kuda mampu merasai sentuhan sehalus serangga yang menghinggap di mana-mana pada tubuh.[60]

Deria rasa kuda juga maju sekali, membolehkannya untuk mengasing-asingkanfoder dan memilih makanan yang paling digemarinya,[61] malah bibirnya yangboleh paut senang mengasingkan biji-bijian yang sehalus mana pun. Kuda pada umumnya tidak memakan timbuhan beracun, namun itu pun ada kecualinya; adakalanya kuda sanggup makan sejumlah tumbuhan beracun yang toksik walaupun makanan berkhasiat mencukupi.[62]

Pergerakan

[sunting |sunting sumber]
Rencana utama:Lenggok jalan kuda
Filem kuda berlari.
Kuda lumba menderap

Kesemua kuda bergerak semula jadi dengan empat lenggok yang asas, iaituberjalan berdepak empat yang purata lajunya 6.4 kilometer per jam (4.0 mph);trot berdepak dua pada 13 hingga 19 kilometer per jam (8.1 hingga 11.8 mph);kanter berdepak tiga pada 19 hingga 24 kilometer per jam (12 hingga 15 mph); danderap.[63] Derap itu puratanya 40 hingga 48 kilometer per jam (25 hingga 30 mph),[64] tetapi rekod dunia untuk kuda yang menderap sepanjang jarak pecutan yang singkat ialah 88 kilometer per jam (55 mph).[65] Selain tiga lenggok asas ini, sesetengah kuda melakukanligasan sebagai ganti trot.[66] Terdapat juga beberapa gaya "gontai" empat depakan yang lebih kurang selaju ligasan, tetapi lebih senang untuk menunggang. Antaranya ialahrack,jalan lari, dantölt yang bercorak sisian (lateral) sertafox trot yang bercorak pepenjuru (diagonal).[67] Gaya gontai tersebut biasanya tersemai secara genetik dalam sesetengah baka kuda.[68]

Perilaku

[sunting |sunting sumber]

Kuda merupakan haiwan mangsa denganrespons lari atau lawan yang tangkas. Reaksi pertama mereka kepada ancaman adalah terkejut dan berlari pada kebiasaannya, tetapi ia boleh mempertahankan diri tanpa berganjak jika berlari itu mustahil atau jika anaknya diugut.[69] Kuda juga cenderung ingin tahu; apabila terkejut, ianya seing teragak-agak sebentar untuk memastikan punca ketakutannya, dan tidak semestinya berlari dari sesuatu yang ia anggap sebagai tidak mengancam. Kebanyakan baka kuda tunggangan ringan dibiakbakakan untuk kelajuan, ketangkasan, kewaspadaan dan kelasakan; sifat-sifat semula jadi yang dianjurkan daripada leluhur liarnya Akan tetapi, menerusi pembiakbakaan berpilih, sesetengah baka kuda agak jinak, terutamanya jenis-jenis kuda penarik tertentu.[70] Kuda merupakanhaiwan berkawanan dengan tatatingkat yang nyata, dipimpin oleh seekor ketua dominan yang lazimnya betina. Kuda juga merupakan makhluk sosial yang mampu membentuk ikatan persahabatan sesama kuda dan juga dengan haiwan jenis lain, termasuk manusia. Kuda berkomunikasi dengan pelbagai cara, termasuk penyuaraan seperti meringkik, saling merapikan badan, danbahasa gerak-geri. Lazimnya kuda akan sukar diuruskan jika diasingkan, tetapi setelah dilatih, kuda boleh belajar menerima manusia sebagai teman, dan oleh itu mampu selesa berjauhan dari kuda-kuda yang lain.[71] Akan tetapi, jika dikurung dengan kurangnya pertemanan, senaman, atau rangsangan, seseekor kuda mungkin terjebak dalam pelbagai tabiat buruk yang berpunca daripada masalah jiwa, termasuklah mengunyah kayu, menyepak dinding, berbuai-buai mundar-mandir, dan sebagainya.[72]

Kecerdasan dan pembelajaran

[sunting |sunting sumber]

Pada zaman dahulu, kuda dianggap tidak pintar, tiada kebolehanpemikiran abstrak, tidak mampu membuat anggapan umum, dan didorong terutama sekali olehmentaliti kawanan. Bagaimanapun, kajian-kajian moden menunjukkan bahawa kuda melakukan beberapa tugas yangkognitif secara sehari-hari, berdepan dengan cabaran mental yang merangkumi pencarian makanan dan pengenalan sistem sosial. Kuda juga memiliki kebolehanmengarifi ruang.[73] Kajian-kajian telah menilai kecerdasan kuda dalam bidang-bidangpenyelesaian masalah, kecepatan belajar, serta daya ingatan pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan bahawa kuda cemerlang dalam pembelajaran ringkas, malah mampu menyelesaikan cabaran kognitif lanjutan yang melibatkanpengkategorian danpembelajaran konsep. Kuda belajar daripembiasaan,penyahpekaan,pelaziman ala Pavlov, danpelaziman operan. Kuda bertindak balas dan belajar dari peneguhan positif dan negatif.[73] Kajian terkini turut berpendapat bahawa kuda mampu mengira asalkan bilangannya kurang daripada empat.[74]

Kuda jinak cenderung menghadapi cabaran mental yang lebih besar berbanding kuda liar kerana kuda jinak hidup di persekitaran buatan manusia yang membantutkan sifatkenalurian sambil mempelajari tugas-tugas yang tidak semula jadi.[73] Kuda merupakan makhluk yang terikat padatabiat, yang mampu bertindak balas dan cepat menyesuaikan diri dengan disiplin yang ketat, serta paling baik bertindak balas apabila rutin dan teknik yang sama dijalankan secara tekal. Sesetengah pelatih percaya bahawa kuda yang "pintar" mencerminkan kepintaran pelatihnya yang menggunakan teknik-teknik perapian respons secara berkesan serta peneguhan positif untuk melatih mengikut gaya yang paling sesuai dengan kecenderungan semula jadi seseekor kuda. Ada juga penjaga kuda yang memperhatikan bahawa personaliti mungkin juga memainkan peranan yang berasingan dengan kepintaran dalam menentukan bagaimana seseekor kuda bertindak balas kepada pelbagai pengalaman.[75]

Pembawaan

[sunting |sunting sumber]

Kuda merupakanmamalia, dan oleh yang demikian "berdarah panas", bertentangan denganreptilia yangberdarah sejuk. Bagaimanapun, istilah-istilah ini telah mendapat pengertian yang berbeza khusus buat peristilahan kuda untuk memerikan pembawaan daripada suhu badan. Misalnya, yang "berdarah panas" (hot-blooded) seperti kebanyakankuda lumba lebih mempamerkan kepekaan dan tenaga,[76] sementara yang "berdarah sejuk" (cold-blooded) seperti kebanyakankuda penarik pula lebih senyap dan tenang.[77] Adakalahnya "darah panas" digolongkan sebagai "kuda ringan" atau "kuda tunggangan",[78] sementara "darah sejuk" pula "kuda penarik" atau "kuda kerja".[79]

Ilustrasi baka-baka mengikut pembawaan darah panas, sedang dan sejuk

Antara baka "berdarah panas" termasuk "kuda timur" sepertiAkhal-Teke,Arab,Barb danTurkoman yang kini pupus, serta bakaBelima (Thoroughbred) yang dimajukan di Inggeris daripada baka-baka timur yang terdahulu.[76] Kuda berdarah panas selalunya kuat semangat, berani dan cepat belajar. Ianya dibiakbakakan untuk ketangkasan dan kelajuan.[80] Kuda berdarah panas selalunya berkulit jarang halus dan berkaki panjang.[81] Kuda-kuda timur yang asli dibawa ke Eropah dari Timur Tengah dan Afrika Utara sewaktu para pembiakbaka dari Eropah ingin menyemai sifat-sifat ini pada kuda lumba dan kuda tentera ringan.[82][83]

Kuda penarik yang serba berat dan berisi daging digelar "berdarah sejuk" kerana ia dibiakbakakan bukan sahaja untuk kekuatan, malah memerlukan pembawaan tenang dan sabar yang diperlukan untuk menarik bajak atau pedati yang sarat dengan penumpang.[77] Antara baka yang terkenal termasukBelgium danClydesdale.[84] Terdapat sesetengah baka yang lebih ringan dan cergas sepertiPercheron, direka untuk menarik pedati atau membajak sawah di kawasan-kawasan beriklim gersang.[85] Ada juga baka yang lebih perlahan tetapi lebih berkuasa sepertiShire, dibiakbakan untuk membajak sawah yang tanahnya tebal dan liat.[86] Kelompok darah sejuk ini turut termasuk sesetengah baka kuda padi.[87]

Baka-baka "berdarah suam" (warmblood) sepertiTrakehner atauBelima direka ketika kuda pedati dan kuda perang Eropah dikacukkan dengan kuda Arab atau Belima Inggeris untuk membuahkan kuda tunggangan yang lebih berpekerti halus daripada kuda penarik, tetapi lebih besar dan lebih lembut barannya daripada baka yang lebih ringan.[88] Sesetengah bakakuda padi yang bersifat darah panas telah pun direka untuk penunggang yang berbadan lebih kecil.[89]

Kini, istilahwarmblood atau "berdarah suam" memaksudkan baka-baka kuda sukan tertentu yang digunakan untuk pertandingan dalamdressage danshow jumping.[90] Sebenarnya, istilahwarmblood memaksudkan sebarangkacukan sesama baka darah panas dan darah sejuk.[91] Antara contohnya ialahPenarik Ireland danCleveland Bay. Istilah ini pernah digunakan untuk memaksudkan baka-baka kuda tunggangan ringan selain Belima atau Arab sepertikuda Morgan.[80]

Corak tidur

[sunting |sunting sumber]
Sementara sesetengah kuda berbaring untuk tidur, ahli-ahli kawanan yang lain kekal berdiri atau separuh berjaga separuh tidur sambil menjaga keselamatan kawanan.

Kuda mampu tidur sambil berdiri mahupun berbaring. Dalam suatu adaptasi dari hidup secara liar, kuda mampu tidur ringan dengan menggunakan suatu "penambat" di dalam kaki-kakinya yang membolehkannya untuk tidur tanpa rebah.[92] Kuda tidur dengan lebih lena secara berkumpulan kerana sesetengah dibiarkan tidur sementara yang lain berjaga-jaga untuk pemangsa. Seekor kuda yang bersendirian tidak senang tidur disebabkannaluri untuk sentiasa mengawasi untuk bahaya.[93]

Tidak seperti manusia, kuda tidak tidur pada waktu yang tetap dan tidak terputus, sebaliknya banyak kali berehat sejenak-sejenak. Kuda menelan masa empat ke lima belas jam sehari untuk berehat sambil berdiri, di samping berbaring selama beberapa minit ke beberapa jam. Jumlah masa tidur dalam tempoh 24 jam mungkin selama beberapa minit atau beberapa jam,[93] lazimnya dalam selang-selang yang sesingkat 15 minit.[94] Purata jangka masa tidur seekor kuda jinak dikatakan pada 2.9 jam sehari.[95]

Kuda mesti berbaring untuk mencapaitidur REM. Ia hanya perlu berbaring selama satu ke dua jam setiap tempoh hari untuk mencapai keperluan tidur REM asasnya.[93] Bagaimanapun, jika seseekor kuda dilarang sesekali berbaring, selepas beberapa hari ia akan kekurangan tidur, dan jarang-jarang mungkin rebah tiba-tiba sambil ia tertidur REM di luar kawalan sambil masih berdiri.[96] Keadaan ini berbeza dengannarkolepsi, tetapi kuda juga boleh mengalami gangguan ini.[97]

Taksonomi dan evolusi

[sunting |sunting sumber]
Dari kiri ke kanan: Perkembangan saiz, perubahan biometrik pada kranium, pengurangan jari kaki (kaki depan kiri)

Kuda menjalani adaptasi untuk hidup kawasan lapangan terbuka dengan tumbuh-tumbuhan yang jarang, bahkan di sebuahekosistem yang sukar didiami oleh haiwan-haiwan peragut besar yang lain, terutamanyaruminan.[98] Kuda dan haiwan-haiwan seumpamanya merupakan ungulat berjari ganjil dariorderPerissodactyla, iaitu sekumpulan mamalia yang pernah dominan sewaktu zamanTertier. Pada zaman dahulu, order ini mengandungi 14 famili, tetapi hanya tiga yang wujud hingga masa kini, iaituEquidae (keluarga kuda),cipan, danbadak sumbu.[99]

Ahli keluarga Equidae tertua yang dikenal pasti ialahHyracotherium yang hidup pada 45 ke 55 juta tahun dahulu sewaktu zamanEosen. Ia mempunyai 4 batang jari pada setiap kaki depan, dan 3 batang jari pada setiap kaki belakang.[100] Jari tambahan pada kaki depan kemudiannya gugur padaMesohippus yang hidup pada 32 ke 37 juta tahun dahulu.[101] Lama-kelamaan, jari-jari sisi itu mengecil hingga lenyap. Yang tinggal pada kuda moden hanya seperanggu tulangsisa yang halus pada bahagian betis[102] yang bergelar "tulang splin".[103] Kaki-kakinya turut memanjang sedangkan jari kakinya hilang hingga kuda itu menjadi haiwan bertelapuk yang mampu berlari dengan amat pantas.[102] Pada sekitar 5 juta tahun dahulu, lahirnyaEquus yang moden.[104] Gigi kuda turut berevolusi dari meragut dedaun tropika yang lembut untuk menyesuaikan diri dengan bahan dedaun yang lebih kering, diikuti oleh meragut rumput daratan yang lebih keras. Maka kuda purba berubah dari penghuni hutan yang memakan daun kepada penghuni kawasan separa gersang yang memakan rumput di seluruh dunia, baik di rantausteppe di Eurasia mahupunGreat Plains di Amerika Utara.

Menjelang sekitar 15,000 tahun dahulu,Equus ferus telah menjadi spesiesholartik yang tersebar luas. Tulang kuda dari zaman ini, iaitu lewatPleistosen, dijumpai di Eropah, Eurasia,Beringia, dan Amerika Utara.[105] Akan tetapi sekitar 10,000 ke 7,600 tahun dahulu, kuda itu menjadi pupus di Amerika Utara dan jarang ditemui di tempat-tempat lain.[106][107][108] Punca kepupusan ini masih belum dipastikan, tetapi terdapat satu teori yang menganjurkan bahawa kepupusan di Amerika Utara itu selari dengan ketibaan manusia.[109] Satu lagi teori menunjuk kepada perubahan iklim, yang mana diperhatikan bahawa pada sekitar 12,500 tahun dahulu, rumput-rumput yang menyifatkan ekosistem steppe telah membuka laluan kepadatundra pokok renek yang dilitupi dengan tumbuh-tumbuhan yang tidak boleh dimakan oleh kuda.[110]

Spesies liar yang hidup hingga zaman moden

[sunting |sunting sumber]
Sekawan kecil Kuda Przewalski.

Kuda liar yang sejati merupakan spesies atau subspesies yang tidak mempunyai leluhur yang pernah dijinakkan. Oleh itu, kebanyakan kuda "liar" zaman sekarang ini sebenarnyakuda jalang, iaitu haiwan yang melarikan diri atau dibebaskan dari kawanan yang dibela jinak serta keturunannya.[111] Hanya dua subspesies yang tidak pernah dibela jinak, iaituTarpan danPrzewalski yang hidup di dalam catatan sejarah, malah hanya kuda Przewalski yang hidup hingga masa kini.

Kuda Przewalski (Equus ferus przewalskii) yang dinamai sempena penjelajah Rusia,Nikolai Przhevalsky, merupakan sejenis mamalia Asia yang jarang-jarang dijumpai. Ia juga dikenali sebagai Kuda Liar Mongolia; masyarakatMongolia mengenalinya dengan namataki, sementaraorang Kyrgyz memanggilnyakirtag. Subspesies tersebut dianggap pupus di alam liar pada tahun 1969 hingga 1992, sementara sebilangan kecil yang membiak hidup di taman-taman haiwan seluruh dunia. Pada tahun 1992, ia diterapkan semula ke dalam alam liar atas usaha pemuliharaan sesetengah taman haiwan.[112] Kini, wujudnya sebuah populasi kecil kuda Przewalski liar yang membiak di Mongolia.[113][114] Masih terdapat kuda Przewalski yang masih dijaga di taman-taman haiwan seluruh dunia.

KudaTarpan atau Kuda Liar Eropah (Equus ferus ferus) pernah ditemui di Eropah dan Asia. Ia hidup hingga zaman sejarah manusia, tetapipupus pada tahun 1909, apabila kuda Tarpan terkurung yang terakhir mati di sebuah taman haiwan di Rusia,[115] maka hilanglah susun galurnya. Terdapat cubaan-cubaan untuk mencipta semula kuda Tarpan,[115][116][117] yang membuahkan kuda-kuda yang amat serupa pada luaran, tetapi tetap diturunkan daripada leluhur-leluhur yang jinak, dan oleh itu bukan kuda liar sejati.

Kadang-kadang, populasi kuda di kawasan terpencil diandaikan sebagai populasi kuda liar tinggalan purba, tetapi pada umumnya diketahui sebagai kuda jalang atau kuda jinak. Misalnya,kuda Riwoche dari Tibet diusulkan sebagai liar,[114] tetapi pemeriksaan tidak mendapati perbezaan genetik dengan kuda jinak.[118] Begitu juga,kuda Sorraia dari Portugal pernah diusulkan sebagai keturunan langsungTarpan berdasarkan persamaan ciri-ciri,[119][120] namun kajian genetik telah menunjukkan bahawa Sorraia jauh lebih rapat bersaudara dengan baka-baka kuda yang lain, maka persamaan luaran itu bukan ukuran persaudaraan yang berwibawa.[119][121]

Saudara kuda moden yang lain

[sunting |sunting sumber]

Selain kuda, terdapat tujuh spesies lain yang menganggotaigenusEquus dalam famili Equidae, iaitukeldai,Equus asinus;kuda belang gunung,Equus zebra;kuda belang dataran,Equus quagga;kuda belang Grévy,Equus grevyi;kiang,Equus kiang; danonager,Equus hemionus.[122]

Kuda bolehmembiak campur bersama ahli-ahli lain dalam genusnya. Antarakacukan yang paling umum ialahbaghal, iaitu kacukan keldai jantan dengan kuda betina; danhinny, iaitu kacukan kuda jantan dengan keldai betina.[123] Selain itu, terdapat jugazorse, iaitu kacukan kuda belang dengan kuda.[124] Kebanyakan besar kacukan ini adalahmandul dan tidak boleh membiak.[125]

Penjinakan

[sunting |sunting sumber]
Lukisan batuBhimbetka tentang manusia menunggang kuda, India

Penjinakan kuda mungkin sekali bermula di Asia Tengah sebelum 3500 SM. Dua sumber maklumat utama digunakan untuk menentukan di mana dan bila kuda mula-mula sekali dijinakkan dan bagaimana kuda bela jinak itu tersebar ke seluruh dunia. Sumber pertama adalah berasaskan penemuanpalaeologi danarkeologi, sementara sumber kedua merupakan perbandingan DNA yang diperoleh daripada kuda moden dan daripada tulang gigi kuda purba.

Bukti kaji purba terawal untukpembelajinakan kuda datangnya dari tapak-tapak diUkraine danKazakhstan yang bertarikh sekitar 3500–4000 SM.[126][127] Menjelang 3000 SM, kuda dibelajinakkan sama sekali dan pada sekitar 2000 SM terdapat peningkatan mendadak dalam bilangan tulang kuda yang ditemui di petempatan manusia di Eropah barat laut, yang menandakan penyebaran kuda bela jinak ke seluruh benua.[128] Bukti yang terbaru dan paling tidak tersangkal tentang pembelajinakan datangnya daripada tapak-tapak di mana bangkai kuda dikebumikan bersama kereta rata di dalam kubur-kubur kebudayaanSintashta danPetrovka pada sekitar 2100 SM.[129]

Pembelajinakan kuda turut terkaji dengan menggunakan bahan-bahan genetik dari kuda zaman sekarang untuk dibandingkan dengan bahan-bahan genetik yang terdapat pada tulang gigi tinggalan kuda yang terdapat di tapak ekskavasi kaji purba. Variasi pada bahan-bahan genetik menunjukkan sungguh sedikit sekali kuda jantan liar yang menyumbang kepada kuda bela jinak,[130][131] sedangkan terdapat banyak kuda betina dalam kawanan jinak purba.[121][132][133] Ini dicerminkan pada berbezaan dalam variasi genetik antara DNA yang diturunkan sepanjang keturunan bapa (kromosom Y) dengan yang diturunkan sepanjang keturunan ibu (DNA mitokondrion). Keragaman genetiknya amat rendah bagi kromosom Y,[130][131] tetapi amat tinggi buat DNA mitokondrion.[121][132][133] Juga terdapat variasi antara setempat pada DNA mitokondrion disebabkan penyertaan kuda betina liar ke dalam kawanan jinak.[121][132][133][134] Satu lagi sifat pembelajinakan ialah peningkatan dalam kepelbagaian warna bulu.[135] Bilangan wanra kuda ini meningkat secara mendadak dari 5000 ke 3000 SM.[136]

Kuda jalang

[sunting |sunting sumber]

Kuda jalang lahir dan tinggal di habitat liar, tetapi berasal daripada kuda bela jinak.[111] Terdapat banyak penempatan kuda jalang di seluruh dunia.[137][138] Kajian-kajian ke atas kawanan jalang telah memberi pengertian yang berguna terhadap perilaku kuda purba,[139] di samping menambahkan kefahaman terhadap naluri dan kelakuan yang mendorong kuda-kuda yang hidup dalam keadaan serba jinak.[140]

Terdapat juga kuda separa jalang di merata dunia, misalnya bakaDartmoor danNew Forest di UK, di mana kuda-kuda berkenaan dimiliki oleh pihak persendirian tetapi banyak menghabiskan masa hidup di keadaan "liar" di tempat-tempat awam yang tidak dibangunkan. Pemilik haiwan-haiwan sedemikian lazimnya membayar yuran untuk hak meragut.[141][142]

Baka

[sunting |sunting sumber]
Lihat juga:Kategori:Baka kuda

Konsepbaka tulen dandaftar baka bertulis yang terkawal telah menjadi penting sekali pada zaman moden. Kuda baka tulen juga sering bergelar "baka baik" atau "thoroughbred", padahalThoroughbred memaksudkan satu baka kuda yang tertentu (Belima), sementara "baka tulen" merupakan kuda (atau sebarang haiwan lain) denganpedigri tertentu yang dikenali oleh sesebuah daftar baka.[143] Baka kuda bermaksud kelompok kuda dengan ciri-ciri tersendiri yang diturunkan secara konsisten kepada anaknya, seperti susuk badan, warna, kebolehan persembahan, atau pembawaan. Sifat-sifat keturunan ini berpunca daripada gabungan pembakaan silang semula jadi dan kaedah-kaedahpemilihan buatan. Kuda menjalanipembiakbakaan terpilih sejak mula-mula dijinakkan. Antara golongan-golongan terawal yang membiakbakakan kuda secara berpilih ialahBadwi yang terkenal dengan alaman yang teliti, membelakuda Arab dalam pedigri yang berlarutan serta amat mementingkan baka tulen.[144] Pembiakbakaan tulen ini asalnya diajarkan secaralisan.[145] Pada abad ke-14, rahib Kristian dari Sepanyol selatan membela pedigri baka baik secara teliti yang masih didapati padakuda Andalusia.[146]

Setiap baka kuda dihasilkan kerana perlunya "bentuk untuk fungsi", iaitu keperluan untuk memperoleh ciri-ciri tertentu untuk melakukan kerja yang tertentu.[147] Oleh itu, baka yang kuat tetapi halus seperti Andalus terhasil sebagai kuda tunggangan dengan bakat untukdressage.[147] Kuda penarik berat dihasilkan atas keperluan untuk melakukan kerja ladang yang susah serta menarik kereta sorong yang berat-berat.[148] Baka-baka lain pula dihasilkan khusus untuk kerja pertanian ringan, kerja pedati dan pengangkutan, pelbagai jurus sukan, ataupun sekadar dibela.[149] Sesetengah baka terhasil daripada berabad-abad perkacukan sesama baka, sementara baka-baka lain diturunkan dari seekor "bapa kuda asas" yang tunggal, atau lain-lain baka baik asas yang terhad kacukannya. Antara daftar baka rasmi yang terawal ialahGeneral Stud Book untuk kuda Belima yang dikeluarkan pada tahun 1791 serta menyusur-galurkanasas baka untuk baka berkenaan.[150] Terdapat lebih daripada 300 baka kuda di dunia hari ini.[151]

Interaksi dengan manusia

[sunting |sunting sumber]

Di seluruh dunia, kuda memainkan peranan dalam kebudayaan manusia semenjak ribuan tahun dahulu. Kuda digunakan untuk kegiatan istirahat, sukan dan pekerjaan.Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) menganggarkan bahawa pada tahun 2008, terdapat hampir 59,000,000 ekor kuda di dunia, iaitu sekitar 33,500,000 ekor di benua Amerika, 13,800,000 ekor di Asia, 6,300,000 ekor di Eropah dan sebilangan kecil lagi di Afrika dan Oseania.[152]

Komunikasi antara manusia dan kuda adalah penting sekali dalam sebarang kegiatan berkuda;[153] kuda selalunya ditunggang denganpelana di atas belakangnya untuk mengimbangi kedudukan penunggang, sertakekang untuk penunggang mengawal kuda.[154] Kuda juga adakalanya ditunggang tanpa pelana,[155] malah adakalanya kuda dilatih untuk beraksi tanpa kekang atau alas kepala yang seumpamanya.[156] Juga banyak terdapat kuda yang "dipandu", iaitu memerlukanabah-abah, kekang, dan suatu jeniskenderaan.[157]

Sukan

[sunting |sunting sumber]
Kuda dengan penunggang dalam pertandingandressage di sukan Olimpik.

Sejak dahulu kala, penunggang kuda mengasah kemahiran menerusi sukan dan perlumbaan. Sukan menunggang kuda (atau ekuestrian) membekalkan hiburan untuk orang ramai serta mengasah kemahiran menunggang kuda yang diperlukan sewaktu perang. Kebanyakan sukan sepertidressage,eventing danshow jumping berasal dari latihan tentera yang tertumpu pada kawalan dan pengimbangan kuda dengan penunggang sekali. Sukan-sukan lain sepertirodeo pula berkembang dari kemahiran-kemahiran amali seperti yang diperlukan untuk mengusahakan ladang ternak. Kegiatan berburu sambil menunggang kuda turut berevolusi dari teknok-teknik pemburuan amali purba.[153] Segala jenisperlumbaan kuda berevolusi dari peraduan spontan sesama penunggang. Segala jenis pertandingan yang memerlukan kemahiran yang tinggi dan khusus pada kuda dan penunggangnya sekali menyebabkan penghasilan baka dan kelengkapan yang khusus untuk setiap sukan. Berkat daripada kelarisan sukan berkuda selama berabad-abad, terpeliharanya kemahiran-kemahiran yang daripada kepupusan setelah kuda dilucutkan dari kegunaan perang.[158]

Kuda dilatih untuk ditunggang atau dipandu dalam pelbagai pertandingan sukan, misalnyashow jumping,dressage,eventing tiga hari,rodeo, dan sebagainya.[159] Pertunjukan kuda yang berakar umbi pada pesta Eropah Zaman Pertengahan turut diadakan di seluruh dunia. Acara-acara ini terdiri daripada pelbagai kelas, meliputi segala jurus bertunggang dan berabah-abah, dan juga kelas 'tali kajai' yang mana kuda itu dituntun, bukan ditunggang, untuk dinilai berasaskan kesusukannya. Kaedah pengadilan berbeza-beza mengikut disiplin, tetapi untuk memenanginya lazimnya bergantung pada gaya dan kebolehan kuda dan penunggang sekali.[160]

Sukan sepertipolo tidak mengadili kuda, sebaliknya menggunakan kuda sebagai teman untuk pesaing manusia sebagai kelengkapan asas permainan. Biarpun kuda itu memerlukan latihan khusus untuk bertanding, namun prestasinya tidak diadili, sebaliknya hanya hasil tindakan penunggangnya, iaitu memasukkan bola ke dalam gawang atau sebagainya.[161] Antara sukan gandingan manusia dengan kuda sebegini ialahjousting dari Eropah yang mana pemain mesti menjatuhkan lawannya dari kuda dengan sejenis tombak,[162] danbuzkashi, iaitu sukan berpasukan dariAsia Tengah yang bertujuan menangkap bangkai kambing sambil menunggang kuda.[161]

Lumba kuda merupakan sebuah industri antarabangsa yang disaksikan di hampir setiap negara di dunia. Terdapat tiga jenisnya iaitu:flat (balapan biasa);steeplechase (balapan berhalangan); dan "lumba adang-adang" yang mana kuda meligas sambil menarik pemandunya dengan sebuah pedati kecil.[163] Kepentingan ekonomi lumba kuda ditunjangi olehperjudian.[164]

Kerja

[sunting |sunting sumber]
Polis berkuda di Poland.

Terdapat beberapa pekerjaan yang begitu tangkas dilakukan oleh kuda, hingga belum ada teknologi yang dibangunkan untرuk mengganti mereka sama sekali. Misalnya,kuda polis masih berkesan untuk sesetengah jenis tugas meronda serta mengawal keramaian.[165] Ladang ternak lembu masih memerlukan penunggang kuda untuk menggiring lembu yang bertempiaran di seluruh bumi yang berjauhan dan kasar.[166] Badan-badanmencari dan menyelamat di sesetengah negara mengharapkan pasukan berkuda untuk mencari orang sesat, terutamanya pengembara dan kanak-kanak, serta membekalkan bantuan amal bencana.[167] Kuda juga boleh digunakan di kawasan yang menegah penggunaan kenderaan ke atas tanah yang rapuh seperti hutan simpan, apatah lagi boleh dijadikan satu-satunya bentuk pengangkutan yang dibenarkan di kawasan hidupan liar. Kuda lebih senyap daripada kenderaan bermotor. Penguatkuasa undang-undang sepertirenjer ataupelindung mergastua boleh menggunakan kuda untuk meronda. Kuda dan baghal juga sesuai untuk mengerjakan denai atau lain-lain kawasan bumi kasar yang kurang sesuai untuk kenderaan bermotor.[168]

Biarpun kuda diganti oleh jentera di merata dunia, namun sekitar 100 juta ekor kuda, keldai dan baghal masih digunakan untuk tujuan-tujuan pertanian dan pengangkutan di kawasan-kawasan yang kurang terbangun. Bilangan ini merangkumi sekitar 27 juta haiwan bekerja di Afrika sahaja.[169] Sesetengah amalan pengurusan tanah seperti bercucuk tanam dan membalak boleh dijalankan dengan cekap dengan kuda. Dalam bidang pertanian, penggunaan bahan api fosil dikurangkan sementara pemuliharaan alam sekitar dipertingkat lama-kelamaan dengan penggunaan haiwan penarik seperti kuda.[170][171] Pembalakan dengan kuda boleh mengurangkan kerosakan pada struktur tanah dan juga pokok kerana pemilihan balak yang lebih terpilih.[172]

Hiburan dan budaya

[sunting |sunting sumber]

Kuda moden sering digunakan untuk melakonkan semula acara bersejarah, terutamanya peristiwa peperangan yang terkenal.[173] Kuda juga digunakan untuk memelihara tradisi budaya serta menjalankan upacara. Negara-negara maju seperti United Kingdom masih menggunakan kereta kuda untuk mengangkut kerabat diraja dan lain-lain orang ternama untuk acara-acara kebudayaan yang terulung.[174]

Kuda sering diperlihatkan dalam televisyen, filem dan sastera. Adakalanya kuda ditampilkan sebagai watak utama dalam cerita, bahkan digunakan sebagai unsur-unsur tampak yang menjamin ketepatan kisah bersejarah.[175] Kuda yang hidup mahupun gambaran kuda digunakan dalamiklan untuk melariskan pelbagai barangan keluaran.[176] Kuda sering terdapat pada jata, dalam pelbagai gaya berdiri dan kelengkapan.[177] Mitologi-mitologi dalam pelbagai budaya, baikYunani,Rom,Norse,Hindu mahupunIslam menyebut tentang kuda yang biasa mahupun bersayap atau beranggota tambahan, malah ada yang turut menceritakan kuda yang menarik rata Bulan dan Matahari.[178]Kuda merupakan ahli yang ketujuh dalam kitaran 12 bintangzodiak Cina.[179]

OKU dan terapi

[sunting |sunting sumber]

Golongan kelainan upaya dari segi fizikal atau mental tanpa mengira umur mendapat faedah daripada bertemankan kuda. Terapi tunggang kuda digunakan untuk merangsang mereka yang kurang upaya secara mental atau fizikal untuk membantu mereka menambah baik kehidupan mereka dengan memperbaiki keseimbangan dan koordinasi badan, meningkatkan keyakinan diri, serta menyemai rasa bebas dan berdikari.[180] Kebaikan kegiatan berkuda untuk mereka yang kurang upaya turut diiktiraf dengan ditambahnya acara-acara berkuda dalamSukan Paralimpik serta pengiktirafan acara-acarapara-ekuestrian olehPersekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI).[181]Hipoterapi danterapi tunggang kuda adalah antara gelaran bagi pelbagai strategi rawatan terapi fizikal, pekerjaan, mahupun percakapan yang memanfaatkan pergerakan kuda. Ahli hipoterapi menggunakan pergerakan kuda untuk meningkatkan kemahiran kognitif, koordinasi, keseimbangan, dan motor halus pesakit, sedangkan terapi tunggang kuda menggunakan kemahiran menunggang yang tertentu.[182]

Kuda turut membekalkan faedah psikologi kepada manusia walaupun tidak semestinya yang menunggang. Terapi "bantuan kuda" merupakan suatu bentukpsikoterapi pengalaman yang menggunakan kuda sebagai haiwan teman untuk menolong mereka yang mengalami penyakit jiwa, termasuk kecelaruan kerana resah, kecelaruan psikotik, kecelaruan jiwa, kesusahan tatalaku, serta mereka yang sedang melalui perubahan hidup yang besar.[183] Juga terdapat program-program percubaan yang menggunakan kuda di dalampenjara, yang mana pendedahan kepada kuda kelihatan menambah baik perilaku banduan serta mengurangkan berulangnya jenayah apabila banduan dilepaskan.[184]

Peperangan

[sunting |sunting sumber]
Tentera berkudaTurki, 1917

Kuda telah digunakan dalam peperangan sepanjang sejarah tamadun manusia. Bukti kaji purba terawal akan penggunaan kuda perang berasal dari sekitar tahun 4000 ke 3000 SM,[185] manakala penggunaan kuda perang meluas pada lewatZaman Gangsa.[186][187] Walaupun rata-rata diganti oleh jentera sebagai senjata perang, namun kuda masih digunakan dalam kegunaan ketenteraan yang terhad, terutamanya untuk kegunaan upacara, atau kegiatan mengintip dan mengangkut di kawasan rupa bumi kasar yang tidak sesuai dijalani kenderaan bermotor. Kuda digunakan pada abad ke-21 oleh puakJanjaweed diKonflik Darfur.[188]

Keluaran

[sunting |sunting sumber]

Kuda merupakan bahan mentah untuk pelbagai produk keluaran yang dibuat oleh manusia sepanjang sejarah, baik keluaran sampingan dari penyembelihan kuda mahupun bahan-bahan yang diperoleh dari kuda yang hidup.

Antara hasil perolehan dari kuda hidup termasuk susu kuda yang diminum oleh kaum-kaum yang menyimpan kuda dalam kawanan besar-besar, misalnyaorang Mongol yang menapai susu kuda untuk membuatkumis.[189] Darah kuda pernah dijadikan makanan oleh kaum Mongol dan lain-lain puaknomad sebagai sumber khasiat yang mudah ketika mengembara. Dengan meminum darah kuda sendiri, orang Mongol dapat menunggang dalam jangka masa yang lama sekali tanpa bersinggah untuk makan.[189] UbatPremarin merupakan campuranestrogen yang diekstrak dari air kencing ibu kuda yang bunting (bahasa Inggeris:pregnantmares' urine), malah pernah digunakan secara meluas untuk terapi ganti hormon untuk wanita yang putus haid.[190] Bulu ekor kuda boleh digunakan untuk membuat penggesek alat muzik bertali sepertibiola danselo.[191]

Daging kuda juga dijadikan makanan untuk manusia dan haiwanmaging sejak berzaman-zaman. Di serata dunia terdapat manusia yang makan daging kuda, tetapi dilarang dalam sesetengah budaya,[192] atau setidak-tidaknya dijadikan titik pertikaian.[193] Kulit kuda digunakan untuk membuat kasut, sarung tangan, jaket,[194] bolabesbol,[195] dan sarung tangan besbol. Telapuk kuda juga boleh digunakan untuk menghasilkangam haiwan.[196] Tulang juga sesuai untuk membuat perkakasan.[197] Terutama sekali dalam masakan Itali,tulang kering kuda diasah menjadi jarumspinto yang digunakan untuk menguji kesediaan daging ham (khinzir) yang .[198] Di Asia Tengah,saba merupakan bekas kulit kuda untuk menghasilkankumis.[199]

Penjagaan

[sunting |sunting sumber]
Memeriksa gigi adalah antara langkah-langkah penting dalam penjagaan kuda.

Kuda merupakan haiwanperagut yang mendapat punca khasiat utama dalam bentukrumput segar mahupun kering yang bermutu tinggi.[200] Kuda mampu makan yang kering sebanyak kira-kira 2% ke 2.5% berat badannya setiap hari. Oleh itu, seekor kuda dewasa 450-kilogram (990 lb) mampu makan sehingga 11 kilogram (24 lb) makanan.[201] Adakalanya, makanan pekat sepertibijirin diberikan di samping rumput segar atau kering, lebih-lebih lagi kuda yang sungguh cergas.[202] Sungguhpun demikian, pakar khasiat kuda mengesyorkan supaya 50% ke atas pemakanan kuda mengikut beratnya mesti datang dari meragut rumput segar.[203]

Kuda memerlukan bekalan air bersih yang banyak, iaitu minimum 10 US gallon (38 L) ke 12 US gallon (45 L) sehari.[204] Biarpun sesuai hidup di luar, namun kuda memerlukan perteduhan dari angin, hujan dan salji, yang boleh berupa bangsal yang ringkas mahupun kandang yang serba lengkap.[205]

Kuda memerlukan penjagaan telapuk yang rutin oleh seorangtukang ladam, di samping jugapemvaksinan sebagai perlindungan dari pelbagai penyakit, serta pemeriksaan gigi olehdoktor haiwan atau doktor gigi yang khusus dalam gigi kuda.[206] Kuda yang disimpan di dalam bangsal memerlukan senaman harian demi kesihatan fizikal dan mental.[207] Apabila dipimpin keluar, kuda perlu dibendung dengan pagar yang kukuh dan terpelihara.[208] Pembersihan kuda secara kerap juga membantu kuda menjaga kesihatan bulu dan kulitnya.[209]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Linnaeus, Carolus (1758).Systema naturae per regna tria naturae: secundum classes, ordines, genera, species, cum characteribus, differentiis, synonymis, locis.1 (ed. ke-10). Holmiae (Laurentii Salvii). m/s. 73. Dicapai pada2008-09-08.
  2. ^Schlitter, D.A. (2005). Wilson, D.E.; Reeder, D.M. (penyunting).Mammal Species of the World (ed. ke-4). Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 630–631.ISBN 978-0-8018-8221-0.
  3. ^Marsden, William (1812).A Dictionary of the Malayan Language. Cox and Baylis. m/s. 273.كودkūda, Hind. घोट (ڭهوراghūra) a horse.
  4. ^Hoogervorst, Tom (2015)."Detecting pre-modern lexical influence from South India in Maritime Southeast Asia".Archipel.89: 63-93.doi:10.4000/archipel.490.
  5. ^"The Horses in Malaysia." Article on the history of all horse breeds in the region. Accessed December 8, 2007
  6. ^Robert, Blust (2002)."The History of Faunal Terms in Austronesian Languages".Oceanic Linguistics. Universiti Hawai'i.41 (1): 89–139.doi:10.2307/3623329.
  7. ^abcdEnsmingerHorses and Horsemanship m/s 46–50
  8. ^Wright, B. (March 29, 1999)."The Age of a Horse".Ministry of Agriculture, Food and Rural Affairs. Government of Ontario. Diarkibkan daripadayang asal pada 2010-01-20. Dicapai pada2009-10-21.
  9. ^British Horse SocietyThe Manual of Horsemanship of the British Horse Society m/s 255
  10. ^"Rules of the Australian Stud Book"(PDF). Australian Jockey Club. 2007. m/s. 7. Dicapai pada2008-07-09.
  11. ^ab"Equine Age Requirements for AERC Rides". American Endurance Riding Conference. Diarkibkan daripadayang asal pada 2011-08-11. Dicapai pada2011-07-25.
  12. ^Whitaker and WhitelawThe Horse m/s 77
  13. ^EnsmingerHorses and Horsemanship m/s 51
  14. ^BongianniSimon & Schuster's Guide to Horses & Ponies of the World entry 1,68,69
  15. ^BongianniSimon & Schuster's Guide to Horses & Ponies of the World entry 12,30,31,32,75
  16. ^BongianniSimon & Schuster's Guide to Horses & Ponies of the World entry 86, 96, 97
  17. ^EnsmingerHorses and Tack m/s 11–12
  18. ^HowlettPonies in Australia m/s 14
  19. ^"Annex XVII: Extracts from Rules for Pony Riders and Children, 9th edition"(PDF). Fédération Equestre Internationale. 2009. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 2013-01-28. Dicapai pada2010-03-07.
  20. ^"Chromosome Numbers in Different Species". Vivo.colostate.edu. 1998-01-30. Diarkibkan daripadayang asal pada 2013-05-11. Dicapai pada2013-04-17.
  21. ^"Sequenced horse genome expands understanding of equine, human diseases". Cornell University College of Veterinary Medicine. 2012-08-21. Dicapai pada2013-04-01.
  22. ^"Domestic Horse Genome Sequenced". ScienceDaily, LLC. 2009-11-05.doi:10.1126/science.1178158. Dicapai pada2013-04-01.
  23. ^"Ensembl genome browser 71: Equus caballus - Description". Uswest.ensembl.org. Dicapai pada2013-04-17.
  24. ^VogelThe Complete Horse Care Manual m/s 14
  25. ^Mills, et al.A Basic Guide to Horse Care and Management m/s 72–73
  26. ^Corum, Stephanie J. (May 1, 2003)."A Horse of a Different Color"(Registration required).The Horse. Dicapai pada2010-02-11.
  27. ^abc"Horse Coat Color Tests".Veterinary Genetics Laboratory. University of California. Dicapai pada2008-05-01.
  28. ^Marklund, L. (1996). "A missense mutation in the gene for melanocyte-stimulating hormone receptor (MC1R) is associated with the chestnut coat color in horses".Mammalian Genome.7 (12): 895–899.doi:10.1007/s003359900264.PMID 8995760.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  29. ^ab"Introduction to Coat Color Genetics".Veterinary Genetics Laboratory. University of California. Dicapai pada2008-05-01.
  30. ^Haase B; Brooks SA; Schlumbaum A; dll. (2007)."Allelic Heterogeneity at the Equine KIT Locus in Dominant White (W) Horses".PLoS Genetics.3 (11): e195.doi:10.1371/journal.pgen.0030195.PMC 2065884.PMID 17997609.Unknown parameter|author-separator= ignored (bantuan)
  31. ^Mau, C., Poncet, P. A., Bucher, B., Stranzinger, G. & Rieder, S. (2004)."Genetic mapping of dominant white (W), a homozygous lethal condition in the horse (Equus caballus) (2004)".Journal of Animal Breeding and Genetics.121 (6): 374–383.doi:10.1111/j.1439-0388.2004.00481.x. Dicapai pada9 January 2009.CS1 maint: multiple names: authors list (link)[pautan mati kekal]
  32. ^Ensminger,Horses and Horsemanship m/s 156
  33. ^Johnson, Tom."Rare Twin Foals Born at Vet Hospital: Twin Birth Occurrences Number One in Ten Thousand".Communications Services, Oklahoma State University. Oklahoma State University. Diarkibkan daripadayang asal pada 2012-10-12. Dicapai pada2008-09-23.
  34. ^MillerRevolution m/s 102–103
  35. ^Ensminger, M. E.Horses and Horsemanship, m/s 150
  36. ^Kline, Kevin H. (2010-10-07)."Reducing weaning stress in foals". Montana State University eXtension. Diarkibkan daripadayang asal pada 2012-03-22. Dicapai pada2012-04-03.
  37. ^Ensminger,Horses and Tack, m/s 129
  38. ^McIlwraith, C.W."Developmental Orthopaedic Disease: Problems of Limbs in young Horses".Orthopaedic Research Center. Colorado State University. Dicapai pada2008-04-20.
  39. ^ThomasStorey's Guide to Training Horses m/s 163
  40. ^"2-Year-Old Racing (US and Canada)".Online Fact Book. Jockey Club. Dicapai pada2008-04-28.
  41. ^BryantThe USDF Guide to Dressage m/s 271–272
  42. ^EvansThe Horse m/s 90
  43. ^EnsmingerHorses and Horsemanship m/s 21–25
  44. ^EnsmingerHorses and Horsemanship m/s 367
  45. ^GiffinHorse Owner's Veterinary Handbook m/s 304
  46. ^GiffinHorse Owner's Veterinary Handbook m/s 457
  47. ^Fuess, Ph.D., Theresa A."Yes, The Shin Bone Is Connected to the Ankle Bone".Pet Column. University of Illinois.Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-09-09. Dicapai pada2008-04-05.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  48. ^GiffinHorse Owner's Veterinary Handbook m/s 310–312
  49. ^KrelingHorses' Teeth and Their Problems m/s 12–13
  50. ^GiffinHorse Owner's Veterinary Handbook m/s 175
  51. ^abcEnsmingerHorses and Horsemanship m/s 309–310
  52. ^abSellnowHappy Trails m/s 46
  53. ^<Please add first missing authors to populate metadata.> (7 Mac 2010)."Eye Position and Animal Agility Study Published".The Horse. Dicapai pada2010-03-11.Unknown parameter|nopp= ignored (bantuan)
  54. ^McDonnell, Sue (June 1, 2007)."In Living Color"(registration required).The Horse. The Horse, Inc. Dicapai pada2007-07-27.
  55. ^MyersHorse Safe p.7
  56. ^Lesté-Lasserre, Christa (January 18, 2013)."Music Genre's Effect on Horse Behavior Evaluated".The Horse. Blood Horse Publications. Dicapai pada23 January 2013.
  57. ^"Radios Causing Gastric Ulcers".EquiNews. Kentucky Equine Research. February 15, 2010. Dicapai pada23 January 2013.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  58. ^Thomas, Heather Smith."True Horse Sense".Thoroughbred Times. Thoroughbred Times Company. Dicapai pada2008-07-08.
  59. ^Cirelli, Al Jr. and Brenda Cloud."Horse Handling and Riding Guidelines Part 1: Equine Senses"(PDF).Cooperative Extension. University of Nevada. m/s. 4. Dicapai pada2008-07-09.
  60. ^Hairston, et al.The Essentials of Horsekeeping m/s 77
  61. ^MillerUnderstanding the Ancient Secrets of the Horse's Mind m/s 28
  62. ^Gustavson, Carrie."Horse Pasture is No Place for Poisonous Plants".Pet Column July 24, 2000. University of Illinois.Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-09. Dicapai pada2008-07-09.
  63. ^HarrisHorse Gaits, Balance and Movement m/s 32
  64. ^HarrisHorse Gaits, Balance and Movement m/s 47–49
  65. ^"2011 New Orders Guide". American Quarter Horse Association. Diarkibkan daripadayang asal pada 2013-09-27. Dicapai pada2013-08-14.
  66. ^HarrisHorse Gaits, Balance and Movement m/s 50
  67. ^Lieberman, Bobbie (2007). "Easy Gaited Horses".Equus (359): 47–51.
  68. ^Equus Staff (2007). "Breeds that Gait".Equus (359): 52–54.
  69. ^"Horse Fight vs Flight Instinct". eXtension. 2009-09-24. Diarkibkan daripadayang asal pada 2013-05-15. Dicapai pada2013-04-17.
  70. ^McBaneA Natural Approach to Horse Management m/s 226–228
  71. ^EnsmingerHorses and Horsemanship m/s 305–309
  72. ^PrinceBasic Horsemanship m/s 214–223
  73. ^abcHanggi, Evelyn B. (2007-04-16)."Understanding horse intelligence".Horsetalk 2007. Horsetalk. Dicapai pada2008-09-16.
  74. ^Lesté-Lasserre, Christa."Horses Demonstrate Ability to Count in New Study".The Horse, Online Edition. Blood-Horse Publications. Dicapai pada2009-12-06.
  75. ^Coarse, Jim (2008-06-17)."What Big Brown Couldn't Tell You and Mr. Ed Kept to Himself (part 1)".The BloodHorse. Blood-Horse Publications. Dicapai pada2008-09-16.
  76. ^abBelknapHorsewords m/s 255
  77. ^abBelknapHorsewords m/s 112
  78. ^EnsmingerHorses and Horsemanship m/s 71–73
  79. ^EnsmingerHorses and Horsemanship m/s 84
  80. ^abPrice, et al.Whole Horse Catalog m/s 18
  81. ^DeFilippisThe Everything Horse Care Book m/s 4
  82. ^Whitaker and WhitelawThe Horse m/s 43
  83. ^Whitaker and WhitelawThe Horse m/s 194–197
  84. ^PriceWhole Horse Catalog m/s 15
  85. ^BongianniSimon & Schuster's Guide to Horses & Ponies of the World entry 87
  86. ^EnsmingerHorses and Horsemanship m/s 124–125
  87. ^BennettConquerors m/s 7
  88. ^EdwardsThe Encyclopedia of the Horse m/s 122–123
  89. ^Contohnya,kuda padi tunggangan Australia danConnemara, rujuk EdwardsThe Encyclopedia of the Horse m/s 178–179, 208–209
  90. ^Price et al.Lyons Press Horseman's Dictionary m/s 231
  91. ^BelknapHorsewords m/s 523
  92. ^Pascoe, Elaine."How Horses Sleep".Equisearch.com. EquiSearch. Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada2007-03-23.
  93. ^abcPascoe, Elaine."How Horses Sleep, Pt. 2 – Power Naps".Equisearch.com. EquiSearch. Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada2007-03-23.
  94. ^EnsmingerHorses and Horsemanship m/s 310.
  95. ^Holland, Jennifer S. (Julai 2011). "40 Winks?".National Geographic.220 (1).
  96. ^EQUUS Magazine Editors."Equine Sleep Disorder Videos".Equisearch.com. EquiSearch. Diarkibkan daripadayang asal pada 2007-05-10. Dicapai pada2007-03-23.
  97. ^SmithLarge Animal Internal Medicine m/s 1086–1087
  98. ^BudianskyThe Nature of Horses m/s 31
  99. ^Myers, Phil."Order Perissodactyla".Animal Diversity Web. University of Michigan. Dicapai pada2008-07-09.
  100. ^"Hyracotherium".Fossil Horses in Cyberspace.Florida Museum of Natural History. Dicapai pada2008-07-09.
  101. ^"Mesohippus".Fossil Horses in Cyberspace. Florida Museum of Natural History. Dicapai pada2008-07-09.
  102. ^ab"The Evolution of Horses".The Horse. American Museum of Natural History. Dicapai pada2008-07-09.
  103. ^MillerUnderstanding the Ancient Secrets of the Horse's Mind m/s 20
  104. ^"Equus".Fossil Horses in Cyberspace. Florida Museum of Natural History. Dicapai pada2008-07-09.
  105. ^Weinstock, J.; dll. (2005)."Evolution, Systematics, and Phylogeography of Pleistocene Horses in the New World: A Molecular Perspective".PLoS Biology.3 (8): e241.doi:10.1371/journal.pbio.0030241.PMC 1159165.PMID 15974804.
  106. ^Vila, C. (2001)."Widespread Origins of Domestic Horse Lineages"(PDF).Science.291 (5503): 474–7.doi:10.1126/science.291.5503.474.PMID 11161199. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 2013-01-28. Dicapai pada2013-09-07.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  107. ^Luís, Cristina (2006)."Iberian Origins of New World Horse Breeds".Quaternary Science Reviews.97 (2): 107–113.doi:10.1093/jhered/esj020.PMID 16489143.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  108. ^Haile, James; dll. (2009)."Ancient DNA reveals late survival of mammoth and horse in interior Alaska".PNAS.106 (52): 22352–22357.doi:10.1073/pnas.0912510106.PMC 2795395.PMID 20018740.
  109. ^Buck, Caitlin E. (2007). "A calendar chronology for Pleistocene mammoth and horse extinction in North America based on Bayesian radiocarbon calibration".Quaternary Science Reviews.26 (17–18): 2031.doi:10.1016/j.quascirev.2007.06.013.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  110. ^LeQuire, Elise (2004-01-04)."No Grass, No Horse"(registration required). The Horse, online edition. Dicapai pada2009-06-08.
  111. ^abOlsen "Horse Hunters of the Ice Age"Horses Through Time m/s 46
  112. ^"An extraordinary return from the brink of extinction for worlds last wild horse".ZSL Press Releases. Zoological Society of London. 2005-12-19. Diarkibkan daripadayang asal pada 2013-05-16. Dicapai pada2012-06-06.
  113. ^"Home". The Foundation for the Preservation and Protection of the Przewalski Horse. Diarkibkan daripadayang asal pada 2017-10-10. Dicapai pada2008-04-03.
  114. ^abDohner "Equines: Natural History"Encyclopedia of Historic Livestock and Poultry Breeds m/s 298–299
  115. ^abDohner "Equines: Natural History"Encyclopedia of Historic Livestock and Poultry Breeds m/s 300
  116. ^"Tarpan".Breeds of Livestock. Oklahoma State University.Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-16. Dicapai pada2009-01-13.
  117. ^<Please add first missing authors to populate metadata.> (June 21, 2002)."Ponies from the past?: Oregon couple revives prehistoric Tarpan horses".The Daily Courier. Dicapai pada2009-10-21.
  118. ^PeisselTibet m/s 36
  119. ^abRoyo, L.J., I. Álvarez, A. Beja-Pereira, A. Molina, I. Fernández, J. Jordana, E. Gómez, J. P. Gutiérrez, and F. Goyache (2005)."The Origins of Iberian Horses Assessed via Mitochondrial DNA".Journal of Heredity.96 (6): 663–669.doi:10.1093/jhered/esi116.PMID 16251517. Dicapai pada2008-12-15.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  120. ^EdwardsThe Encyclopedia of the Horse m/s 104–105
  121. ^abcdLira, Jaime; dll. (2010)."Ancient DNA reveals traces of Iberian Neolithic and Bronze Age lineages in modern Iberian horses".Molecular Ecology.19 (1): 64–78.doi:10.1111/j.1365-294X.2009.04430.x.PMID 19943892. Diarkibkan daripadayang asal pada 2013-01-28. Dicapai pada2013-09-09.Explicit use of et al. in:|author= (bantuan)
  122. ^Pallas (1775)."Equus hemionus".Wilson & Reeder's mammal species of the world.Bucknell University. Dicapai pada1 September 2010.
  123. ^"Mule Information".BMS Website. British Mule Society. Dicapai pada2008-07-10.
  124. ^"Zebra hybrid is cute surprise". BBC News. June 26, 2001. Dicapai pada2010-02-06.
  125. ^"Befuddling Birth: The Case of the Mule's Foal".All Things Considered. National Public Radio. Dicapai pada2008-08-16.
  126. ^Outram, A.K., Stear, N.A., Bendrey, R., Olsen, S., Kasparov, A., Zaibert, V., Thorpe, N. dan Evershed, R.P. 2009 The Earliest Horse Harnessing and Milking Science. 323(5919): 1332–1335
  127. ^MatossianShaping World History m/s 43 Lihat juga:"Horsey-aeology, Binary Black Holes, Tracking Red Tides, Fish Re-evolution, Walk Like a Man, Fact or Fiction".Quirks and Quarks Podcast with Bob Macdonald. CBC Radio. 2009-03-07. Dicapai pada2010-09-18.
  128. ^EvansHorse Breeding and Management m/s 56
  129. ^Kuznetsov, P. F. (2006)."The emergence of Bronze Age chariots in eastern Europe".Antiquity.80: 638–645. Diarkibkan daripadayang asal pada 2012-07-07. Dicapai pada2013-09-09.
  130. ^abLau, A. N., Peng, L., Goto, H., Chemnick, L., Ryder, O. A. & Makova, K. D. (2009). "Horse Domestication and Conservation Genetics of Przewalski's Horse Inferred from Sex Chromosomal and Autosomal Sequences".Molecular Biology and Evolution.26 (1): 199–208.doi:10.1093/molbev/msn239.PMID 18931383.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  131. ^abLindgren, Gabriella (2004). "Limited number of patrilines in horse domestication".Nature Genetics.36 (4): 335–336.doi:10.1038/ng1326.PMID 15034578.Unknown parameter|coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  132. ^abcVilà, C.; dll. (2001). "Widespread origins of domestic horse lineages".Science.291 (5503): 474–477.doi:10.1126/science.291.5503.474.PMID 11161199.
  133. ^abcCai, D. W.; Tang, Z. W.; Han, L.; Speller, C. F.; Yang, D. Y. Y.; Ma, X. L.; Cao, J. E.; Zhu, H.; Zhou, H.; dll. (2009)."Ancient DNA provides new insights into the origin of the Chinese domestic horse"(PDF).Journal of Archaeological Science.36 (3): 835–842.doi:10.1016/j.jas.2008.11.006. Dicapai pada17 Januari 2011.Explicit use of et al. in:|first9= (bantuan);Invalid|display-authors=9 (bantuan)
  134. ^Olsen, Sandra L. (2006). "Early Horse Domestication: Weighing the Evidence". Dalam Olsen, Sandra L; Grant, Susan; Choyke, Alice M.; Bartosiewicz, Laszlo (penyunting).Horses & Humans: The Evolution of Human-Equine Relationships. Oxford, UK: Archaeopress. m/s. 81–113.ISBN 1-84171-990-0.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  135. ^Epstein, H. 1955 Domestication Features in Animals as Functions of Human Society Agricultural History Society. 29(4): 137–146
  136. ^Ludwig, A.; Pruvost, M.; Reissmann, M.; Benecke, N.; Brockmann, G.A.; Castanos, P.; Cieslak, M.; Lippold, S.; Llorente, L.; dll. (2009). "Coat Color Variation at the Beginning of Horse Domestication".Science.324 (5926): 485–485.doi:10.1126/science.1172750.PMID 19390039.Explicit use of et al. in:|first9= (bantuan);Invalid|display-authors=9 (bantuan)
  137. ^EdwardsThe Encyclopedia of the Horse m/s 291
  138. ^Anthony "Bridling Horse Power: The Domestication of the Horse"Horses Through Time m/s 66–67
  139. ^Olsen, Sandra L."Horses in Prehistory".Anthropology Research. Carnegie Museum of Natural History. Diarkibkan daripadayang asal pada 2008-05-25. Dicapai pada2008-08-16.
  140. ^Lesté-Lasserre, Christa (October 7, 2009)."Mares' Social Bonds Might Enhance Reproductive Success"(Registration required).The Horse. Dicapai pada2009-10-21.
  141. ^"Animals on the Moor". Dartmoor Commoners' Council. Dicapai pada2012-03-29.
  142. ^FearNew Forest Drift m/s 75
  143. ^EnsmingerHorses and Horsemanship m/s 424
  144. ^EdwardsThe Arabian m/s 22–23
  145. ^"Is Purity the Issue?".WAHO Publication Number 21 January 1998. World Arabian Horse Organization. Dicapai pada2008-04-29.[pautan mati kekal]
  146. ^"Andalusian".Breeds of Livestock. Oklahoma State University. Diarkibkan daripadayang asal pada 2008-03-12. Dicapai pada2008-04-29.
  147. ^abSponenberg "The Proliferation of Horse Breeds"Horses Through Time m/s 155
  148. ^Sponenberg "The Proliferation of Horse Breeds"Horses Through Time m/s 156–57
  149. ^Sponenberg "The Proliferation of Horse Breeds"Horses Through Time m/s 162
  150. ^"History of Thoroughbreds".Britishhorseracing.com. British Horseracing Authority. Diarkibkan daripadayang asal pada 2014-02-01. Dicapai pada2008-04-03.
  151. ^HedgeHorse Conformation m/s 307–308
  152. ^"FAO Stat — Live Animals". Food and Agriculture Organization. December 16, 2009. Dicapai pada2010-02-05.
  153. ^abOlsen "In the Winner's Circle"Horses Through Time m/s 105, 111–113, 121
  154. ^EdwardsHorses m/s 32–34
  155. ^SelfRiding Simplified m/s 55
  156. ^Thorson "Rugged Lark"Legends 7 m/s 218
  157. ^MettlerHorse Sense m/s 47–54
  158. ^Olsen "In the Winner's Circle"Horses Through Time m/s 105
  159. ^EdwardsThe Encyclopedia of the Horse m/s 346–356, 366–371
  160. ^EdwardsThe Encyclopedia of the Horse m/s 376–377
  161. ^abEdwardsThe Encyclopedia of the Horse m/s 360
  162. ^CollinsEncyclopedia of Traditional British Rural Sports m/s 173–174
  163. ^EdwardsThe Encyclopedia of the Horse m/s 332–337
  164. ^CampbellNational Gambling Impact Study Commission Final Report m/s 111
  165. ^"Horse Mounted Unit".United States Park Police. National Park Service. Dicapai pada2008-04-07.
  166. ^EdwardsThe Encyclopedia of the Horse m/s 226–227
  167. ^"Volunteer Mounted Search and Rescue Unit".Employment. San Benito County Sheriff's Office. Diarkibkan daripadayang asal pada 2008-05-09. Dicapai pada2008-07-08.
  168. ^US Forest Service (2003)."Success Stories"(PDF). US Department of Agriculture. m/s. 4. Dicapai pada2008-04-20.Unknown parameter|month= ignored (bantuan);|chapter= ignored (bantuan)
  169. ^Brown, Kimberly S. (1 Jun 2006)."At Work in Morocco"(Registration required).The Horse. Dicapai pada2009-10-21.
  170. ^Gifford "Working Draught Horses as Singles and Pairs"The Working Horse Manual m/s 85
  171. ^MillerWork Horse Handbook m/s 13
  172. ^Gifford "Working Horses in Forestry"The Working Horse Manual m/s 145
  173. ^Stoddard, Samuel."Unit Activities".Co H, 4th Virginia Cavalry. Washington Webworks, LLC. Dicapai pada2008-04-29.
  174. ^"Transport". British Monarchy. Dicapai pada2009-08-30.
  175. ^Sellnow, Les (1 Mac 2006)."Hollywood Horses"(Registration required).The Horse. Dicapai pada2009-10-21.
  176. ^"Trademark Horse – Horses as advertising mediums". Westfälische Pferdemuseum (Westphalian Horse Museum). Diarkibkan daripadayang asal pada 2008-10-11. Dicapai pada2008-08-16.
  177. ^Fox-DaviesA Complete Guide to Heraldry m/s 201
  178. ^TozerThe Horse in History m/s 94, 98–100
  179. ^"Year of the Horse". Chinese Culture Center of San Francisco. Diarkibkan daripadayang asal pada 2011-07-16. Dicapai pada2007-07-22.
  180. ^Bush, et al.The Principles of Teaching Riding m/s 58
  181. ^"About Para Equestrian Dressage". Federation Equestre Internationale. Dicapai pada2010-03-07.
  182. ^"Frequently Asked Questions About Hippotherapy"(PDF).FAQ – AHA, April 2005. American Hippotherapy Association. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 2007-09-19. Dicapai pada2008-07-08.
  183. ^"Equine Facilitated Psychotherapy (EFP) Fact Sheet". Equine Facilitated Mental Health Association. Diarkibkan daripadayang asal pada 2008-04-30. Dicapai pada2008-07-08.
  184. ^Wise, Mike (2003-08-10)."Partners, Horse and Man, in Prison Pasture".New York Times. Dicapai pada2008-07-08.
  185. ^Newby, Jonica, Jared Diamond dan David Anthony (1999-11-13)."The Horse in History".The Science Show. Radio National. Dicapai pada2012-01-04.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  186. ^Anthony, David W. dan Dorcas R. Brown."The Earliest Horseback Riding and its Relation to Chariotry and Warfare".Harnessing Horsepower. Institute for Ancient Equestrian Studies. Diarkibkan daripadayang asal pada 2017-10-10. Dicapai pada2007-10-09.
  187. ^Whitaker dan WhitelawThe Horse m/s. 30–31
  188. ^Lacey, Marc (2004-05-04)."In Sudan, Militiamen on Horses Uproot a Million".The New York Times. Dicapai pada2011-01-04.
  189. ^abFrazier, Ian."Invaders: Destroying Baghdad".The New Yorker. CondeNet. Dicapai pada2008-04-03.
  190. ^Ballard, Pepper (August 19, 2001)."A Good Life for Horses at the Duchess Sanctuary". The Humane Society of the United States. Dicapai pada2011-06-01.
  191. ^McCutcheon, Marc (2000).Descriptionary: A Thematic Dictionary (ed. Second). New York: Checkmark Books (Facts On File imprint). m/s. 285.ISBN 0-8160-4105-9.
  192. ^"U.S.D.A. Promotes Horse & Goat Meat".I.G.H.A./HorseAid's U.S.D.A. Report. U.S. Department of Agriculture. Diarkibkan daripadayang asal pada 2017-10-10. Dicapai pada2008-04-03.
  193. ^Coile, Zachary (2006-09-08)."House votes to outlaw slaughter of horses for human consumption".SF Gate. San Francisco Chronicle. Dicapai pada2008-04-03.
  194. ^OckermanAnimal By-product Processing & Utilization m/s 129
  195. ^"Inside a Modern Baseball".Baseball Fever. Baseball Almanac. Dicapai pada2008-04-03.
  196. ^BartlettKeeping House m/s 34–35
  197. ^MacGregorBone, Antler, Ivory and Horn m/s 31
  198. ^FortEating Up Italy m/s 171
  199. ^HurdDiseases of the Stomach and Intestines m/s 29
  200. ^Kellon, Eleanor (2008). "Focus on Feed Costs".Horse Journal.16 (6): 11–12.
  201. ^Hall, Marvin H. and Patricia M. Comerford (1992)."Pasture and Hay for Horses – Agronomy Facts 32"(PDF).Cooperative Extension Service. University of Pennsylvania. Dicapai pada2007-02-14.
  202. ^GiffinHorse Owner's Veterinary Handbook m/s 476–477
  203. ^"Feeding Factors".Horse Nutrition. Ohio State University. Dicapai pada2007-02-09.
  204. ^GiffinHorse Owner's Veterinary Handbook m/s 455
  205. ^GiffinHorse Owner's Veterinary Handbook m/s 482
  206. ^GiffinHorse Owner's Veterinary Handbook m/s 62,168,310
  207. ^HarrisThe United States Pony Club Manual of Horsemanship m/s 160–161
  208. ^WheelerHorse Stable and Riding Arena Design m/s 215
  209. ^GiffinHorse Owner's Veterinary Handbook m/s 90

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanKuda
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan denganKuda
Spesies-spesiesPerissodactyla(Ungulat berjari ganjil) yang wujud mengikut suborder
Equidae
(Rumpun kuda)
Rhinocerotidae
(Badak sumbu)
Tapiridae
(Tenuk)
Antarabangsa
Kebangsaan
Lain

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kuda&oldid=6784066"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp