Kuching atauBandar Raya Kuching[4] (Tulisan Jawi: كوچيڠ) merupakanibu kota wilayah dan bandar raya metropolitan terbesar diSarawak yang terletak diMalaysia Timur. Kuching adalah pusat pemerintahan bagiBahagian Kuching dan mengambil masa hanya 2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur. Bandar raya ini terletak diSungai Sarawak di hujung barat daya negeri Sarawak di kepulauanBorneo yang meliputi kawasan seluas 431 kilometer persegi (166 bt2) dengan jumlah populasi penduduk sekitar 165,915 orang penduduk di Kuching Utara dan juga sebanyak 149,801 orang penduduk di Kuching Selatan. Jika digabungkan, jumlah kesemuanya ialah 315,716 orang.
Di penghujung pemerintahanEmpayar Brunei, Kuching dijadikan pusat pemerintahan ketiga Sarawak pada tahun 1827. Pada tahun 1841, Kuching menjadi pusat pemerintahan utama Sarawak setelah ia diserahkan kepadaJames Brooke (1841-1868) setelah beliau berjaya membantu Kesultanan Brunei mengalahkan pemberontak. Bandar ini terus mendapat perhatian dan pembangunan selama pemerintahanCharles Brooke (1868-1917) seperti pembangunan sistem sanitasi, hospital, penjara, Fort Margherita, dan bazar. Pada tahun 1941, pemerintahan Brooke merayakan Perayaan Centenary di Kuching.
SemasaPerang Dunia II, Kuchingdiduduki oleh tentera Jepun dari tahun 1942 sehingga 1945. Jepun mendirikan kemBatu Lintang berdekatan Kuching untuk menahan dan menyeksa tawanan perang. Setelah perang tamat, bandar raya ini masih bertahan teguh. Namun, Rajah terakhir Sarawak, SirCharles Vyner Brooke, memutuskan untuk menyerahkan Sarawak sebagai sebahagian daripadaMahkota British pada tahun 1946. Kuching tetap menjadi ibu kota wilayah selama tempoh pemerintahan Mahkota British.
Setelah pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Kuching masih dikekalkan sebagai ibu kota wilayah dan mendapat status sebagai bandar raya pada tahun 1988. Sejak itu, bandar raya Kuching dibahagi menjadi dua wilayah pemerintahan yang dikawal selia oleh dua pemerintah perbandaran yang berbeza. Pusat pemerintahan Sarawak terletak diWisma Bapa Malaysia, Kuching.
Pada 2015, Kuching dipilih menjadi bandaraya untuk mengadakan Badminton Grand Prix Malaysia-Antarabangsa yang bertempat di Johor Bahru sebelum ke Pulau Pinang.
Sarawak merupakan sebahagian daripadaEmpayar Brunei sejak Sultan Brunei yang pertama,Sultan Muhammad Shah. Kuching ialah pusat pemerintahan ketiga Sarawak yang didirikan pada tahun 1827 oleh seorang pembesar wakil Sultan Brunei iaituPengiran Indera Mahkota.[8] Sebelum berdirinya Kuching, dua pusat pemerintahan masa lalu Sarawak ialahSantubong yang didirikan oleh Sultan Pengiran Tengah pada tahun 1599, danLidah Tanah yang didirikan oleh Datu Patinggi Ali pada awal tahun 1820-an.[8]
Kuching kemudian dibangunkan dan dijadikan sebagai pusat pemerintahan Brooke di bawah pemerintahanJames Brooke.
Pengiran Muda Raja Hashim kemudian menyerahkan wilayah ini kepada pengembara British,James Brooke sebagai hadiah kerana membantunya menumpaskan pemberontakan di Sarawak ketika itu.[9] Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan pada bulan November 1840, dan pada 24 September 1841, Brooke diangkat sebagaiGabenor Sarawak dengan gelaran "Rajah";[9] pangkat ini tidak diumumkan sehingga 18 Ogos 1842 setelahSultan Omar Ali Saifuddin II mengakui jawatan gabenor, dan menyatakan bahawa Brooke perlu membayar jumlah tahunan sebesar $2,500 kepada Sultan.[9] Sejak itu, Kuching menjadi pusat pemerintahan Brooke.[10]
Penjara Kuching terletak di kanan Square Tower pada tahun 1896.
Pemerintahan Sarawak kemudian dilanjutkan oleh anak saudaranya,Charles Brooke. Sebagai pusat pemerintahan, kuching menjadi tumpuan utama bagi pembangunan.[11] Pembangunan termasuk sistem sanitasi.[11] Pada tahun 1874, kota ini telah menyaksikan beberapa perkembangan termasuk pembangunan hospital, penjara, Fort Margherita, dan banyak lagi bangunan lain.[11]
Isteri Charles Brooke menulis dalam autobiografinya, (My Life in Sarawak), beberapa pendapatnya mengenai Kuching:
Kota kecil ini kelihatan begitu rapi, segar dan makmur di bawah penjagaan daripada Rajah dan petugas sehingga perkara ini mengingatkan saya akan sebuah kotak mainan yang tetap dijaga dengan teliti dan bersih oleh seorang kanak-kanak. Bazar kota ini berada di sepanjang tebing sungai sehingga pada jarak tertentu dan hampir semuanya dikendalikan oleh pedagang Cina, dengan pengecualian satu atau dua kedai India .... Pelbagai barangan eksotik yang diletakkan di meja berhampiran kaki lima, di mana pembeli dapat membuat pilihan mereka. Di kedai-kedai India anda dapat membeli sutera dariIndia, sarung dariJawa, teh dariChina, jubin dan porselin dari seluruh belahan dunia, tercantum dalam kekeliruan yang indah, dan meluap ke jalan.[11][12]
Suatu rumah kediaman besar dibangun di sebelah rumah pertama Brooke yang kini bernama Astana. Bangunan ini dibina pada tahun 1869 sebagai hadiah perkahwinan bagi isterinya.[13][14] Kuching terus berkembang di bawah pemerintahanCharles Vyner Brooke yang menggantikan ayahnya sebagai Rajah Ketiga Sarawak.[9] Pada tahun 1941, perayaan Centenary diadakan di Kuching.[15] Beberapa bulan kemudian, pemerintahan Brooke hampir menemui penamat apabila Jepun menawan Sarawak.[9]
Panorama jalan kota Kuching setelah Jepun menyerah kalah, gambar yang diambil pada 12 September 1945.Propaganda Jepun dalamtulisan Jawi ditemui di kota setelah Australia berjaya menawan kembali kota ini.
SelamaPerang Dunia II, enam platun infantri daripada 2/15Rejimen Punjab ditempatkan di Kuching pada April 1941.[16] Rejimen ini mempertahan Kuching dan lapangan terbang Bukit Stabar daripada dihancurkan oleh tentera Jepun. Pertahanan utama tertumpu pada Kuching danMiri.[16] Namun pada 24 Disember 1941, Kuching ditakluk oleh tentera Jepun. Sarawak diperintah sebagai sebahagian daripadaEmpayar Jepun selama tiga tahun dan lapan bulan sehinggalah Jepun menyerah kalah secara rasmi pada 11 September 1945. Penyerahan rasmi ditandatangani diHMAS Kapunda di Kuching.[17][18][19] Dari Mac 1942, Jepun mengoperasikan kem Batu Lintang bagi tawanan perang. Kem tersebut terletak lima kilometer (3 batu) dari Kuching.[20]
Setelah Perang Dunia II tamat, kota ini selamat dan tidak sepenuhnya musnah.[21]Rajah Sarawak yang ketiga dan terakhir, SirCharles Vyner Brooke sebagai raja terakhir di Negeri Sarawak lalu kemudian Sir Charles telahpun menyerahkan Sarawak kepadaMahkota British pada 1 Julai 1946.[22][23] Selama tempoh pemerintahan Mahkota British, pemerintah British giat berusaha untuk mengembangkan dan meningkatkan infrastruktur di Sarawak.[18] Kuching dipulihkan semula sebagai pusat pemerintahan Sarawak dan kekal sebagai kota pemerintahan Mahkota British.[24] Ketika Sarawak, bersama-sama denganBorneo Utara,Singapura danPersekutuan Tanah Melayu, membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963,[25] Kuching terus dikekalkan statusnya sebagaipusat pemerintahan dan diberikan status sebagaikota sertabandar pada 1 Ogos 1988.[26][27]
Nama "Kuching" sudah digunakan ketika Brooke tiba pada tahun 1839.[28][11] Ada banyak teori mengenai asal usul perkataan "Kuching". Ia mungkin berasal daripada perkataan kucing, atau daripadaCochin, sebuah pelabuhan perdagangan India diPantai Malabar dan istilah utama di China danBritish India bagi perdagangan pelabuhan.[28] Beberapa artifak Hindu dapat dilihat hari ini diMuzium Sarawak.[29] Namun, sumber lainnya melaporkan bahawa Kuching sebelumnya dikenali sebagai "Sarawak" sebelum Brooke tiba. Pemukiman ini bertukar nama menjadi "bahagian Sarawak" selama pengembangan kerajaan. Hanya pada tahun 1872, barulah pemukiman ini bertukar nama menjadi "Kuching" semasa pemerintahanCharles Brooke.[29][30]
Ada satu teori yang tidak berkebarangkalian didasarkan pada kisah salah pendengaran. Menurut cerita, James Brooke tiba di Kuching dengan kapal pesiarnya yang digelar "Royalist". Dia kemudian bertanya kepada pemandu warga tempatan yang membawanya mengenai nama penempatan tersebut. Pemandu tempatan itu menyangka bahawa James Brooke sedang menunjuk ke arah seekor kucing, lalu ia mengatakan ia ialah "Kuching". Namun, kaum Melayu di Sarawak biasanya memanggil kucing sebagai "pusak" dan bukannya "kucing".[29]
Beberapa sumber juga menyatakan bahawa ia berasal daripada buah yang disebut "mata kucing" (Euphoria malaiense),[catatan 1][catatan 2] buah yang tumbuh secara meluas di Malaysia dan Indonesia.[31] Ada juga sebuah bukit di kota itu yang dinamakan sempena buah mata kucing yang digelar "Bukit Mata Kuching". Sementara itu, seperti yang telah ditulis oleh seorang wanita British kepada anaknya pada abad ke-19, dinyatakan bahawa nama itu berasal daripada anak sungai yang dikenali sebagai "Sungai Kuching"[28][32]
Sungai itu terletak di kaki Bukit Mata Kuching dan di depan Tokong Tua Pek Kong. Pada tahun 1950, sungai itu menjadi sangat cetek kerana endapan lumpur di sungai. Sungai itu kemudiannya ditimbus untuk membuat jalan.[29]
Ada lagi satu teori yang menyatakan bahawa Kuching sebenarnya bermaksud "Ku" (古) - Lama dan "Ching" (井) - "Telaga" atau "sebuah telaga tua" (古井) dalam bahasa Cina selama pemerintahan Brooke. Kerana tidak ada bekalan air di kota itu, penyakit air pada masa itu menjadi hal yang biasa. Pada tahun 1888, sebuah wabak melanda kota itu yang kemudiannya dikenali sebagai "Wabak Kolera". Sebuah telaga yang terletak di atas Jalan Cina pada hari ini di Bazaar Utama membantu memerangi wabak itu dengan menyediakan bekalan air bersih. Lantaran adanya peningkatan permintaan untuk bekalan air, peranan telaga itu kemudian digantikan dengan pemasangan loji rawatan air di Jalan Bau.[29][33]
Sebagai ibu negeri Sarawak, iaitu Kota Kuching memainkan peranan yang sangat penting di dalam politik dan ekonomi penduduk di seluruh negeri ini. Ia merupakan kawasan pemerintahan utama kerajaan negeri di mana terletaknya hampir semua pejabat kementerian dan agensi kerajaan. Dewan Undangan Negeri Sarawak terletak di hujung bandar Kuching diPetra Jaya. Terdapat tiga Ahli Parlimen (MP) yang mewakili tigakawasan parlimen seperti: Petra Jaya (P.194), Kota Kuching (P.195) dan Stampin (P.196). Bandar ini juga memilih 8 wakil badan perundangan negeri dari daerah DUN Tupong, Samariang, Satok, Padungan, Pending, Batu Lintang, Kota Sentosa, dan Batu Kawah.[34]
Kuching merupakan satu-satunya bandar di Malaysia yang ditadbir oleh dua gabenor,[8] bandar ini terbahagi kepada Kuching Utara dan Kuching Selatan.[35] Masing-masing ditadbir oleh seorang Gabenor Kuching Selatan dan pesuruhjaya Kuching Utara.[7] Pesuruhjaya Kuching Utara ketika ini ialah Datuk Abang Wahap Abang Julai, yang mengambil alih jawatan daripada Abang Atei Abang Medaan pada 1 Ogos 2011 sementara James Chan Khay Syn menjadi gabenor baru bagi Kuching Selatan pada tahun 2008 setelah kematian mengejut Chong Ted Tsiung.[36][37] Bandar ini memperoleh status bandar pada 1 Ogos 1988,[26] dan semenjak itu ia diperintah olehDewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) danMajlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).
Bandar ini ditakrifkan dengan sempadan daerah, sebelumnya perbandaran Kuching. Dengan luas 1,868.83 kilometer persegi, ia ialah daerah paling padat penduduknya di Sarawak.[38] Daerah ini kemudiannya dibahagi menjadi tiga sub-daerah, iaitu bahagian Kuching, Padawan dan Siburan. Bahagian Kuching termasuk kawasan bandar danPerbandaran Padawan,[catatan 3] sementara Siburan dan Padawan ialah sub-daerah. Gabungan Dewan Bandaraya Kuching Utara, Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Majlis Bandaraya Padawan dan Majlis Perbandaran Kota Samarahan dikenali sebagai Greater Kuching.[1][39]
Kuching terletak di tebing Sungai Sarawak di bahagian barat laut pulau Borneo.[53] Had Bandaraya Kuching termasuk semua kawasan di Daerah Kuching mengandungi kawasan seluas kira-kira 431.01 kilometer persegi (166.41 bt2) yang dibatasi Gunung Lasak di Muara Tebas ke Batu Buaya di Semenanjung Santubong berikutan beberapa siri pengukuran seperti yang dinyatakan dalamJadual Ordinan Pertama Bandar Kuching, 1988.[4] Bagi memudahkan ketetapan undang-undang, had bandar Kuching bermula dariLapangan Terbang Antarabangsa Kuching di selatan hingga ke pantai utara Santubong dan semenanjung Bako; dari Taman Negara Tanah Lembap Kuching di barat ke muara Sungai Koap di timur.[4] Sungai Sarawak pada umumnya membahagi bandar tersebut menjadi bahagian Utara dan Selatan. Puncak tertinggi bagi bandar ini ialah Gunung Santubong di semenanjung Santubong, yang pada 810.2 meter (2,658 ka) di atas permukaan laut, terletak 35 km sebelah utara dari pusat bandar.[3] Proses pembandaran yang pesat telah berlaku di seluruh kawasanGreater Kuching dan meluas ke Penrissen, Kota Sentosa, Kota Padawan, Batu Kawah, Siburan, Tarat,Bau, Lundu, Kota Samarahan, Asajaya serta Serian yang terletak sekitar 65 km dari Kuching.
Kuching mempunyaiiklim hutan hujan tropika, di bawahpengelasan iklim Köppen. Suhunya cukup panas tapi sangat lembap dalam tempoh waktu yang sama dan menerima purata hujan yang cukup besar.[54] Purata hujan tahunan ialah sekitar 4,200 milimeter (170 in).[55] Kuching ialah kawasan yang terbasah di Malaysia dengan kira-kira 247 hari hujan setiap tahun. Kuching hanya menerima sekitar 5 jam sinaran matahari setiap hari dan kira-kira hanya 3.7 jam sinar matahari setiap hari di bulan Januari (bulan terbasah dalam tahun tersebut).[56] Tempoh paling basah adalah selama berbulan-bulan sepanjang Monsun Timur-Laut dari November sampai Februari dan musim panas bermula dari bulan Jun hingga Ogos. Suhu di Kuching biasanya berada dalam 19 °C (66 °F) hingga 36 °C (97 °F) tapi suhu pada waktu pagi berada sekitar 23 °C (73 °F) dan naik menjadi sekitar 33 °C (91 °F) pada waktu petang tetapi indeks panas sering mencapai 42 °C (108 °F) ketika musim kemarau akibat kelembapan.[57] Suhu ini tetap hampir sama sepanjang tahun jika tidak dipengaruhi oleh hujan lebat dan angin kencang selama waktu pagi yang dapat membawa suhu turun sehingga 19 °C (66 °F), tapi ini sangat jarang berlaku.[54]
Istilah "(Bahasa Inggeris: Kuchingite)" telah digunakan untuk menggambarkan setiap orang dari Kuching dalam bahasa Inggeris meskipun penggunaanya tidak rasmi.[13] Namun, cara paling biasa bagi memanggil orang-orang dari Kuching adalah dengan panggilan "orang Kuching".
Laporan Statistik Malaysia pada tahun 2010 menunjukkan bahawa Kuching mempunyai penduduk seramai 325,132. Penduduk (Utara dan Selatan) terdiri daripadaMelayu (146,580),Cina (120,860),Iban (28,691),Bidayuh (13,681), bukan warga Malaysia (7,216), lain-lain Bumiputra (3,250),Melanau (2,078),India (1,626) dan lain-lain (1,140).[60] Orang Cina di kawasan kota kebanyakannya berbangsa Hokkien manakala di pinggiran kota berbangsa Hakka.[61] Kaum Cina lainnya terdiri daripada Foochow (orang Fuzhou), Teochew, orang Hainan, orang Kanton, orang Henghua dan lain-lain lagi. Majoriti orang Melayu dan Melanau beragama Islam, Cina mengamalkan agamaBuddha,Taoisme atauKristian sementara Iban dan Bidayuh majoritinya beragama Kristian dengan sebilangan mereka masih mengamalkanAnimisme. Sebilangan kecil penganutHinduisme,Sikhisme danSekularisme juga wujud di sekitar bandar.
Sebahagian mereka yang bukan warganegara Malaysia berasal dari daerah-daerah Indonesia di Kalimantan kerana faktor kedekatan dan ekonomi, mereka terdiri daripada buruh kasar.[63][64] Sejak pemerintahan British, sebilangan kecil warga dariAsia Selatan terutama etnik Pakistan telah wujud di sekitar bandar dengan kebanyakan mereka menjalankan perusahaan dalam menjual pakaian danrempah-ratus.[65] Warga asing yang lain termasuk juga orangBugis dariHindia Belanda dan bangsa lain dari jiran Belanda Kalimantan.[66] Perkahwinan antara kaum antara mereka daripada latar belakang etnik yang berbeza bukan perkara yang luar biasa di Kuching, kerana bandar itu sendiri merupakan rumah bagi 30 kelompok etnik yang berbeza.[67][68]
Selain menjadi ibu negeri Sarawak, bandar Kuching menjadi pusat ekonomi dan budaya bagi orang Melayu Sarawak.[69] Dialek Melayu yang dituturkan di Kuching dikenali sebagai Bahasa Sarawak, yang merupakan sebahagianbahasa Melayu.[70] Dialek yang digunakan di Kuching sedikit berlainan daripada dialek yang digunakan di bandarMiri.[70] Kerana kaum terbesar kedua di bandar ini terdiri daripada kaum Cina, bahasa Cina sering digunakan, terutamaHokkien danMandarin.[71] Hampir setiap penduduk dapat bertutur dalambahasa Inggeris.[72] Sejumlah sekolah swasta khas yang mengajar bahasa Inggeris untuk anak-anak warga asing juga dapat ditemui di sekitar bandar.[73]
Kuching merupakan salah satu pusat perindustrian dan komersial utama bagi Sarawak. Sejumlah bank bertaraf nasional dan internasional, serta beberapa syarikatinsurans mempunyai ibu pejabat dan cawangan mereka di sini. Ekonomi didominasi oleh sektor primer dan ketika ini olehsektor perkhidmatan kerana kerajaaan negeri Sarawak ingin mengubah Sarawak menjadi negeri maju pada tahun 2020.[7][74][75]
Tujuan Daerah Bisnes Tengah Kuching, Estet Perindustrian Pending, Taman Perindustrian Demak Laut, Zon Perindustrian Bebas Sama Jaya dan bandar pinggiran Petra Jaya dibina adalah bagi meningkatkan kegiatan pengkomersialan dan perindustrian bandar lantas menjadikannya pusat pertumbuhan utama di Malaysia Timur, juga untukBIMP-EAGA (Kawasan Pertumbuham Timur ASEAN - Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina).[75] Bandar ini juga di mana berbagai persidangan,kongres dan pameran perdagangan dijalankan, seperti Forum Bisnes Global Malaysia,[76] Tomorrow’s Leaders Summit,[77] Kongres Dunia Persatuan Kuasa Hidro Antarabangsa,[78] Persidangan Laluan Asia dan banyak lagi. Acara ini biasanya diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.
Mengikut sejarah, orang Cina telah memberi banyak sumbangan kepada perekonomian bandar sejak penghijrahan mereka pada zaman Kesultanan Brunei apabila ditemui bijihantimoni dan juga ketika zaman pemerintahan Charles Vyner Brooke yang mengalu-alukan penghijrahan orang Cina di luar negara untuk menanamlada hitam di Sarawak.[28]
Kebanyakan jalan pedalaman yang utama ialahjalan raya kembar dan bandar ini dihubungkan dengan jalan raya ke kota atau pekan lain di Sarawak. Jalan raya ini merupakan jalan persekutuan yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya. Bandar ini juga terkenal dengan sejumlah bulatan termasuk satu bulatan yang tertua dan terbesar yang dikenali sebagai Bulatan Datuk Abang Kipali Bin Abang Akip.[79] Bulatan ini biasanya dihias dengan indah dan ia sangat efisien bagi menangani kesesakan lalu lintas.[79][80] Namun,lampu isyarat kini lebih digunakan kerana jumlah pengguna lalu lintas bandar terus meningkat.
Sebagai bandar yang terletak berhampiran gariskhatulistiwa, lubang juga seringkali terbentuk sepanjang musim hujan, biasanya pada akhir tahun kerana berlakunya musim sejuk diHemisfera Utara. Jalan menuju luar bandar ke pedalaman mempunyai kualiti yang lebih rendah namun sekarang sedang giat ditingkatkan.[81] Laluan jalan raya dari Kuching termasuk:
Teksi utama di kota Kuching dicat merah dan kuning.
Ada pelbagai pengangkutan awam serta swasta jenis teksi yang beroperasi di bandar, teksi utama berwarna merah dan kuning manakala teksi yang lebih besar berwarna biru yang lebih nyaman tetapi mahal dikenali sebagai "teksi eksekutif".[82] Pada tahun 2014, sebuah aplikasitelefon pintar pemesanan teksi bernama "MyTeksi" dilancarkan dan menjadikan bandar ini sebagai kawasan kelima selepasLembah Klang,Cyberjaya,Putrajaya dan Johor Bahru yang mempunyai aplikasi ini.[83] Terminal bas utama ialah Kuching Sentral, yang baru sahaja dilancarkan pada tahun 2012.[84] Terletak di selatan kota, kira-kira 5 minit dariLapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan 20 minit dari pusat bandar.[85] Terminal ini menawarkan perkhidmatan jarak jauh keBrunei,Sabah danKalimantan Barat di Indonesia.[86] Terminal bas lain ialah Terminal Bas Lama Kuching, masih beroperasi kerana beberapa pemilik bas yang seharusnya menggunakan terminal baru tidak mahu menggunakan kemudahan itu kerana ada beberapa faktor ketidaksefahaman yang sedang berlangsung pada suatu ketika.[87] Namun telahpun disefahamakan. Untuk sektor Industri pengangkutan jenis swasta yang bertapak di Sarawak. Ialah GrabTaxi Holdings Pte Ltd menyediakan perkhidmatan seperti.
(dikenali sebagaiGrab) ialah sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan diSingapura yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan logistik melalui aplikasi di Singapura dan negara-negaraAsia TenggaraMalaysia,Indonesia,Filipina,Vietnam,Thailand,Myanmar, danKemboja. Walaupun pada asalnya bersaing denganUber, pengambilan Grab untuk operasi Asia Tenggara Uber pada Mac 2018 telah menjadikannya satu-satunya perkhidmatan perkongsian utama di rantau ini. Selain daripada itu juga terdapat perkhidmatan Minibus yang ditawarkan oleh syarikat pengusaha bas di kota ini serta van catar juga turut disediakan khidmatnya di Kuching, Sarawak.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) (Kode ICAO: WBGG) merupakan pintu masuk utama bagi pelancong. Sejarah lapangan terbang ini kembali ke tahun 1940-an dan sekarang ia terus mengalami banyak pembangunan besar.[88] Sejak tahun 2009, lapangan terbang ini telah berkembang dengan pesat dengan peningkatan jumlah penumpang dan pergerakan pesawat. Ia merupakan hab menengah bagiMalaysia Airlines[89] danAirAsia[90] sementara menjadi hab ketiga bagiMASwings,[91] yang menawarkan perkhidmatan penerbangan ke pekan-pekan kecil dan daerah pedalaman di Malaysia Timur.
Sebuah sampan beratap kayu tradisional, pengangkutan air utama di Kuching.
Pengangkutan Sungai Jenis Perahu Tambang
Kuching, seperti kebanyakan bandar di Sarawak, memiliki jalur perhubungan ke pusat-pusat pekan lainnya dan perkampungan dengan pengangkutan air. Disepanjang tebing Sungai Sarawak, berdekatan pusat bandar, (sampan beratap kayu tradisional) lebih mudah menuruti kelaziman.Nama panggilan yang lazim oleh penduduk kota iaitu ia diketahui dengan nama (perahu tambang), dan ia akan seringkali menjadi daya tarikan bagi para pelancong serta para pelawat yang melancong serta melawat ke kota ini, untuk yang berminat merasai pengalaman menaiki perkhidmatan perahu yang membawa penumpang dari satu sungai ke sungai yang lain.[35][92] boleh mendapatkan ia di sekitar tebingan sungai Sarawak yang diantara menjadi sebagai contoh kemudahan ini sinonim bagi mereka yang tinggal di sepanjang tebing sungai di Sarawak. Kerana ia ialah jalan ataupun laluan dan cara paling mudah dan juga paling cepat untuk sampai ke pusat kota untuk penduduk kampung disekitar tebingan sungai Sarawak yang menjadi diantara daya tarikan utama dan ia juga merupakan telah menjadi daya tarikan yang boleh dinyatakan sebagai tarikan yang menjadi nadi penting kepada sektor industri pelancongan dan pertumbuhan untuk menarik minat pelabur dalam negara mahupun pelabur dari luar yang mempunyai minat untuk membuat pelaburan dari aset yang dimiliki bagi sektor ekonomi dan pelaburan di Sarawak, yang diketahui secara linguistik kian hari dan juga saban hari semakin pesat membangun dan kaya dengan khazanah flora dan fauna alam semulajadinya.
Pengangkutan Air Jenis Bot Express Bertambang
Di samping itu terdapat juga perhidmatan pengangkutan air lain menawarkan Kapal ekspres bertambang yang turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan melalui jalan muara sungai dan lautan iaitu menerusi laluan 20 batu nautika dari Kuching dan akan belayar keSarikei, dan bot express akan menyusuri jalan sungai untuk ke jeti penumpang bandarbintangor dan akan meneruskan perjalanan ke terminal yang seterusnya iaituSibu dan berikutnya akan kembali belayar untuk ke destinasi terakhir sekali iaitu bandar yang dikenali dengan nama julukan ataupun.Nama panggilan, sebagai Bandar Minyak, dan juga sebuah Kota Tenaga bagi negeri Sarawak amnya sebagai bandarBintulu, manakala untuk Bot Ekspress akan berulang alik melakukan perjalanan dari Terminal 1 & 2 dari Jeti Bot Ekspres Kota Kuching dan juga ia terletak di sebelah timur kawasansub-kota iaitu di Pelabuhan Sim Kheng Hong (sebelum ini dikenali sebagai Pelabuhan Tanah Puteh) di Pending.[93][94]
Mahkamah Kuching terletak di Petra Jaya.[95][96] Ia merangkumiMahkamah Tinggi, Mahkamah Seksyen, dan Mahkamah Majistret.[97] Mahkamah lain seperti Syariah dan Anak Negeri juga terletak di bandar.[98][99] Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak terletak di Jalan Badruddin.[100] Hanya ada satu ibu pejabat daerah di bandar, yang merupakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching yang terletak di Jalan Simpang Tiga.[101] Penjara Kuching terletak di Jalan Puncak Borneo.[102] Sel penjara sementara dapat ditemui hampir di setiap pejabat polis di sekitar bandar.
Ada berbagai jenis kemudahaninisiatif fasalitiHospital dan jugaKlinik Kesihatan Awam sertaKlinik 1 Malaysia yang telah disediakan sebagai kemudahan pelayanan kesihatan inisiatif darikerajaan pusat dan juga sebagai kerajaan sedia ada sebagaimana yang diketahui terdapat dua jenis Kerajaan yang bebeza telah mentakbir dan jugaMemerintahKota Metropolitan iaitu dikenali sebagai Bandaraya Kuching utara dan Bandaraya Kuching Selatan sebagai kota contoh untuk Kota dan Bandar yang lain yang mahu mencontohinya sebagai Bandar Perpaduan yang bersatu dan padu di dalam menerbitkan nilai moral yang tinggi untuk berusaha sebagai bangsa yang harmorni serta hidup dengan penuh kemakmuran.[103] Dan berikutnya iaitu untuk Hospital utama di Sarawak ialah Hospital Umum Sarawak yang merupakan hospital tertua sejak tahun 1923. Dari Hospital lain seperti Hospital Peringatan Rajah Charles Brooke.[104] serts Hospital Sentosa (Hospital Sakit Jiwa Sentosa), yang dibina dengan separuh dana daripadaKerajaan British dan telah dibuka sejak tahun 1958, ia menyediakan khidmat berbentuk perkhidmatanpsikiatri bagi seluruh negeri Sarawak dan terkenal sebagai hospital tertua kedua di Sarawak selepas Hospital Umum Sarawak.[105] kemudahan yang seterusnya, Ialah Klinik Kesihatan Awam dan ia juga telah menjadi nadi penting di dalam sektor penjagaan kesihatan di kota ini serta selain menjadi nadi ia juga bertindak sebagai tulang belakang yang akan menyokong kemudahan fasalitas utama sedia ada sebagaimana telah dinyatakan dan yang bakal dikatakan. Iaitu Klinik Kesihatan Awam Jalan Masjid, dan ia terletak di tepat di tengah pusat kota metropolitan yang menjadi kawasan tumpuan para penduduk kota serta untuk para pelancong yang melancong ke Sarawak, Dan kemudahan berikut ialah Klinik Kesihatan Petra Jaya yang terletak di Jalan Siol Kanan, Petra Jaya di Kuching, Sarawak. Serta kemudahan seterusnya iaitu nadi penting penduduk kawasan kejiranan utama di Kota Kuching Sarawak. Ia sangat diketahui umum di bahagian pentakbiran serta pemerintahan bahagian utara kota oleh kerana sedang dibangunkan dengan sangat pesat sebagai kawasan komuniti penting untuk para penduduk Kuching yang dijangka akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam dan juga menjadi sebagai sebuah kawasansub-kota terpenting bagi semua penduduk kota indah ini secarakonvensional dan secararasional dan juganasional dari sekitar bandar Kuching, Sarawak.
Kemudahan Penjagaan Kesihatan Pusat Perubatan Sektor Swasta
Pusat Perubatan Hospital Pakar Normah di Petra Jaya merupakanhospital swasta terbesar di Sarawak dengan mempunyai 130 katil.[106] Hospital Pakar ini telah memulakan perkhidmatan operasinya sejak 1988. Pusat Pakar Perubatan Normah telah memberikan perkhidmatan Pembedahan dan Perubatan kepada penduduk Kuching dan sekitarnya selama lebih dari 30 tahun. Selain dari itu juga, masih terdapat tiga lagi kemudahan kesihatan swasta lain ialah Pusat Perubatan Borneo dengan 120 katil,[107] Pusat Penjagaan Kesihatan KPJ dengan 75 katil,[108] dan Pusat Perubatan Timberland dengan 72 katil.[109]
Ketika ini tidak ada kampusInstitut Pengajian Tinggi Awam lain di Kuching selain daripada bangunan Fakulti Perubatan dan Sains KesihatanUniversiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang terletak di sebelah Hospital Sarawak (juga telah berpindah ke Kota Samarahan). Kerajaan negeri Sarawak memindahkan kampus universiti awam terakhir iaituUniversiti Teknologi Mara dari Kuching keKota Samarahan pada tahun 1997 dalam inisiatif jangka panjang untuk mengubah Kota Samarahan menjadi hab pendidikan.[110] Kuching juga merupakan rumah bagi dua kampus universiti swasta penuh: Universiti Teknologi Swinburne yang merupakan satu-satunya kampus Swinburne di luarAustralia; dan kampus Universiti UCSI yang menawarkan Fakulti Hospitaliti dan Pengurusan. Sebuah politeknik dan Kolej Komuniti yang dikenali sebagai Politeknik Kuching Sarawak dan Kolej Komuniti Kuching juga terletak di bandar.
Kolej swasta yang lain dapat ditemui di sekitar bandar dengan sebahagian besar kolej merupakan cabang universiti dan kolej universiti yang didirikan diSemenanjung Malaysia, seperti Kolej SEGi, Kolej Sunway, PTPL Sarawak, Limkokwing Borneo, dan Kolej Twintech Sarawak. Terdapat institusi swasta menjalankan program francais dari universiti yang lengkap (selain menjalankan kursus mereka sendiri) seperti Kolej SATT (menjalankan program francais dariUniversiti Teknologi MARA) dan Institut Pengurusan Dinamik, Sarawak (menjalankan program francais dariUniversiti Tun Abdul Razak). Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak atau ICATS ialah sebuah institusi yang diwujudkan sebagai inisiatif kerajaan negeri untuk meningkatkan pendidikan latihan teknikal dan vokasional di kalangan lepasan sekolah.[111] Kolej ini ditubuhkan daripada bekas kemudahan Kolej INTI Sarawak.[112] Dikendalikan oleh anak syarikat negeri, ICATS memberi tumpuan kepada menghasilkan modal insan bagi sektor teknologi tinggi, terutamanya bagi pembangunanKoridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak.[113]
Perpustakaan Negeri Sarawak merupakan pusat sumber maklumat yang utama dan menyediakan perkhidmatan maklumat kepada sektor awam dan swasta.[114] Perpustakaan ini khas buat warga Kuching dan warga pinggiran bandar yang lain sebagai pusat utama rekod-rekod awam. Selain itu, ia mengendalikan, memantau dan memudahkan operasi 36 perpustakaan pedalaman di negeri ini yang dibiayai olehPerpustakaan Negara Malaysia.[115]
Perpustakaan lain di bandar Kuching termasuk Perpustakaan Kota DBKU[116] dan perpustakaan pedalaman seperti di Bandar Baru Samariang, Kampung Samariang Lama dan Taman Sepakat Jaya.
Bandar Kuching mempunyai beberapa muzium yang menampilkan kepelbagaian budaya dan sejarah.Muzium Sarawak merupakan salah satu muzium terbaik di Asia dan terkenal sebagai muzium paling tua dan bersejarah, yang turut menunjukkan koleksi suku kaum pribumi di Sarawak.[117][118][119]
Bertentangan dengan Muzium Sarawak ialah Dewan Tun Abdul Razak yang berfungsi sebagai tempat pameran dan pejabat Jabatan Muzium Sarawak. Sementara terletak tepat di belakang Dewan ialah Muzium Islam Sarawak. Muzium lain di Kuching termasuk Muzium Sejarah Cina,Muzium Kucing, Muzium Kayu Sarawak dan Muzium Tekstil Sarawak. Kuching juga merupakan rumah bagiplanetarium pertama di Malaysia,[120] iaitu Planetarium Sultan Iskandar yang terletak berdekatan dengan Pusat Sivik Kuching.
Bangunan bersejarah yang menarik di bandar Kuching termasukAstana (bekas istanaRaja Putih Sarawak dan ketika ini ia telah menjadi kediaman rasmiYang di-Pertua Negeri Sarawak), dan Fort Margherita.
Jalan tertua di Kuching ialah Bazaar Utama yang merupakan deretan kedai Cina abad ke-19 yang terletak di sepanjang Kuching Waterfront berhadapan Sungai Sarawak. Ia menawarkan penumpuan kedai-kedai antik dan kraf tangan bandar terbaik. Bazaar Utama merupakan sebahagian bandar tua Kuching yang juga merangkumi Jalan Carpenter dan Jalan India.[62] Bangunan Mahkamah lama yang berada di antara Jalan Carpenter dan Jalan India telah mengalami pengubahsuaian besar dan sekarang merupakan ibu pejabat bagi Lembaga Pelancongan Sarawak.[121] Beberapa kawasan menarik yang lain di sekitar kawasan pusat perniagaan termasuk Jalan Padungan yang merupakanPekan Cina di Kuching.[122]
Sejumlah kawasan riadah dan pemuliharaan dapat ditemukan di Kuching. Taman Nasional Talang-Satang didirikan dengan tujuan utama untuk melestarikan populasi penyu di Sarawak.[123] Ia merangkumi kawasan seluas 19,400 hektar (47,938 ekar), dan terdiri daripada tanah pulau yang berada di bawah paras air pasang.[124] Taman ini juga merangkumi kawasan pantai dan lautan yang mengelilingi empat pulau di pantai barat daya Sarawak; Talang Besar, Talang Kecil berdekatan Sematan, dan Satang Besar dan Satang Kecil berdekatan Santubong, Kuching.[123] Empat "Kepulauan Penyu" ini bertanggungjawab bagi penyumbangan 95% semua pendaratan penyu di Sarawak dan taman ini juga termasuk Pulau Taman Perlindungan Tukong Ara-Banun, dua pulau kecil yang merupakan tempat bersarang penting bagi burung-burung.[124]
Damai, salah satu kawasan utama resort pantai Sarawak, terletak di Semenanjung Santubong, sekitar 35 minit jika menaiki kenderaan dari Kuching.[125] Kawasan ini memiliki pantai berpasir di kaki gunung hutan. Damai memiliki tiga hotel resort berkelas dunia seperti Damai Beach Resort, Damai Puri Resort & Spa dan One Hotel Santubong.[126] Setiap resort memiliki pantainya tersendiri, kolam renang dan menawarkan aktiviti jet-ski, ski air, meluncur angin, berbasikal gunung, tenis, skuasy dan kemudahan kecergasan. Ada juga lapangan golf standard 18-lubang antarabangsa yang dicipta oleh Arnold Palmer, seorang legenda golf terkemuka dariAmerika Syarikat.[127] Tarikan lain adalah seperti Damai Central, Permai Rainforest Resort, Sarawak Cultural Village dan perkampungan nelayan Santubong dan Buntal dengan restoran makanan laut yang sangat baik.[125] Manakala bagi pengunjung yang sukakan kegiatan pengembaraan, terdapat kegiatan mendaki gunung di kaki Gunung Santubong.[126]
Selain itu, Damai juga merupakan salah satu kawasan yang sangat baik di Sarawak untuk melihat ikan lumba-lumba kerana mamalia ini dapat dilihat di sepanjang Sungai Salak, muara Santubong dan di Teluk Bako-buntal.[128] Semenanjung Santubong menawarkan beberapa kawasan untuk melihat burung kerana Organisasi Internasional BirdLife telah mendaftarkan seluruh kawasan Teluk Bako-buntal sebagai "Kawasan Penting Burung".[35] Antara bulan Oktober dan Mac, sungai buntal menjadi kawasan penting bagipenghijrahan burung.[35]
Berbagai tarikan alam lain termasuk Taman Nasional, seperti Taman Nasional Bako[129] dan Taman Nasional Tanah Lembap Kuching[130] serta Pusat Hidupan Liar Semenggoh yang menjalankan program asuhan dan pemulihanorang utan.[131] Juga, tersedia berhampiran Kuching ialah Taman Nasional Gunung Gading[132] dan Taman Nasional Kubah.[133] Santubong yang terletak kira-kira 40 minit dengan pemanduan dari Kuching merupakan sebuah kawasan resort pantai terkemuka kelas dunia. Pantai-pantai lain ialah Pantai Lundu dan Pantai Sematan.[134] Resort Pergunungan Borneo juga terletak berdekatan Kuching dan menawarkan dataran segar dan dingin yang terletak 1,000 meter di atas permukaan laut.[135]
Kuching Waterfront terbentang dari hotel utama sehingga ke pusat bandar Kuching.[136] Direka oleh arkitekSydney,[136] dermaga ini dilengkapi dengan warung makan, restoran, bangku dan menawarkan pemandangan indah Astana, Fort Margherita dan bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru.[8] Dermaga ini juga dilengkapi dengan menara pemantauan, sebuah teater terbuka dan air pancut bermuzik.[8][137]
Kuching memiliki sejumlah kompleks membeli-belah. Ia termasuk Spring, Boulevard, Plaza Merdeka, Cityone Megamall, Kuching Sentral, Hills Shopping Mall, Sarawak Plaza, Tun Jugah, Vivacity Megamall, One Jaya, ST3, Genesis Parade Mall, Green Heights Mall, Wisma Saberkas, Aeon Mall Kuching Central , dan sebagainya.[7] Lebih banyak lagi kompleks membeli-belah & perbandaran komersial yang lain akan dibangunkan di sekitar kawasan Bandaraya Kuching, disebabkan oleh arus pemodenan dan pembangunan bandar yang lebih baik di Sarawak, antaranya ialah Hikmah Exchange (Jalan Haji Taha, Kuching), New Saradise Township (BDC, Kuching), Metro City Township (Petra Jaya, Kuching), Moyan Metropolitan Integrated City (Batu Kawah, Kuching), The NorthBank Kuching (Tabuan, Kuching), Neu Pendington Kuching, The Podium Kuching, dan sebagainya.[7] Satok Weekend Market yang terletak di Medan Niaga Satok dibuka pada hari Sabtu dan Ahad. Berbagai jenis sayuran dan buah-buahan dijual termasuk barangan kraftangan, hasil hutan (seperti madu liar), bunga orkid dan pelbagai lagi makanan snek tempatan.[138]
Sejak tahun 1997, Kuching telah menjadi tuan rumah bagiFestival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF), sebuah pesta muzik tahunan yang menarik artis dan penonton dari seluruh dunia. Diselenggarakan oleh Sarawak Cultural Village berhampiran Gunung Santubong, pesta ini merupakan salah satu pesta muzik terbesar di Malaysia.[139][140][141] RWMF telah dipilih sebagai pesta antarabangsa 25 Teratas oleh majalah British, Songlines.[142]
^"HMAS Kapunda". Angkatan Laut Australia.Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-04. Dicapai pada4 Jun 2014.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
^Rowthorn C, Cohen M, Williams C. (2008). InBorneo. Ediz. Inglese. Lonely Planet. hlm. 162. Carian Google Book. Retrieved 4 Februari 2015.
^Paulo Alcazaren (17 September 2011)."Truly cool Kuching". The Philippine Star.Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-06. Dicapai pada6 Jun 2014.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
^"Supporting British nationals in Malaysia". Government of the United Kingdom. Dicapai pada4 Jun 2014.Working with local partners and honorary representatives in Penang, Langkawi, Kota Kinabalu and Kuching to assist British nationals
^Matthew Hoekstra (26 April 2012)."Richmond to become 16th sister of Xiamen". Richmond Review.Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-04. Dicapai pada4 Jun 2014.Richmond will be Xiamen's first Canadian sister city and fourth in North America, where Xiamen's other friends are Baltimore, Md., Sarasota, Fla. and Guadalajara, Mexico. Its other sister cities are Cardiff, Wales; Sasebo, Japan; Cebu, Philippines; Wellington, New Zealand; Penang, Malaysia; Marathon, Greece; Sunshine Coast, Australia; Kaunas, Lithuania; Zoetermeer, Netherlands; Kuching, Malaysia; Surabaya, Indonesia; and Mokpo, South Korea.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
^abThomas Cook."Venture into Borneo"(PDF). Thomas Cook Tours. Dicapai pada10 November 2013.Borneo has a typically equatorial climate, with temperatures fairly constant throughout the year. (hlm. 17)
^Doreena Dominick, Mohd Talib Latif, Hafizan Juahir, Ahmad Zaharin Aris and Sharifuddin M. Zain."An assessment of influence of meteorological factors on PM10 and NO2 at selected stations in Malaysia"(PDF). Department of Environmental Sciences (Universiti Putra Malaysia), Centre of Excellence for Environmental Forensics (Universiti Putra Malaysia), School of Environmental and Natural Resource Sciences (Universiti Kebangsaan Malaysia) and Department of Chemistry (Universiti Malaya). Dicapai pada10 November 2013.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
^"Delegate prospectus". Malaysia Global Business Forum. Diarkibkan daripadayang asal pada 14 Mac 2012. Dicapai pada28 Januari 2015.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
^Martin Carvalho, Yuen Meiking dan Rahimy Rahim (25 Oktober 2012)."Pan Borneo Highway to be upgraded". The Star.Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-08. Dicapai pada8 Jun 2014.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
^"Kuching Bus Terminal". Express Bus Malaysia.Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-08. Dicapai pada8 Jun 2014.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
^"Kuching Sentral". e-tawau. 24 Mac 2013.Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-08. Dicapai pada8 Jun 2014.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
^John Teo (9 Mac 2012)."Stand-off over Kuching Sentral".New Straits Times. AsiaOne. Diarkibkan daripadayang asal pada 2014-06-08. Dicapai pada8 Jun 2014.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
^"Tanah Puteh".The Straits Times. National Library Board. 7 Jun 1961. m/s. 8. Dicapai pada9 Jun 2014.
^"Kuching Court". Kuching High Court.Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-10. Dicapai pada10 Jun 2014.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
^"KUCHING CITY NORTH - PETRA JAYA"(PDF).Sarawak Property Bulletin. CH Williams Talhar Wong & Yeo Sdn Bhd. Julai–September 2006. m/s. 3. Dicapai pada10 Jun 2014.
^"Health in Sarawak". Sarawak State Government.Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-10. Dicapai pada10 Jun 2014.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
^"Hospital Program". Sarawak State Health Department.Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-10. Dicapai pada10 Jun 2014.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
^"About us (Overview)". Normah Medical Specialist Centre.Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-10. Dicapai pada10 Jun 2014.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
^"About us". Borneo Medical Centre.Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-10. Dicapai pada10 Jun 2014.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
^"KPJ Healthcare". Kuching Specialist Hospital. Dicapai pada10 Jun 2014.
^"List of member hospital". Association of Private Hospitals of Malaysia.Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-05. Dicapai pada10 Jun 2014.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
^"Bako National Park". Sarawak forestry cooperation. Diarkibkan daripadayang asal pada 2015-01-29. Dicapai pada28 Januari 2015.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
^"Semenggoh Wildlife Centre". Sarawak forestry cooperation. Diarkibkan daripadayang asal pada 11 Februari 2015. Dicapai pada28 Januari 2015.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
^"Gunung Gading National Park". Sarawak forestry cooperation. Diarkibkan daripadayang asal pada 16 Disember 2014. Dicapai pada28 Januari 2015.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)
^"Kubah National Park". Sarawak forestry cooperation. Diarkibkan daripadayang asal pada 11 Februari 2015. Dicapai pada28 Januari 2015.Unknown parameter|deadurl= ignored (bantuan)