Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Kubah al-Sakhrah

Rencana pilihan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana ini mengenai masjid atau ruang dewan solat dalam kawasan kompleks. Untuk kawasan kompleks yang lebih luas, sila lihatMasjid al-Aqsa.
Kubah al-Sakhrah
Tapak Warisan Dunia
Fail:16-04-04-Felsendom-Tempelberg-Jerusalem-RalfR-WAT 6385.jpg, قبة الصخرة من الناحية الشرقية.jpg, خريف..قبة الصخرة.jpg
Sebahagian dari
Masjid al-Aqsa Sunting ini di Wikidata
Inskripsi(sesi )
Maklumat lokasi
LokasiKota Lama Baitulmaqdis, Negara PalestinSunting ini di Wikidata
Koordinat31°46′41″N35°14′07″E / 31.7781°N 35.2353°E /31.7781; 35.2353
Map
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Sebahagian daripadasiri berkaitan
Baitulmaqdis
Masjid al-Aqsa

Kubah Al-Sakhrah (Arab:قبة الصخرة,rumi: Qubbat aṣ-Ṣakhra,lit.'Kubah Batu') ialah sebuah binaanIslam di tengah-tengahperkarangan masjid Al-Aqsa dalamkota lama Baitulmaqdis. Ia hasil kerjaseni bina Islam paling lama bertahan di dunia, struktur keagamaan terawal yang diuji secara arkeologi yang dibina oleh pemerintah Islam danprasastinya mengandungi pemasyhuran terawal mengenai Islam dankerasulan Muhammad.[1][2]

Pembinaan awalnya dilakukan olehKhilafah Umaiyah di bawah arahanAbdul Malik semasa berlangsungnyaPerang Fitnah Kedua pada 691–692 Masihi, dan ia diletakkan di puncak tapakKuil Yahudi Kedua (dibinas. 516 SM untuk menggantikanKuil Sulaiman yang musnah dan dibina semula olehHerodus I), yang mana ia telahdimusnahkan oleh Empayar Rom pada 70 Masihi. Kubah asalnya telah roboh pada 1015 dan dibina semula pada 1022–23.[3]

Seni bina dan mozeknya diambil contoh daripadaistana dan gereja Byzantine,[4] walaupun penampilan luarannya berubah semasapemerintahan Usmaniyah dan sekali lagi pada era moden, terutamanya dengan penambahan bumbung bersadur emas, pada 1959–61 dan dibina lagi pada 1993. Struktur pelan berbentuk oktagon mungkin dipengeruhi olehGereja Kediaman Mary eraRom Timur (juga dikenali sebagaiKathisma bahasa Yunani danal-Qadismu dalam bahasa Arab), yang dibina antara 451 dan 458 di laluan antaraBaitulmaqdis danBaitlaham.[4]

Batu Asas (atau Batu Mulia) yang didirikan binaan diatasnya itu membawa suatu yang penting dan besar dalamagama samawi sebagai tempat di manaTuhan mencipta dunia juga manusia pertama,Adam.[5] Ia juga dipercayai sebagai tempatAbraham mencuba untukmengorbankan anaknya, dan sebagaitempat turunnya wahyu Tuhan terbanyak lebih daripada tempat lain. menurutYahudi. Suatu perkara yang penting bagi tempat ini menurutIslam daripada sumbernya menyambung kepadapenciptaan dunia ini dan menjadi destinasi akhirperjalanan malam (israk)Nabi Muhammad di batu tersebut, sebelum diangkat ke langit (mikraj).[6][7]

Diiktiraf olehUNESCO sebagaiTapak Warisan Dunia, kubah ini dipanggil dengan "tanda tempat Baitulmaqdis paling boleh dikenali"[8] bersama-sama dua struktur Kota Lama berhampiran:Tembok Ratapan dan Rotunda Kebangkitan diGereja Makam Suci.[9] Prasasti Islamnya dibuktikan sebagai sebuah peristiwa penting, kerana selepas itu ia menjadi ciri umum dalam binaan Islam dan selalu menyebut Muhammad.[2] Kubah Al-Sakhrah kekal sebagai "binaan unikbudaya Islam dalam seluruh penghormatan", termasuklah sebagai sebuah "karya seni dan sebagai sebuah dokumen budaya dan kepercayaan", menurut sejarawan seniOleg Grabar.[10]

Kubah ini diselenggara olehWakaf Islam yang juga penjaga bagi tapak suci ketiga umat Islam.[11]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]
Kubah Al-Sakhrah, kawasanNabi Muhammad s.a.w. naik ke langit.

Kubah Al-Sakhrah, seni binaan agungIslam yang pertama dibina diantara tahun687 masihi sehingga tahun691 masihi oleh KhalifahAbdul Malik ibni Marwan, khalifah kerajaanUmmaiyyah. Ia dibina setengah kurun selepas kewafatanNabi Muhammad s.a.w.. Pelbagai masalah dan cabaran dihadapi bagi mempertahankan dan mengekalkan dan mengelakkan bangunan ini daripada musnah. Sejarah Kubah Al-Sakhrah boleh difokuskan kepada empat zaman secara keseluruhannya iaitu Zaman Islam, ZamanPerang Salib, Zaman MandatBritish dan Zaman PendudukanIsrael.

Israk Mikraj

[sunting |sunting sumber]

Pada tahun kesembilan misi Rasulullah s.a.w., lebih kurang tahun620 masihi, Nabi Muhammad berjaga pada waktu malam untuk melakukan ibadah diMasjidil Haram,Makkah. Selepas beribadat, baginda tertidur seketika dekat Kaabah.MalaikatJibril datang mengejutkan Rasulullah daripada tidur dan membawa baginda ke hujungMasjidil Haram. Menanti mereka ialah sejenis makhluk yang bernamaAl Buraq. Rasulullah kemudiannya menaikiAl Buraq yang kemudian membawa baginda keMasjid al-Aqsa diBaitulmaqdis dalam sekelip mata.

Apabila tiba di Baitulmaqdis, Rasulullah turun daripada Al Buraq dan bersembahyang dekat sebuah batu.Nabi Ibrahim a.s,Nabi Musa a.s,Nabi Isa a.s dannabi-nabi yang lain berkumpul bersama dan bersolat bersama-sama baginda. Nabi Muhammad s.a.w. dipersembahkan semangkukarak dan semangkuksusu. Rasulullah s.a.w. memilih susu. Malaikat Jibril a.s kemudiannya berkata "Ternyata engkau telah memilih ajaran yang sebenar". Rasulullah kemudiannya naik ke langit untuk menerima perintah menunaikan solat kepada umatIslam.

Penaklukan Baitulmaqdis

[sunting |sunting sumber]
Pemandangan di dalam Kubah Al-Sakhrah.

Pada tahun638 masihi, selepas beberapa tahun kewafatanNabi Muhammad s.a.w., tentera Islam mengepungBaitulmaqdis. Ketua Gereja Baitulmaqdis,Sophronius, menyerahkan kota itu selepas kepungan yang singkat. Cuma terdapat satu syarat iaitu perbincangan mengenai penyerahan itu mestilah menerusi KhalifahSaidina Umar Al Khatab sendiri, khalifah kedua Islam.

Saidina Umar memasuki Baitulmaqdis dengan berjalan. Tidak ada pertumpahan darah dan tidak ada pembunuhan oleh tentera Islam. Sesiapa yang ingin meninggalkan Baitulmaqdis dengan segala harta benda mereka, dibenarkan berbuat demikian. Sesiapa yang ingin terus tinggal dijamin keselamatan nyawa, harta benda, dan tempat beribadat mereka. Semua ini terkandung dalam Perjanjian Umariyya.

Buat pertama kalinya Baitulmaqdis terselamat daripada bermandi darah. Mengikut cerita, Saidina Umar kemudiannya menemaniSophronious ke Gereja Makam Suci yang mana Saidina Umar ditawarkan bersolat di dalamnya. Saidina umar menolak takut akan timbulnya syak wasangka yang dapat menjejaskan penggunaan gereja itu sebagai tempat beribadat penganut Kristian. Saidina Umar sebaliknya menunaikan solat di sebelah selatan gereja tersebut yang kini merupakan tapakMasjid Umar di Baitulmaqdis.

Saidina Umar kemudiannya meminta supaya dibawa ke tempatMasjid al-Aqsa dengan ditemani beratus-ratus orang Islam. Saidina Umar mendapati tempat itu dipenuhi dengan habuk dan sampah sarap. Saidina Umar terus mengarahkan supaya tempat itu dibersihkan dengan serta-merta. Sebuah masjid yang diperbuat daripada kayu kemudiannya didirikan pada masa Saidina Umar di sebelah paling selatan iaituMusala al-Qibli.

Pembinaan

[sunting |sunting sumber]

Dalam tahun630, beberapa tahun sebelum Kubah Al-Sakhrah dibina,Umar ibn al-Khattāb dibantu oleh Kaab al-Ahbar dan orang Islam yang lain memulihkan batu-batu asas dan menggali ia keluar daripada debu dan membersihkan kawasan yang telah ditinggalkan untuk beratus tahun sejak dimusnahkan oleh tenteraRom. Ibn Asakir[12] menyatakan yangSaidina Umar Al-Khatab tidak pernah membina apa-apa rumah ibadat untuk orang Islam bersembahyang tetapi memilih untuk mendirikan sebuahkawasan solat di kawasan selatanMasjid al-Aqsa. Saidina Umar berbuat demikian bagi menjelaskan bahawakiblat terletak di bahagian selatan, ke arahKaabah diMekah dan bahawa orang Islam tidak pernah berbalah dalam menentukan arah kiblat. Kawasan batu asas kekal tidak terbongkar sehinggalah masa khalifahAbdul Malik bin Marwan yang memulakan pembinaan dalam tahun685, menyiapkannya dalam tahun691. Sarjana Islam al-Wasiti melaporkan kejadian ini:

ApabilaAbdul Malik bin Marwan hendak membina Kubah Al-Sakhrah, baginda datang dariDamsyik keBaitulmaqdis. Dia menulis, "Abd al-Malik berkehendakan untuk membina sebuah kubah di atas As-Sakhrah (Batu) untuk melindungi orang Muslim daripada panas dan sejuk, dan hendak membinamasjid. Tetapi sebelum dia bermula dia ingin tahu pendapat rakyatnya." Dengan persetujuan mereka, timbalan menulis kembali, "Semoga Allah membenarkan siapnya projek ini, dan moga Allah s.w.t. merestui pembinaan masjid dan kubah ini dan memberi rahmat kepada Abd al-Malik dan para penggantinya." Dia kemudian menghimpunkan tukang-tukang binaan daripada semua wilayah kekuasaannya dan meminta mereka untuk menyediakan deskripsinya dan bentuk perancangan kubah pembinaan dirancangkan.

— Abu-Bakr al-Wasiti, Fada'il Bayt al-Maqdis, ms. 80-81, judul 136.[13]

Baitulmaqdis ialah tempat suci bagiagamaKristian,Yahudi, danIslam. Selepas kematianSaidina Ali Abi Talib (khalifah terakhirKhulafa al-Rasyidin), menantu dan sepupu kepada Rasulullah s.a.w., adalah di Baitulmaqdis pemimpin-pemimpinArab dan Islam bertemu pada tahun660 untuk memilih khalifah yang baru.Mu'awiyah, pengasas kerajaan BaniUmmaiyyah telah dipilih sebagai khalifah. Beberapa tahun selepas itu, KhalifahAbdul Malik bin Marwan mengarahkan pembinaan Kubah Al-Sakhrah sebagai simbol perpaduan agamaKristian,Yahudi, danIslam.

Seni Bina

[sunting |sunting sumber]

Kubah Al-Sakhrah terkenal dengan keindahan dan kehalusan seni binanya. Kubahnya yang amat terkenal diliputi oleh batu-batu marmar yang mahal dan cantik bagi memperindahkan lagi seni binaannya. Malah, ia juga dikategorikan sebagai bangunan warisan duniaPBB. Kubah emasnya disalut emas hasil daripada bantuanArab Saudi.

Kekeliruan mengenai Kubah Al-Sakhrah

[sunting |sunting sumber]
Enver Pasha danJamal Pasha melawat Kubah Al-Sakhrah, Yerusalem.

Kubah Al-Sakhrah seringkali dianggap sebagaiMasjid Umar yakni tempatSaidina Umar Al-Khatab bersembahyang ketika ditawarkan bersembahyang di gereja besar Kristian. Anggapan ini salah kerana Kubah Al-Sakhrah danMasjid Umar ialah dua bangunan yang berbeza.

Kubah Al-Sakhrah juga sentiasa dianggap sebagaiMasjid al-Aqsa, sedang ia sebahagian daripada kompleks masjid tersebut.

Sekatan memasuki Kubah Masjid Al-Sakhrah

[sunting |sunting sumber]
Tanda buat pelancong.

Mengikut undang-undangTaurat, orang Yahudi tidak dibenarkan melakukan sembahyang di Kubah Al-Sakhrah.

Sehingga pertengahan abad kesembilan belas, orang bukan Islam disekat darpada memasuki kawasan berkenaan. Semenjak tahun 1967, orang bukan Islam kadang kala dibenarkan masuk, tetapi orang bukan Islam dilarang bersembahyang di sini.[14]

Selepas Perdana Menteri IsraelAriel Sharon melawat kawasan ini pada tahun 2000, yang merupakan satu bentuk provokatif bagi membangkitkan kemarahan umat Islam, orang bukan Islam adalah dilarang memasuki kawasan ini.[15] Ia menyebabkan berlaku pentempuran Intifadah Kedua.

Pada tahun 2006, kawasan ini dibuka semula kepada orang bukan Islam secara percuma, kecuali pada hari Jumaat dan hari-hari raya orang Muslim, di antara 7-10 a.m. dan 12:30-1:30 p.m.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]

Nota kaki

[sunting |sunting sumber]
  1. ^George, A. (2010).The Rise of Islamic Calligraphy. Saqi. m/s. 60.ISBN 978-0-86356-673-8.The answer to this question begins with the oldest surviving Islamic monument : the Dome of the Rock
  2. ^abJohns 2003, m/s. 416.
  3. ^Ahmed, A.S.; Sonn, T. (2010).The SAGE Handbook of Islamic Studies. SAGE Publications. m/s. 229.ISBN 978-1-4739-7168-4.Questions of visual domination and conversion were among the important factors in the construction of the oldest surviving Islamic monument, the Dome of the Rock in Jerusalem.
  4. ^abAvner, Rina (2010)."The Dome of the Rock in light of the development of concentric martyria in Jerusalem"(PDF).Muqarnas. 27: An Annual on the Visual Cultures of the Islamic World. Leiden: Brill. m/s. 31–50 [43–44].ISBN 978-900418511-1.JSTOR 25769691. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 25 March 2017. Dicapai pada24 March 2017.
  5. ^Carol Delaney,Abraham on Trial: The Social Legacy of Biblical Myth, Princeton University Press 2000 p.120.
  6. ^M. Anwarul Islam and Zaid F. Al-hamad (2007). "The Dome of the Rock: Origin of its octagonal plan".Palestine Exploration Quarterly.139 (2): 109–128.doi:10.1179/003103207x194145.S2CID 162578242.
  7. ^Rabbat, Nasser (1989).Oleg Grabar (penyunting)."The Meaning of the Umayyad Dome of the Rock"(PDF).Muqarnas. Leiden: E.J. Brill.6: 12–21 [13–14].doi:10.2307/1602276.JSTOR 1602276. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 31 May 2021. Dicapai pada20 March 2021.
  8. ^Goldberg, Jeffrey (29 January 2001)."Arafat's Gift".The New Yorker.Diarkibkan daripada yang asal pada 14 July 2015. Dicapai pada11 July 2015.
  9. ^"UNESCO World Heritage".Diarkibkan daripada yang asal pada 4 August 2017. Dicapai pada26 December 2019.
  10. ^Grabar 1986, m/s. 299.
  11. ^Business Optimization Consultants B.O.C."Hashemite Restorations of the Islamic Holy Places in Jerusalem – kinghussein.gov.jo – Retrieved 21 January 2008". Kinghussein.gov.jo. Diarkibkan daripadayang asal pada 23 February 2008. Dicapai pada4 April 2012.
  12. ^Ibn Asakir, Tarikh Madinat Dimashq 1, ms. 176.
  13. ^Nasser Rabbat, Qubbat As-Sakhrah: Beberapa sari kata al-Wasiti, Muqaranas, Judul 10,
  14. ^Tempat-tempat suci Baitulmaqdis dan Proses Damai Marshall J. Breger dan Thomas A. Idinopulos
  15. ^Di dalam kawasan Al-Aqsa (BBC)20 Mac2002

Karya yang dipetik

[sunting |sunting sumber]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Kubah al-Sakhrah.

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]

Umum
Perpustakaan negara
Lain-lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kubah_al-Sakhrah&oldid=6425915"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp