Sebuah kampung yang dihuni seberapa penduduk menghidapi penyakitkolera diasing dan dikawal rapi di Romania. (lakaran F. De Haenen diThe Illustrated London News m/s. 821, 1911)
Para angkasawan misiApollo 11 dikunjungiPresiden Nixon semasa mereka dikuarantin pasca-pendaratan
Kuarantin (Mal., Sin.,Bru. - pinjamanbahasa Inggeris:quarantine) ataukarantina (Ind. - pinjamanBelanda:quarantaine) ataupupuh[1] ialah suatu pendekatan dalam perubatan di mana sekelompok hidupan - baikmanusia,haiwan ataupuntumbuhan - ataupun barangan diasingkan untuk tempoh tertentu mencegah dan mengehadkan penularanpenyakit yang barangkali terbawa atau terjangkit sebelum memasuki sesebuah kawasan negara atau wilayah.
Pengasingan sebegini biasa dilakukan di sekitar titik masuk negara tersebut sama ada melalui laluan daratan,lautan mahupunudara di mana pemerhatian dan pemeriksaan kesihatan dilakukan terhadap individu terbabit sehingga suatudiagnosis yang pasti telah diperoleh. Ia seringkali disamakan denganpemisahan individu yang menderita penyakit menular dengan populasi lain yang masih sihat.[2][3]
Konsep ini mula diketahui ramai semasa berleluasanyawabakMaut Hitam yang melanda benuaEropah sehingga mengorbankan sepertiga hingga dua pertiga penduduk benua tersebut. Pelaksanaan pengasingan ramai mula digiatkan seberapa kerajaan di mana kapal-kapal penumpang yang datang dari wilayah lain dilarang langsung berlabuh tetapi singgah sementara di suatu pulau yang telah ditentukan selama tempoh ditetapkan untuk memastikan bahawa mereka pulih sihat seenuhnya lalu tidak tertular penyakit apabila masuk secara rasminya.
Pada awalnya tempoh ini ditetapkan kepada 30 hari (trentine) sepertimana dalam catatan bertarikh 1377 diRagusa (kiniDubrovnik,Croatia),[4] pelaksanaan ini diperbaiki oleh SenatRepublik Venezia pada tahun 1448 di mana ia dilanjutkan kepada 40 hari lalu di bawah dengan namaquarantena[5][6] (daripadaquaranta giorni, "empat puluhhari"). Pemerhatian semasa turut mendapati tempoh ini sangat berkesan dalam menentukan dan mengawasi keadaan kesihatan ketibaan orang ramai pada ketika itu.[7]
Terdapat beberapa catatan pemerhatian dilakukan doktor dan pegawai British diKelantan danJala pada awal abad ke-20 tentang amalan masyarakat setempat mengasingkan penghidap penyakitcacar atautaun secara mengurungkan sesebuah rumah kelamin (yakni "pupuh rumah") atau keseluruhan kawasan kampung ("pupuh kampung") dengan rotan atau tali kalungan pelepah kelapa yakni "tali pupuh"; sesiapa yang ingin memasuki kawasan dihalang ini hendaklah bertemubomor penunggu yang akan membacakan jampi diharapkan mampu menghalau "hantu penyakit". Tempoh pupuh kampung selama 30 hari manakala pupuh rumah selama 3 hari.[8]
Sebagai contoh, disebabkan risiko menyebarkanpenyakit anjing gila daripadaBenua Eropah,United Kingdom pernah menetapkan semua anjing (dan, sesungguhnya, kebanyakan haiwan) yang diperkenalkan di negara tersebut untuk dikuarantin selama enam bulan di tempat kurungan paunKastam dan Eksais Diraja; polisi ini dimansuhkan pada permulaanabad ke-21 dan digantikan dengan skim yang dikenali sebagaiPasport Peliharaan, di mana haiwan boleh mengelakkan kuarantin sekiranya mereka mempunyai dokumen menunjukkan ia diberikan vaksin terkini yang bersesuaian.
Dalam kes manusia, kuarantin biasanya menimbulkan persoalanhak awam (civil rights), terutamanya dalam kes kurungan atau pengasingan yang lama dari masyarakat, seperti kesMary Mallon, (pembawa Asymptomatic deman typhoid).
Kuarantin juga digunakan sebagai istilah umum bagi pengadangan (seperti pengadangan laut yang berlaku dalam krisis peluru berpandu Cuba pada tahun 1960-an) atau untuk menghalang capaian sistematik kepada sesuatu sumber. Dalamsains komputer, ia digunakan bagi menamakan prosedur mengasingkanvirus komputer kedalam (directory) khusus, sehingga sesuatu boleh dilakukan mengenainya tanpa membahayakan fail lain dalam cakera.
^Wilkinson, Richard James (1932)."pupoh".A Malay-English dictionary (romanised).II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 289 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
^Susan Scott and Christopher Duncan,Biology of Plagues: Evidence from Historical Populations, Cambridge, United Kingdom: Cambridge University Press, 2001