Burung ini merupakan spesies haiwan yang dilindungi diMalaysia dan pemburuannya memerlukan lesen kebenaran; jika tidak, pemburu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000, hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali.[8]:41, 128
Nama genusArgusianus diberikan olehCarl Linnaeus daripada Argus atau Argos, nama seorang gergasi seratus mata dalammitologi Yunani yang menjaga seekor lembu betina bernama Io, kerana sayap-sayapnya penuh corak seperti mata.[11]
Badan burung kuang raya diselubungibulu pelepah berwarna perang. Kepala dan lehernya berwarna biru, jambul dan tengkuknya berbulu hitam. Bahagian atas dadanya berwarna kemerahan.
Burung kuang raya jantan ialah antara burung kuang yang paling besar dengan panjang badan 160–200 sentimeter termasuk ekor yang berukuran 105–143 sm; berat badannya antara 2.04–2.72 kilogram.[12] Burung jantan dewasa mempunyai bulu-bulu ekor yang sangat panjang dan lebar, serta bulu sayap panjang yang dihiasi tompok mata besar. Burung jantan muda mendapatkan bulu-bulu ini pada usia tiga tahun.[13]
Corak bulu-bulu ekor kuang raya jantan
Badan kuang raya betina lebih kecil dan kusam dari kuang jantan, dengan ekor lebih pendek dan kurang tompok mata. Panjang seluruh badan kuang betina 72–76 sentimeter termasuk ekor berukuran 30–36 sm; berat badannya pula antara 1.59–1.7 kg.[12]
^ab"Argusianus argus".Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
^Ekosistem-Ekosistem Di Sabah(PDF). Jabatan Hidupan Liar Sabah. 2003. Diarkibkan daripadayang asal(PDF) pada 11 November 2011. Dicapai pada10 Januari 2013.
^Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (Ogos 2024)."Pheasants, partridges, francolins".IOC World Bird List Version 14.2. Kesatuan Ahli Ornitologi Antarabangsa. Dicapai pada1 Februari 2025.
Wilkinson, Richard James (1932).A Malay-English dictionary (romanised).I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.