Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Kuala Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kuala Kedah merupakan sebuah kawasan parlimen di negeriKedah Darul Aman, di utaraSemenanjung Malaysia. Kuala Kedah terletak di bahagianmuaraSungai Kedah. Jarak Kuala Kedah dari pusat bandar iaituAlor Setar cuma 10 km sahaja..

Ekonomi

[sunting |sunting sumber]

Kuala Kedah merupakan kawasanperkampungan nelayan.Nelayan-nelayan menangkapikan di perairanSelat Melaka dan diLaut Andaman.

Rangkian Perhubungan

[sunting |sunting sumber]

Dari zaman dahulu sehingga era enam puluhan jalan sungai dan jalan laut merupakan lebuh raya utama. Sebagai perhentian lebuh raya laut Kuala Kedah merupakan perhentian yang penting menghubungi Kuala Perlis,Kuala Sanglang,Kuala Jerlun , Tajung Dawai dan Pulau Pinang. Kuala Kedah juga satu pintu laluan masuk ke pendalaman melalui Sungai Kedah. Di era enam puluhan Kuala Kuala tersebut di hubungi dengan bot tambang dan bot kargo.

Dengan pembangunan pesat selepas merdeka jalan raya banyak di bina jadi laluan laut makin merosot kecuali bagi industri perikanan dan pelancongan.

Dengan terbangunnya Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai di zaman pemerintahan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, kepenting Kuala Kedah dan juga Kuala Perlis meningkat semula. Dari Kuala Kedah pelacong juga boleh kePulau Payar iaitu sebuah pulau pelancongan dan reserve perikanan.

Jeti baru Kuala Kedah

[sunting |sunting sumber]

Ada sebuahjeti yang moden telah dibina oleh kerajaan pusat bagi memudahkan pelancong berkunjung ke pulauLangkawi yang indah itu. Jeti ini terletak di tepi muara sungai berlumpur dan tumbuhan utamanhya ialah paya bakau. Di hadapan jeti Kuala Kedah terdapatnya tapak bersejarah iaitu Kota Kuala Kedah . Selain itu terbina sebuah Marina Kuala Kedah yang sudah siap dibina tetapi tidak dapat digunakan kerana terletak di kawasan yang cetek.

Pemandangan di kawasan jeti ini cukup menarik kerana banyaknya bot-bot nelayan yang berwarna-warni kelihatan pulang dari laut. Nelayan keletihan mengangkut hasil tangkapan.

Rumah nelayan yang berselerak di tepi-tepi laut dan sungai di Kuala Kedah telah dipindahkan ke kawasan perumahan Kota Warisan, Kerajaan negeri Kedah telah membina 700 buah rumah dua tingkat stail kampung . Baki yang tinggal hanya 56 buah keluarga yang belum pindah kerana masalah teknikal.

Perumahan baru

[sunting |sunting sumber]

Sejak 2008, semakin rancak pembinaan rumah disekitar Kuala Kedah. Antara taman baharu yang muncul :-

  • Taman Bersatu,
  • Taman Muara,
  • Taman Nusantara
  • Taman Desa Chengai Indah.
  • Taman Restu
  • Taman Marina
  • Taman Marina Jaya

Galeri

[sunting |sunting sumber]
  • Kuala Kedah - bot bot nelayan
    Kuala Kedah - bot bot nelayan
  • Kuala Kedah - bot nelayan
    Kuala Kedah - bot nelayan
  • Kuala Kedah - bot nelayan1
    Kuala Kedah - bot nelayan1
  • Kuala Kedah - bot nelayan di Sungai Kedah
    Kuala Kedah - bot nelayan di Sungai Kedah
  • Kuala Kedah - di jeti
    Kuala Kedah - di jeti
  • Kuala Kedah - jambatan
    Kuala Kedah - jambatan
  • Kuala Kedah - jeti
    Kuala Kedah - jeti
  • Kuala Kedah - Kota Kuala Kedah
    Kuala Kedah - Kota Kuala Kedah

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
Bandar Utama
Bandar Membangun
Bandar Baru
Pekan / Mukim
Pulau
Sungai
Gunung
Tasik
Gua
PBT
Zon Khas
Bahagian pentadbiran
Peringkat pertama
Bahagian pilihan raya
Ikon tunas

Rencana berkaitangeografi dan tempat diMalaysia ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kuala_Kedah&oldid=5011974"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp