KRIPTOGRAFI (ataukriptologi; daripada perkataanYunaniκρυπτός,kriptos, "tersembunyi, rahsia"; danγράφειν,graphein, "penulisan"; atau-λογία,-logia, "kajian") ialah satu amalan dan kajian berkenaan teknik-teknik mewujudkan komunikasi kukuh di dalam kehadiran pihak ketiga (dikenali sebagaimusuh). Secara amnya, kriptografi melibatkan pembentukan dan penganalisaan protokol-protokol yang menghalang campur tangan orang ketiga, dan berkait dengan pelbagai aspek dalamkeselamatan maklumat seperti kesulitan data,keintegritian data,pengesahan dan tanpa sangkalan. Kriptografi moden merangkumi disiplinmatematik,sains komputer dankejuruteraan elektrik. Kriptografi digunakan dalamkad ATM,kata laluan komputer danurusniaga elektronik.
Kriptografi sebelum zaman moden berkait rapat dengan prosespenyulitan (encryption), yakni satu proses yang menukarkan satu maklumat yang boleh dibaca kepada sesuatu yang kelihatan mengarut. Si penghantar mesej rahsia berkongsi teknik untuk menyahkod maklumat asal dengan si penerima sahaja, dan dengan ini dapat mengelakkan mereka yang tidak dikehendaki daripada berbuat perkara yang sama. Bermula dariPerang Dunia Pertama dan penciptaan komputer, cara yang digunakan untuk menjalankan kriptografi menjadi semakin rumit dan penggunaannya semakin meluas.
Kriptografi moden banyak melibatkan penggunaan teori matematik dan sains komputer.