Krakatau adalah gunung berapi yang masih aktif dan berada diSelat Sunda antara pulauJawa danSumatera. Gunung berapi ini pernah meletus pada 26 Ogos 1883. Letusannya sangat dahsyat dantsunami yang diakibatkannya mengorbankan sekitar 36,000 jiwa. Sehingga 26 Disember 2004, tsunami ini adalah yang terdahsyat.
Mulai tahun 1927 muncul gunung baru yang disebut ’’Anak Krakatau’’. Sampai sekarang gunung ini masih tetap bertambah tingginya.
Melihat kawasan Gunung Krakatau di Selat Sunda, pakar gunung berapi mengangarkan bahawa pada zaman dahulu terdapat gunung yang sangat besar di selat Sunda yang akhirnya meletus dahsyat yang menyisakan sebuah kaldera (kawah besar) yang sisi sisinya dikenal sebagaiPulau Rakata,Pulau Panjang dan sebuah pulau lagi.Pulau Rakata ini kemudian tumbuh sesuai dengan dorongan vulkanik dari dalambumi serta muncul tiga buah gunung api yang dikenal sebagaiGunung Rakata,Gunung Danan danGunung Perbuwatan. Letusan 1883 yang terjadi menghancurkanGunung Danan,Gunung Perbuwatan serta sebagianGunung Rakata. Dan mulai pada tahun 1927 itulah muncul gunung api yang dikenal sebagaiAnak Karakatau dari kawasan kaldera purba tersebut yang masih aktif dan tetap bertambah tingginya.
Letupan Anak Krakatau memuntahkan lebih 25 kubik kilometer batuan dan debu serta menghasilkan bunyi letupan paling bingit pernah direkodkan dalam sejarah. Bayangkan penduduk sejauh Perth di Australia, iaitu kira-kira 3,110 kilometer danPulau Rodrigues dekatMauritius, kira-kira 5,000 kilometer boleh mendengar letupan itu dan debu batuannya Sampai ke Eropa dan menjadikan krisis "pangang" beberapa tahun karena gagal panen dan menyebabkan matahari tertutup selama beberapa tahun.di abadikan Domenter america tentang "Suara krakatau sampai America Sumber Suara". Batu kecil dan debu sampai new york pekarangan warga.
Mengikut rekod rasmi, 165 kampung dan pekan musnah, manakala 132 rosak teruk. Jumlah kematian pula seramai 36,417 orang, manakala ribuan cedera akibat letupan, diikuti gelombang ombak besar atau tsunami.Kejadian itu memusnahkan dua pertiga Pulau Krakatau dan di tempat yang sama, Anak Krakatau muncul 44 tahun kemudian. Pulau Sebesi yang terletak kira-kira 13 kilometer dari Krakatau kehilangan semua penduduk seramai 3,000 orang. Letupan itu memuntahkan jumlah gas sulfur dioksida yang besar ke udara dan merebak ke seluruh dunia. Kira-kira 18 hingga 21 kilometer batuan terangkat membentuk lembangan sekitar Krakatau. Tanah Pulau Verlaten dan dan Lang melonjak sedikit dengan debu lahar membentuk ciri geologi pulau ini.
Sebelum 1883, Pulau Krakatau mengandungi tiga pulau utama, iaitu Lang (sekarang Rakata Kecil atau Panjang), Verlaten (Sertung) dan Krakatau sendiri, sebuah pulau sepanjang sembilan kilometer dan lima kilometer lebar.
Dickins, Rosie;The Children's Book of Art (An introduction to famous paintings) Usborne Publishing Ltd., Usborne House, 83–85 Saffron Hill, LondonISBN978-0-439-88981-0 (2005)
Furneaux, Rupert;Krakatoa Secker and Warburg, London (1965)
Simkin, Tom and Richard S. Fiske (editors);Krakatau, 1883—the volcanic eruption and its effects Smithsonian Institution Press, Washington, D.C.ISBN0-87474-841-0 (1983)
Symons, G.J. (ed);The Eruption of Krakatoa and Subsequent Phenomena (Report of the Krakatoa Committee of the Royal Society) London (1888)
Thornton, Ian;Krakatau: The Destruction and Reassembly of an Island Ecosystem (1996)