Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Konvensyen Solidariti Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Konvensyen Solidariti Malaysia
Diasaskan6 Jun 1965
Dibubarkan9 Ogos 1965
Ibu pejabatSri Temasek(en)TerjemahSunting nilai ini di Wikidata
MalaysiaSunting nilai ini di Wikidata
KeanggotaanParti Tindakan Rakyat (PAP)
Parti Progresif Penduduk (PPP)
Parti Demokratik Bersatu (UDP)
Parti Rakyat Bersatu Sarawak(SUPP)
Parti Machinda (MACHINNDA)
Ideologi
sunting ·sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Artikel ini adalah sebahagian daripadasiri pada
Politik
Malaysia
Persatuan Negara-negara Asia TenggaraNegara Anggota ASEAN
Ikon portalPortal Malaysia


Konvensyen Solidariti Malaysia atauMalaysian Solidarity Convention (MSC) juga dikenali sebagaiMajlis Solidariti Malaysia (Malaysian Solidarity Council) , merupakan satu gabungan parti-parti politik pembangkang pelbagai kaum yang ditaja olehLee Kuan Yew yang terdiri daripadaParti Tindakan Rakyat (People's Action Party) (PAP),Parti Progresif Penduduk (People's Progressive Party) (PPP) danParti Demokratik Bersatu (United Democratic Party) (UDP)[1] serta partiSarawak;Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Sarawak United People's Party) (SUPP) danParti Machinda, semasaSingapura menyertai penubuhan dan masih dalam gagasan persekutuanMalaysia. Pada 8 Mei 1965, MSC mengadakan konvensyennya yang pertama di Singapura yang diwakili oleh Dr.Toh Chin Chye (PAP) sebagai pengerusi konvenseyen,D. R. Seenivasagam (PPP),Lim Chong Eu (UDP),Stephen Yong (SUPP) dan Michael Buma (MACHINDA)[2]. Lee Kuan Yew tidak hadir kerana tidak berada di Singapura dan dikatakan ianya disengajakan untuk mengelakkan kontroversi penglibatannya. Konvensyen itu seterusnya mengeluarkan deklarasi bersama pada 9 Mei 1965 yang mendokongMalaysian Malaysia yang menyatakannya tidak menentang Perlembagaan Malaysia,Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan status orang Melayu.[3] MSC telah diasaskan pada 6 Jun 1965, untuk memperjuangkan prinsipMalaysian Malaysia yang mendokong hak dan layanan sama-rata dan saksama bagi semua kaum di Malaysia.[4]

Walau bagaimanapun, perjuangan dan tindak-tanduk MSC dilihatUMNO sebagai ancaman kepada sistem politik Malaysia berlandaskanKetuanan Melayu.[5] Kontroversi ini seterusnya membawa MSC terkubur bersama dengan hasratnya untuk melihat sebuah negara Malaysia yang lebih adil, sama-rata dan saksama apabila Singapura dikeluarkan[6] dari persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Pautan Luar

[sunting |sunting sumber]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^"MM meets Penang leaders, past and present, Talks include areas of cooperation and how state can upgrade, By Lydia Lim, 14 June 2009, The Straits Times, Prime Minister's Office Singapore". Diarkibkan daripadayang asal pada 2010-05-26. Dicapai pada2010-05-01.
  2. ^Singapore: the unexpected nation, By Edwin Lee Siew Cheng, Edwin Lee, 2008, Institute of Southeast Asian Studies]
  3. ^""Malaysia For Malaysians" Lee Kuan Yew's vision in the 60's that got Singapore expelled is at last moving towards reality in Malaysia. By Seah Chiang Nee, 29 Apr 2008". Diarkibkan daripadayang asal pada 2010-09-02. Dicapai pada2010-05-01.
  4. ^Nationalism and globalization: east and west, By Leo Suryadinata, 2000, Publisher: Institute of Southeast Asia Studies, ISBN 981-230-073-2
  5. ^"Formation of a Malaysia Solidarity Convention, Merger outline, Asia One, Singapore Press Holdings". Diarkibkan daripadayang asal pada 2013-10-13. Dicapai pada2010-05-01.
  6. ^Singapore in Malaysia
Parti yang mempunyai wakil diParlimen dan/atauDewan Undangan Negeri
Pakatan Harapan
Perikatan Nasional
Barisan Nasional
Gabungan Parti Sarawak
Gabungan Rakyat Sabah
Parti politik lain
Parti yang tidak mempunyai wakil di Parlimen dan/atau Dewan Undangan Negeri
Perikatan Nasional
Gabungan Rakyat Sabah
Sahabat Barisan Nasional
Parti politik lain
Malaysia
Sarawak
Sabah
Parti dan gabungan tidak aktif/dibubar
Gabungan parti
Parti politik
Malaysia
Sarawak
Sabah
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Konvensyen_Solidariti_Malaysia&oldid=5320910"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp