Persidangan Ramsar (Konvensyen mengenai Tanah Lembap yang Berkepentingan Antarabangsa, terutamanya sebagai Habitat Unggas Air) ialah suatuperjanjian antarabangsa yang telah ditandatangani di bandarRamsar,Iran pada 2 Februari 1971 antara kerajaan-kerajaan sebagai rangka kerja memuliharatanah lembap dan potensi alam semula jadinya.
Seterusnya rangka pelaksanaan pada 21 Disember 1975. Ibu pejabat terletak diGland,Switzerland berkongsi denganIUCN. Sehingga kini, 159 negara setuju menandatangani. Terdapat 1836 kawasan tanah lembab dalam senarai dengan luas 171,954,584 hektar.Biasanya tanah lembab ini termasuklah kawasanpaya bakau,rumpai laut,terumbu karang dan pelbagaiekosistem yang lain. Pengekalan tanah lembab semakin disedari setelah berlakunyatsunamiAceh pada 26 Disember 2004. Pelbagai persidangan diadakan setiap tahun seperti diKampala,Uganda pada November 2005 dan Persidangan Tasik Dunia ke-11 diNairobi,Kenya pada Oktober 2005. Kemudian diadakan diBhubaneswar, India pada 9 Februari 2005.