Konrad Hermann Joseph Adenauer (5 Januari 1876 - 19 April 1967) adalah seorang negarawan Jerman yang berkhidmat sebagaiKanselorRepublik Persekutuan Jerman dari penubuhan negara tersebut tahun 1949 sehingga 1963. Beliau bersama- pengasas dan pemimpin pertamaKesatuan Demokratik Kristian (CDU) (hingga 1966), sebuah partaidemokrasi Kristian yang di bawah kepemimpinannya menjadi salah satu pihak yang paling berpengaruh di negara ini.[1]
Beliau merupakan seorang ahli politik berwibawa semasazaman Republik Weimar menjawat kerusi datuk bandar Köln (1917–1933) serta Presiden Majlis NegeriPrusia (1922–1933). Beliau menumpukan kepadapenyingkiran dasar-dasarrejim Nazi yang telah membinasakan Jerman setelah ditumpaskan padaPerang Dunia Kedua dalam pemulihan keadaan negara tersebut serta menjalinkan hubungan negara sefahaman lawan iaitu Perancis, United Kingdom dan Amerika Syarikat.[2] Pembaharuan dilaksanakan semasa pemerintahan beliau memajukan Jerman Barat sebagai suatu negara demokratik, utuh dihormati sertamakmur ekonominya.[3]
Beliau merupakan ketua pemerintahan negara kuasa utama Eropah yang tertua pada zamannya ketika beliau meletakkan jawatan tahun 1963.