| Konfrontasi Indonesia-Malaysia | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kawalan di pulau Borneo yang menjadi isu besar kepada konfrontasi ini. | |||||||||
| |||||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||||
Disokong oleh: | Disokong oleh: | ||||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||||
| Tunku Abdul RahmanWalter WalkerYusof IshakSultan Omar Ali Saifuddien | SoekarnoOmar DaniSoehartoAbdul Harris Nasution | ||||||||
| Kekuatan | |||||||||
| tidak diketahui | tidak diketahui | ||||||||
| Kerugian dan korban | |||||||||
| 114 terbunuh 181 cedera | 590 terbunuh 222 cedera | ||||||||
Konfrontasi Indonesia–Malaysia ialah sebuah konflik akibat daripada pembangkangan politik dan tentera Indonesia kepada pembentukanMalaysia atau penyatuan Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia Barat) dengan tanah jajahan mahkota/naunganBritish di Sabah dan Sarawak (secara kolektif dikenali sebagai British Borneo, Malaysia Timur) pada bulan September 1963.
Penentangan ini telah dilakukan olehPresiden Sukarno kerana cita-cita tingginya menentang penjajahan diNusantara sebagai perang mengenai masa depan Tanah Melayu, Brunei, Sabah dan Sarawak dan menyalakan semula semangat anti-penjajahan terhalang akibat daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.
Sebahagian daripada siri tentang | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| SejarahIndonesia | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Prasejarah
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kerajaan Hindu-Buddha
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kerajaan Islam
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kerajaan Kristian
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kolonialisme Eropah
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kemunculan Indonesia
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kemerdekaan
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

Pada1961, Borneo dibahagikan kepada empat pentadbiran.Kalimantan, sebuah negeri milik Indonesia yang terletak di selatan Kalimantan. Di utara merupakan KerajaanBrunei dan dua negeri dibawah pentadbiranBritish;Sarawak danBorneo Utara British, yang kemudiannya diberi nama sebagaiSabah. Sebagai bahagian daripada pengunduran daripada pentadbirannya diAsia Tenggara, British cuba menggabungkan pentadbirannya di Kalimantan denganSemenanjung Tanah Melayu untuk membentukMalaysia.
Rancangan ini dibantah keras oleh Presiden Indonesia; PresidenSoekarno. Beliau berpendapat bahawa Malaysia ialah sebuah rekaan British, dan penubuhan Malaysia hanya akan memberikan pihak British menguatkan lagi kuasa jajahannya di kepulauan Borneo ini, sehingga memberi ancaman besar terhadap kemerdekaan Indonesia.Filipina juga membuat dakwaan atasSabah, dengan alasan negeri itu mempunyai hubungan sejarah dengan Filipina melaluiKesultanan Sulu.
Di Brunei, Pemberontak Kalimantan Utara (TNKU) memberontak pada8 Disember1962. Mereka melakukan cubaan menculikSultan Brunei, dan merampas ladang minyak dan menjadikan orang Eropah sebagai tebusan. Sultan Brunei berjaya melepaskan diri dan baginda meminta pertolongan dari British. Baginda mendapat bantuan ketenteraan British, Persekutuan Malaysia danGurkha dari Singapura. Pada16 Disember, Komander Timur Jauh Inggeris (British Far Eastern Commander) menyeru bahawa seluruh pemberontakan utama telah berjaya dipatahkan, dan pada17 April1963, pemimpin pemberontak ditangkap dan pemberontakan tersebut berakhir.
Filipina dan Indonesia secara rasminya bersetuju untuk menerima pembentukan Malaysia apabila majoriti di daerah yang menghadapi konflik membuat pilihan dalam satu pungutan suara yang dikelolakan olehPBB. Soekarno pada mulanya mengambil pendirian menyokong penubuhan Malaysia, Menteri luar Indonesia iaitu Dr. Subandrio pernah mengucapkan selamat kepada usaha Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan Malaysia. Namun sikap Indonesia telah bertukar dan berusaha menentang keras penubuhan negara Malaysia daripada menjadi sebuah negara yang bebas. Soekarno ternyata mempunyai ego yang kuat sehingga sanggup menghina dan mengutuk Malaysia secara terus menerus dalam Sidang Kemuncak yang diadakan di Manila. Selain daripada kritikan yang keras, beliau juga bertindak memutuskan hubungan politik, ekonomi dan sosial dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Semenjak demonstrasi anti-Indonesia diKuala Lumpur berlaku, para penunjuk perasaan mengepung bangunan Duta Indonesia, dan bertindak mengoyakkan gambarSoekarno dan membawa lambang negara IndonesiaGaruda Pancasila di
Soekarno yang berang akibat tindakan itu mengutuk perbuatan Tunku yang memijak-mijaklambang negara Indonesia[1] dan beliau ingin membalas dendam dengan melancarkan gerakan yang terkenal dengan nama Ganyang Malaysia. Namun hal ini dinafikan oleh Tunku, malah beliau sendiri mempersoalkan tindakan segelintir penunjuk perasaan yang memijak-mijak lambang tersebut. Namun sehingga kini tiada bukti yang dapat mengukuhkan perbuatan tersebut, samada perkara tersebut benar-benar dilakukan oleh Tunku atau ada segelintir pihak yang cuba mengapi-apikan keadaan pada masa itu.[2]
Pada hari Ahad 20 Januari 1963 yakni ketika suatu perhimpunan berlangsung, Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio telah mengumumkan konfrontasi terhadap Malaysia. Akibat daripada itu, Kepala Staff Strategik Angkatan Darat Indonesia, Jeneral Achmad Yani telah menasihati Presiden Sukarno agar tidak terus melancarkan konfrontasi dengan Malaysia. Konfrontasi hanya menyebabkan tentera British dan Australia terlibat langsung berdepan dengan Tentera Nasional Indonesia. Presiden Sukarno menyifatkan nasihat itu hanya membelakangi arahannya. Sebaliknya pengumuman Dr. Subandrio diangkat sebagai dasar subversif baru yang aktif dilaksanakan di Indonesia terhadap semua wilayah Malaysia.[3]
Dalam usaha Sukarno yang menentang penubuhan negara Malaysia, beliau juga telah memulaukan Laporan Suruhanjaya Cobbold yang ditugaskan pada tahun 1962 yang bertujuan untuk meninjau pandangan rakyatSabah danSarawak terhadap penubuhan Malaysia. Sukarno telah melancarkan kempen ‘Ganyang Malaysia’ pada awal 1963. Konfrontasi Sukarno telah berubah daripada sekadar perang kata-kata menjadi konfrontasi ketenteraan, hal ini berlaku selepas Suruhanjaya khusus PBB yang dibentuk untuk mengumpul pendapat rakyat setempat tentang pembentukan Malaysia. Sukarno menjadi semakin tersinggung apabilaTunku mengumumkan terbentuknya Malaysia sebelum Komisi PBB itu mengumumkan hasil siasatannya.
Pada 12 April 1963, sukarelawan perang dan para gerila Indonesia mula bertindak menyelinap masuk ke dalam sempadan Malaysia. Ketika ini, penyelinapan dan pencerobohan masuk mula dengan menyerang Balai Polis Tebedu diSarawak, yang terletak kira-kira 5 kilometer daripada sempadan Indonesia. Tugas peyelusupan diletakkan di bawah bahu Mejar Benny Moerdani. Namun begitu serangan berjaya dipatahkan oleh Rejimen Askar Melayu Diraja Malaya dan Askar Gurkha.
Pada 29 Disember 1963, gerila perang Indonesia telah melancarkan serangan mengejut ke Pos tentera diKalabakan,Tawau,Sabah. Serangan mengejut ini dilakukan ketika anggota tentera daripada Kompeni C, Rejimen ke-3 Askar Melayu Diraja sedang bersiap-siap untukSolat Isyak. Serangan ini telah ditentang oleh Askar Melayu Diraja Malaya dan menyebabkan sukarelawan perang Indonesia berundur ke sempadan mereka.[4]
Pada1964, gerila Indonesia mulai menyerang wilayah di Semenanjung Malaysia. Pada bulan Ogos, enam belas ejen bersenjata Indonesia ditangkap diJohor. Aktiviti tentera Indonesia di sempadan meningkat. Sehubungan itu, kerajaan Malaysia mengerahkanAngkatan Tentera Malaysia termasukRejimen Askar Melayu Diraja danRejimen Askar Wataniah bersiap sedia untuk menangani ancaman ganas Indonesia,Tentera Laut Diraja Malaysia dikerah untuk mempertahankan perairan Malaysia. Keanggotaan pasukan tentera Malaysia hanya sedikit yang dikerah dan diletakkan dibahagian pos kawalan sempadan dan kawalan unit komando. Misi utama mereka adalah untuk mencegah pencerobohan gerila Indonesia ke Malaysia. Selain pasukan tentera, kerajaan Persekutuan Malaysia turut menghantar sepasukan polis dari pelbagai cawangan untuk membantu pasukan tentera mempertahankan tanahair. Cawangan Tugas Am,Sukarelawan Polis danPolis Bantuan ditugaskan untuk mengawal dan membuat rondaan dikampung-kampung dan dikawasan bandar. Sekatan jalanraya dengan pihak tentera dijalankan dengan ketat dan pemeriksaan ke atas orang awam turut dijalankan bagi memastikan tiadanya ejen Indonesia yang menyusup masuk ke dalam bandar dan kampung-kampung dengan menyamar sebagai orang awam. Cawangan Khas ditugaskan untuk membantuKor Risik Diraja melakukan tugas risikan terhadap kegiatan dan aktiviti subversif yang dilakukan oleh tentera Indonesia, manakalaPasukan Polis Marin membantuTentera Laut Diraja Malaysia melakukan tugas rondaan diperairan negara sertaPasukan Polis Hutan diaturgerakkan bersama tentera darat memburu gerila Indonesia yang menyusup masuk ke dalam hutan. Pada16 Ogos, sepasukanRejimen Askar Melayu Diraja berhadapan dengan lima puluh orang gerila Indonesia.
Meskipun Filipina tidak turut serta dalam kempen tersebut, namun mereka memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.Persekutuan Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada16 September1963. Brunei menolak gabungan denganMalaysia dan Singapura keluar di kemudian hari.
Ketegangan berlaku di kedua belah pihak di Selat Melaka. Dua hari kemudian para perusuh membakar kedutaan Britain diJakarta. Beratus-ratus perusuh menyerbu kedutaan Singapura di Jakarta dan juga rumah diplomat Singapura. Di Malaysia, ejen Indonesia ditangkap dan wartawan media massa menyerang kedutaan Indonesia diKuala Lumpur.
Di sempadan Kalimantan, telah berlakunya pertempuran dikawasan sempadan; gerila Indonesia dan pasukan separa tenteranya cuba menceroboh Sarawak dan Sabah, tetapi gagal. Sebahagian besar pihak yang terlibat konflik bersenjata dengan Indonesia ialah askar Britain dan Australia, terutama sekali pasukan khas mereka iaituSpecial Air Service(SAS). Dianggarkan, seramai 2000 komando Indonesia (Kopassus) dan 200 anggota SAS British, Australia dan New Zealand terbunuh setelah bertempur di hutan Kalimantan dengan Truper James Condon daripada anggota 22 SAS British menjadi korban pertama dalam pertempuran tersebut.
Pada 17 Ogos, pasukan payung terjun mendarat di pantai barat daya Johor dan cuba membentuk pasukan gerila. Pada2 September1964, pasukan payung terjun mendarat diLabis, Johor. Pada29 Oktober, 52 anggota tentera mendarat Indonesia diPontian di sempadan Johor-Melaka, tetapi ditangkap oleh pasukanRejimen Askar Melayu Diraja danNew Zealand, manakala yang selebihnya berjaya ditahan olehPasukan Polis Hutan di Batu 20,Muar,Johor.
Konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia menjadi semakin tegang apabila Malaysia terpilih sebagai anggota tidak tetapPBB pada bulan Disember 1964. Sebagai protes kepada penyertaan Malaysia menjadi anggota PBB, Indonesia telah menarik diri daripada keanggotaan PBB pada Januari 1965.
Sebagai tandingan Olimpik, Soekarno turut menyelenggarakanGANEFO(Games of the New Emerging Forces) yang diselenggarakan diSenayan,Jakarta pada10-22 November1963. Pesta olahraga ini disertai oleh 2,250 atlet dari 48 negara di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan, serta didatangi oleh 500 orang wartawan asing.
Pada Januari1965,Australia bersetuju untuk menghantar pasukan tenteranya ke Kalimantan setelah mendapat permintaan daripada Malaysia. Tentera Australia menghantar 3Rejimen Diraja Australia dan RejimenAustralian Special Air Service. Dianggarkan seramai empat belas ribu pasukan tentera British dan Komanwel di Australia pada ketika itu. Secara rasminya, tentera British dan Australia tidak dapat melakukan serangan melalui sempadan Indonesia. Tetapi, unit sepertiSpecial Air Service, baik British mahupun Australia, menyusup masuk secara rahsia (lihatOperasi Claret). Australia melakukan penyusupan ini pada1966.
Pada pertengahan 1965, Indonesia mula menggunakan pasukan rasminya setelah kesemua pasukan komando dan sukarelawan yang melakukan penyusupan di Malaysia gagal. Pada28 Jun, mereka menyeberangi sempadan ke timurPulau Sebatik berhampiranTawau, Sabah dan cuba melakukan serangan dan sabotaj ke atas kemRejimen Askar Melayu Diraja di Tawau, namun cubaan itu gagal kerana kem itu berhampiran dengan balai polis dan disedari oleh anggota-anggota polis di situ dan berjaya mematahkan cubaan itu.
Menjelang akhir 1965, JeneralSoeharto memegang tampuk pemerintahan Indonesia setelah berlakunya rampasan kuasa. Oleh kerana konflik dalaman negara, keinginan Indonesia untuk meneruskan konfrontasi dengan Malaysia berkurangan dan peperangan telah reda.
Pada28 Mei1966, sebuah rundingan dilakukan diBangkok, Kerajaan Malaysia dan Indonesia mengumumkan perdamaian setelah Soeharto menghantar Adam Malik sebagai wakil untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman. Kekerasan berakhir pada bulan Jun, dan perjanjian perdamaian ditandatangani pada11 Ogos dan dirasmikan dua hari kemudian. Penghancuran PKI dan elemen-elemen politik kiri, dan perletakan jawatan oleh Soekarno telah menyebabkan perubahan mendadak dalam kestabilan politik Indonesia pada tahun 1965. Indonesia secara rasminya mengakhiri konfrantasi terhadap Malaysia pada tahun 1967.
Konfrontasi ini merupakan salah satu penyebab pendekatan Presiden Soekarno denganParti Komunis Indonesia, menjelaskan aktiviti ketenteraan yang menggabungkan diri dalam gerakan G30S/Gestok (Gerakan Satu Oktober), dan juga pada akhirnya menyebabkan PKI melakukan penculikan pemerintah tertinggi Tentera Darat.[1]
Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 tidak disenangi oleh Indonesia dan Filipina tetapi juga tidak diiktiraf olehPakistan melalui Menteri luar Pakistan,Zulfiqar Ai Bhutto .[perlu rujukan] Malaysia tidak dijemput menghadiriSidang kemuncak Afri-Asia 1965 diAlgeria. Malahan wakil Malaysia turut dihalang menghadirinya[perlu rujukan].Rampasan kuasa Algeria 1965 dapat menjatuhkanPresiden Algeria,Ahmed Ben Bella.
Sekiranya JeneralSuharto yang ditugaskanSoekarno menggerakkan tentera Indonesia rasmi menyerang Malaysia, peperangan terbuka pasti akan berlaku. Armada British berlabuh diLaut China Selatan lengkap dengan senjata nuklear dan bersiap-sedia menyerangJakarta jika perlu.[perlu rujukan]Tentera Amerika pula sedang terlibat dalamPerang Vietnam da tidak mahu Indonesia jatuh ke tangan komunis.CIA memberi 50 juta rupiah, walkie-talkie dan ubat-ubatan kepadaAdam Malik.[perlu rujukan] Adam Malik bertemu buat pertama kali dengan Tunku sebelum solat Jumaat diMasjid Negara.
Gerakan 30 September 1965 (G30S) berlaku apabila komunisPKI pimpinan Leftenan KolonelUntung Shamsuri membunuh tujuh panglima tentera. Namun JenderalHaris Nasution selaku Menteri Pertahanan Indonesia terselamat. Suharto muncul sebagai orang kuat tentera yang baru.Hubungan Malaysia-Indonesia semakin kembali akrab.[5]