Komander (Bahasa Perancis:Commandeur) ialah salah satu pangkat yang terdapat dalam perkhidmatanTentera Laut Diraja Malaysia. Komander setara denganLeftenan Kolonel Tentera Darat danLeftenan Kolonel TUDM. Komander juga setaraf denganCommander dalam kebanyakan tentera laut di dunia. Komander lebih kanan dariLeftenan Komander tetapi lebih muda (junior) dariKepten.
Selain dari tentera laut, pangkat Komander juga adalahpangkat pegawai bagitentera udara. Istilah Komander juga digunakan sebagai satu kedudukan atau gelaran dalam organisasi formal yang lain, termasuk beberapa pasukan polis.
Komander juga merupakan istilah generik bagi pegawai memerintah mana-mana unit tentera, sebagai contoh "komander platun", "komander briged" dan "komander skuadron". Dalam polis, istilah seperti "komander daerah" dan "komander insiden" digunakan.
Insignia Komander hampir serupa dengan insignia Kepten, tetapi mempunyai tiga "balak" atau tiga baris sahaja dengan gelung di baris teratas.
Sebagai contoh, seperti dalam pelbagai penempatan kecil kolonial (seperti beberapa pulau-pulauCaribbean) pemerintahgarison adalah asas jawatan tertinggi, gelaran tenteraCommandeur boleh digunakan sebagai ganti kepada gelaran gabenor awam, tidak sepertiKapten Mejar Portugal.
DidalamTentera Darat British, istilah "komander" secara rasmi digunakan kepadapegawai tanpa tauliah yang memimpinseksyen (komander seksyen), kenderaan (komander kenderaan) atau meriam (komander meriam), kepadasubaltern atauKapten memerintahplatun (komander platun), atau kepadaBrigedier memerintah sebuahbriged (komander briged). Pegawai lain unit yang memerintah biasanya dirujuk sebagaiofficer commanding atau OC,Pegawai Memerintah (commanding officer atau CO),Panglima (general officer commanding atau GOC), atauPanglima Tertinggi (general officer commanding-in-chief atau GOC-C), bergantung pada pangkat dan kedudukan, walaupun istilah "komander" boleh digunakan kepada mereka secara tidak rasmi.
DidalamFirst Aid Nursing Yeomanry pangkat komander adalah setaraf denganMejar.
Commandeur sebagai gelaran pejabat kolonial terdapat di pulauTobago di tanah jajahan BelandaNieuw Walcheren ('New Walcheren')
Penggunaan istilah ini adalah serupa denganTentera Darat Amerika Syarikat, dengan istilah "komander" lazimnya dipakai untuk pegawai paling kanan sahaja, biasanya pada peringkat divisyen (Mejar Jeneral).
DidalamTentera Darat Sepanyol,Tentera Udara Sepanyol danInfantri Marin, istilah komander adalah terjemahan literal "comandante", setarafMejar Sepanyol dan Komanwel.Pengawal Awam berkongsi pangkat dengan Tentera Darat, dan pegawai memerintah garison tempatan (biasanya PTT atau seorang Leftenan, bergantung pada saiz pasukan) dipanggil sebagai "comandante de puesto" (komander pos).
DidalamTentera Darat Amerika Syarikat, istilah "komander" secara rasminya digunakan untukpegawai memerintah unit-unit tentera darat; seperti,komander kompeni,komander battalion,komander briged, dan sebagainya. Pada peringkat tertinggi struktur pemerintahanAngkatan Tentera Amerika Syarikat, "komander" juga merujuk kepada apa yang selalu dipanggilkomander tertinggi (commander-in-chief) atau CINC, sehingga 24 Oktober 2002, walaupun istilah CINC masih digunakan dalam ucapan biasa.
DidalamTentera Udara Amerika Syarikat, istilah "komander" (singkatan "CC" dalam simbol pejabat, iaitu "OG/CC" bagioperations group commander atau "komander grup operasi") secara rasminya digunakan untuk pegawai memerintah unit-unit tentera udara; seperti flight commander (komander flait), squadron commander (komander skuadron), group commander (komander grup), wing commander (komander wing) dan sebagainya. Dari segi pangkat, komanderflait lazimnya berpangkatLeftenan atauKapten, komanderskuadron biasanya berpangkatMejar atauLeftenan Kolonel, komandergrup lazimnya berpangkatKolonel, dan komanderwing biasanya berpangkatKolonel Kanan atauBrigedier Jeneral.