Koko (Jawi: کوکو ; nama botani:Theobroma cacao) ialah spesiesmalar hijau dalam genusTheobroma keluargaMalvaceae.[1][3] Pokok koko menghasilkan buah yang bijinya diambil untuk dibuatcoklat.
Koko mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1920 dan penanaman secara komersial bermula pada 1950. Koko berasal dari tenggaraMexico hingga keLembangan Amazon serta lain-lain kawasantropikaAmerika Tengah danAmerika Selatan. DiMalaysia penanaman secara komersial apabila kultivar Upper Amazon didapati sesuai ditanam di negara ini.
Pokok koko kecil dengan ketinggian antara 4.5-7.5 meter. Ia tumbuh secara semulajadi pada tahap ketinggian 300 meter dan memerlukan cuaca lembab dengan hujan berkala dan tanah yang subur. Daun-daunnya disusun berselang seli. Helai daunnya tidak berlekuk dan penuh dengan ukuran 10-50 sentimeter panjang dan 5-10 sm lebar.
Bunga muncul bertangkai yang tumbuh daribatang pokok. Kuntum-kuntumnya bergaris pusat 1-2 sm dengankelopak berwarna merah jambu. Iadidebungakan lalat-lalatsera kecil dalam genusForcipomyia.[4][5]
Benih koko terkandung dalam lenggai buah yang berbentuk bujur dengan ukuran 15-30 sm panjang dan 8-10 sm lebar. Setiap lenggai mengandungi 20 hingga 60 biji benih dalam isi putih. Hampir 300 biji diperlukan untuk menghasilkan 1 kilogramlikuor koko. Setiap benih mengandungi sejumlah besar lemak, 40-50% dalam bentukmentega.
Koko pertama kali ditemui oleh kaumMaya danAztek diAmerika Selatan. Koko ketika itu dikaitkan dengan ketuhanan iaitu penyembahan dilakukan setiap kali pokok koko ditanam. Bagi kaum Aztek pula, koko dianggap sebagai minuman maharaja.
Pada masa dulu,biji koko digunakan dalam upacara-upacara keagamaan, sebagai mata wang, dan sebagai hadiah yang bernilai tinggi. Masyarakat Aztek telah mengadunkan biji koko dengan air dan tepung jagung untuk membuat minuman pahit yang mereka namakanchocolat.
Sejak itu, minuman coklat menjadi terkenal. Pada peringkat permulaan, minuman ini hanya dihidang di istana sahaja. Setelah beberapa lama, koko mula berkembang keSepanyol apabila biji koko dibawa pulang oleh pengembara-pengembara Eropah. Minuman coklat telah ditambah dengan perasa-perasa baru iaitu vanila dan kayu manis.
Selepas itu, penanaman koko mula tersebar ke serata dunia. Pada kurun ke-17, koko dibawa keAsia Tenggara oleh orang Sepanyol. DiMalaysia pula, tempat penanaman koko yang pertama ialah diMelaka dalam tahun1778.