Kod ZIP (disingkatkan daripadaZone Improvement Plan;[1] "Perancangan Penaiktarafan Zon") adalah sistemposkod yang digunakan oleh Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat sejak tahun 1963. Asas format ini terdiri dari lima angka. Kod panjang 'ZIP+4' diperkenalkan pada tahun 1983 termasuk poskod lima digit diikuti dengan tanda penghubung danm empat angka tambahan yang menentukan lokasi yang lebih khusus.
IstilahZIP Code awalnya terdaftar sebagai tanda kihdmat dengan Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat, tetapi pendaftarannya telah lama luput.[2]
Kod-kod ZIP menentukantitik penghantaran dalam Amerika Syarikat (termasuk wilayah yang berdekatan serta stesen-stesen angkatan tenteranya di luar negara. Kod ZIP juga diberikan untuk negara-negara berdaulat tertentu yang diintegrasikan ke dalam sistem pos A.S melalui suatu Pakatan Berkesatuan Bebas (Compact of Free Association) sepertiPersekutuan Micronesia,Kepulauan Marshall danPalau.
Surat yang dihantar ke misi-misi diplomatik Amerika Syarikat di luar negara ditujukan sepertimana ia akan dihantar ke alamat diWashington, D.C. Nombor diplomatik khas (diplomatic pouch number) berangka empat digunakan sebagai nombor mewakili bangunan manakala lokasi kedutaan digabungkan namanya dengan perkataanPlace ("Tempat") untuk membentuk suatu nama jalan sebagai tiitk rujukan. Setiap misi diplomatik menggunakan kod ZIP+4 yang terdiri daripada kod bernombor20521 serta nombor khas diplomatiknya. Sebagai contoh, alamat menyurat ke Kedutaan Amerika Syarikat diNew Delhi,India ditulis seperti berikut:
Khas: untuk alamat yang menerima surat yang sangat banyak
Peti Pejabat Pos sahaja: hanya untuk peti-peti pos dalam sesebuah kemudahan
Kententeraan: mengarah penghantaran kepada pihak tentera A.S
Piawai (Standard): Kod-kod ZIP yang lain.
Kod-kod ZIP khas juga digunakan untuk agensi pemerintah, universiti, badan perniagaan atau bangunan yang menerimasurat yang sangat banyak sehingga memerlukan kod yang tersendiri.
Kod-kod ZIP dimulakan dengan angka pertama mewakili suatu kumpulannegeri Amerika Syarikat, angka-angka kedua dan ketiga mewakili suatukawasan dalam kumpulan itu (atau barangkalinya sebuah kota besar), dan angka-angka keempat dan kelima mewakili sekumpulan alamat dalam kawasan tersebut. Bandar yang terutama di kawasan tersebut (jika ada) akan mendapat kod ZIP terdahulu untuk kawasannya, di mana turutan angka mengikut turutan abjad nama tempat.[perlu rujukan]
3 =Alabama (AL),Florida (FL),Georgia (GA),Mississippi (MS),Tennessee (TN), Pejabat Pos Tentera Benua-benua Amerika (Army Post Office Americas) & Pejabat Pos Armada Benua-benua Amerika (Fleet Post Office Americas) (AA)