Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Kod Morse

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kod Morse ialah kaedah yang digunakan dalamtelekomunikasi untuk mengekodaksarateks sebagai jujukanpiawai bagi dua tempohisyarat yang berbeza, dipanggil titik dansempang, atau dits dan dahs. Kod Morse dinamakan sempenaSamuel Morse, penciptatelegraf.

Carta huruf-huruf dan angka-angka Morse.

Kod Morse Antarabangsa terdiri daripada lima elemen:

  1. tanda pendek, titik atau 'dit' (·) — panjang seunit
  2. tanda panjang, sengkang atau 'dah' (–) — panjang tiga unit
  3. jurang dalam aksara (antara titik dan sengkang dalam satu aksara) — panjang seunit
  4. jurang pendek (antara huruf) — panjang tiga unit
  5. jurang sederhana (antara perkataan) — panjang tujuh unit[1]

Kod Morse boleh dipancarkan melalui pelbagai cara: asalnya berbentuk nadi elektrik sepanjang dawaitelegraf, bahkan juga dalam nada audio, isyarat radio bernada panjang pendek, atau isyarat mekanikal atau visual (cth: cahaya berkelip) dengan menggunakan perkakas seperilampu Aldis atauheliograf. Kod Morse dipancarkan dengan hanya menggunakan dua keadaan (buka dan tutup), maka dikatakan merupakan satu bentuk pengekodan digital yang terawal. Namun begitu, kod Morse itu bukannyabinari kerana panjang jeda diperlukan untuk mengekodkan maklumat.

Mula-mulanya direka bagi kegunaantelegraf elektrik ciptaanSamuel F. B. Morse pada awal 1840-an, kod Morse juga digunakan secara meluas untuk komunikasiradio awal sejak 1890-an. Pada separuh awal abad ke-20, majoriti komunikasi antarabangsa berkelajuan tinggi dijalankan secara kod Morse, menggunakan dawai telegraf, kabel dasar laut, dan litar radio. Namun, kepanjangan aksara Morse yang berubah-ubah menyebabkannya sukar diterapkan dalam litar berautomatik, jadi bagi kebanyakan komunikasi elektronik, kod Morse diganti oleh format-format yang lebih boleh mesin, sepertikod Baudot danASCII.

Kegunaan kod Morse paling popular masa kini adalah melalui pengendaliradio amatur, itupun bukan lagi keperluan untuk perlesenan amatur di kebanyakan negara. Kod Morse juga masih digunakan untuk tujuan-tujuan khas, termasuk pengenalpastian pemancarmatarah radio navigasi dan mobil daratan, serta komunikasi tentera termasuklah komunikasisemafor berkelip cahaya antara kapal-kapal. Kod Morse direka agar mudah dibaca manusia tanpa bantuan komputer, menjadikannya sesuai untuk menyampaikan data digital berautomatik melalui saluran suara, dan juga sesuai untuk menghasilkan isyarat kecemasan, seperti melalui sumber tenaga diimprovasi yang mudah "dikunci" dengan menyalurkan dan memutuskan bekalan elektrik secara ulang alik (cth. dengan membuka tutup suis lampu picit).

Huruf, angka dan tanda baca

[sunting |sunting sumber]
(audio)Bahagian ini disertakan pautan ke fail audio. Jika anda menghadapi masalah memainkan fail-fail audio, rujukWikipedia:Bantuan audio.
AksaraKodAksaraKodAksaraKodAksaraKodAksaraKodAksaraKod
A(info)· —J(info)· — — —S(info)· · ·1(info)· — — — —Tanda noktah [.]· — · — · —Tanda titik bertindih [:]— — — · · ·
B(info)— · · ·K(info)— · —T(info)2(info)· · — — —Tanda koma [,]— — · · — —Koma bertitik [;]— · — · — ·
C(info)— · — ·L(info)· — · ·U(info)· · —3(info)· · · — —Tanda soal [?]· · — — · ·Tanda bersamaan [=]— · · · —
D(info)— · ·M(info)— —V(info)· · · —4(info)· · · · —Apostrofe [']· — — — — ·Tambah [+]· — · — ·
E(info)·N(info)— ·W(info)· — —5(info)· · · · ·Tanda seru [!]— · — · — —Tanda sengkang,tolak [-]— · · · · —
F(info)· · — ·O(info)— — —X(info)— · · —6(info)— · · · ·Tanda miring [/],Jalur pecahan— · · — ·Underscore [_]· · — — · —
G(info)— — ·P(info)· — — ·Y(info)— · — —7(info)— — · · ·Tanda kurungan pembuka [(]— · — — ·Tanda petikan ["]· — · · — ·
H(info)· · · ·Q(info)— — · —Z(info)— — · ·8(info)— — — · ·Tanda kurungan penutup [)]— · — — · —Simbol dolar [$]· · · — · · —
I(info)· ·R(info)· — ·0(info)— — — — —9(info)— — — — ·Nampersan [&], tunggu· — · · ·Tandaat [@]· — — · — ·

Paparan alternatif bagi aksara-aksara yang biasa digunakan dalam kod antarabangsa

[sunting |sunting sumber]

Sesetengah kaedah pembelajaran kod Morse menggunakan jadualcarian dikotomi seperti berikut:

Gambaran jadual carian dikotomi: pengguna mara ke kiri bagi setiap titik dan ke kanan bagi setiap sengkang seingga siap mencari aksaranya.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^International Morse Code(PDF), ITU-R M. 1677, 2004, dicapai pada2008-01-02

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Kod Morse.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kod_Morse&oldid=6495974"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp