Rencana ini menerangkan maklumat mengenai permainan video Kingdom Hearts yang pertama. Untuk keseluruhan sirinya, rujukSiri Kingdom Hearts.
| Kingdom Hearts | |
|---|---|
| Pembangun | Square |
| Penerbit | JPSquare NASquare Electronic Arts/Disney Interactive PALSCE Europe |
| Pengarah | Tetsuya Nomura |
| Pengeluar | Shinji Hashimoto(en) |
| Pereka bentuk | Shinji Hashimoto(penerbit permainan) Hironobu Sakaguchi(executive producer) Tetsuya Nomura(pengarah permainan,pereka watak, konsep) Jun Akiyama(pengarangsenario) Daisuke Watanabe(pengarangsenario) Kazushige Nojima(pengarangsenario) Yoko Shimomura(penggubah muzik)[1] |
| Penggubah | Yoko Shimomura(en) |
| Siri | Kingdom Hearts |
| Pelantar | PlayStation 2 |
| Dilancarkan pada |
|
| Genre | Permainan video berperanan,aksi |
| Mod | Pemain tunggal |
| Pautan luar | |
| Tapak sesawang | jp.square-enix.com… |
| Pautan lain | |
| sunting ·sunting di Wikidata | |
Kingdom Hearts (キングダムハーツ,Kingudamu Hātsu) ialah sejudulpermainan video berperanan yangdimajukan danditerbitkan olehSquaresoft (kiniSquare Enix) pada tahun2002 untuk dimainkan dengankonsolPlayStation 2[2], hasil usahasama antara Square danThe Walt Disney Company. Permainan ini menggabungkan watak-watak dan latar-latar darifilem ceteraanimasi Disney dan siriFinal Fantasy yang dimajukan oleh Square. Kisahnya mengikuti kembaraSora, seorang pemuda yang terjebak dalam pertempuran hebat melawan kejahatan. Dia ditemani olehDonald Duck danGoofy, watak Disney klasik yang membantunya dalam perjalanan.
Kingdom Hearts berlainan daripada permainan video berperanan keluaran Square yang lain kerana lebih kepada unsuraksi-pengembaraan yang mendalam. Tambahan pula, permainan ini menampilkan barisanpelakon suara serba ternama yang merangkumi kebanyakan pelakon suara rasmi watak Disney.[3]Kingdom Hearts merupakan kali pertamaTetsuya Nomura yang selama ini bertugas sebagai pereka watak di Square ini menjadi pengarah.[4]
Permainan ini disanjungi ramai kerana gabungan aksi dan pemainan peranan yang luar biasa, serta gabungan Square dan Disney berharmoni di luar jangkaan.[5] Kingdom Hearts meraih berbagai-bagai anugerah permainan video akhir tahun serta mendominasi pasaran di musim perayaan 2002 lalu terus mencapai tarafSony "Greatest Hits".[6] Semenjak keluar di pasaran,Kingdom Hearts telah menjual lebih 5.6 juta salinan di seluruh dunia serta disusuli dua sekuel.[7]
|date= (bantuan)|date= (bantuan)|date= (bantuan)|date= (bantuan)| Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai:Kingdom Hearts (permainan video) |
Rencanapermainan video ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya. |