Kimigayo (君が代) ialahlagu kebangsaanJepun. Liriknya merupakan yang tertua dan terpendek di dunia dan berasal daripada sebuah puisiwaka yang ditulis padaZaman Heian (794–1185).[1] Melodi yang digunakan untuk lagu ini dipilih pada tahun 1880 untuk menggantikan melodi yang kurang popular sebelas tahun sebelumnya. WalaupunKimigayo sering diterjemahkan sebagai "Pemerintahan Duli Tuanku", tidak pernah wujud sebuah penterjemahan rasmi tajuk ataupun lirik lagu itu menurut undang-undang.[2]
Dari 1888 hingga 1945,Kimigayo merupakan lagu kebangsaanEmpayar Jepun. Apabila Empayar ini dibubarkan setelah kekalahan Jepun pada akhirPerang Dunia Kedua,Kimigayo kekal menjadi lagu kebangsaan negara Jepun setelah 1945. Sebuah akta tentang lagu dan bendera kebangsaan negara itu mengiktirafKimigayo sebagai lagu kebangsaan rasmi Jepun diluluskan pada 1999.
Lirik lagu ini pertama kali muncul dalam sebuah antologi puisi bernamaKokin Wakashū, sebagai sebuah puisi yang anonim. Meskipun sebuah puisi anonim bukanlah tidak lazim pada waktu itu, identitas pengarang yang sebenarnya mungkin saja sudah diketahui, tetapi namanya mungkin sengaja tidak disebutkan kerana asalnya dari suatu darjat masyarakat yang lebih rendah.
Puisi ini ditampilkan dalam berbagai antologi, dan dalam zaman-zaman selanjutnya digunakan sebagai lagu perayaan oleh orang-orang dari semua lapisan sosial. Tidak seperti bentuknya yang digunakan untuk lagu kebangsaan saat ini, puisi ini awalnya dimulai dengan"Wa ga Kimi wa" (Engkau, Yang Mulia) dan bukannya"Kimi ga Yo wa" (Kekuasaan Yang Mulia). Perubahan lirik terjadi padazaman Kamakura.[4]
Pada tahun 1869 di awalzaman Meiji, seorang pemimpin pancaragam tentera dari Ireland bernamaJohn William Fenton yang sedang berkunjung ke Jepun menyedari bahawa Jepun tidak memiliki sebarang lagu kebangsaan langsung. Oleh itu, Fenton menyarankan kepadaIwao Ōyama, seorang pahlawan darisuku Satsuma agar menciptakan lagu sebegitu, Ōyama setuju dan memilihkan liriknya.[5] Intipati sajak akhir yang terpilih mirip seni katalagu kebangsaan England, yang kemungkinannya hasil pengaruh dari Fenton.[6]
Masalah mendengarkan fail ini? Sila lihatbantuan media.
Setelah lirik yang bersesuaian dipilih dari sajak disebut, Ōyama meminta Fenton untuk menciptakan melodinya - Fenton berjaya menghasilkan gubahan iramanya meskipun diberikan hanya tiga minggu dan hanya beberapa hari untuk berlatih, gubahan ini ditampilkan pertama kalinya di hadapan Maharaja Jepun pada tahun 1870.[6] Sungghupun begitu, gubahan ini ditolak tidak hanya kerana melodinya dianggap "kurang berat" (lacked solemnity),[7] tetapi juga kerana ia didapati sukar dinyanyikan.[8] Namun, versi ini masih tetap diperdengarkan setiap tahun di KuilMyōkōji diYokohama, tempat Fenton pernah menjabat sebagai pemimpin band militer.Myōkōji berperan sebagai tempat peringatan bagi Fenton.[5]
Pada tahun 1880,Biro Rumah Tangga Kekaisaran menyetujui suatu melodi baru yang ditulis oleh Yoshiisa Oku dan Akimori Hayashi. Komposer versi ini sering tertulis sebagaiHiromori Hayashi, ayah Akimori Hayashi iaitu salah satu murid Fenton.[6] Irama ini dibuat berdasarkan bentuk muzik tradisi diraja yang dimainkan dalam isi istana Jepun, namun digubah dalam gaya campuran dipengaruhi oleh gita-gita puja Barat serta menggunakan beberapa elemen dari gubahan asal Fenton.[9] Komposer JermanFranz Eckert kemudian menerapkan harmoni melodi gaya Barat (modus Gregorian), sehingga menciptakan versiKimigayo yang dipakai sekarang. Lagu ini diterap masuk dalam perayaan-perayaan di sekolah umum berkat usahaKementerian Pendidikan pada 1893.[4]
Batusazare-işi (さざれ石) kononnya terhasil daripadabatu-batu kerikil, lalu dikiaskan kepada penyatuan bangsa. Gambar batu jenis ini di Kuil Shimogamo,Kyōto.
^Marshall, Alex (2016).Republic or Death! Travels in Search of National Anthems. London: Windmill Books. m/s. 104.ISBN9780099592235.Fenton's effort was overhauled in 1880 because it turned out to be completely unsingable if you were Japanese – 'Japanese is not a tonal language, but it has its highs and lows, and he got it completely wrong, 'Professor Kazuo Fukushima, the director of Japan's Music Historiography Research Institute, told me – but after the rework it grew in prominence, especially as Japan's ruling elite tried to create a modern country...
^Hermann Gottschewski: "Hoiku shōka and the melody of the Japanese national anthemKimi ga yo", in:Journal of the Society for Research in Asiatic Music (東洋音楽研究), No. 68 (2003), pp. (1)-(17). Published byThe society for Research in Asiatic MusicDiarkibkan 2009-02-11 diWayback Machine.