Kim Jong Un[2] (Hangul:김정은; Hanja:金正恩) juga dieja ,sebagaiKim Jong-un, Kim Jong-eun atauKim Jung-eun,[3] (lahir 8 Januari 1984)[4] merupakan penyandang jawatan Pemimpin AgungKorea Utara. Beliau secara rasminya diisytiharkan sebagai Pemimpin Agung selepas kematian bapa beliau, iaitu Pemimpin Agung Korea Utara yang kedua, Kim Jong Il.[5]
Beliau merupakan anak lelaki ketiga dan bongsu kepada pendahulunya,Kim Jong Il dan isterinya Ko Young-hee.[6] Sejak akhir tahun 2010, Kim Jong Un dianggap sebagai pewaris sah kepimpinan negara, dan selepas kematian bapanya, beliau diumumkan sebagai "Pewaris Agung" oleh media Korea Utara.[7] Di upacara peringatan Kim Jong-il, presiden Korea Utara, Kim Yong Nam mengisytiharkan bahawa "Rakan seperjuangan terhormat Kim Jong Un merupakan pemimpin agung parti, tentera dan negara yang mewarisi fahaman, kepimpinan, keperibadian, nilai-nilai murni, kecekalan hati dan keberanian rakan seperjuangan terhormat Kim Jong Il".[8] Kim tidak dijangka memegang jawatan secara rasmi sehingga para pegawai parti, parlimen dan pemerintahan atasan bersidang untuk mengesahkan perlantikannya selaku Setiausaha Agung Parti Buruh Korea dan pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat.[8][9] Pada 30 Disember 2011, Politburo Parti Buruh Korea melantik Kim sebagai Pemerintah Tertinggi Tentera Rakyat Korea secara rasmi.[10]
Kenji Fujimoto, seorang master jurumasak sushi Jepun untukKim Jong-il, mendedahkan pengamatannya tentang Jong Un "seperti cermin tua, hampir tidak ada bezanya dalam penampilan, bentuk tubuh dan fisik bahkan kepribadian, tetapi perlu diakui ada sesuatu yang unik di dalam dirinya".[11] Jong-un dikenal sebagai fans basketball dan baseball, meski tidak terlalu menyukai bola sepak tetapi dia tetap menghargai pasukan negara ketika melawat.[12][13] Pada 26 Februari 2013, Kim Jong Un bertemu dengan pemain NBA terkenal,Dennis Rodman,[14] dengan cepat keduanya menjadi kawan yang cukup dekat.[15]
Menurut Profesor Korea Selatan, Cheong Seong-chang dari Institut Sejong, mengatakan bahawa meski Kim Jong-un kejam dan ambisius seperti ayah dan datuknya, dia sebenarnya memiliki rasa empati yang tinggi. Terlihat dari kegelisahannya semasa banjir besar di negara itu, meski dia pandai menutupinya dengan wajah yang berlagak dingin.[16] Rakyat Korea Selatan yang pernah berjumpa dengannya pada pertemuan April 2018 berkata bahawa dia orang yang jujur, pandai melawak dan peduli pada sekitar.[17]Donald Trump pada pertemuan itu berkata, "Orang yang berbakat."[18]
Pada 2009, Kim Jong-un dikhabarkan menderita diabetes tipe-2 dan penyakit darah tinggi.[20] Jong-un juga memiliki masalah dalam berat badan dan kesihatan jantung.[21]
Pada 25 Juli 2012, Korea Utara mengisytiharkan bahawa Kim Jong Un telah menikah denganRi Sol-ju.[22][23] Menurut seorang komentari politik Korea Selatan, Kim Jong-il menyuruh Jong-un untuk segera menikah selepas menderita stroke parah pada 2008, Jong-un menikah dengan Sol-ju pada 2009, dan mempunyai seorang anak lelaki pada 2010.[24][25] Dennis Rodman, membenarkan kelahiran puteri pasangan itu pada 2013 yang bernamaJu Ae.[24][26] Berbeza dari anak kedua, anak pertama hampir tidak pernah menunjukkan wajahnya di publik. Anak ketiga lahir pada Februari 2017.[24][27]
Pada 18 November 2022, Jong-un terlihat bersama Ju-ae dalam perarakan ketenteraan. Membuat tanda tanya besar dalam publik Korea Utara dan Korea Selatan, kerana seharusnya yang menjadi penerus dalam kepemimpinan adalah anak lelaki.[28] Sejak saat itu, Ju-ae hampir selalu menemani ayahnya dalam pertemuan kenegaraan.[29]
^Note: until recently, Jong Eun's name had been spelled differently in both Korean and English, causing him to become known as Jong-Woon. The Korean News Service refers to him as Kim Jong Un, while South Korean media is using Eun presently.Daily NK.
^"North Korea leader Kim Jong-un married to Ri Sol-ju". BBC. 25 July 2012.Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2013. Dicapai pada4 December 2013.Ms Ri is believed to have married Mr Kim in 2009 and given birth to a child the following year, analyst Cheong Seong-chang told the South Korean Korea Times newspaper.