Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Kijang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Untuk kegunaan lain, sila lihatKijang (nyahkekaburan).

Kijang
Seekor kijang diIndia
Pengelasan saintifike
Domain:Eukaryota
Alam:Haiwan
Filum:Chordata
Kelas:Mammalia
Keluarga:Cervidae
Subkeluarga:Cervinae
Genus:Muntiacus
Spesies:
M. muntjak
Nama binomial
Muntiacus muntjak
(Zimmermann, 1780)
Taburan populasi kijang
Sinonim
  • Cervus muntjac

Kijang (Jawi: کيجڠ),kidang ataukijang India (nama saintifik:Muntiacus muntjak) adalah spesiesrusa paling luas taburannya diAsia Selatan danAsia Tenggara termasukkepulauan Melayu.[2]

Ia mempunyai bulu lembut, pendek, keperangan atau kelabu, kadang kala dengan tanda (creamy). Spesies ini adalah maserba, memakan buah, pucuk, biji buah, telur burung termasuk haiwan kecil dan juga bangkai kecil. Ia menghasilkan bunyi menyerupaisalakan, biasanya apabila mengesan pemangsa (dengan itu nama biasa bagi semua kijang adalahrusa menyalak).

Kijang jantan mempunyai tanduk kecil yang mencapai kepanjangan 15 sentimeter dan hanya 1 cabang. Ia tumbuh setiap tahun dari tunggul bertulang di kepala. Kijang jantan mempertahankan kawasannya dan amat garang berbanding saiznya. Ia akan berjuang sesama sendiri bagi mengawal wilayahnya dengan menggunakan tanduk atay (lebih merbahaya) gigi kanin atas seperti gading, dan mampu mempertahankan diri mereka dari pemangsa seperti anjing.

Peristilahan

[sunting |sunting sumber]

Istilahkidang dipinjamkan daripadabahasa Jawa:ꦏꦶꦢꦁ,translit. kidang.[3]

Subspesies

[sunting |sunting sumber]

Terdapat 15 subspesies yang ditemui:[2]

Taburan

[sunting |sunting sumber]

Kijang boleh didapati diMalaysia. Kijang (Muntiacus muntjak) atau juga biasanya dikenali sebagai rusa menyalak disebabkan bunyi seperti menyalak yang dihasilkannya apabila mengesan bahaya. Kadang-kala ia mampu menyalak lebih dari sejam. Spesies ini terbahagi kepada sebelas subspesies Kijang (Muntjacs) sepanjang Asia. Kijang khusus bertaburan di Asia Selatan, tetapi salah satu haiwan Asia yang paling kurang diketahui. Bukti paleontologi membuktikan bahawa Kijang telah ada semenjak akhir era Pleistocene sekurang-kurangnya 12,000 tahun dahulu. Semenjak itu, ia memainkan peranan penting di Asia Selatan bagi sukan memburu, selain diburu bagi daging dan kulitnya. Sering kali ia diburu dipinggi kawasan pertanian kerana ia dianggap perosak mengoyakkan kulit pokok dan merosakkan tanaman.

Ciri-ciri

[sunting |sunting sumber]

Kijang adalah haiwan yang tergolong dalam golonganbenda hidup,alam haiwan,bertulang belakang (vertebrata), kelasMamalia. Dalam aturan : , tergolong dalam keluarga : . Kijang adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.

Jantung Kijang terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan

[sunting |sunting sumber]

Sebagai mamalia, Kijang berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Kijang akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.

Pengekalan

[sunting |sunting sumber]

Kijang merupakan haiwan yang dilindungi and memerlukan lesen pemburuan.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Timmins, R.J.; Duckworth, J.W.; Hedges, S. (2016)."Muntiacus muntjak".Senarai Merah Spesies Terancam IUCN.2016: e.T42190A56005589.doi:10.2305/IUCN.UK.2016-1.RLTS.T42190A56005589.en. Dicapai pada19 November 2021.
  2. ^abGrubb, P. (2005)."Muntiacus muntjak". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting).Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. m/s. 667.ISBN 978-0-8018-8221-0.OCLC 62265494.
  3. ^"kidang".Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kijang&oldid=5714197"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp