Kiblat (Arab:قِبْلَة,rumi: qiblaṯ,lit. 'arah' terbitan bentuk kata kerjaقَابَلَqābala "berhadapan, menghadap"[1]) ialah arah yang menghala keKaabah diMasjidil Haram diMekah, yang digunakan oleh orang Islam dalam pelbagai konteks agama, terutamanyaarah sembahyang untuksolat. Dalam Islam, Kaabah dipercayai tempat suci yang dibina olehNabi Ibrahim a.s. danNabi Ismail a.s., dan penggunaannya sebagai kiblat diperintahkan oleh Allah dalam beberapa ayatal-Quran yang diwahyukan kepadaNabi Muhammad SAW padatahun kedua Hijrah. Sebelum wahyu ini diturunkan, Nabi Muhammad dan pengikutnya diMadinah menghadapBaitulmaqdis untuk sembahyang. Kebanyakanmasjid mengandungi sebuahmihrab (ceruk dinding) yang menunjukkan arah kiblat.
Kblat juga arah masukihram (keadaan jemaah berniat untukhaji atauumrah); arah haiwan dipalingkan semasadhabihah (korban); arah yang disyorkan untuk membacadoa; arah yang dielakkan apabila membuang air atau meludah; dan arah jenazah dibaringkan apabiladikebumikan. Kiblat boleh dilihat dengan menghadap Kaabah dengan tepat (ayn al-Kaabah) atau menghadap arah yang umum (jihat al-Kaabah). Kebanyakan ulama Islam berpendapat bahawajihat al-Kaabah boleh diterima jikaayn al-Kaabah yang lebih tepat dapat dilakukan. Contohnya, di dalam Masjidil Haram dan sekelilingnya tidak dapat dipastikan.
Takrifan teknikal paling umum yang digunakan oleh ahli falak Islam untuk suatu lokasi ialah arahbulatan agung—disfera Bumi—melalui lokasi tersebut dan Kaabah. Ini ialah arah laluan yang terpendek mungkin dari suatu tempat ke Kaabah, dan mengirakan pengiraan (hisab) kiblat yang tepat menggunakan rumustrigonometri sfera yang mengambil koordinat suatu lokasi dan koordinat Kaabah untuk dimasukkan (lihat rumus di bawah). Kaedah ini diguna untuk membangunkanaplikasi mudah alih dan laman sesawang untuk orang Islam, dan menghimpun jadual kiblat yang digunakan dalam alat sepertikompas kiblat. Kiblat juga dapat ditentukan di suatu lokasi denganmemerhati bayang-bayang rod menegak pada kejadian dua kali setahun apabila matahari betul-betul di atas Mekah—pada 27 dan 28 Mei jam 12:18Waktu Piawai Arab Saudi (09:18 UTC), dan pada 15 dan 16 Julai jam 12:27 SAST (09:27 UTC).
Sebelum perkembangan ilmu falak dalam dunia Islam, orang Islam menggunakan kaedah tradisional untuk menentukan kblat. Kaedah ini termasuk menghadap arah yangsahabat Nabi Muhammad telah guna apabila berada di tempat yang sama; menggunakan titik terbenam dan terbit objek cakerawala; menggunakan arah angin; atau menggunakan arah selatan, iaitu kiblat Nabi Muhammad di Madinah.Astronomi Islam awal terbina pada astronomiIndia danYunani, terutamnya karyaPtolemy, dan kemudian ahli falak Islam menghasilkan kaedah mengira arah anggaran kiblat, bermula dari pertengahan abad ke-9. Pada akhir abad ke-9 dan ke-10, ahli falak Islam menghasilkan kaedah mencari arah tepat kiblat yang setara dengan rumus moden. Pada awalnya, "kiblat ahli falak" ini digunakan bersama pelbagai kiblat yang ditentukan secara tradisional, mengakibatkan banyak kepelbagaian di kota Islam pada Zaman Pertengahan. Tambahan pula, data geografi tepat yang diperlukan untuk kaedah falak mengeluarkan keputusan yang tepat belum ada sebelum abad ke-18 dan ke-19, mengakibatkan kepelbagaian lanjut kiblat. Masjid bersejarah dengan kiblat yang berbeza masih berdiri hari ini di seluruh dunia Islam. Penerbangan angkasa seorang Islam yang taat,Sheikh Muszaphar Shukor, keStesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada tahun 2007 menimbulkan perbincangan tentang arah kiblat dariorbit rendah Bumi, menyebabkan pihak berkuasa Islam negara asalnya, Malaysia, mengesyorkan menentukan kiblat "berdasarkan mana-mana arah" untuk angkasawan tersebut.
Nabi Muhammad SAW dan orang-orang Islam terawal diMadinah pada asalnya sembahyang ke arahBaitulmaqdis, dan mengubah kiblat menghadap Kaabah diMekah pada tahun 624M.
Kiblat ialah arahKaabah, bangunan seperti bentuk kubus di tengahMasjidil Haram (Masjid Suci) diMekah, di rantauHijaz, Arab Saudi. Selain peranannya sebagai kiblat, ia jugatempat suci bagi orang Islam, juga dikenali sebagai Baitullah (Rumah Allah) dan tempattawaf yang dikerjakan semasa menunaikanHaji danumrah. Kaabah mempunyai pelan tingkat bawah lebih kurang bersegi empat tepat dengan empat penjurunya yang menghala dekat empatarah kardinal.[2] Menurutal-Quran, ia dibina olehNabi Ibrahim a.s. danNabi Ismail a.s., kedua-duanya nabi dalam Islam.[3] Tidak banyak catatan sejarah yang tinggal memperincikan sejarah Kaabah sebelum kebangkitan Islam, tetapi dalam generasi sebelum Nabi Muhammad, Kaabah digunakan sebagai tempat suciagama Arab pra-Islam.[3]
Kejadian matahari istiwa (rembang) di atas kaabah berlaku dua kali setahun iaitu pada 28 Mei kira-kira jam 5.16 petang dan pada 16 Julai, kira-kira jam 5.28 petang (waktuMalaysia). Ketika matahari istiwa di atas Kaabah, bayang objek tegak di seluruh dunia akan memperbetulkan arah kiblat.
Panduan menentukan arah kiblat dari satu tempat pada tarikh dan masa yang ditentukan di atas:
Pacakkan satu tiang pada kawasan yang hendak disemak arah kiblatnya.
Pastikan tiang berkenaan tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakannya boleh diletak sebarang pemberat yang diikat pada hujung tiang itu.
Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung daripada sinaran matahari. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang-bayang akan jatuh ke arah timur, arah kiblat ialah bayang-bayang yang menghadap ke barat.
Buruj bintang ialah sekumpulan bintang yang berada di suatu kawasan langit serta mempunyai bentuk hampir sama dan kelihatan berdekatan antara satu sama lain.
Langit dibahagikan kepada 88 kawasan buruj bintang. Bintang yang berada pada satu kawasan sama adalah dalam satu buruj.
Sesuatu buruj bintang mengikut bentuk yang mudah dikenal pasti seperti bentuk haiwan dangeometri.
Dengan mengetahui bentuk buruj bintang tertentu, arah utara dan arah kiblat dari sesuatu tempat boleh ditentukan.
Menggunakan kedudukanBelantik (buruj) atau Buruj Al-Babadour. Pada buruj itu ada tiga bintang berderet iaituMintaka,An Nilam danAn Nitak. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah tiga bintang berderet berkenaan ke arah barat.
Secara umum, jika kita merujuk kepada kedudukan matahari terbenam untuk tujuan penentuan arah kiblat adalah tidak tepat. Ini disebabkan arah matahari terbenam di Malaysia akan berubah dari azimut 235 darjah hingga 295 darjah.
Ia boleh digunakan sebagai satu daripada langkah berijtihad, arah matahari terbenam boleh digunakan jika mengetahui perbezaan sudut antara arah matahari dengan arah kiblat.
Penandaan arah kiblat dengankompas banyak diamalkan di kalangan masyarakat Islam masa kini. Arah yang ditunjukkan oleh sesuatu kompas adalah arah merujuk ke arah utara.
Arah utaramagnet pula tidak semestinya bersamaan dengan arah utara benar. Perbezaan arah utara ini dipanggil sebagai sudut serong magnet.
Antara masalah yang boleh timbul menggunakan kompas ialah tarikangraviti tempatan yang mana ia terkesan dari kewujudan bahan logam atau arus elektrik di sekeliling kompas yang digunakan.
Boleh digunakan sebagai alat alternatif jika alat yang lebih sesuai tidak ada.
Orang Islam menggunakan berbagai-bagai alat untuk mencari arah kiblat apabila tidak dekat dengan masjid.Kompas kiblat ialah kompas magnet yang memasukkan jadual atau senarai sudut kiblat dari petempatan utama. Beberapa versi elektronik menggunakan koordinat satelit untuk mengira dan menunjukkan kiblat secara automatik.[4] Kompas kiblat telah wujud sejak sekitar 1300, ditambah dengan senarai sudut kiblat yang selalu tertulis pada alat itu.[5] Bilik hotel dengan tetamu Islam mungkin menggunakan pelekat yang menunjukkan kiblat di siling atau laci.[6] Dengan adanya pengkomputeran, pelbagaiaplikasi mudah alih dan laman web menggunakan rumus untuk mengira kiblat untuk penggunanya.[7][8]
^Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005).Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 289.ISBN967-65-7321-3.
^Wensinck 1978, m/s. 317. sfn error: no target: CITEREFWensinck1978 (help)
^abWensinck 1978, m/s. 318. sfn error: no target: CITEREFWensinck1978 (help)
Bonine, Michael E. (1990). "The Sacred Direction and City Structure: A Preliminary Analysis of the Islamic Cities of Morocco".Muqarnas.7: 50–72.doi:10.2307/1523121.JSTOR1523121.
King, David A. (1996). "Astronomy and Islamic Society". Dalam Rashed, Roshdi (penyunting).Encyclopedia of the History of Arabic Science.I. London:Routledge. m/s. 128–184.ISBN978-0-415-12410-2.
Morelon, Régis (1996a). "General survey of Arabic astronomy". Dalam Rashed, Roshdi (penyunting).Encyclopedia of the History of Arabic Science.I. London:Routledge. m/s. 1–19.ISBN978-0-415-12410-2.
Morelon, Régis (1996b). "Eastern Arabic astronomy between the eight and the eleventh centuries". Dalam Rashed, Roshdi (penyunting).Encyclopedia of the History of Arabic Science.I. London:Routledge. m/s. 20–57.ISBN978-0-415-12410-2.