Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Khutbah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Khutbah (pinjamanArab:خطبةkhuṭbah, "ucapan"[1]) merupakan suatu penyampaianpidato atausyarahan olehagamawan tertentu untuk menyampaikan ajaran dalamagama tersendiri kepada jemaah seikutan, lazimnya berikutan suatusembahyang di sebuahtempat ibadah.

Kandungan yang disampaikan dalam khutbah-khutbah ini memiliki fungsi yang bersifatpendidikan, sosial, etis, malah jugapolitik.[2] Penyampai khutbah ("pengkhutbah") memberikan pengetahuan, cara beribadah, dan norma yang cenderung kepadakemasyarakatan danetika dalam sesebuahmasyarakat melalui ucapan yang dikarang.[2] Pengkhutbah juga difahamkan peranannya sebagai seorangguru yang memimpin di dalam ibadah, yang mengajar peraturan hidup beretika serta memenuhi keperluan rohaniah yang perlu dalam para jemaah ditujukan.[2] Khutbah sangat erat kaitannya dengan fungsinya sebagai alat pengajaran kepada umat yang menganut.[2]

Kelaziman mengikut agama

[sunting |sunting sumber]

Agama Islam

[sunting |sunting sumber]
Para jemaah dalam dewan utamaMasjid NegaraKuala Lumpur mendengar khatib membaca khutbah semasasolat Jumaat
Rencana utama:Khutbah (Islam)

Terdapat dua jenis khutbah yang utama diketahui disampaikan:

Kandungan yang disampaikan lazim menerapkan intipatisurah-surahAl-Quran danHadis termasuk memetik langsung daripada teks sebegini.

Agama Kristian

[sunting |sunting sumber]
Seorangpaderi memberikan ucapan khutbahnya di sebuah gereja di Belanda.
Rencana utama:Khutbah (Kristian)

Penyampaian khutbah dalam kalangan agamawan dari anutan ini biasa dilakukan orang yang bertauliah sepertipaderi dan bukannyakaum awam (layman - rujukhomili). Ia dilakukan semasamisa.

Mazhab-mazhab gerejaProtestan banyak menumpukan kepada kegiatan ini sebagai aspek paling penting sembahyang dalamgereja menggantikanPerjamuan Tuhan yang lazim dalam mazhab-mazhabKatolik (seperti mazhabKatolik Rom).

Agama Yahudi

[sunting |sunting sumber]

Khutbah ini disampaikan olehrabai. Karangan kandungan yang disampaikan bersifat menumpu kepadataubat atau memberi patah kata semangat kepada jemaahkanisah.

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]
Dalam agama Islam
Dalam agama Kristian

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005).Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 127.ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^abcdMircea Eliade, penyunting (1987).The Encyclopedia of Religion. Macmillan Publishing Company: New York. m/s. 494-496.
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Khutbah&oldid=5070387"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp