Khulafa al-Rasyidin (الخلافة الراشدةal-Khilãfah ar-Rãšidah) merupakan yang pertama daripada limakhilafah utama yang ditubuhkan selepas kematianMuhammad. Tampuk kepimpinan dipegang oleh empatkhalifah selepas kematian baginda pada 632 M (11 H). Mereka kemudiannya dikenali dalam golonganSunni sebagaiRasyidun iaitu "yang mendapat petunjuk". Istilah ini tidak digunakan oleh golonganSyiah kerana mereka menganggap tigakhalifah pertama sebagai tidak sah.[2]
Sistemsyura, perbincangan para sahabat menjadi salah satu daripada tonggak kerajaan sebelum melaksanakan keputusan.[3][4] Era pemerintahan Khulafa al-Rasyidin dibahagikan kepada perkembangan mendadak dalam tempoh 25 tahun dan lima tahunkonflik dalaman. Tentera Rasyidin sewaktu kemuncak kerajaan mempunyai lebih daripada 100,000 orang. Menjelang tahun 650-an, khilafah telah merangkumiSemenanjung Tanah Arab,Syam,Transcaucasus di utara,Afrika Utara dariMesir keTunisia hari ini di barat dan kawasanplateau Iran keAsia Tengah danAsia Selatan di timur.[5]
Sejurus kematian Muhammad, kaumAnsar telah berhimpun di Saqifah (laman) milik Bani Sai'dah bagi melantik pemimpin dalam kalangan mereka tanpa melibatkan kaumMuhajirin. Setelah Abu Bakar dan Umar mengetahui perhimpunan itu, mereka berasa bimbang akan rampasan kuasa yang akan berlaku dan bergegas ke sana. Setelah mereka tiba di perhimpunan itu, Abu Bakar telah memberikan amaran bahawa sebarang percubaan untuk memilih pemimpin dari luar suku baginda Muhammad, iaituQuraisy, berkemungkinan akan mengakibatkan perpecahan kerana mereka sahaja yang sewajarnya menerima penghormatan dalam masyarakat. Beliau seterusnya memegang tangan Umar danAbu Ubaidah Al-Jarrah lalu menawarkan kepada kaum Ansar sebagai pilihan yang berpotensi. Beliau dibantah dengan cadangan iaitu kaum Quraisy dan Ansar memilih pemimpin masing-masing dari kalangan mereka, yang kemudiannya akan memerintah bersama. Perhimpunan itu mula menjadi panas setelah mendengar cadangan itu dan pertengkaran mula timbul. Bagi mengelakkan kekecohan terus berlaku, Umar terus memegang tangan Abu Bakar dan bersumpah setia kepadanya, lalu diikuti orang lain. Abu Bakar telah mendapat gelaranKhalīfaṫur Rasūlullāh (خَـلِـيْـفَـةُ رَسُـوْلِ اللهِ, "Pengganti Rasulullah") atau ringkasnya khalifah.[6][7][8][9]
Setelah dilantik menjadi khalifah, Abu Bakar mula mengambil langkah untuk menghapuskan kekecohan yang mula tercetus setelah kematian Muhammad. Kekecohan ini telah mengancam perpaduan dan keselamatan penduduk Islam di sekitar Jazirah Arab. Antara kekecohan yang timbul ialah murtadnya suku-suku Arab di sekitar Jazirah Arab, kecuali di Mekah, Madinah, Bani Thaqif diTaif dan Bani Abdul Qais di Oman. Terdapat golongan yang enggan membayar zakat tanpa mencabar Islam secara rasmi. Sekumpulan ketua puak juga telah mengaku dilantik menjadinabi, dengan ada yang melakukannya sejak baginda Muhammad masih hidup. Peristiwa murtad pertama kali diperangi ketika Muhammad masih hidup, apabila seorang nabi iaitu Aswad al-Ansi memberontak dan menakluk Yaman.[10] Peristiwa murtad diYamamah pula dipimpin oleh seorang nabi iaituMusailamah.[11] Pusat pemberontak juga banyak bertebaran di kawasanNejd dan Yaman. Banyak puak mengatakan bahawa mereka hanya tunduk kepada Muhammad dan setelah kematiannya, kesetiaan mereka berakhir. Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan sekadar tunduk kepada seorang pemimpin, tetapi mereka ialah sebahagian daripadaummah dimana beliau ialah pemimpinnya. Siri kejadian ini telah menimbulkanPerang Riddah.[11]
Setelah berjaya menyatukan Arab di bawah Islam, beliau mula melakukan misi serangan ke atasEmpayar Sassanid danByzantine. Misi dimulakan dengan serangan pertama ke atas Iraq, wilayah terkaya Sassanid dengan jeneralKhalid al-Walid dihantar pada tahun 633.[12] Misi diteruskan dengan menghantar empat pasukan tentera bagi menyerang wilayah Rom Syria,[13] namun operasi itu hanya dimulakan setelah Khalid al-Walid dipindahkan ke Syria setelah tamat menakluk Iraq pada tahun 634.
Abu Bakar telah mula jatuh sakit dan meninggal dunia pada tahun 634. Abu Bakar juga telah menjadi khalifah dari tahun 632 hingga tahun 634.
Abu Bakar telah mencalonkan Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun634 M. Dengan itu Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.
Semasa pemerintahannya, beliau meneruskan penaklukan yang dimulakan oleh Abu Bakar, menyerang lebih jauh ke dalam Empayar Sassanid, utara ke wilayah Byzantine dan ke Mesir. Kebanyakannya adalah kawasan yang kaya dengan kekayaan yang dikuasai oleh kerajaan besar, tetapi konflik yang panjang antara Byzantine dan Parsi telah menyebabkan sektor ketenteraan kedua-dua pihak semakin lemah, dan tentera Islam dengan mudah mengalahkan mereka. Menjelang tahun 640, umat Islam telah menakluk seluruh Mesopotamia, Syria dan Palestin di bawah kawalan khalifah; seterusnya Mesir yang telah ditakluki pada tahun 642, dan hampir keseluruhan Empayar Sassanian pada tahun 643.
Umar banyak melakukan perubahan terhadap sistem pemerintahan Islam, seperti menubuhkan pentadbiran baharu di kawasan yang baru ditakluk, memberi upah kepada tentera dan membuat jadual giliran bertugas, mewujudkan pejabat pos untuk surat menyurat, menyelaras aliran sungai untuk tujuan pertanian dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Di seluruh taklukannya, Umar tidak memaksa penduduk bukan Islam memeluk Islam, dan juga tidak cuba memusatkan kerajaan. Sebaliknya, beliau membenarkan mereka mengekalkan agama, bahasa, dan adat resam mereka, beliau juga meninggalkan kerajaan mereka secara relatifnya tidak disentuh, dengan hanya menempatkan seorang gabenor (amir) dan seorang pegawai kewangan yang dipanggil amil. Jawatan baharu ini adalah penting kepada rangkaian percukaian yang cekap bagi membiayai khilafah. Beliau juga telah menciptakalendar Hijrah yang ditetapkan bermula setelahpenghijrahan Muhammad ke Madinah.
Umar meninggal dunia pada tahun644 M selepas dibunuh oleh seorang hamba Parsi yang bernamaAbu Lu'lu'ah ketika mengetuai solat subuh.[14]
Sebelum Umar meninggal dunia, beliau telah membentuk satu jawatankuasa bagi melantik penggantinya. Pada akhir mesyuarat hanya dua nama yang akan dipilih iaitu Ali dan Uthman. Akhirnya Uthman telah dipilih bagi menjadi khalifah ketiga. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 M sehingga tahun656 M. Semasa separuh pertama pemerintahannya, beliau adalah khalifah yang paling popular di kalangan khalifah sebelumnya, manakala pada separuh kedua pemerintahannya beliau mendapat tentangan yang semakin meningkat, dipimpin oleh orang Mesir dan penyokong Ali yang menginginkan pemerintahan daripada keluarga Muhammad.
Walaupun dilanda masalah dalaman, Uthman meneruskan misi Umar dengan menakluk keseluruhan Empayar Sassanid hingga ke kawasan hilir Sungai Indus,[15] sebahagian daripadaAfrika Utara danCyprus.
Antara pembaharuan yang dibuat ialah menubuhkan angkatan tentera laut yang diketuai olehMuawiyah dan membuat dasar terbuka dalam hubungan politik dan urusan dagangan. Beliau juga berjaya menyalin semula ayat al-Quran dalam bentuk yang sempurna dan dikenali sebagaiMushaf Uthmani.
Uthman mati pada tahun 656 M akibat dibunuh oleh pemberontak yang tidak berpuas hati dengan pemerintahannya.
Setelah kematian Uthman, Ali telah dilantik sebagai khalifah keempat setelah didesak oleh pemberontak. Beliau telah memindahkan pusat pentadbiran keKufah, Iraq dan memecat beberapa gabenor terdahulu, lalu melantik individu yang lebih dipercayainya.
Tuntutan untuk menghukum pembunuh Uthman meningkat di kalangan sebahagian penduduk. Tentera pemberontak yang diketuai olehZubair,Talha dan isteriMuhammad,Aisyah berangkat memerangi para pelaku. Pasukan itu tiba di Basrah dan menawannya, lalu 4,000 orang yang disyaki menghasut telah dibunuh. Ali dan tenteranya terus bergerak ke arah Basrah lalu bertemu dengan tentera pemberontak. Walaupun Ali mahupun pemimpin pasukan pemberontak, Talha dan Zubair, tidak mahu berperang, pertempuran terus berlaku pada waktu malam antara kedua-dua tentera. Menurut kepercayaanSunni, mereka yang terlibat dalam pembunuhan Uthman yang memulakan pertempuran, kerana mereka takut rundingan antara Ali dan tentera pemberontak akan mengakibatkan mereka ditangkap dan dihukum mati. Pertempuran itu adalah peperangan pertama antara umat Islam dan dikenali sebagaiPerang Jamal. Ali meraih kemenangan dan pertikaian itu diselesaikan. Sahabat-sahabat terkemuka Muhammad, Talha dan Zubair terbunuh dalam pertempuran dan Ali menghantar anaknyaHasan untuk mengiringi Aisyah kembali ke Madinah.
Timbul lagi seruan untuk membalas dendam atas pembunuhan Uthman, kali ini olehMu'awiyah, seorang kerabat Uthman dan gabenor wilayahSyam. Walau bagaimanapun, ia lebih dianggap sebagai percubaan Mu'awiyah untuk merampas jawatan khalifah, bukannya membalas dendam atas pembunuhan Uthman. Ali memerangi pasukan Mu'awiyah hingga menemui jalan buntu dalamPerang Siffin, dan kemudian kalah dalam rundingan kontroversi yang berakhir dengan perunding, 'Amr ibn al-'As, menyatakan sokongannya kepada Mu'awiyah. Seterusnya Ali terpaksa berperang dalamPerang Nahrawan menentangKhawarij, sekumpulan bekas penyokongnya yang tidak berpuas hati dengan rundingan Perang Siffin, lalu menentang kedua-dua Ali dan Mu'awiyah. Disebabkan pemberontakan dalaman dan kekurangan sokongan popular di kebanyakan wilayah, tentera Ali kehilangan kawalan ke atas sebahagian besar wilayah lalu ditakluk Muawiyah manakala sebahagian besar kawasan seperti Sicily, Afrika Utara, kawasan pantai Sepanyol dan beberapa kubu di Anatolia juga ditakluk empayar luar.
Ali mati pada tahun661 M akibat dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam, sebagai sebahagian daripada rancangan puak Khawarij dalam membunuh semua pemimpin Islam itu bagi menamatkan peperangan, namun mereka gagal dalam membunuh Muawiyah danAmr Al-As.
Anak lelaki Ali iaitu Hasan, cucu Muhammad, mengambil alih jawatan khalifah secara ringkas dan mencapai persetujuan dengan Mu'awiyah untuk memperbaiki hubungan antara dua kelompok Muslim yang masing-masing setia kepada salah satu daripada dua pemimpin itu. Perjanjian itu menyatakan bahawa Mu'awiyah tidak akan menamakan pengganti semasa pemerintahannya, dan bahawa dia akan membiarkan dunia Islam memilih pemimpin seterusnya (perjanjian ini kemudiannya akan dilanggar oleh Mu'awiyah kerana dia menamakan anaknya Yazid I sebagai pengganti). Hasan telah meninggal dunia akibat diracun di Madinah,[16] manakala Mu'awiyah mengasaskan Khilafah Umaiyah, menggantikan Khulafa al-Rasyidin.[14]
Dalam masa 24 tahun, Khulafa Rasyidin telah meluaskan taklukannya merangkumiMesopotamia, kawasanSyam, sebahagianAnatolia sehingga ke hampir keseluruhanEmpayar Sassan.
Arab pertama kali memasuki wilayah Sassanid pada tahun 633, apabila JeneralKhalid ibn Walid menyerang wilayah yang kini adalahIraq. Berikutan perpindahan Khalid ke perbatasan Rom diLevant, Muslim akhirnya kalah akan serangan balas yang dilakukan oleh Parsi. Serangan kedua bermula pada tahun 636 di bawah pimpinanSaad ibn Abi Waqqas, apabila kemenangan penting dalamPertempuran Qadisiyyah membawa penamat mutlak kawalan Sassanid di barat Parsi.Pergunungan Zagros kemudian menjadi benteng semulajadi dan sempadan di antara wilayahKhulafa al-Rasyidin dan Empayar Sassanid. Di sebabkan serangan berterusan Parsi di kawasan ini,Khalifah Umar memerintahkan satu serangan penuh ke atas Empayar Sassan pada tahun 642, yang mana disudahkan dengan kemenangan sepenuhnya ke atas Empayar Sassanid pada pertengahan tahun 644.
Yazdegerd, Raja Parsi tidak dapat membentuk tentera lain dan menjadi buruan. Pada tahun 642, Umar telah menghantar tentera untuk menakluki baki Empayar Parsi. Penaklukan diteruskan keKhorasan Raya, Transoxania,Balochistan,Makran,Dagestan,Azerbaijan,Armenia danGeorgia ketika pemerintahan Uthman.
Serangan pertama tentera Islam ke atas Empayar Byzantium berlaku semasa penaklukan Syria Selatan pada tahun 634 menyaksikan keruntuhankerajaan Arab Ghassan danpenaklukan Damsyik. Serangan kedua pula dilancarkan tentera Islam yang diketuaiAbu Ubaidah Al-Jarrah dalam penaklukan Syria Tengah pada tahun 635 menyaksikan kemenangan Islam dalamPertempuran Fahl.[17] Serangan diteruskan lagi kePalestin oleh pasukanSyurahbil dan Amr menyaksikan penaklukan Bisan,Tabariyah dan wilayah pesisir Mediterranean.[17] Sehingga tahun 635, tentera Islam telah menakluk Syria Selatan,Jordan dan Palestin kecualiBaitulmaqdis dan Caesarea. Pasukan Abu Ubaidah dan Khalid pula mara menuju ke Syria Utara. Namun, pasukan Khalid pulang semula ke Damsyik bagi menghadapi serangan balas Byzantium manakala pasukan Abu Ubaidah pula bertempur dengan tentera Rom dalamPerang Maraj ar-Rum. Pasukan Abu Ubaidah mara keHeliopolis menyaksikan penyerahannya kepada Islam manakala pasukan Khalid diarah mara keEmesa danQinasrin. Emesa telah jatuh ke tangan Islam setelah dua bulan dikepung pada Mac 636.[18]
Tentera Islam terus mara ke arah utara bagi menakluk seluruh utara Syria.Pertempuran Yarmuk tercetus menyaksikan kemenangan Islam ke atas Rom. Namun, Byzantium berjaya mendapatkan semula bekas jajahannya. Dengan kelemahan tentera Byzantium, tentera Islam berjaya menakluk semula taklukannya yang diduduki Byzantium setelah Perang Yarmuk. Tentera Islam juga telah bersetuju untuk menakluk Baitulmaqdis lalumengepungnya. Setelah empat bulan dikepung, Baitulmaqdis menyerah kepada tentera Islam pada bulan April 637. Setelah itu, tentera Islam berpecah kepada tiga kumpulan; pasukan Yazid ke Damsyik, pasukan Amr dan Syurahbil menakluk baki wilayah Palestin manakala pasukan Khalid dan Abu Ubaidah menakluk Syria Utara. Pasukan Khalid dan Abu Ubaidah berjaya menundukkan Qinasrin, kubu kuat Byzantium. Mereka juga mara ke Aleppo dan berjayamenawan kota itu pada Oktober 637.
Setelah berjaya menakluk Syria Utara, pasukan Khalid dan Abu Ubaidah terus mara keAnatolia dan menaklukAntokiah. Tentera Islam juga mara ke bahagian barat Jazirah, dan menawan sebahagian Anatolia,Edessa sehingga ke dataranArarat. Tentera Islam seterusnya mara ke Anatolia hingga barat sejauhPergunungan Taurus, kotaMarash danMalatya, kesemuanya berjaya ditakluk pada tahun 638.
Pada Disember 639, Umar telah menghantar pasukan tentera diketuaiAmru bin al-As bagi menakluk Mesir. Mereka telah berjaya mengalahkan tentera Byzantium dalamPerang Heliopolis pada tahun 640. Mereka seterusnya mara keIskandariah, yang mengalah kepadanya melalui perjanjian. Pada tahun 645, semasa pemerintahan Uthman, pihak Byzantine merampas semula Iskandariah, tetapi telah ditawan semula oleh Amr pada tahun 646.
Byzantium juga menyerang semula tentera Islam di Syria bagi mendapatkan bekas jajahannya namun berjaya dikalahkan tentera Islam pada tahun 647. Tentera Islam juga berjaya menakluk Cappadocia dan Caesarea Mazaca. Di Maghreb pula, tentera Islam yang diketuai oleh Abdullah bin Saad telah melancarkan serangan pertama ke atasExarchate Afrika pada tahun 647. Tentera Islam mencapai kemenangan dalam serangan itu dan berkehendak untuk menjadikan Afrika Utara sebagai wilayah naungan. Satu angkatan laut telah dibentuk lalu berjaya menaklukCyprus pada tahun 649, seterusnyaKriti danRodos. Pada tahun 652-654, tentera Islam telah melancarkan beberapa serangan ke atasSicilia dan berjaya menakluk sebahagian besar pulau itu.
Pada tahun 652, Abdullah bin Saad telah menghantar pasukan tentera bagi menaklukiNubia buat kali kedua setelah dikalahkanMakuria pada tahun 642. Biarpun mereka telah memasuki jauh ke dalamnya dan menghancurkan katedral di tengah kotaDongola, Makuria masih memenangiperang itu.
Kaum monoteis bukan-Muslim sepertiYahudi,Zoroaster, danKristian di negeri yang ditakluki dipanggil zimmi (orang yang dilindungi). Mereka yang menerima Islam diperlakukan dengan cara yang sama dengan orang Islam yang lain dan diberi hak yang sama dalam urusan undang-undang. Orang bukan Islam diberi hak undang-undang mengikut undang-undang agama mereka kecuali jika ia bercanggah dengan undang-undang Islam.
Golongan zimmi juga dibenarkan untuk "mengamalkan agama mereka, dan menikmati sedikit autonomi komunal" dan dijamin keselamatan peribadi dan keselamatan harta benda mereka, tetapi hanya sebagai balasan untuk membayar cukai dan mengiktiraf pemerintahan Muslim.[19] Mereka juga dikehendaki membayarjizyah.[20]
Khalifah-khalifah Rasyidin telah memberi penekanan khusus kepada layanan yang agak adil dan saksama terhadap para zimmi, yang juga diberikan 'perlindungan' oleh khalifah. Kadang-kadang, terutamanya apabila tidak cukup orang Islam yang berkelayakan, golongan zimmi boleh diberi jawatan penting dalam kerajaan.
^C. T. R. Hewer; Allan Anderson (2006).Understanding Islam: The First Ten Steps (ed. illustrated). Hymns Ancient and Modern Ltd. m/s. 37.ISBN9780334040323.
^Anheier, Helmut K.; Juergensmeyer, Mark, penyunting (2012).Encyclopedia of Global Studies. Sage Publications. m/s. 151.ISBN9781412994224.
^abGianluca Paolo Parolin,Citizenship in the Arab World: Kin, Religion and Nation-state (Amsterdam University Press, 2009), 52.
^The Arab Conquest of Iran and its Aftermath, 'Abd Al-Husein Zarrinkub,The Cambridge History of Iran, Volume 4, ed. William Bayne Fisher, Richard Nelson Frye (Cambridge University Press, 1999), 5–6.
^Battle of Yarmouk River, Spencer Tucker,Battles That Changed History: An Encyclopedia of World Conflict (ABC-CLIO, 2010), 92.
^abشبارو, عصام محمد (1995).First Islamic Arab State (1–41 AH/ 623–661 CE). 3. Arab Renaissance House – Beirut, Lebanon. m/s. 370.
^abA.I. Akram."Chapter 31: The Unkind Cut".The Sword of Allah: Khalid bin Al-Waleed: His Life and Campaigns. m/s. 1. Diarkibkan daripadayang asal pada January 5, 2003. Dicapai pada16 July 2010.
^"Chapter 32: The Battle of Fahl".Khalid bin Al-Waleed: His Life and Campaigns. The Sword of Allah. m/s. 1. Diarkibkan daripadayang asal pada January 10, 2003. Dicapai pada16 July 2010.