Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Khilafah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebahagian daripadasiri berkaitan
Perundangan Islam
(Fiqah)
Suatu disiplin kajianIslam


Khilafah (bahasa Arab: خِلافة, juga digelarkekhalifahan) adalah sebuah negara di bawah pimpinan seorang pengelola Islam dengan gelarankhalifah (bahasa Arab: خَليفة), seorang yang dianggap sebagai pengganti agama kepada NabiMuhammad dan seorang pemimpin seluruhummah.[1] Dari segi sejarah, khilafah adalah tatanegara berasaskan Islam yang berkembang menjadi empayar rentas negara dan mempunyai pelbagai etnik.[2] Semasa zaman pertengahan, tiga kekhalifahan utama diasaskan: Khilafah Rasyidin (632-661 TM [Tahun Masihi]), Khilafah Umaiyyah (661-750 TM) dan Khilafah Abbasiyah (750-1258 TM). Pada khilafah utama keempat,Khilafah Uthmaniyah, pemerintahEmpayar Uthmaniyah menuntut kuasa khilafah dari tahun 1517. Dalam sejarah Islam, beberapa negara Muslim yang lain, dengan hampir semuapewaris takhta, telah menuntut khalifah.[1]

Kekhalifahan Rasyidin pada tahap yang paling tinggi, di bawah pemerintahan Khalifah Uthman

Sebelum kebangkitan Muhammad dan penyatuan kaum-kaum Arab di bawahIslam, orang Arab mengikuti politeisme Arab sebelum Islam, hidup sebagai masyarakat yang tidak aktif dan berpindah-pindah, dan sering kali menjarah puak-puak jiran mereka.[3][4] Selepas penaklukan Islam diSemenanjung Arab, rantau tersebut bersatu dan banyak puak memeluk Islam.[4]

Khilafah pertama, Khilafah Rasyidin, diasaskan sejurus selepas kematian Nabi Muhammad pada tahun 632 TM.[5] Keempat-empat khalifahAr-Rasyidin, yang secara langsung menggantikan Nabi Muhammad sebagai pemimpin masyarakat Islam, telah dipilih melaluisyuara, suatu proses perundingan komuniti yang dianggap sebagai bentuk awal demokrasi Islam dan kini diserap kebahasa Melayu menjadimesyuarat.[6] Khalifah keempat, Ali, berasal dariBani Hasyim sama seperti Nabi Muhammad, dan dianggap oleh orangSyiah sebagai khalifah sah yang pertama juga Imamah (pemimpin) selepas Nabi Muhammad.[7] Ali memerintah semasaFitnah Pertama (656-661 TM), sebuah perang saudara antara penyokong Ali dan penyokong Uthman—yang telah dibunuh—dari Banu Umaiyyah dan juga pemberontak di Mesir; perang ini menghala kepada pengasasan Khilafah Umaiyyah di bawahMuawiyah I pada tahun 661 TM.

Khilafah kedua, Khilafah Umaiyyah, diperintah oleh Banu Umaiyyah, sebuah puak Mekah yang berasal dari Umaiyyah bin Abdul Syams. Khilafah ini meneruskan penawanan negeri-negeri, menggabungkanCaucasus, Transoxiana,Sindh,Maghreb danSemenanjung Iberia (Al-Andalus) ke dalam dunia Islam. Khilafah menerima orang Kristian di dalam wilayahnya, apatah lagi dengan bilangan mereka yang amat ramai, terutama sekali di wilayahSyam.[8][9] Berikutan Revolusi Abbasiyah dalam tahun 746–750 TM, yang timbul kerana pelucutan hak undi bukan Muslim Arab, Khilafah Abbasiyah ditubuhkan pada tahun 750 TM.

Khilafah yang ketiga, Khilafah Abbasiyah diperintah oleh Bani Abbasiyah, sebuah wangsa Mekah yang berasal dari keturunan Bani Hasyim—datuk nenek moyang Nabi Muhammad—dan menjadikan mereka sebahagian dari Banu Hashim melalui paman Nabi Muhammad, Abbas, bersempena namanya. KhalifahAl-Mansur mengasaskan Baghdad sebagai ibu kotanya yang kedua pada tahun 762 TM yang menjadi ibu pusat sains, budaya dan seni, sekali dengan wilayah tersebut dalam zaman yang dikenali sebagai Zaman Kegemilangan Islam. Dari abad ke-10, pemerintahan Abbasiyah terbatas kepada kawasan sekitar Baghdad sahaja. Dari 945 hingga 1157 TM, Khilafah Abbasiyah berada di bawah Buwayhiyah dan kemudian di bawah kawalanketenteraan Seljuk. Pada tahun 1250 TM, sebuah tentera bukan Arab yang ditubuhkan oleh Bani Abbas yang dipanggilMamluk berkuat kuasa di Mesir. Pada tahun 1258,Empayar Mongolmenjarah Baghdad, mengakhiri Khilafah Abbasiyah, dan pada tahun 1261 TM, Mamluk di Mesir mengasaskan semula Khilafah Abbasiyah diKaherah. Walaupun kekurangan kuasa politik, wangsa Abbasiyah masih meneruskan tuntutan kuasa dalam hal-hal agama sehinggalah penaklukan Uthmaniyah di Mesir Mamluk pada tahun 1517.[10]

Khilafah utama keempat, Khilafah Uthmaniyah, ditubuhkan selepas penaklukan Mesir Mamluk pada tahun 1517. Penaklukan tersebut memberiEmpayar Uthmaniyah kawalan ke atas kota-kota suciMekah danMadinah yang sebelum ini dikuasai oleh Mamluk. Empayar Uthmaniyah secara beransur-ansur dilihat sebagai pemimpin dan wakil dunia Islamde facto.[11] Berikutan kekalahan mereka dalamPerang Dunia I, empayar mereka dikerat dan dibahagikan oleh United Kingdom danRepublik Ketiga Perancis, dan pada 3 Mac 1924, presidenRepublik Turki pertama,Mustafa Kemal Atatürk, sebagai sebahagian daripada pembaharuannya, membubarkan sistem kekhalifahan dalamperlembagaan.[12] Beberapa negara lain yang wujud pernah menamakan diri mereka sebagai khalifah, termasukKhilafah FatimiyahIsmailiyah di Timur Laut Afrika (909-1171),Khilafah Kordoba Umaiyah di Iberia (929-1031), KhilafahAl-MuwahhidunBarbar diMaghribi (1121-1269) dan Khilafah Sokoto Fula di utaraNigeria (1804-1903).

Ahli Sunah Waljamaah menetapkan bahawa, sebagaiketua negara, seorang khalifah dapat naik kuasa dengan satu daripada empat kaedah: dengan melalui pengundian, melalui pencalonan, melalui pemilihan oleh jawatankuasa, atau secara paksa.[13] Pengikut Islam Syiah, sebaliknya, percaya bahawa seorang khalifah harus merupakanImamah yang dipilih olehAllah dariAhlul Bait ("Keluarga Rumah", merujuk kepada keluarga Nabi Muhammad).

Pada awal abad ke-21, selepas kegagalankebangkitan dunia Arab dan kejatuhan kononnya "Negara Islam", mula tercetus "arus penerimaan identiti Muslim yang beraneka" oleh belia Muslim dan daya tarikan khilafah sebagai "masa depan Islam yang diimpikan" kelihatan tidak mudah berubah.[14]

Sejarah

[sunting |sunting sumber]

Lihat juga

[sunting |sunting sumber]

Nota kaki

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abKadi, Wadad; Shahin, Aram A. (2013). "Caliph, caliphate". The Princeton Encyclopedia of Islamic Political Thought: 81–86.
  2. ^Al-Rasheed, Madawi; Kersten, Carool; Shterin, Marat (11 December 2012). Demystifying the Caliphate: Historical Memory and Contemporary Contexts. Oxford University Press. p. 3.ISBN 978-0-19-932795-9.
  3. ^Rubin, Barry (17 March 2015). The Middle East: A Guide to Politics, Economics, Society and Culture. Routledge. p. 478.ISBN 978-1-317-45578-3.
  4. ^abIncorporated, Facts On File (2008). United Arab Emirates. Infobase Publishing. p. 11.ISBN 978-1-4381-0584-0.
  5. ^Nigosian, Solomon A. (29 January 2004). Islam: Its History, Teaching, and Practices. Indiana University Press. p. 18.ISBN 0-253-11074-2.
  6. ^"The Roots of Democracy in Islam". Irfi.org. 16 December 2002. Retrieved 30 June 2014.
  7. ^Triana, María (31 March 2017). Managing Diversity in Organizations: A Global Perspective. Taylor & Francis. p. 159.ISBN 9781317423683.
  8. ^Cavendish, Marshall (1 September 2006). "World and Its Peoples". Marshall Cavendish. p. 185.ISBN 978-0-7614-7571-2.
  9. ^Haag, Michael (1 November 2012). "The Tragedy of the Templars: The Rise and Fall of the Crusader States". Profile Books. p. 20.ISBN 1-84765-854-7.
  10. ^Holt, Peter M. (1984). "Some Observations on the 'Abbāsid Caliphate of Cairo". Bulletin of the School of Oriental and African Studies. University of London. 47 (3): 501–507.
  11. ^Dominique Sourdel, "The history of the institution of the caliphate" (1978)
  12. ^"caliph – Islamic title". Encyclopædia Britannica.
  13. ^Razwy, Sayed Ali Asgher. A Restatement of the History of Islam & Muslims. p. 338.
  14. ^Moaveni, Azadeh (12 January 2018). "The Lingering Dream of an Islamic State". The New York Times.
Topik dalamIslam
Aqidah (Rukun Iman)
Ibadat (Rukun Islam)
Sejarah &Kepimpinan
Teks keagamaan
Mazhab
Kehidupan danBudaya
Syariat Islam &Fiqh
Ekonomi ·Perbankan Islam ·Riba ·Murabahah ·Takaful ·Sukuk ·Zakat ·Baitul Mal ·Jizyah ·Khums ·Nisab ·Sadaqah ·Wakaf ·Faraid ·Politik ·Baiat ·Khalifah ·Khilafah ·Daulah Islamiyah ·Al-Liwa’ & Ar-Rayah ·Pilihanraya ·Zimmi ·Perkahwinan ·Peminangan ·Mahar ·Akad nikah ·Walimatulurus ·Nikah mut'ah ·Perceraian ·Poligami ·Seks ·Jenayat ·Hudud ·Zina ·Rejam ·Hirabah ·Bughat ·Qisas ·Takzir ·Diyat ·Adab ·Akhlak ·Pakaian ·Jilbab ·Hijab ·Niqab ·Pengebumian Islam ·Assalamualaikum ·Insya Allah ·Selawat ·Mahram ·Ibadat ·Baligh ·Solat ·Azan dan Iqamat ·Rakaat ·Kiblat ·Solat fardu ·Solat sunat ·Solat qada ·Solat jamak ·Solat qasar ·Puasa ·Haji ·Ihram ·Tawaf ·Umrah ·Kebersihan ·Taharah ·Bersugi ·Wuduk ·Mandi ·Mandi wajib ·Tayammum ·Istinjak ·Najis · ·Alkohol ·Arak dalam Islam ·Menyamak kulit ·Ketenteraan ·Jihad ·Perang ·Tawanan Perang
Pengajian Islam
Agama lain
Topik berkaitan
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Khilafah&oldid=6271055"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp