Khalid Abdul Samad | |
|---|---|
| خالد عبد الصمد | |
| Pengarah KomunikasiAMANAH | |
| Menyandang jawatan 2023 | |
| Dalam jawatan 2019–2023 | |
| Dalam jawatan 2015–2019 | |
| Presiden | Mohamad Sabu |
| Timbalan Presiden | Mujahid Yusof (2023-kini) Salahuddin Ayub (2015-2023) |
| PengerusiAMANAHWilayah Persekutuan | |
| Menyandang jawatan 2024 | |
| Didahului oleh | Mohd Hatta Ramli |
| PengerusiAMANAHKelantan | |
| Dalam jawatan Mac 2023 – Disember 2023 | |
| Didahului oleh | Muhammad Husain |
| Digantikan oleh | Adly Zahari |
| AhliParlimen Malaysia bagi P108Shah Alam,Selangor | |
| Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 10 Oktober 2022 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 33,849 (PRU-14) 10,939 (PRU-13) 9,314 (PRU-12) |
| Menteri Wilayah | |
| Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
| Raja | Al-Sultan Abdullah |
| Timbalan | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Ahli JawatankuasaPAS Pusat | |
| Dalam jawatan 2013–2015 | |
| Dalam jawatan 2011–2013 | |
| Presiden | Abdul Hadi Awang |
| Timbalan Presiden | Mohamad Sabu |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | (1957-08-14)14 Ogos 1957 (umur 68) Kota Bharu,Kelantan,Persekutuan Tanah Melayu (kiniMalaysia) |
| Parti politik | |
| Pasangan | Dr. Zaitun Abu Bakar |
| Pertalian | Shahrir Abdul Samad (abang) |
| Anak | 4 |
| Ibu bapa |
|
| Kediaman | Shah Alam, Selangor |
| Tempat belajar | |
| Pekerjaan | Ahli Parlimen |
| Kabinet | Kabinet Malaysia 2018 |
| Laman web | Laman blog YB KhalidLaman web YB Khalid |
Yang BerbahagiaTuan HajiKhalid Abdul Samad (Jawi: خالد بن عبد الصمد; lahir pada 14 Ogos 1957) adalah ahli politikMalaysia berketurunanMelayu. Beliau merupakan bekasMenteri Wilayah Persekutuan (2018-2020) dan bekas Ahli ParlimenShah Alam selama tiga penggal. Jawatan beliau dalam parti ialah Pengarah KomunikasiAMANAH dan Pengerusi AMANAHWilayah Persekutuan.
Isterinya, Dr. Zaitun Abu Bakar dan mereka mempunyai dua anak lelaki , dua anak perempuan dan 6 orang cucu. Bapanya Haji Abdul Samad berasal dariMuar,Johor. Ibunya Hajjah Rashidah.Sebagai pegawai kerajaan, selalu berpindah dariKelantan,Terengganu,Pahang ,Selangor danKelantan.
Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan Api dan Tenaga,University of Leeds,United Kingdom (1979). Ketika di UK, beliau aktif dalam 'Suara al Islam'. Selepas pulang ke Malaysia,beliau aktif dalamPAS,IRC,JIM dan pelbagai pertubuhan Islam lain.
Beliau pernah bekerja diPetronas Dagangan Berhad. Kini beliau juga menyandang jawatan sebagai Presiden kelab bolasepak KL City.
Beliau menyertai PAS pada 1983 dan menjadi ahli majlis tertinggi dari 1987-1993. Beliau gagal dalam pilihan raya diKuala Krai,Arau,Sri Gading danshah Alam.
Pada November 2009, Khalid menyatakan wujudkan baiah talak tiga dalamPAS tetapi dinafikan oleh Setiausaha Agung Pas, DatukMustafa Ali.[1]
Pada 6 November 2009, beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman malu terhadapJabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mendakwa beliau mempunyai "rekod jenayah" berdasarkan surat makluman polis Selangor sebelum ini yang menyatakan beliau mempunyai rekod sedemikian. Tambahnya, pengarah jabatan tersebut Dato'Mohammed Khusrin bin Haji Munawi juga berdolak-dalik ketika diminta menjelaskan sebab tauliahnya ditolak tahun lalu.[2]
Pada 8 September 2011, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui pengerusinya, Datuk SetiaMohamad Adzib Mohd Isa menolak rayuan Khalid yang memohon sambung tauliah beliau melalui mesyuarat Jawatankuasa tauliah MAIS yang bersidang pada 23 Jun 2011. Oleh itu MAIS tidak membenarkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat apa-apa penyampaian agama di masjid dan surau di seluruh Selangor kerana tidak mendapat tauliah termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah dan apa-apa pengisian agama selaras dengan perkenan DYMM Sultan Selangor untuk tidak memberi tauliah mengajar atau berceramah mengenai agama Islam kepada mana-mana ahli politik terutama di masjid dan surau di Selangor. Khalid didakwa bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Pada 6 September 2011, Khalid melanggar peraturan permit apabila memberi ceramah di surau Taman Seri Sementa,Kapar,Klang. Ekoran itu beliau akan dibicarakan pada 24 November 2011 di Mahkamah Syariah Klang.[3]
Pada 13 Mac 2010, beliau mencabar YBZulkifli Noordin berdebat bagi mencari kebenaran dan membuktikan hujah siapa yang bertepatan dengan pandangan agama berhubung isu kalimah Allah yang mempertembungkan mereka berdua.[4] Akhirnya mereka akan bertembung dalam pilihan raya umum ke-13 apabila Zulkifli dipilih Barisan Nasional untuk mencabar kerusi parlimen Shah Alam Khalid.[5]
Pada 26 Jun 2014, Khalid menggesa Enakmen Undang-Undang Islam di Pentadbiran (Enakmen No 3, 1952) dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2003 dikaji semula.Cadangan itu selepas Mais gagal mematuhi keputusanPeguam Negara agar menyerahkan kembaliBible berbahasa Melayu danIban olehJabatan Agama Islam Selangor (Jais) kepada Persatuan Bible Malaysia.
Pada 15 Julai 2014,Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shahmurka dengan Khalid Samad kerana mempersoalkan kuasa eksekutifMajlis Agama Islam Selangor (Mais) dan mencadangkan kuasa itu ditarik balik. Baginda turut memberi amaran kepadanya supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan pada masa depan. Khalid jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau membicarakan isu berkaitan dengan kuasa Sultan dan peranan Mais di dalam menasihati Sultan mengenai agama Islam[6]
Pada 26 Ogos 2014, Khalid Abdul Samad didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta atas tuduhan mengeluarkan pernyataan berbaur hasutan berhubung kuasa eksekutifMAIS dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen, 17 Jun 2014. Bagaimanapun Khalid Samad mengaku tidak bersalah. Hakim Mahkamah Sesyen Aswarnida Affandi menetapkan jaminan untuk Khalid sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 September 2014 untuk sebutan kes. Pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan yang membawa hukuman denda maksimum RM 5,000 atau penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya.Beliau boleh hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen jika didapati bersalah dan didenda lebih daripada RM 2,000 atau penjara lebih setahun.[7] Semasa keluar dari Mahkamah, sekumpulan pemuda Melayu 15 orang telah meludah tetapi terkena pada Ahli ParlimenKuala Terengganu,Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, seorang kerabat diraja Terengganu.[8][9]
Pada 21 Ogos 2014, Khalid Samad menyatakan bahawa sultan tidak sepatutnya diberi hak mutlak melantik menteri besar kerana sistem yang menjadi amalan di negara ini adalah sistem raja berperlembagaan. Komuniti netizen menyatakan kuasa mutlak kepada Sultan bercanggah dengan sistem raja berperlembagaan. Pengguna Internet, ahli akademik danMahathir Mohamad turut mempunyai pandangan yang sama.Pakatan Rakyat memutuskan menghantar nama Presiden PKR Datuk Seri DrWan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar menggantikan Tan SriAbdul Khalid Ibrahim. Sebelum itu PAS mencalonkan dua nama iaitu Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKRMohamed Azmin Ali.[10]
| Tahun | Perlembagaan | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | |||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1986 | P028Kuala Krai, Kelantan | Khalid Abdul Samad (PAS) | 10,330 | 45.77% | Mohamed Isa(UMNO) | 12,240 | 54.23% | 23,127 | 1,910 | 77.91% | ||
| 1990 | P002Arau, Perlis | Khalid Abdul Samad (PAS) | 13,154 | 38.57% | Shahidan Kassim(UMNO) | 20,948 | 61.43% | 35,196 | 7,794 | 77.42% | ||
| 1999 | P134Sri Gading, Johor | Khalid Abdul Samad (PAS) | 11,598 | 28.41% | Mohamad Aziz(UMNO) | 29,156 | 71.42% | 41,687 | 17,558 | 74.83% | ||
| 2004 | P108Shah Alam, Selangor | Khalid Abdul Samad (PAS) | 19,007 | 36.81% | Abdul Aziz Shamsuddin (UMNO) | 32,417 | 62.78% | 52,336 | 13,410 | 75.66% | ||
| 2008 | Khalid Abdul Samad (PAS) | 33,356 | 57.90% | Abdul Aziz Shamsuddin (UMNO) | 24,042 | 41.73% | 58,361 | 9,314 | 77.47% | |||
| 2013 | Khalid Abdul Samad (PAS) | 49,009 | 56.16% | Zulkifli Noordin (UMNO) | 38,070 | 43.63% | 88,126 | 10,939 | 88.16% | |||
| 2018 | Khalid Abdul Samad (AMANAH) | 55,949 | 60.00% | Azhari Shaari (UMNO) | 22,100 | 23.70% | 93,243 | 33,849 | 87.82% | |||
| Mohd Zuhdi Marzuki (PAS) | 15,194 | 16.30% | ||||||||||
| Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1999 | Kota Raja | Khalid Abdul Samad | PAS | 10,361 | Kamala Ganapathy | BN (MIC) | 12,686 | 2,325 |
|deadurl= ignored (bantuan)