Nolan bersama West Ham United pada tahun 2015 | |||
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Kevin Anthony Jance Nolan[1] | ||
| Tarikh lahir | (1982-06-24)24 Jun 1982 (umur 43)[2] | ||
| Tempat lahir | Liverpool,England | ||
| Ketinggian | 6 ka 0 in (1.83 m) | ||
| Posisi permainan | Pemain tengah | ||
| Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | West Ham United | ||
| Nombor | 4 | ||
| Kerjaya remaja | |||
| 1997–1999 | Bolton Wanderers | ||
| Kerjaya Senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
| 1999–2009 | Bolton Wanderers | 296 | (40) |
| 2009–2011 | Newcastle United | 85 | (29) |
| 2011– | West Ham United | 140 | (30) |
| Pasukan kebangsaan‡ | |||
| 2002–2004 | England B21 | 2 | (0) |
| * Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 14:14, 18 Ogos 2015 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 16:59, 17 April 2010 (UTC) | |||
Kevin Anthony Jance Nolan (lahir 24 Jun 1982) ialah seorang pemainbola sepak profesionalEngland yang bermain sebagaipemain tengah dan kapten untukWest Ham United.

Ketika berumur 16, dia diberi kontrak oleh Bolton. Setahun kemudian, dia menandatangani terma profesional dan membuat penampilan sulungnya dalam pasukan utama. Dia bermain keseluruhan perlawanan ketikaBolton Wanderers menewaskanPreston North End dalam play-off Divisyen Pertama, memenangi promosi keLiga Perdana Inggeris.[3]
Dalam musim 2001–02, musim pertamanya dalam Liga Perdana, Nolan menjaringkan lapan gol, termasuk dua ketika menentangLeicester City dalam perlawanan pembukaan musim.[2] Dia juga menjaringkan gol pertama Bolton ketika mereka menewaskan Manchester United 2–1 diOld Trafford.[4] Pada musim berikutnya, dia sekali lagi menjaringkan gol di Old Trafford; satu-satunya gol Nolan musim itu adalah gol kemenangan di Old Trafford dimana Bolton merekodkan kemenangan mengejut kedua mereka di situ, kali ini menang dengan keputusan 1–0.[5]
Dalam musim 2003–04, gol Nolan ke atasAston Villa danTottenham Hotspur membantu Bolton untuk mengakhiri liga di tangga kelapan. Dia juga menjaringkan gol ketika mereka menewaskan Villa 5–2 dalam separuh akhir Piala Liga,[6] dan merupakan sebahagian daripada pasukan yang dikalahkan 2–1 olehMiddlesbrough dalam perlawanan akhir.[2][7][8]
Pada musim berikutnya, Nolan merupakan sebahagian daripada pasukan yang layak ke suku akhir Piala FA sebelum tewas kepada Arsenal diStadium Reebok. Bolton juga beraksi dengan baik dalam liga, dengan keputusan seri 1-1 menentang Portsmouth dalam perlawanan terakhir musim dan empat gol Nolan dalam liga membantu mereka mendapat kelayakan kePiala UEFA buat pertama kali dalam sejarah mereka.[2][9] Kelab ini sampai ke peringkat 32 terakhir Piala UEFA pada musim berikutnya, dengan gol Nolan dalam pusingan pertama menentangLokomotiv Plovdiv membantu kelab itu layak ke peringkat kumpulan. Dia menjaringkan gol kemenangan dimana mereka menang 1-0 ke atasZenit St. Petersburg dalam peringkat kumpulan,[10] dan sembilan dalam liga untuk membantu Bolton menduduki tempat kelapan.[2]
Musim 2006–07 menyaksikan Nolan mengambil alih tugas sebagai kapten kelab. Tiga golnya dalam liga membantu Bolton untuk layak ke Piala UEFA. Walaupun layak ke pusingan kalah mati pertama, Bolton bersaing untuk mengelakkan penyingkiran dalam liga,[11] mengakhiri liga satu mata di atas zon penyingkiran di tempat ke-16. Nolan menjaringkan gol ketika kemenangan 2-0 ke atas Sunderland pada bulan Mei yang mengesahkan status Liga Perdana kelab itu.[12]

Pada 29 Januari 2009, ia telah didedahkan bahawa Newcastle telah bersetuju dengan yuran £4 juta bersama Bolton Wanderers,[13] yang disahkan pada hari berikutnya, dengan Nolan pergi ke Tyneside untuk berbicang terma-terma dan menjalani ujian medikal.[14] Nolan menyelesaikan perpindahannya pada hari yang sama, menandatangani kontrak empat tahun setengah.[15] Pada 22 Februari, Nolan menerima kad merah pertamanya sebagai pemain Newcastle United ketika menentang Everton.[16] Pada akhir musim itu, Newcastle disingkirkan ke Championship.
Nolan memainkan peranan penting dalam kempen Newcastle untuk meraih promosi pada musim berikutnya;[17] dia menjaringkan gol liga pertamanya untuk Newcastle pada 22 Ogos ketika menentangCrystal Palace,[18][19] dan hatrik pertama dalam kariernya ketika kemenangan 4–0 ke atasIpswich Town pada 26 September.[20] Nolan menjadi kapten Newcastle buat pertama kali ketika kemenangan 5–1 ke atasCardiff City. Nolan menjaringkan gol liga ke-11nya pada 20 Februari ketika menentang Preston North End dimana mereka menang 3–0. Dia diundi sebagai Pemain Tahunan Championship pada 16 Mac. Pada 5 April 2010, Newcastle United menjaminkan promosi automatik ke Liga Perdana selepasNottingham Forest gagal mengalahkan Cardiff City. Nolan menjaringkan gol kemenangan ketika mereka menang 2–1 ke atasSheffield United.[21]
Nolan dinamakan sebagai kapten kelab Newcastle United untuk musim 2010–11.[22] Nolan menjaringkan dua gol ketika kemenangan 6–0 ke atas Aston Villa.[23] Pada 31 Oktober 2010, Nolan menjaringkan gol hatrik pertamanya dalam Liga Perdana ketika menentangSunderland dimana mereka menang 5–1.[24] Nolan menjaringkan gol pembukaan ketika menentangLiverpool dalam perlawanan pertama di bawah pengurus baruAlan Pardew pada 11 Disember 2010, dimana Newcastle menang 3–1.[25] Pada 26 Februari 2011, Nolan menjaringkan gol ke-50nya dalam Liga Perdana ke atas Bolton Wanderers diSt James' Park, yang berkesudahan dengan keputusan 1–1.

West Ham mengesahkan pembelian Nolan pada 16 Jun 2011 dengan yuran yang tidak didedahkan dan kontrak selama lima tahun.[26] Kerana kapten West Ham,Matthew Upson berpindah keStoke City, Nolan dijadikan sebagai kapten. Penampilan liga pertamanya datang pada 7 Ogos 2011 dimana mereka kalah 1–0 home kepada Cardiff City.[27] Nolan menjaringkan gol pertamanya untuk West Ham pada 13 Ogos 2011 dimana mereka menang 1–0 ke atasDoncaster Rovers. Pada 7 Mei 2012, dalam perjalanan ke perlawanan akhir play-off, Nolan menjaringkan gol ke-13nya untuk kelab itu menentangCardiff City dimana mereka menang 3–0.[28] Pada 19 Mei 2012, dia menjadi kapten West Ham dalam perlawanan akhir play-off Championship 2012 menentangBlackpool. West Ham menang 2–1 untuk kembali keLiga Perdana Inggeris.[29]
Nolan meneruskan aksi cemerlangnya pada musim 2012–2013 dan menjaringkan gol pertamanya musim itu ketika kemenangan 1-0 ke atasAston Villa.[30] Pada 20 April 2013, Nolan menjaringkan gol ke-100 kariernya, ketika kemenangan 2-0 ke atasWigan Athletic.[31] Nolan mengakhiri musim 2012–13 dengan menjaringkan gol hatrik dimana mereka menang 4-2 ke atasReading on 19 May 2013.[32]
Nolan memulakan musim 2013–2014 dengan menjaringkan gol dalam perlawanan pembukaan musim dimana mereka menang 2-0 ke atasCardiff City.[33] Pada bulan Disember 2013, dia dibuang padang diAnfield dimana mereka tewas kepadaLiverpool.[34] Selepas menjalani penggantungan tiga perlawanan, dia dibuang padang sekali lagi ketika kekalahan 2–1 kepadaCraven Cottage.[35] Dia didenda dua minggu gaji, £100,000, dengan pengurus West Ham, Sam Allardyce mempertimbangkan untuk membuang tugas kapten daripada Nolan.[36] Nolan mengakhiri musim 2013-14 sebagai penjaring terbanyak West Ham.[37] Pada permulaan musim 2014-15, dia bermain perlawanan pertama dimana mereka kalah 1–0 kepadaTottenham Hotspur tetapi sebelum perlawanan kedua mereka, dia patah bahunya semasa latihan, satu kecederaan yang dijangka dia tidak boleh beraksi sekurang-sekurangnya enam minggu.[38] Nolan bermain 29 perlawanan untuk West Ham dalam musim 2014-15. Selepas menjadi penjaring terbanyak untuk dua musim sebelumnya, dia hanya menjaringkan satu gol musim ini, ketika menang 2-1 ke atasWest Bromwich Albion pada bulan Disember 2014.[39]
| Kelab | Musim | Liga | Piala | Piala Liga | Eropah | Lain-lain | Jumlah | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Divisyen | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
| Bolton Wanderers | 1999–2000[40] | First Division | 4 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | — | 0 | 0 | 4 | 0 | |
| 2000–01[41] | First Division | 31 | 1 | 4 | 2 | 0 | 0 | — | 2[a] | 0 | 37 | 3 | ||
| 2001–02[42] | Liga Perdana Inggeris | 35 | 8 | 2 | 0 | 2 | 0 | — | — | 39 | 8 | |||
| 2002–03[43] | Liga Perdana Inggeris | 33 | 1 | 2 | 0 | 1 | 0 | — | — | 36 | 1 | |||
| 2003–04[44] | Liga Perdana Inggeris | 37 | 9 | 2 | 1 | 5 | 2 | — | — | 44 | 12 | |||
| 2004–05[45] | Liga Perdana Inggeris | 36 | 4 | 4 | 0 | 2 | 0 | — | — | 42 | 4 | |||
| 2005–06[46] | Liga Perdana Inggeris | 36 | 9 | 3 | 0 | 2 | 0 | 7[b] | 2 | — | 48 | 11 | ||
| 2006–07[47] | Liga Perdana Inggeris | 31 | 3 | 2 | 1 | 1 | 1 | — | — | 34 | 5 | |||
| 2007–08[48] | Liga Perdana Inggeris | 33 | 5 | 0 | 0 | 1 | 0 | 5[b] | 0 | — | 39 | 5 | ||
| 2008–09[49] | Liga Perdana Inggeris | 20 | 0 | 1 | 0 | 1 | 1 | — | — | 22 | 1 | |||
| Jumlah | 296 | 40 | 20 | 4 | 15 | 4 | 12 | 2 | 2 | 0 | 345 | 50 | ||
| Newcastle United | 2008–09[49] | Liga Perdana Inggeris | 11 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | — | — | 11 | 0 | ||
| 2009–10[50] | Championship | 44 | 17 | 2 | 0 | 2 | 1 | — | — | 48 | 18 | |||
| 2010–11[51] | Liga Perdana Inggeris | 30 | 12 | 1 | 0 | 1 | 0 | — | — | 32 | 12 | |||
| Jumlah | 85 | 29 | 3 | 0 | 3 | 1 | — | — | 91 | 30 | ||||
| West Ham United | 2011–12[52] | Championship | 42 | 12 | 0 | 0 | 1 | 0 | — | 3[c] | 1 | 46 | 13 | |
| 2012–13[53] | Liga Perdana Inggeris | 35 | 10 | 2 | 0 | 1 | 0 | — | — | 38 | 10 | |||
| 2013–14[54] | Liga Perdana Inggeris | 33 | 7 | 0 | 0 | 2 | 0 | — | — | 35 | 7 | |||
| 2014–15[55] | Liga Perdana Inggeris | 29 | 1 | 4 | 0 | 0 | 0 | — | — | 34 | 1 | |||
| 2015–16[56] | Liga Perdana Inggeris | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 1[d] | 0 | 0 | 0 | 2 | 0 | |
| Jumlah | 140 | 30 | 6 | 0 | 4 | 0 | 1 | 0 | 3 | 1 | 154 | 31 | ||
| Jumlah karier | 521 | 99 | 29 | 4 | 22 | 5 | 13 | 2 | 5 | 1 | 590 | 111 | ||
Bolton Wanderers
Newcastle United
West Ham United
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitanKevin Nolan |
| Persondata | |
|---|---|
| Nama | Nolan, Kevin |
| Nama alternatif | Nolan, Kevin Anthony Jance |
| Pemerihalan ringkas | Pemain bola sepak |
| Tarikh kelahiran | 24 Jun 1982 |
| Tempat kelahiran | Liverpool, England |
| Tarikh kematian | |
| Tempat kematian | |