| Ketua Operasi Tentera Laut | |
|---|---|
Cop Mohor Ketua Operasi Tentera Laut | |
Bendera Ketua Operasi Tentera Laut | |
| Jabatan Tentera Laut | |
| Lapor kepada | Setiausaha Pertahanan Setiausaha Tentera Laut |
| Bidang kuasa | Amerika Syarikat |
| Institusi | Tentera Laut Amerika Syarikat |
| Dilantik oleh | Presiden atasnasihat dan persetujuanSenat |
| Tempoh jawatan | 4 tahun Boleh diperbaharui |
| Surat cara pembentukan | 10 U.S.C. § 5033 |
| Dibentuk | 11 Mei 1915 |
| Pemegang pertama | ADMWilliam S. Benson |
| Timbalan/naib | Naib Ketua Operasi Tentera Laut |
| Tapak web | Official Website |
| sunting ·sunting di Wikidata | |
Ketua Operasi Tentera Laut atauChief of Naval Operations (CNO) ialah sejenis jawatan berkanun (10 U.S.C. § 5033) yang disandang oleh laksamana empat bintang dalamTentera Laut Amerika Syarikat, dan merupakan pegawai beruniform paling kanan yang ditugaskan dalamJabatan Tentera Laut. Beliau adalah penasihat ketenteraan dan timbalan kepadaSetiausaha Tentera Laut. Di dalam kapasiti yang berasingan, CNO juga merupakan anggotaKetua Turus Bersama (10 U.S.C. § 151) dan penasihat ketenteraan kepadaMajlis Keselamatan Negara,Majlis Keselamatan Tanah Air,Setiausaha Pertahanan, danPresiden. Ketua Operasi Tentera Laut terkini ialahLaksamanaDaryl Caudle dan jawatan ini setaraf denganPanglima Tentera Laut Malaysia danFirst Sea Lord UK.
Ketua Operasi Tentera Laut ialah sejenis jawatan pentadbiran yang berpengkalan diPentagon, dan walaupun CNO tidak mempunyai kuasa perintah beroperasi keatas pasukan-pasukan Tentera Laut yang sebenar (iaitu dibawah bidang kuasaPanglima-Panglima Medan yang melapor terus kepada Setiausaha Pertahanan), CNO boleh melaksanakan pengawasan unit tentera dan organisasi sebagai wakil dari Setiausaha Tentera Laut.