Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Ketosa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fruktosa, sejenis ketosa. Kumpulan keton ialah oksigen dengan ikatan ganda dua.

Ketosa ialah molekulmonosakarida dengan satu kumpulanketon permolekul.[1][2] Keton paling ringkas ialahdihidroksiaseton yang memiliki hanya tiga atom karbon, dan merupakan satu-satunya ketosa tanpaaktiviti optik. Semua ketosa monosakarida merupakangula penurun kerana dapat menjalanipentautomeran menjadialdosa melalui perantaraenediol, dengan kumpulan aldehid terbitan dapat teroksida seperti dalamujian Tollens atauujian Benedict.[3] Ketosa yang terikat terhadapglikosida, contohnya dalam kes bahagian fruktosa dalamsukrosa, tidak bersifat penurun.[3]

Kimia

[sunting |sunting sumber]

Ketosa dan aldosa dapat dibezakan secara kimia melaluiujian Seliwanoff, di mana sampel dipanaskan dengan asid danresorsinol.[4] Ujian ini bergantung dengantindak balas penyahhidratan yang lebih cepat berlaku dalam ketosa, menyebabkan ketosa yang bertindak lebih pantas berubah warna menjadi merah gelap sementara aldosa membentuk hasil merah jambu ringan. Ketosa boleh menjalani pengisomeran menjadi aldosa melaluitransformasi Lobry-de Bruyn-van Ekenstein.

Contoh ketosa

[sunting |sunting sumber]
Pokok keluargad-ketosa hingga heksosa: dihidroksiaseton (1);d-eritrulosa (2);d-ribulosa (3a);d-xilulosa (3b);d-psikosa (4a);d-fruktosa (4b);d-sorbosa (4c);d-tagatosa (4d)

Semua ketosa di sini ialah 2-ketosa, yaknikumpulan karbonilnya terletak di atom karbon kedua dari hujung:

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Lindhorst, Thisbe K. (2007).Essentials of Carbohydrate Chemistry and Biochemistry (ed. 1st). Wiley-VCH.ISBN 978-3-527-31528-4.
  2. ^Robyt, John F. (1997).Essentials of Carbohydrate Chemistry (ed. 1st). Springer.ISBN 0-387-94951-8.
  3. ^abMcMurry, John E. (2010-01-01).Organic Chemistry: With Biological Applications (dalam bahasa Inggeris). Cengage Learning. m/s. 880.ISBN 978-0495391449.
  4. ^"Seliwanoff's Test". Harper College. Diarkibkan daripadayang asal pada 2017-12-16. Dicapai pada2011-07-10.
Umum
Geometri
Monosakarida
Diosa
Triosa
Tetrosa
Pentosa
Heksosa
Heptosa
Lebih 7
Berganda
Disakarida
Trisakarida
Tetrasakarida
Oligosakarida
lain
Polisakarida
Kawalan kewibawaan: Perpustakaan negaraSunting ini di Wikidata
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ketosa&oldid=6145082"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp