Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Keton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kumpulan Keton

Keton merujuk kepada sama adakelompok berfungsi yang dicirikan oleh kumpulankarbonil (O=C) yang terikat kepada dua atomkarbon, atausebatian kimia yang mengandungi kelompok berfungsi ini. Ia umumnya dapat dilambangkan melaluiformula yang berikut:

R1(CO)R2.

Satukarbon karbonil yang terikat kepada dua atom karbon membezakan keton daripadaasid karboksilik,aldehid,ester,amida, dan sebatian-sebatian lain yang mengandungioksigen. Sebaliknya, ikatan ganda dua kumpulan karbonil membezakan keton daripadaalkohol daneter. Keton yang paling mudah ialahaseton yang juga dikenali sebagai propanon.

Atom karbon yang terletak di sebelah kumpulan karbonil dipanggil α-karbon, manakala atom-atomhidrogen yang terikat pada karbon ini dipanggil α-hidrogen. Dengan adanyamangkin asid, keton akan mengalami apa yang dipanggilketautomeran keto-enol, manakala tindak balas denganbes yang kuat menghasilkanenolat yang sepadan.Diketon ialah sebatian yang mengandungi dua kumpulan keton.


Tatanama

[sunting |sunting sumber]
Aseton, keton yang paling mudah yang juga dikenali sebagai propanon.

Keton umumnya dinamai dengan menggunakantatanamaIUPAC yang menukarkan akhiran-n menjadi-non untuk keluargaalkana. Bagi keton biasa, sesetengah nama tradisi sepertiaseton danbenzofenon digunakan secara meluas, dan nama ini telahpun dikekalkan sebagai nama IUPAC, sungguhpun sesetengah buku tekskimia yang asas menggunakan nama-nama seperti 2-propanon atau propanon.

Ciri-ciri fizikal

[sunting |sunting sumber]

Kumpulan karbonil adalahberkutub dan oleh itu, menyebabkan keton merupakan suatusebatian berkutub. Kumpulan karbonil bertindak balas denganair melaluipengikatan hidrogen, tetapi tidak berupaya mengikat kepada hidrogen pada dirinya. Ia adalah penerima ikatan hidrogen, bukannya penderma ikatan hidrogen. Ini menyebabkan keton lebih meruap, berbanding denganalkohol danasid karboksilik yang mempunyaiberat molekul yang sama.

Ciri-ciri spektroskopi

[sunting |sunting sumber]

Spektroskopi adalah penting untuk mengenalpasti keton. Keton dan aldehaid akan menunjukkan puncak dalamspekroskopi inframerah pada sekitar 1700cm−1 (lebih kurang, bergantung kepada persekitaran kimia).

Sintesis

[sunting |sunting sumber]
  • Keton boleh dibentuk denganpengoksidaan alkohol tahap kedua. Proses ini memerlukan agen pengoksida yang kuat sepertikalium dikromat atau agen lain yang mengandungiCr(VI). Alkohol dioksidakan dengan pemanasan besertarefluks dalam larutan berasid. Sebagai contoh,propan-2-ol dioksidakan menjadi propanon (aseton):
H3C-CH(OH)-CH3 → H3C-CO-CH3
Dua atom hidrogen disingkirkan, meninggakam satu atom oksigen berikatan ganda dua dengan atom karbon.

Penggunaan

[sunting |sunting sumber]

Keton sering dugunakan dalamminyak wangi dancat untuk menstabilkan bahan lain agar tidak terurai dengan cepat. Kegunaan lain adalah sebagai pelarut dan bahan perantaraan dalam industri kimia. Contoh keton adalahAsetofenon,Butanon (metil etil keton) danPropanon (aseton).

Rujukan

[sunting |sunting sumber]

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
  • Kategori berkaitanKetones di Wikimedia Commons
Antarabangsa
Kebangsaan
Lain
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Keton&oldid=4954458"
Kategori:
Kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp