Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Sultan Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripadaKesultanan Terengganu)
SultanTerengganu
Negeri
Penjawat kini
Al-Wathiqu BillahSultan Mizan Zainal Abidin ibniSultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
sejak 15 Mei 1998
kemahkotaan 4 Mac 1999
Butiran
Pewaris takhtaTengku Muhammad Ismail
Penyandang pertamaSultan Zainal Abidin Shah I ibni Dato' Bendahara Seri MaharajaTun Habib Abdul Majid I Al-Idrus
Sultan Terengganu
Wangsa Bendahara
Pembentukan1725; 300 tahun yang lalu (1725)
PersemayamanIstana Syarqiyyah,Kuala Terengganu
Laman sesawangwww.istana.terengganu.gov.my

Sejarah Kesultanan

[sunting |sunting sumber]

Sultan Terengganu ialah ketua negeriTerengganu.Kesultanan Terengganu bermula pada tahun 1725 dengan Sultan Zainal Abidin. Sultan Terengganu kini ialahSultan Mizan Zainal Abidin.

Pengasas Kesultanan Terengganu hari ini ialah Sultan Muhammad Ismail. Baginda ialah putera Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Padang Saujana). Mengikut buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk (Raja Tua) di atas perintah Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Sumber yang lain menyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas takhta kerajaan Terengganu oleh Phra Nang Chau Yang, Raja Patani.

Mengikut Hikayat Johor Serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Patani setelah Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu disekitar tahun 1688. Ketika berada di Patani, Tun Zainal Abidin dijadikan anak angkat oleh Raja Patani, Phra Nang Chau Yang.

Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada tahun 1708, berdasarkan duit kupang emas Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin tidak lama bersemayam di Tanjung Baru, Kuala Berang, berpindah ke Kota Batang Mahang, Langgar dan Pulau Manis. Kemudian berpindah lagi ke Chabang Tiga, Kuala Terengganu dan akhirnya di kawasan berhampiran Bukit Keledang (Kota Lama).

Sultan Zainal Abidin digantikan oleh putera baginda, Ku Tana Mansur (Sultan Mansur I) pada tahun 1733, ketika berusia 7 tahun. Baginda memerintah Terengganu sehingga tahun 1794. Pada tahun 1739, Sultan Mansur Shah 1 berkahwin dengan Raja Bulang, anak Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor kedua. Berikutnya berkahwin pula dengan Raja Bakul, putera Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ketika menduduki takhta kerajaan Terengganu, Sultan Mansur 1 telah menghabiskan empat belas tahun (1746 - 1760) daripada masa pemerintahannya di Riau, terlibat dalam persaingan di antara orang Melayu dengan orang Bugis. Apabila pulang ke Terengganu pada 1760, baginda terlibat pula dalam politik Kelantan membantuLong Yunus (Yang DiPertuan Kelantan), putera Long Sulaiman ibni Long Bahar menduduki takhta kerajaan Kelantan pada tahun 1776.

Sultan Mansur digantikan oleh putera bagindaSultan Zainal Abidin II (1794 - 1808). Pada masa pemerintahan baginda, berlaku peperangan dengan Kelantan yang dipimpin olehLong Muhammad ibni Long Yunus, Raja Kelantan. Terengganu dikalahkan dan seterusnya Kelantan berjaya membebaskan diri daripada naungan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad (1808 - 1830), Sultan Abdul Rahman (1830), Sultan Daud (1830-1831), Sultan Mansur II (1831 - 1837), Sultan Muhammad (1837 - 1839), Baginda Omar (1839 - 1876). Baginda Omar pernah menduduki takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1831 menggantikan Sultan Daud. Tetapi baginda diturunkan dari takhta kerajaan oleh Tengku Mansur dan seterusnya sebagai Sultan Mansur II. Sultan Mansur II digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad. Pada tahun 1839, Baginda Omar berjaya mengalahkan Sultan Muhammad ismail dan seterusnya menduduki takhta kerajaan Terengganu. Ketika pemerintahan baginda, Terengganu berkembang maju.

Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II (1876 - 1881). Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (1881 - 1918). Ketika pemerintahan baginda, British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu yang di antara lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II (1918 - 1920) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920 - 1942).

Apabila Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah mangkat pada 26 September 1942, putera sulung al-Marhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Tengku Ali menduduki tahta kerajaan Negeri Terengganu dengan gelaran Sultan Ali Shah (1942-1945). Baginda ditabalkan di hadapan kerabat-kerabat diRaja Terengganu secara sah.

Tengku Sri Paduka Raja, Tengku muhammad Ismail diisythiarkan sebagai Sultan Terengganu pada 16 Disember 1945, setelah beliau menjalankan suatu konspirasi bersama 13 orang kerabat diRaja Terengganu bagi menjatuhkan Sultan Ali Shah yang merupakan Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Terengganu yang sah. Beliau seterusnya ditabalkan pada tahun 1949 dengan gelaranSultan Ismail Nasiruddin Shah. Tengku Ismail Nasiruddin dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke-6 dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970. Dalam tempoh itu Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu. Apabila Tengku Ismail Nasiruddin Shah mangkat pada tahun 1979, takhta kerajaan digantikan oleh putera baginda, Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Tengku Mahmud. Baginda menduduki takhta kerajaan Terengganu dengan gelaranSultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Sultan Mahmud mangkat pada 14 Mei 1998 di Singapura. Dengan itu, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Yang Dipertuan MudaTengku Mizan Zainal Abidin

Senarai Sultan Terengganu

[sunting |sunting sumber]

Berikut merupakan senarai sultanTerengganu dari permulaan Kesultanan Terengganu sehingga kini[1].

Sultan-sultan Terengganu
BilanganSultanPemerintahan
01Sultan Zainal Abbiddin Shah I[2]1708 -1733
02Sultan Mansur Abbiddin Shah I[3]1733 -1794
03Sultan Zainal Abbiddin Shah II[4]1794 -1808
04Sultan Ahmad Muazzam Shah I[5]1808 -1830
05Sultan Abdul Rahman Shah[6]1830 -1831
06Sultan Dhaud Riayat Shah[6]1831 -1831
07Sultan Mansur Abbidin Shah II[7]1831 -1836
08Sultan Muhammad Muazzam Shah I[7]1836 -1839
09Sultan Ommar Riayat Shah[7]1839 -1876
10Sultan Mahmudd I al-Mustaffar Shah1876 -1877
11Sultan Ahmad Muazzam Shah II[7]1877 -1881
12Sultan Zainal Abbiddin Shah III[8]1881 -1918
13Sultan Muhammad Muazzam Shah II[9]1918 -1920
14Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah[9]1920 -1942
15Sultan Ali Bhadrull Hassan Shah[9]1942 -1945
16Sultan Ismail Nasiruddin Shah[10]1945 -1979
17Sultan Mahmudd II al-Muktaffi Billah Shah[10]1979 -1998
18Sultan Mizan Zainal Abidin[10]1998 - kini

Rujukan

[sunting |sunting sumber]

Nota kaki

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan, 2011, m/s 36-38
  2. ^"Terengganu".The Royal Ark. Christopher Buyers. 2008. Dicapai pada19 Januari 2010.
  3. ^"Terengganu".The Royal Ark. Christopher Buyers. 2008. Dicapai pada19 Januari 2010.
  4. ^"Terengganu".The Royal Ark. Christopher Buyers. 2008. Dicapai pada19 Januari 2010.
  5. ^"Terengganu".The Royal Ark. Christopher Buyers. 2008. Dicapai pada19 Januari 2010.
  6. ^ab"Terengganu".The Royal Ark. Christopher Buyers. 2008. Dicapai pada19 Januari 2010.
  7. ^abcd"Terengganu".The Royal Ark. Christopher Buyers. 2008. Dicapai pada19 Januari 2010.
  8. ^"Terengganu".The Royal Ark. Christopher Buyers. 2008. Dicapai pada19 Januari 2010.
  9. ^abc"Terengganu".The Royal Ark. Christopher Buyers. 2008. Dicapai pada19 Januari 2010.
  10. ^abc"Terengganu".The Royal Ark. Christopher Buyers. 2008. Dicapai pada19 Januari 2010.
Ikon tunas

Rencana berkaitanMalaysia ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Sistem beraja di Malaysia
Yang di-Pertuan Agong
Pertama ·Ke-2 ·Ke-3 ·Ke-4 ·Ke-5 ·Ke-6 ·Ke-7 ·Ke-8 ·Ke-9 ·Ke-10 ·Ke-11 ·Ke-12 ·Ke-13 ·Ke-14 ·Ke-15 ·Ke-16 ·Ke-17(Terkini)
Raja negeri-negeri Melayu
Pemerintah negeri tidak beraja
Darjah kebesaran
Istana dan Pejabat
Pentadbiran Diraja
Istana Negara -Istana Melawati (Malaysia) ·Istana Arau (Perlis) ·Istana Anak Bukit (Kedah) ·Istana Alam Shah (Selangor) ·Istana Iskandariah (Perak) ·Istana Besar Seri Menanti (Negeri Sembilan) ·Istana Abu Bakar (Pahang) ·Istana Bukit Serene (Johor) ·Istana Syarqiyyah (Terengganu) ·Istana Balai Besar -Istana Telipot (Kelantan)
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sultan_Terengganu&oldid=6685689"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp