Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Kesatuan hipostatik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebahagian daripada siri
Kristologi
Kristus Pantocrator

Kesatuan ataupersatuan hipostatik (daripada bahasa Yunani:ὑπόστασιςhipostasis, "diri, persona, peribadi") ialah istilahteologiKristian yang digunakan dalamKristologi bagi kesatuan sifat manusia dan ilahi Yesus Kristus dalam satu hipostasis, atau persona.[1]

Dalam bahasa mudah, konsep kesatuan hipostatik menyatakan bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan sepenuhnya dan manusia sepenuhnya. Dia tuhan seluruhnya dan manusia seluruhnya secara serentak, mempunyai dua sifat dalam satu.

Pengakuan Iman Athanasia bersaksi ke atas doktrin ini dan menegaskan kepentingannya dengan mengucap, "Dia ialah Tuhan daripada zat Bapa, diperanakkan sebelum masa; dan Dia ialah manusia daripada zat ibunya, dilahirkan pada waktunya; Tuhan sepenuhnya, manusia sepenuhnya, dengan jiwa rasional dan daging manusia; setara dengan Bapa dalam ketuhanan, lebih rendah daripada Bapa dalam kemanusiaan. Walaupun dia Tuhan dan manusia, Kristus tetap bukan dua tetapi satu. Dia satu bukan kerana ketuhanannya menjadi daging tetapi kerana Tuhan menjadi manusia. Dia adalah satu, bukan kerana zatnya bercampur tetapi kerana kesatuan peribadinya. Kerana sebagaimana satu manusia ialah kedua-dua jiwa rasional dan daging, begitu jugalah Kristus adalah kedua-dua Tuhan dan manusia."

Hipostasis

[sunting |sunting sumber]
Ikon tertuaKristus Maha Kuasa, diBiara Saint Catherine. Dua ekspresi muka yang berbeza di kedua-dua belah wajah menekankansifat duaan Kristus sebagai kedua-dua tuhan dan manusia.[2][3]
Komposit kedua-dua belah wajah.

Istilah Yunanihipostasis (ὑπόστασις) mula digunakan sebagai istilah teknikal sebelum perdebatan Kristologi pada akhir abad ke-4 dan ke-5. Pada zaman pra-Kristian, falsafah Yunani (terutamanyaStoikisme) menggunakan perkataan ini.[4][5]Hipostasis kemudian digunakan dalamPerjanjian Baru dan digunakan sebagai istilah teknikal kemudian.[6] Walaupun ia boleh diterjemahkan secara harfiah sebagai "intipati", ini menimbulkan pelbagai kekeliruan[7] jadi sesetengah Alkitab sepertiNew American Standard Bible menterjemahkannya sebagai "subsistence" (subsistensi).Hipostasis merujuk kepada individu-individu dalam Tritunggal, bahawa ketiga-tiga entiti merupakan persona yang berbeza dan tersendiri dan wujud secara konkrit, bukan abstrak seperti ideal-ideal Plato.

DalamFragmen Falsafah olehKierkegaard, sifat duaan Kristus dilihat sebagai satu paradoks, "paradoks terbesar", kerana Tuhan, kewujudan yang Maha Baik, Maha Bijaksana, Maha Kuasa, menjadi manusia seperti yang ditakrifkan dalamfahaman Kristian: dibebani dosa, terbatas dalam kebaikan, pengetahuan dan pemahaman.[8] Kierdegaard percaya paradoks ini hanya boleh diselesaikan dengan mengabaikan logik dan percayanya semata-mata.

Kerana kesatuan ini dipercayai tidak dapat dijangkau fahaman manusia, kesatuan hipostatik juga dipanggil "kesatuan mistik".

Penggunaan dalam sejarah

[sunting |sunting sumber]

Apollinaris dari Laodicea ialah orang pertama yang menggunakan istilah hipostasis untuk cuba memahamiPenjelmaan.[9] Apollinaris percaya Yesus mempunyai sifat tuhan dan manusia yang bersatu, membentuk satu identiti tunggal—satu hipostasis.

Majlis Efesus

[sunting |sunting sumber]

Pada abad ke-5, satu pertikaian timbul antaraCyril dari Iskandariah danNestorius. Nestorius percaya perkataanteotokos tidak boleh digunakan untuk Maria, bonda Yesus. Nestorius berhujah Yesus mempunyai dua intipati atau hipostasis yang berbeza: tuhan dan manusia. Beliau menegaskan bahawa tuhan tidak boleh dilahirkan daripada manusia kerana tuhan bersifat tidak dilahirkan.Majlis Efesus pada tahun 431, diketuai oleh Cyril dan Uskup Memnon dari Efesus, melabelkan Nestorius seorang penyokong adopsionisme (bahawa Yesus menjadi tuhan dan Anak Tuhan pada nama, bukan betul-betul) dan mengecapkan beliau sesat. Dalam surat kepada Nestorius, Cyril menggunakan kata adjektif "hipostatik" (Greek, καθ᾽ ὑπόστασινkath' hypóstasin) untuk menjelaskan bahawa Yesus bersifat tuhan dan manusia dalam satu: “Kita mesti perhatikan semua perkataan dan ajaran ini, dan ingat apakah maksud 'menjadi manusia' .... Kami berpendapat ... bahawa Firman itu, dengan menyatukan dirinya secara hipostatik kepada manusia yang dihidupkan oleh jiwa rasional, menjadi insan dalam cara yang tidak dapat dijelaskan atau difahami.” Cyril juga menekankan “μία φύσις τοῦ θεοῦ λόγου σεσαρκωμένη, yang bermaksud "fisis ["sifat"] satu Firman Tuhan yang menjadi manusia" (atau "fisis satu Tuhan Firman yang menjadi manusia")”[10]

Majlis Kalsedon

[sunting |sunting sumber]

Ahli teologi Antiokhia yang terkemuka bernama Theodore dari Mopsuestia menentang ajaran sesatmonofisitApollinarisme. Beliau percaya bahawa dalam Kristus terdapat dua sifat (diofisit), manusia dan ilahi, dan dua hipostasis yang berasingan (dalam sensa "subjek", "zat" tetapi bukan "peribadi") yang wujud bersama.[11] Walau bagaimanapun, pada zaman Theodore perkataanhipostasis boleh digunakan secara bersilih ganti denganousia (yang jelas bermaksud "zat" dan bukannya "peribadi") seperti yang digunakan oleh dua orang ahli teologi, Tatian dan Origen. Idea tentang bagaimana Theodore memahami peranan Kristus dalam agama Kristian, berdasarkan teks Yunani dan Latin, telah dipersoalkan selepasUcapan-ucapan Mengenai Katekismus beliau dalam bahasa Suryani ditemui.

Pada tahun 451, Majlis Ekumenikal Kalsedon menggubalDefinisi Kalsedon. Ia bersetuju dengan Theodore bahawa terdapat dua sifat dalam Yesus. Namun begitu,Majlis Kalsedon juga berkeras agar perkataan hipostasis digunakan seperti yang ditakrifkan dalam fahaman Tritunggal: untuk menandakan persona (prosopon), bukan sifat sahaja seperti Apollinaris.

Penolakan Definisi Kalsedon oleh Gereja Ortodoks Oriental

[sunting |sunting sumber]

Selepas menolak Definisi Kalcedon,Gereja Ortodoks Oriental digelarkan sebagai golonganMiafisitisme kerana mereka mengikut definisi Cyril bahawa Tuhan Anak mempunyai hanya satu sifat. MazhabKalsedon bersaksi bahawa Yesus mempunyai "dua sifat" (bersandarkan Kolose 2:9) tetapi Ortodoks Oriental percaya ia turun daripada dan menyerupai fahamanNestorianisme tentang Kristus.[12] Mazhab Kalsedon pula percaya Ortodoks Oriental mengikutMonofisitismeEutyches. Walau bagaimanapun, Ortodoks Oriental bertegas mereka tidak pernah mempercayai doktrinEutyches dan menegaskan apa yang mereka percaya tentang sifat manusia Kristus adalah sama dengan kita. Mereka lebih suka dipanggil mazhabMiafisit, seperti dalam frasa Kristologi Cyril yang mengatakan, "μία φύσις τοῦ θεοῦ λόγου σεσαρκωμένη" (mía phýsis toû theoû logou sesarkōménē, Tuhan yang Menjelma Menjadi Manusia bersifat satu).Miafisik bermaksud bahawa Kristus mempunyaisatu sifat yang bersatu dan bukannya satu sifat yang tunggal (monofisit). Kepercayaan ini mengatakan bahawa walaupun Yesus Kristus mempunyai dua sifat, kedua-dua sifat sentiasa bekerjasama sebagai satu ketika Yesus masih hidup di Bumi.

Pada tahun 1989 dan 1990, para pemimpin dari gerejaOrtodoks Timur danOrtodoks Oriental menandatangani satu perisytiharan[13] supaya dapat bersatu semula (untuk lebih lanjut, lihatMiafisitisme). Dalam cara yang sama, pemimpin-pemimpinGereja Assyria Timur, yang memuliakanNestorius danTheodore, menandatangani perjanjian bersama dengan pemimpinGereja Roman Katolik pada tahun 1994 mengakui bahawa perselisihan mereka kebanyakannya mengenai istilah yang mereka gunakan, bukan maksud sebenarnya.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Chafer, L. S. (1947, cetakan semula 1993). God the Son: The Hypostatic Union.Systematic Theology. m/s 382–384.ISBN0-8254-2340-6(Google Books)
  2. ^Schönborn, C. (1994).God's human face: The Christ icon. Ignatius Press.ISBN0-89870-514-2. m/s 154.
  3. ^Galey, J. (1986).Sinai and the Monastery of St. Catherine.ISBN977-424-118-5. m/s 92.
  4. ^R. Norris, "Hypostasis," dalam The Encyclopedia of Early Christianity, ed. E. Ferguson. New York: Garland Publishing, 1997
  5. ^Aristotle, "Mund.", IV, 21.
  6. ^Terdapat lima tempat ia muncul dalam Perjanjian Baru, umumnya digunakan dengan sensa keyakinan, pengukuhan, kenyataan. Takrif (harfiah: sesuatu yang menjadi dasar): (a) keyakinan, jaminan, (b) sesuatu yang mengukuhkan (atau menjadikan nyata), atau penjaminan, (c) pengukuhan, kenyataan. Tempat ia muncul: 2 Korintus 9:4 – ἐν τῇὑποστάσει ταύτῃ (dengan keyakinan begini); 2 Korintus 11:17 – ταύτῃ τῇὑποστάσει τῆς καυχήσεως (dalam keyakinan berbangga); Ibrani 1:3 –χαρακτὴρ τῆςὑποστάσεως αὐτοῦ φέρων (dan gambaran sempurna kewujudan-Nya, dan memelihara); Ibrani 3:14 –ἀρχὴν τῆςὑποστάσεως μέχρι τέλους (kita berpegang kepada keyakinan kita yang kita miliki dari mula-mulanya); dan Ibrani 11:1 – πίστις ἐλπιζομένωνὑπόστασις πραγμάτων ἔλεγχος (iman adalah kepastian akan perkara-perkara yang diharapkan). Lihat:http://biblehub.com/str/greek/5287.htm
  7. ^Placher, William (1983).A History of Christian Theology: An Introduction. Philadelphia: Westminster Press. m/s. 78–79.ISBN 0-664-24496-3.
  8. ^Kierkegaard, S. (2009). Concluding Unscientific Postscript. hlm. 217 (baca hlm. 202-217). Lihat jugaPhilosophical Fragments hlm. 31-35; dan Kierkegaard & Lowerie. (1941).The sickness unto death (No. Part I). hlm. 132-133 Hannay.
  9. ^Gregory of Nyssa,Antirrheticus Adversus Apollinarem.
  10. ^Cyril, S. (1987). St. Cyril of Alexandria. terj. John McEnerney. Washington D.C.: Catholic University of America. Cetakan.
  11. ^"Theodore" dalamThe Westminster Dictionary of Christian History, ed. J. Brauer. Philadelphia: Westminster Press, 1971.
  12. ^Britishorthodox.orgDiarkibkan Jun 19, 2008, diWayback Machine
  13. ^Joint Commission of the Theological Dialogue between the Orthodox Church and the Oriental Orthodox Churches."Agreed Statements between the Orthodox Church and the Oriental Orthodox Churches (June 1989 & September 1990)"(PDF).

Sumber

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kesatuan_hipostatik&oldid=6213252"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2026 Movatter.jp