Kertas kerjaAnnus Mirabilis (bahasa Latin: bermaksud "tahun penuh keajaiban") merupakan satu siri yang terdiri daripada empat kertas kerja yang diserahkan olehAlbert Einstein kepadaAnnalen der Physik, sebuah jurnal dariJerman, pada tahun1905. Siri ini yang dikarang tanpakarya ilimiah untuk rujukan telah diiktirafkan sebagai penyediaan asasfizik moden.
Bertajuk "Sudut PandanganHeuristik Mengenai Penghasilan dan PengubahanCahaya" ("Über einen die Erzeugung und Verwandlung des Lichtes betreffenden heuristischen Gesichtspunkt"), kertas kerja ini membentangkan bahawa "kuantum tenaga" (kini digelarkan "foton") adalah benar serta mempertunjukkan bagaimana ia boleh dipergunakan untuk menerangkan fenomena sepertikesan fotoelektrik.
Kertas kerja ini telah dipetik untukHadiah Nobel pada tahun1921. WalaupunMax Planck pernah mengkuantumkan tenaga dalamhukum sinaran jasad hitamnya yang diterbit pada1901, beliau menganggap bahawa ini cuma merupakan muslihatmatematik dan bukannya benar.
Dalam rencananya yang bertajuk "Mengenai Pergerakan Yang DiperlukanTeori Haba Molekul Kinetik Berkenaan Dengan Zarah Kecil Yang Tergantung di Cecair Pegun" ("Über die von der molekularkinetischen Theorie der Wärme geforderte Bewegung von in ruhenden Flüssigkeiten suspendierten Teilchen"), Einstein menyelidikipergerakan Brown dan menyempurnakan bukti empirik tentang kewujudanatom.
Sebelum kertas kerja ini, atom telah diiktirafkan sebagai sebuah konsep yang berguna, akan tetapi ahli-ahli fizik dan ahli-ahli kimia masih tengah memperdebatkan adakah atom-atom merupakan entiti yang benar. Perbincangan statistik Einstein tentang tindakan atom memberi ahli-ahli uji kaji satu cara bagi menghitungkan atom dengan menggunakanmikroskop biasa.Wilhelm Ostwald, salah seorang daripada aliran fikiran anti-atom kemudian memberitahuArnold Sommerfeld bahawa beliau telah menukar haluan disebabkan penjelasan Einstein tentang pergerakan Brown.
Kertas kerja ketiga bertajuk "MengenaiElektrodinamik Jasad-jasad Bergerak" ("Zur Elektrodynamik bewegter Körper") diterbitkan pada September 1905. Kertas kerja ini memperkenalkanteori relatif khas mengenaimasa,jarak,jisim dantenaga yang sejajar denganelektromagnetisme, tetapi tidak memasukkan kuasagraviti.
Semasa mengembangkan kertas kerja ini, Einstein telah bersurat kepada isterinya, Mileva Mariv, tentang "kerja kami mengenai gerakan relatif". Oleh sebab itu, terdapat sebahagian orang yang menanyakan adakah Mileva memainkan peranan dalam perkembangan kerja kertas ini.
Kertas kerja keempat bertajuk "AdakahInersia Jasad Tergantung Kepada Kandungan Tenaganya?" ("Ist die Trägheit eines Körpers von seinem Energieinhalt abhängig?") diterbit pada akhir tahun 1905. Kertas kerja ini mempertunjukkan lagi satu kesimpulan daripada aksiom-aksiom kerelatifan, yakni persamaan E = mc² yang termasyhur, denganE merupakan tenaga jasad rehat,m merupakan jisim danc merupakan laju cahaya.
Kebanyakan ahli-ahli fizik bersetuju bahawa salah tiga daripada siri kertas kerja ini, iaitu yang berkenaan dengan pergerakan Brown, kesan fotoelektrik dan kerelatifan khas sepatutnya layak dianugerahkan dengan Hadiah-hadiah Nobel. Walau bagaimanapun, cuma kertas kerja yang berkenaan dengan kesan fotoelektrik telah memenangi hadiah. Ini merupakan ironi, bukan sahaja kerana Einstein lebih dikenali untuk kerelatifannya, tetapi juga kerana kesan fotoelektrik merupakan fenomena kuantum, dan Einstein telah mengumumkan kekecewaannya tentang laluan yang diambil olehteori kuantum. Di sebaliknya, Jawatankuasa Nobel mengatakan bahawa keputusan untuk memberi pujian kepada teori fotoelektrik merupakan keputusan yang kurang berkontroversi dan lebih senang diterima oleh komunitiahli sains.
Apa yang menyebabkan siri kertas kerja Einstein ini luar biasa adalah kerana di setiap kes, Einstein telah mengajukan gagasan-gagasan daripadafizik teori ke kesimpulan lojik yang terakhir dan dapat menerangkan kesudahan uji kaji yang telah membingungkan ahli-ahli sains selama berdekad-dekad.