Kereta api bukit, juga dipanggilkereta api funikular ataukereta api cerun merupakan sejeniskereta kabel di mana kabel dipasang pada sepasang kenderaan yang menyerupai kereta api padalandasan dan seterusnya kenderaan tersebut digerakkan menaiki dan menurunicerun curam; pergerakan naik turun bukit bagi setiap kereta api saling mengimbang antara satu sama lain.
Prinsip asas pengendalian kereta api bukit ialah kedua-dua kereta api disambungkan secara kekal melalui kabel - satu di puncak bukit manakala satu lagi di kaki bukit - yang digerakkan olehtakal di puncak bukit. Pengimbangan kedua-dua kereta api, dengan satu mendaki dan satu lagi menuruni cerun mengurangkan masukan tenaga yang diperlukan bagi menggerakkan kereta api yang mendaki bukit. Ia dilakukan dengan menggunakanmotor elektrik yang menggerakkan takal. Roda-roda pada landasan memandu kabel yang menyokong kereta api.
Ilustrasi susun atur landasan 4 rel, 3 rel dan 2 rel (perhatikan selang pada rel, serta roda bukan konvensional pada susun atur 2 rel).
Kereta api bukit terawal menggunakan dua landasan lurus selari, dengan pelantar stesen berasingan bagi setiap kereta api. Landasan dibina dengan ruang mencukupi bagi kedua-dua kereta api untuk berselisih di pertengahan jalan. Roda kereta api biasanya berbibir tunggal sebagaimana kereta api biasa. Contoh landasan jenis sebegini ialahDuquesne Incline diPittsburgh, Pennsylvania, serta kebanyakan kereta api bukit diUK.
Susun atur landasan yang memerlukan kurang lebar landasan sudah dibangunkan, dengan hanya dua atau tiga rel bagi kebanyakan cerun dan empat rel di bahagian yang berselisih.
Jurutera SwitzerlandCarl Roman Abt mencipta kaedah yang membolehkan gerabak menggunakan konfigurasi dua rel: roda di bahagian luar mempunyai bibir pada kedua-dua belah, yang menjadikan kereta api mengikut rel luar, sekaligus mengekalkan kedudukan kereta api, manakala roda di bahagian dalam pula tidak berbibir serta bergerak di atas rel bertentangan, membolehkan kereta api melintasi rel (dan kabel) di landasan selisih. Kaedah ini tidak memerlukan suis dan lintasan, memandangkan kereta api dengan roda berbibir di salah satu sisi secara automatik memilih landasan berbeza.
Bagi susun atur tiga rel, rel tengah dikongsi oleh kedua-dua kereta api. Susun letak tiga rel lebih lebar daripada dua rel, tetapi gelung selisih pula lebih mudah untuk dibina.[1]
Susun atur landasan juga boleh diubah semasa pengubahsuaian sistem kereta api bukit, dan biasanya sistem empat rel dibina semula sebagai sistem dua atau tiga rel; contohnyaKereta Kabel Wellington diNew Zealand dibina semula dengan dua rel.