Kerajaan Belanda (Belanda:Koninkrijk der Nederlanden;pronounced [ˈkoːnɪŋkrɛiɡdɛrˈneːdərlɑndə(n)] (
dengar)),[a] biasanya dikenali sebagaiBelanda,[b] ialah sebuahnegara berdaulat danmonarki berperlembagaan dengan 98% wilayah dan penduduknya diEropah Barat dan dengan beberapa wilayah pulau kecilIndia Barat diCaribbean (dalam kumpulanKepulauan Lindung Angin dan Antilen Lindung Angin).
Empat bahagian Kerajaan—Aruba,Curaçao,Belanda danSint Maarten— ialah negara juzuk (landen; kata tunggalland) dan mengambil bahagian atas dasar persamaan sebagai rakan kongsi dalam Kerajaan.[1] Walau bagaimanapun, dalam praktiknya, kebanyakan urusan Kerajaan ditadbir oleh tanah besar Belanda— yang merangkumi kira-kira 98% daripada kawasan tanah dan penduduk Kerajaan— bagi pihak seluruh Kerajaan. Akibatnya, Aruba, Curaçao dan Sint Maarten bergantung kepada Belanda dalm hal-hal sepertidasar luar danpertahanan, tetapi berautonomi pada satu tahap tertentu, denganparlimen mereka sendiri.
Sebahagian besar kawasan tanah negara juzuk Belanda adalah di Eropah, manakala tiga perbandaran khasnya (Bonaire,Sint Eustatius danSaba) terletak di Caribbean, begitu juga dengan tiga negara juzuk yang lain. Kerajaan ini mempunyai penduduk sebanyak 17,737,438 orang setakat November 2019[kemas kini].
Kerajaan Belanda terdiri daripada empat negara juzuk: Belanda, Aruba, Curaçao, dan Sint Maarten. Terdapat perbezaan antaraKerajaan Belanda danBelanda: Kerajaan Belanda ialah sebuah negara berdaulat yang komprehensif, manakala Belanda adalah salah satu daripada empat negara juzuknya. Tiga pulau Caribbean (Aruba, Curaçao, dan Sint Maarten) adalah tiga negara juzuk selebihnya. Tiga pulau Caribbean lain (Bonaire, Sint Eustatius, dan Saba) adalah perbandaran khas dalam negara Belanda. Sehingga pembubarannya pada 2010, pulau-pulau itu telah membentukAntillen Belanda, kecuali Aruba, yang meninggalkan kumpulan itu pada 1986.
Negara juzuk Kerajaan Belanda| Negara | Penduduk
(November 2019) | Peratusan penduduk Kerajaan | Luas[2] | Peratusan luas Kerajaan | Ketumpatan penduduk |
|---|
| | Subbahagian |
|---|
Belanda[c] | 17,424,978 | 98.24% | 41,873 km2 (16,167 bt2) | 98.45% | 516/km2 (1,340/sq mi) |
| Wilayah Belanda Eropah | 17,399,821 | 98.10% | 41,545 km2 (16,041 bt2) | 97.68% | 521/km2 (1,350/sq mi) |
Bonaire†‡ | 20,104 | 0.11% | 288 km2 (111 bt2) | 0.69% | 69/km2 (180/sq mi) |
Saint Eustatius†‡ | 3,138 | 0.02% | 21 km2 (8.1 bt2) | 0.05% | 150/km2 (390/sq mi) |
Saba†‡ | 1,915 | 0.01% | 13 km2 (5.0 bt2) | 0.03% | 148/km2 (380/sq mi) |
Aruba† | 112,309 | 0.63% | 180 km2 (69 bt2) | 0.42% | 624/km2 (1,620/sq mi) |
Curaçao† | 158,665 | 0.89% | 444 km2 (171 bt2) | 1.04% | 358/km2 (930/sq mi) |
Sint Maarten† | 41,486 | 0.23% | 34 km2 (13 bt2) | 0.08% | 1,221/km2 (3,160/sq mi) |
Kerajaan Belanda | 17,737,438 | 100.00% | 42,525 km2 (16,419 bt2) | 100.00% | 515/km2 (1,330/sq mi) |
|---|
† SebahagianCaribbean Belanda. ‡ SebahagianBelanda Caribbean. |
Jadual perbandingan
| Subbahagian | Mata wang | Bahasa utama | Agama utama |
|---|
| Belanda | Euro | Belanda | Tiada agama, Kristian |
| Bonaire | Dolar AS | Papiamento, Belanda (rasmi) | Katolik, Protestan |
| Sint Eustatius | Dolar AS | Inggeris, Belanda (rasmi) | Protestan, Katolik |
| Aruba | florin Aruba | Papiamento, Belanda (rasmi), Sepanyol | Katolik |
| Saba | dolar AS | Inggeris, Belanda (rasmi) | Katolik |
| Curaçao | Guilder Antillen Belanda | Papiamento, Belanda (rasmi) | Katolik |
| Sint Maarten | Guilder Antillen Belanda | Inggeris, Belanda (rasmi), Sepanyol | Katolik, Protestan |
| Masa | negara | Perubahan |
|---|
| 1954–1975 | | Piagam Kerajaan Belanda ditandatangani |
| 1975–1986 | | Suriname memperoleh kemerdekaan dan menjadi Suriname |
| 1986–2010 | | Aruba berpisah dari Antillen Belanda untuk menjadi negara juzuk dengan haknya sendiri |
| 2010–sekarang | | Antillen Belanda dibubarkan. Curaçao dan Sint Maarten menjadi negara juzuk, manakala pulau BES menjadi majlis perbandaran khas Belanda. |
- ^Secara berasingan,Koninkrijk disebut[ˈkoːnɪŋkrɛik].
- ^Tidak dikelirukan dengan negara juzukBelanda yang merupakan sebahagian Kerajaan. Ia boleh merujuk kepada Kerajaan dalam sesetengah konteks formal.
- ^The population statistics of the Central Bureau of Statistics for the Netherlands do not include the Caribbean Netherlands (Source 1,2). The number given here results from adding the population statistics of the Netherlands with those of the Caribbean Netherlands.
|
|---|
| Umum | |
|---|
| Perpustakaan negara | |
|---|
| Lain-lain | |
|---|