Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Keragaman bahasa Arab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana inimungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripadarencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Arab. (Jan 2024)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
  • Lihat versi rencana Arab itu yang diterjemahkan oleh mesin.
  • Terjemahan mesin Google adalah permulaan yang berguna untuk terjemahan, tetapi penterjemah harus membaiki kesalahan-kesalahan mengikut keperluan dan mengesahkan bahawa terjemahan itu adalah tepat, bukan sahaja salin dan tampal teks keterjemahan mesin ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu.
  • Jangan terjemah teks yang tidak boleh dipercayai atau berkualiti rendah. Jika boleh, sahkan teks dengan rujukan yang disediakan dalam rencana bahasa asing.
  • Selepas menterjemah, templat{{Laman diterjemahkan|ar|لهجات عربية}} hendaklah ditambah padalaman perbincangan untuk memastikan pematuhan kepadahak cipta.
  • Untuk panduan lebih lanjut, sila lihatWikipedia:Terjemahan.
Lahjah-lahjah dituturkan dalamdunia Arab

Bahasa Arab dalamrumpun Semitik yang berasal dariSemenanjung Arab dituturkan dalampelbagai jenis ragam atau "lahjah" (لَهْجَةlahjahmufradلَهَجَاتlahajātjamak[1]) yang tersendiri dengan namaالدارجةad-dārijah di belah barat (Maghrib) danالعاميةal-ʿāmmiyyah "bahasa am" di belah timur sepertiSyam danHijaz. Perbezaan terbesar terdapat pada bahasa-bahasa pertuturan di rantau-rantau berbeza. Sesetengah lahjat bahasa Arab diAfrika Utara misalnya tidak dapat difahami oleh seorang penutur bahasa Arab yang datang dari wilayah Syam ataupunTeluk Parsi; oleh itu para penutur Arab yang hendak berkomunikasi lebih memahami sesama mereka menggunakanbahasa Arab Fusha yang dipelajari di bangku sekolah di samping lahjah ibunda mereka.

Tambah lagi, perbezaan ketara juga terdapat (antara lain) antara pertuturan orangBadwi dengan pertuturan orang bandar, desa dengan kota, etnik, kumpulan agama, kelas sosial, lelaki dengan wanita, dan yang muda dengan yang tua. Perbezaan ini sedikit sebanyak dapat diselaraskan. Sering kali penutur bahasa Arab dapat menyesuaikan pertuturan mereka dalam beraneka ragam mengikut konteks dan niat mereka – misalnya, untuk bercakap dengan orang yang datang dari wilayah atau rantau lain, untuk menunjukkan tahap pendidikan, ataupun untuk mengguna kuasa bahasa yang digunakan.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005).Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 331.ISBN 967-65-7321-3.
Kawalan kewibawaan: Perpustakaan negaraSunting ini di Wikidata
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Keragaman_bahasa_Arab&oldid=6069891"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp