Dodo, ditunjukkan di sini dalam ilustrasi 1651 olehJan Savery, sering dirujuk sebagai contoh kepupusan moden
Dalambiologi danekologi,kepupusan bermaksud kematian suatuspesies atau kumpulantakson dari mukaBumi ini. Saat kepupusan biasanya dianggap sebagai kematian individu terakhir dalam kumpulan (walaupun keupayaan untuk membiak dan pulih mungkin telah tiada sebelumnya). Disebabkan taburan potensi spesies mungkin sangat besar, menentukan saat ini agak sukar, dan biasanya dilakukan secara retrospektif (melihat kembali). Kesukaran ini membawa fenomena sepertiLazarus taxa, di mana spesies yang dianggap telah pupus tiba-tiba "muncul kembali" (biasanya dalamrekod fosil) selepas satu tempoh kehilangan nyata.
Spesies tipikal (biasa) mengalami kepupusan dalam 10 juta tahun selepas kemunculan pertamanya,[1] walaupun beberapa spesies, dipanggilfosil hidup, hidup tanpa berubah selama beratus juta tahun. Kebanyakan kepupusan berlaku secara semula jadi, tanpa gangguan manusia: dianggarkan 99.9% daripada semua spesies yang telah wujud telah pupus.[1][2]