Keperluan (juga diInd.:kebutuhan, lihatetimologi) adalah segala sesuatu yang diturutmanusia untuk mempertahankan kelangsunganhidupnya melalui pencapaiankesejahteraan yang semula jadi.[1] Keperluan juga merupakan suatu keadaan perasaan kekurangan terhadap pemuas dasar tertentu. Keperluan ini tidak diciptakan olehmasyarakat atau pemasar tetapi sudah sebati lam jaringan biologi dan keadaan diri manusia.[2]
Keperluan dapat dibezakan berdasarkan tingkat kepentingan, waktu, sifat, dansubjeknya.[3] Pemenuhan keperluan dapat berupa sebarang benda yang wujud ketara mahupun tidak termasuk barang ataujasakhidmat.[4] Setiap manusia memiliki keperluan yang berbeda-beda dan dipengaruhi oleh keadaan alam,agama,adat, danperadaban.[5] Sifat keperluan tidak terbatas malah selalu berubah mengikut keadaan.[6]
Kata dasarperluڤرلو serapanArab:فَرْضُ,rumi: fardhu yang pada asalnya membawa maksud "takuk" yang kemudiannya diluaskan ertinya kepada "perkara yang diikat [yakni diwajibkan] Tuhan kepada seseorang yang dihukum jika meninggalkannya" secara mengias kepada sifat kekal atau sebati sesuatu yang terikat kepada seseorang seperti takuk yang dibubuh padabusur untuk menahananak panah yang hendak ditarik lepas.[7] Suku kata kedua kata ini yang menunjukkan bunyi konsonanmalaran tak geser sisian gusi (/l/) berbanding bunyiletupan gusi bersuara (/d/) kerana perkataan tersebut difahamkan terpinjam darilahjah Arab dituturkan para peniagaHadramaut yang berlayar ke Nusantara pada abad ke-14 yang pada ketika itu menyebut hurufضdhad mendekatigeseran sisian gusi bersuara (/ɮ/); corak ini juga boleh diperhatikan pada kata-kataحافلhafal (pinjamanحفظḥafaẓa ) sertaلارتlarat danملارتmelarat (pinjamanمَضَرَّةmadharrah).[8]
Istilahperlu dapat dijumpai dalam seberapa dialek Melayu Indonesia,[9] cumabahasa baku Indonesia sebaliknya menggunakankebutuhan dipengaruhi kataJawa ꦧꦸꦠꦸꦃbutuh;[10] perkara ini bergeser dengan maknabutuhبوتوه dalambahasa Melayu yang membawa maksud "zakar" sehingga boleh kedengaran menyebalkan oleh penduduk luar pulau tersebut; pemerhatian ini paling terkenal digambarkanHamka dari sudut pandangnya sebagai seorang asalSumatera Barat mendengarkan kata tersebut dalam kalangan wargapulau Jawa dalam bukuKenangan-Kenanganku di Malaya (1957).[11]
Keperluan didasarkan prinsip bahawa manusia merupakanmakhluk yang memiliki keinginan.[12] Dalam prosesnya, keperluan manusia tampak tersusun menjadi bertingkat-tingkat.[13] Sesebuah keperluan yang telah dipenuhi telah hilang keutamaannya lalu akan terganti dengan satu keperluan lain yang akan muncul.[14][15]
Keperluan dapat dipenuhi melalui sifatjasmani - yakni yang berhubungan dengan kondisi tubuh (seperti makanan, pakaian, dan tempat tinggal[14][15]) dan rohani yang memenuhi kepuasan batin bagi jiwa manusia.[19][20]
Keperluan dapat dibezakan berdasarkanwaktu sama ada ia dapat dipenuhi sekarang, pada masa depan, yang tidak pasti waktunya, dan sepanjang waktu.[20] Keperluan sekarang harus dipenuhi segera dan tidak dapat ditunda. Keperluan masa depan merupakan keperluan yang bersifat persiapan dan persediaan bagi keperluan yang dapat habis secara tiba-tiba. Sedangkan keperluan yang tidak pasti waktunya merupakan keperluan yang diperlukan pada saat terjadimusibah mahupunbencana alam.[16] Sebaiknya, keperluan sepanjang waktu adalah keperluan yang pemenuhannya memerlukan sepanjang waktu.[21]
Berdasarkan subjeknya, keperluan manusia dibezakan menjadi keperluan perorangan dan keperluan kelompok.[5] Keperluan perorangan hanya diperlukan oleh masing-masingindividu yang berbeda. Sedangkan keperluan kelompok merupakan keperluan yang digunakan secara bersama-sama dalam suatu masyarakat.[22]
Lingkungan sosial dan budaya membuat timbulnya keperluan yang berkaitan dengantradisi danpsikologi masyarakat. Keperluan ini dibezakan menjadi keperluan sosial dan keperluan psikologis.[23] Keperluan sosial berkaitan dengan strata sosial yang membentuk status sosial dalam masyarakat. Sedangkan keperluan psikologi lebih berkaitan dengan psikologi masyarakat yang hanya sedikit dipengaruhi oleh kondisiekonomi.[19] Keperluan psikologis umumnya berupa keperluan akan rasa aman.[24] Keperluan sosial dan keperluan psikologis saling berkaitan satu sama lain.[24]
^Lane, Edward William (1863–1893)."فرض".Arabic-English Lexicon.6. London. m/s. 2373 – melalui The Arabic Lexicon kelolaan Hawramani.com.CS1 maint: date format (link)
^Steiner, Richard C. (1976).The Case for Fricative Laterals in Proto-Semitic. New Haven, CT: American Oriental Society. m/s. 77–9.
"perlu".Kamus Bahasa Indonesia-Melayu Riau. Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 1997. m/s. 301.ISBN979 459 785 6.
"perelu".Kamus Melayu Deli-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 85.
"butuh".Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Indonesia. 2016.
en Roorda, Gericke (1901)."butuh".Javaansch-Nederlandsch Handwoordenboek. 32: Ba-BaTa. E. J. Brill: Leiden, Belanda. m/s. 2: 698-9 – melalui Sastra Jawa kelolaan Yayasan Sastra Lestari....aan iets gebrek hebben, iets zeer van noode hebben...
^Hamka (1957).Kenangan-Kenanganku di Malaya. m/s. 104–5.ISBN9671579272.
^Rahmat Hidayat, Deden (2011). Zaenudin A. Naufal (penyunting).Teori dan Aplikasi Psikologi Kepribadian dalam Konseling. Ghalia Indonesia. m/s. 165–166.ISBN978-979-450-654-7.
Eko, Yuli (2009).Ekonomi 1: Untuk SMA dan MA Kelas X(PDF). Jakarta: Pusat Perbukuan, Departemen Pendidikan Nasional,.ISBN978-979-068-701-1.Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 2021-01-22. Dicapai pada2020-10-31.Unknown parameter|dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: extra punctuation (link) CS1 maint: ref duplicates default (link)
Nurcahyaningtyas (2009).Ekonomi: Untuk Kelas X SMA/MA(PDF). Jakarta: Pusat Perbukuan, Departemen Pendidikan Nasional.ISBN978-979-068-704-2.Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 2020-11-06. Dicapai pada2020-10-31.Unknown parameter|dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: date and year (link) CS1 maint: ref duplicates default (link)
Sukardi (2009).Ekonomi 1 Untuk SMA/MA Kelas X(PDF). Jakarta: Pusat Perbukuan, Departemen Pendidikan Nasional.ISBN978-979-068-194-1.Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 2021-01-22. Dicapai pada2020-10-31.Unknown parameter|dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: date and year (link) CS1 maint: ref duplicates default (link)