Kemboja (Khmer:កម្ពុជា,Kampuchea) atau nama rasminyaKerajaan Kemboja (Khmer:ព្រះរាជាណាចក្រកម្ពុជា,Preăh Réachéanachâkr Kâmpŭchéa) ialah sebuah negara yang terletak di bahagian selatan SemenanjungIndochina diAsia Tenggara. Jumlah keluasan tanahnya 181,035 kilometer persegi. Ia bersempadan denganThailand di barat laut,Laos di timur laut,Vietnam di timur, danTeluk Thailand di barat daya. Ibu negara dan bandar raya terbesarnyaPhnom Penh, iaitu pusat politik, ekonomi dan kebudayaan negara tersebut.
Pada tahun 802 M,Jayavarman II menobatkan dirinya sebagai raja dan menandakan permulaanEmpayar Khmer yang mekar selama lebih 600 tahun, membolehkan raja demi raja menakluki sebahagian besar wilayah Asia Tenggara di samping mengaut kuasa dan kekayaan yang teramat.Kerajaan keindiaan ini meninggalkan kuil-kuil tersergam dan bersejarah sepertiAngkor Wat yang kini merupakanTapak Warisan Dunia, serta memudahkan penyebaranagama Hindu disusuli agama Buddha ke sebahagian besar Asia Tenggara. Setelah jatuhnyaAngkor ke tanganAyutthaya pada abad ke-15, Kemboja diperintah sebagai negeri lindungan di kalangan jiran-jirannya.
Kemboja merupakan sebuah "negeri pasaran bebas sedikit komunis dengan kerajaan campuran agak autoritarian yang memerintah negara demokrasi superfisial."[8] Negara ini berdepan dengan banyak cabaran dan isu sosiopolitik, termasuklah kemiskinan berleluasa,[9] amalan rasuah berleluasa,[10] kurangnya kebebasan berpolitik,[11] pembangunan insan rendah,[12] dan kadar kelaparan yang tinggi.[13][14][15]
Biarpun rendah pendapatan, namun ekonomi Kemboja mencatatkan rekod pertumbuhan terbaik di Asia dengan purata pertumbuhan sebanyak 6 peratus dalam sedekad yang lalu. Sektor ekonomi paling utamanya masih pertanian di samping pertumbuhan sihat dalam industri tekstil, pembinaan, pakaian dan pelancongan yang menjurus kepada peningkatan pelaburan asing serta perdagangan antarabangsa.[16]
Nama kuno Kemboja adalah "Kambuja" (Sanskrit:कंबुज).[17]EndonimKâmpŭchéa datang daripada nama bahasa Sanskritकम्बोजदेशKambojadeśa terdiri daripadaदेशDeśa ("tanah" atau "negara") danकम्बोज "keturunan Kambu" (seorang pendeta India lagenda), yang bermaksud kepada mitos penubuhankerajaan Khmer purba yang pertama.[18]
Wilayah yang kini dikenali sebagai negaraKemboja telah diduduki oleh manusia semenjak alaf ke-5 SM.[19]Kerajaan Funan purba menakluki kawasan yang lebih luas, malah pada ketika itulah budayanya sarat dengan pengaruh agama Hindu. Maka bangkitnya kerjaanChenla. Empayar Khmer menikmati zaman kegemilangan pada abad ke-9 hingga abad ke-13 ketika terbinanya kompleks-kompleks kuil tesergam, terutamanyaAngkor Wat.
Kemboja dikunjungi oleh mubaligh Sepanyol dan Portugis sejak abad ke-16, kemudian dijadikan negeri naungan Perancis pada abad ke-19 sebagai sebahagian daripadaIndochina Perancis. Kemboja merdeka pada tahun 1953 sebagai negara beraja pimpinanNorodom Sihanouk. Kemboja dilimpahi olehPerang Vietnam yang menyebabkan bangkitnyaKhmer Rouge yang merampas tampuk pemerintahan pada 1975 dan menjalankan pembasmian kaum. Ekoran pencerobohan Vietnam, Khmer Rouge digulingkan dan digantikan denganRepublik Rakyat Kampuchea. Setelah bertahun-tahun terpencil, negara yang runtuh akibat perang ini disatukan semula dengan pemerintahan beraja pada 1993 dan menyaksikan pembangunan ekonomi pesat sambil membina semula dari sisa kebinasaan perang.
Politik negara Kemboja dilangsungkan dalam kerangka perlembagaan negara 1993. Kerajaan Kemboja merupakan sisten raja berperlembagaan yang dikendalikan sebagaidemokrasi berparlimen. Ketua kerajaan adalah jawatan Perdana Menteri Kemboja yang dipegang olehHun Sen sejak 1985, sedangkan ketua negara adalah Raja Kemboja (kiniNorodom Sihamoni). Perdana Menteri dilantik oleh raja atas nasihat dan kelulusan Perhimpunan Negara. Kuasa eksekutif dilaksanakn oleh perdana menteri dan para lantikan kementerian.
Kuasa perundangan dikongsi oleh eksekutif danParlimendwidewan yang terdiri daripada Perhimpunan Negara (រដ្ឋសភាកម្ពុជា,Rotsaphea) dan Senat (ព្រឹទ្ធសភានៃព្រះរាជាណាចក្រកម្ពុជា,Protsaphea). Perhimpunan Negara terdiri daripada 123 ahli yang dipilih melalui sistemperwakilan berkadar dan berkhidmat untuk sehingga lima tahun sepenggal. Senat pula ada 61 ahli, dua daripadanya dilantik oleh raja dan dua lagi oleh Perhimpunan Negara, dan yang selebihnya dipilih oleh ahli-ahli majlis komun daripada 24 wilayah Kemboja. Senator berkhidmat selama enam tahun sepenggal.[20]
Pada 14 Oktober 2004, RajaNorodom Sihamoni dipilih oleh majlis takhta sembilan ahli dalam tatacara pemilihan yang segera dilaksanakan selepas turunnya RajaNorodom Sihanouk dari takhta seminggu sebelum itu. Pemilihan Sihamoni direstui oleh Perdana Menteri Hun Sen dan Yang Dipertua Dewan Perhimpunan Negara PuteraNorodom Ranariddh (saudara tiri baginda) yang kedua-duanya ahli majlis takhta. Beliau dinobatkan di Phnom Penh pada 29 Oktober 2004.
Kemboja memiliki kawasan seluas 181,035 kilometer persegi. Keseluruhan wilayahnya terletak di kawasan tropika dalam lingkungan garis lintang 10° ke 15°U dan garis bujur 102° ke 108°E. Ia bersempadan denganThailand di utara dan barat,Laos di timur laut, danVietnam di timur dan tenggara. Ia mempunyai garis pantai sepanjang 443 kilometer dekat Teluk Thailand.
Lanskap Kemboja bercirikan dataran tengah pamah yang dikitari oleh tanah-tanah tinggi dan gunung-ganang rendah, merangkumiTonle Sap (Tasik Raya) dan hulu-hulu deltaSungai Mekong. Yang menjangkau keluar dari kawasan tengah ini adalah dataran peralihan yang berhutan jarang dan mencapai paras sebanyak 200 meter dari paras laut.
Ke utara dataran Kemboja adalah sebuah tubir batu pasir yang membentuk cenuram menghadap selatan yang menjangkau lebih 320 km dari barat ke timur dan curam membangun di atas dataran setinggi 180 ke 550 meter. Cenuram ini menandakan batas selatanPergunungan Dângrêk.
Yang mengalir ke selatan melalui rantau timur Kemboja adalah Sungai Mekong. Di timur Mekong dataran peralihan beransur-ansur bergabung dengan tanah tinggi timur, gunung-ganang berhutan dan penara-penara tinggi yang menjangkau ke Laos dan Vietnam. Di Kemboja barat daya terletaknya sebuah lagi kawasan tanah tinggi yang terdiri daripada dua bidang tanah tinggi, iaituPergunungan Krâvanh danPergunungan Dâmrei, dan meliputi kebanyakan tanah di antara Tonle Sap dan Teluk Thailand.
Di dalam kawasan yang terpencil dan sebahagian besarnya tidak berpenduduk,Phnom Aural iaitu puncak tertinggi Kemboja mencapai paras 1,813 meter. Kawasan pantai selatan yang berdekatan dengan Teluk Thailand adalah jaluran tanah pamah sempit yang berhutan tebal dan tidak ramai penduduknya, terpencil dari dataran tengah oleh tanah tinggi barat daya.
Ciri-ciri geografi yang paling menonjol adalah genang-genangan Tonle Sap yang seluas 2,590 kilometer persegi pada musim kemarau dan menjangkau hingga seluas 24,605 kilometer persegi pada musim hujan. Dataran padat penduduknya yang dikhususkan untuk penanaman padi sawah adalah nusa teras Kemboja. Kebanyakan kawasan ini telah diwartakan sebagai rizab biosfera.
Bahagian pentadbiran tingkat satu Kemboja terdiri daripada ibu negara (reach thani) dan wilayah-wilayah (khaet). Kemboja terbahagi kepada 25 buah wilayah termasuk ibu negara.
Perbandaran dan daerah adalah bahagian pentadbiran tingkat dua Kemboja. Wilayah-wilayahnya terbahagi kepada 159 daerah dan 26 perbandaran. Daerah-daerah dan perbandaran-perbandaran ini dibahagikan lagi kepada komun (khum) dan sukuan (sangkat).
Pada tahun 2011, pendapatan per kapita Kemboja mengikut adalah $2,470 secara pariti kuasa beli dan $1,040 secara nominal. Pendapatan per kapita negara ini kian meningkat tetapi masih rendah berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain. Kebanyakan isirumah luar bandar bergantung pada sektor pertanian dan asas tani. Beras, ikan, kayu balak, pakaian, dan getah adalah eksport utama Kemboja.Institut Penyelidikan Beras Antarabangsa (IRRI) memperkenalkan semula lebih daripada 750 varian beras tradisional ke Kemboja dari tabung benih padinya diFilipina.[22] Varian-varian tersebut dikumpul pada 1960-an.
Punca pendapatanmata wang utama Kemboja adalah industri pembuatan pakaian, pelancongan dan pertanian. Industri pembuatan pakaian mewakili bahagian terbesar dalam sektor perkilangan Kemboja dengan 80% daripada jumlah eksport negara. Pada 2012, eksport meningkat sebanyak 8% kepada $4.61 bilion dari 2011. Pada separuh pertama 2013, nilai eksport industri pembuatan pakaian berjumlah $1.56 bilion.[23] Sektor ini mengambil 335,400 pekerja, 91% daripadanya wanita.
PemandanganAngkor Wat diSiem Reap. Kini Angkor Wat adalah tarikan pelancong utama Kemboja yang dikunjungi warga seluruh dunia.
Industri pelancongan adalah punca pendapatanmata wang utama kedua terbesar di Kemboja selepas industri pembuatan tekstil.[24] Dari Januari hingga Disember 2007, kedatangan pelancong sebanyak 2.0 juta orang, iaitu peningkatan sebanyak 18.5% dari tempoh yang sama pada 2006. Kebanyakan pelawat (51%) tiba melaluiSiem Reap, di mana letaknya tarikan pelancong terunggul negara iaituAngkor Wat, dan yang selebihnya (49%) melalui Phnom Penh dan lain-lain destinasi.[25]
Pertanian adalah tulang belakang tradisional ekonomi Kemboja. Sektor pertanian menyumbang kepada 90% KDNK pada 1985 dan mengambil kerja kira-kira 80% tenaga kerja negara. Komoditi utamanya ialahberas. Selain itu juga ditanamnyajagung,ubi kayu,keledek,kacang tanah,kacang soya,bijan, kacang kering, dangetah. Tanaman dagangan utama adalah getah, malah pada 1980-an getah merupakan komoditi utama penting yang hanya mengekori beras, malah merupakan salah satu daripada sedikit punca pendapatan mata wang asing negara.
Setakat tahun 2013, Kemboja didiami kira-kira 15,205,539 orang. Kadar kelahiran Kemboja ialah 25.4 per 1,000 orang. Kadar pertumbuhan populasinya 1.7%.[26]
50% penduduk Kemboja lebih muda daripada 22 tahun. Pada nisbah 1.04 perempuan per lelaki, Kemboja mempunyai nisbah jantina yang paling cenderung perempuan di Kawasan Mekong Raya.[27] Di kalangan penduduk Kemboja yang melebihi 65 tahun, nisbah perempuan per lelaki ialah 1.6:1.[1]
Kadar jumlah kesuburan Kemboja ialah 3.0 anak per perempuan pada 2010.[28] Kadar kesuburannya ialah 4.0 anak pada 2000.[28] Kawasan bandar mencatatkan 2.2 anak seperempuan secara puratanya, berbanding 3.3 anak seperempuan di kawasan luar bandar.[28] Kesuburan paling tinggi di wilayahMondol Kiri danRattanak Kiri, di mana terdapat purata 4.5 anak sepermpuan, dan paling rendah di Phnom Penh pada kadar 2.0 anak seperempuan.[28]
90% populasi Kemboja berketurunanKhmer dan bertutur dalambahasa Khmer, iaitu bahasa rasmi negara. Penduduk Kemboja agak homogen ("sama ragam"). Antara suku minoritinya ialahVietnam (5%) danCina (1%).[1] Suku Khmer majoriti adalah pribumi di kawasan hilir Mekong, tetapi pernah dahulu menetap di sepanjang hilirSungai Mekong dari pertemuan negara Thailand, Laos dan Kemboja di barat laut hinggalah muara Mekong di tenggara Vietnam.
Orang Vietnam adalah suku minoriti utama di Kemboja dengan kira-kira 400,000 - 700,000 orang menetap di wilayah yang tertumpu di tenggara negara yang bersebelahanDelta Mekong. Walaupun bahasa Vietnam tergolong dalam rumpun bahasaMon–Khmer, tetapi sedikit sekali hubungan kebudayaan antara suku Khmer dan Vietnam kerana suku Khmer purba dipengaruhi oleh budaya keindiaan sedangkan suku Vietnam menganggotai lingkungan budaya Cina.[29] Pertelingkahan antara suku Khmer dan Vietnam berakar-umbi padaZaman Kegelapan Kemboja (abad ke-16 hingga ke-19), ketika negaraVietnam danThailand yang baru tubuh masing-masing cuba menaungi Kemboja pasca-Angkor yang lemah, dan akhirnya menguasai seluruhIndochina.[29]
Orang Cina di Kemboja adalah kira-kira 1% daripada penduduk Kemboja.[26][30] Kebanyakan suku Cina adalah keturunan migran dari abad ke-19 dan ke-20 yang datang mencari peluang untuk berdagang dan berniaga sewaktunaungan Perancis. Kebanyakannya tinggal di bandar dan khusus berkecimpung dalam perniagaan.
Suku-suku etnik pribumi di kawasan pergunungan secara tuntas dikenali sebagai Montagnards atauKhmer Loeu yang bermaksud "Khmer Hulu". Mereka diturunkan daripada penghijrahan pada zaman Neolitik oleh penuturMon-Khmer melalui China Selatan dan penuturAustronesia dari Nusantara. Pelbagai suku Khmer Loeu yang terpencil di tanah tinggi ini tidak keindiaan seperti saudara Khmer mereka, dan oleh itu budaya mereka jauh berlainan daripada suku Khmer moden dan juga sesama suku, bahkan menganut pelbagai adat dan kepercayaan pra-India.
Suku Cham adalah keturunan dari kaumAustronesia diChampa, sebuah negara purba di pantai selatan Vietnam dan juga pesaing utama Empayar Khmer. Suku Cham di Cambodia berbilang dekat sejuta orang dan lazimnya tertumpu di perkampungan berasingan di tenggara negara. Hampir semua orang Cham di Kemboja adalah Muslim.
Bahasa Khmer tergolong dalam subfamiliMon–Khmer dalamrumpun bahasa Austroasia.Bahasa Perancis yang dahulunya bahasa rasmi pentadbiranIndochina masih dituturkan oleh golongan tua. Bahasa Perancis juga merupakan bahasa pengantara di sesetengah sekolah dan universiti yang ditaja oleh kerajaan Perancis. Bahasa Perancis Kemboja selaku tinggalan penjajah di negara merupakan loghat yang ditemui di Kemboja dan adakalanya digunakan dalam urusan kerajaan, khususnya kehakiman. Akan tetapi, peningkatan pelancong dari seluruh dunia telah menyebabkan Kemboja beranjak dari bahasa Perancis ke bahasa Inggeris.[31]
Agama BuddhaTheravada adalah agama rasmi Kemboja yang dianut oleh lebih 95% penduduk dengan kira-kira 4,392 biara di seluruh negara.[32] Agama Buddha Kemboja kuat dipengaruhi oleh agama Hindu, Tantri dan animisme tempatan. Konsep-konsep utama dalam agama Buddha Kemboja termasuklahkelahiran semula, dan kegiatan-kegiatan keagamaannya tertumpu kepada mengumpulbonn (Palipunna, pahala), dan menghapuskankamm (Palikamma,karma), yang bermaksud kesan buruk yang terhasil daripada tindakan lampau bagi masyarakat Khmer.
Konsep-konsep utama yang berpunca dari animisme termasuklah kesalinghubungan rapat antara semangat dan masyarakat, kemujaraban azimat dan tindakan membawa tuah, dan kemungkinan mengawal kehidupan seseorang dengan berhubung dengan semangat sepertibaromey. Agama Hindu pula sedikit sahaja kesannya selain amalan sakti Tantri serta beberapa dewa-dewi Hindu yang diasimilasikan ke dalam kepercayaan semangat (contohnya, semangatneak ta terkemuka yang bernamaYeay Mao adalah jelmaan moden bagi dewi Hindu Kali).
Agama Buddha Mahayana adalah anutan kebanyakan kaum Cina dan Vietnam di Kemboja. Unsur-unsur amalan keagamaan lain seperti penghormatan kepadaperwira rakyat dan nenek moyang,Konfusianisme, danTaoisme bercampur Agama Buddha Cina turut dianuti.
Islam dianuti oleh kira-kira 2% penduduk dan terdapat dalam tiga jenis, iaitu dua yang dianut olehsuku Cham dan satu lagi oleh keturunan Melayu yang mendiami Kemboja sudah turun-temurun. Dikhabarkan bahawa 80% Umat Islam Kemboja adalah dari suku Cham.[33]
Cambodian medical students watching a surgery operation
Jangka hayat Kemboja adalah 72 tahun pada 2014,[34] iaitu satu peningkatan hebat sejak 1999 apabila purata jangka hayatnya 49.8 tahun. Khidmat penjagaan kesihatan ditawarkan oleh pengamal awam dan swasta, malah penyelidikan mendapati bahawa kepercayaan kepada pembekal jagaan kesihatan adalah faktor utama dalam menambah baik penerimaan khidmat penjagaan kesihatan di kawasan luar bandar Cambodia.[35] Kerajaan merancang untuk meningkatkan mutu penjagaan kesihatan di negara dengan memupuk kesedaran tentangHIV/AIDS,malaria, dan lain-lain penyakit.
Kadar kematian bayi telah menurun dari 115 per 1,000 kelahiran hidup pada 1993 kepada 54/1,000 pada 2009. Dalam jangka masa yang sama, kadar kematian bawah lima tahun menurun dari 181 ke 115 per 1,000 kelahiran hidup.[36] Di wilayah yang tercorot dalam prestasi kesihatan iaitu Ratanakiri, 22.9% kanak-kanak meninggal sebelum umur lima tahun.[37]
Kemboja pernah menjadi antara negara yang paling banyak tertanamperiuk api di dunia. Menurut sesetengah anggaran, periuk api hidup telah menyebabkan sebanyak 60,000 kematian orang awam dan ribuan lagi cedera parah sejak 1970.[38] Bilangan mangsa periuk api yang dilaporkan jatuh mendadak dari 800 pada 2005 kepada 111 pada 2013 (22 mati dan 89 cedera).[39] Orang dewasa yang terselamat dari periuk api sering perludikudungkan tangan atau kaki dan terpaksa mengemis untuk hidup.[38] Kemboja dijangka bebas periuk api menjelang 2020[40] tetapi kesan sosial dan ekonominya, termasuk anak yatim piatu dan satu per 290 orang kudung,[41] dijangka membelenggui Kemboja dalam jangka masa lama.
Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan bertanggungjawab menetapkan dasar-dasar dan garis panduan kebangsaan untuk pendidikan di Kemboja. Sistem pendidikan Kemboja sungguh terpencar dengan pengurusannyan terletak pada tiga peringkat kerajaan iaitu pusat, wilayah dan daerah. Perlembagaan Kemboja mengisytiharkan pendidikan wajib percuma selama 9 tahun, menjamin hak sejagat untuk pendidikan bermutu asas.
Bancian Kemboja 2008 menganggarkan bahawa 77.6% penduduknya celik huruf (85.1% lelaki dan 70.9% wanita).[1] Lelaki berumur belia (15–24 tahun) mempunyai kadar celik huruf sebanyak 89% berbanding 86% bagi perempuan seumpama.[42]
Sistem pendidikan Kemboja terus berdepan dengan pelbagai dugaan, tetapi dalam tahun-tahun kebelakangan ini terdapat peningkatan ketara, terutamanya dari segi peningkatan kemasukan sekolah rendah, pengenalan belanjawan asas program dan pembangunan kerangka dasar yang memudahkan pendidikan kepada golongan kurang bernasib baik. Kemboja turut banyak melabur untukpendidikan vokasional, terutamanya di kawasan luar bandar, untuk menangani kemiskinan dan pengangguran.[43][44] Dua buah universiti terkemuka Kemboja bertapak di Phnom Penh.
Pendidikan tradisional Kemboja ditawarkan oleh biara Buddha yang mengajar kaum lelaki sahaja.[45] Pendidikan Kemboja teruk terjejas sewaktu rejimKhmer Rouge.
Pada 2012, Kemboja mencatatkan kadar pembunuhan sebanyak 6.5 per 100,000 penduduk, dengan sejumlah 964 kes pembunuhan.[46]
Pelacuran diharamkan tetapi masih berleluasa di Kemboja. Dalam temubual dengan wanita tentang pelacuran pada 1993, 3/4 yang ditemubual menganggap kerja pelacur sebagainorma sosial dan pekerjaan yang tidak mendatangkan aib.[47] Pada tahun itu juga adalah dianggarkan bahawa terdapat 100,000 orang pekerja seks di Kemboja.[47]