Keluarga bahasa ialah sekumpulanbahasa berkaitgenetik yang dikatakan berasal daripadaketurunanbahasa proto yang sama. Kebanyakan bahasa diketahui tergolong dalam sebuah keluarga bahasa atau yang lain. Keluarga yang dicamkan dengan tepat merupakan sebuah unitfilogeni, iaitu semua ahlinya berasal daripada leluhur yang sama. Oleh itu, konsep keluarga bahasa melibatkan konsep leluhur genetik sejarah bagi sebuah bahasa, serta membayangkanevolusi sebuah bahasa yang beransur-ansur menjadi bahasa yang lain (bukan penggantian bahasa secara tiba-tiba). Konsep keturunanlinguistik adalah tidak begitu ketara berbanding konsep keturunanbiologi; umpamanya dalam kes-kes pertembungan bahasa yang berketerlaluan, khususnya dalam pembentukan bahasa-bahasa kreol dan bahasa-bahasa campuran. Dalam kes-kes sebegini, memastikan mana-mana satu bahasa yang boleh dianggap sebagai leluhur untuk sesuatu bahasa adalah amat susah. Bagaimanapun, kes-kes sebegini adalah agak jarang, dan kebanyakan bahasa dapat dikelaskan dengan nyata dalam keluarga-keluarga bahasa.
Taburan keluarga bahasa yang terkini.
Leluhur yang sama untuk sebuah keluarga bahasa jarang dapat diketahui secara langsung kerana kebanyakan bahasa mempunyai sejarah tercatat yang agak pendek. Bagaimanapun, banyak daripada ciri-ciri bahasa proto dapat ditemui semula melalui penggunaankaedah perbandingan, satu kaedah binaan semula yang diperkenalkan oleh ahli linguistik,August Schleicher, padaabad ke-19. Kaedah ini dapat menunjukkan kesahan untuk banyak daripada keluarga-keluarga cadangan yang disenaraikan di bawah.
Keluarga-keluarga bahasa boleh dibahagikan menjadi unit-unit filogeni yang lebih kecil, secara lazimnya dirujuk sebagaicabang keluarga disebabkan sejarah keluarga bahasa sering diwakili olehgambar rajah pokok. Bagaimanapun, istilahkeluarga tidak dihadkan pada mana-mana satu peringkat "pokok" ini; umpamanya,keluarga Germanik ialah satu cabangbahasa Indo-Eropah. Sesetengah ahlitaksonomi mengehadkan istilahkeluarga pada peringkat yang tertentu, tetapi tidak terdapat banyak sepersetujuan tentang bagaimana mengolahkannya. Mereka yang menggunakan label ini juga membahagikan cabang menjadikumpulan-kumpulan, dan kumpulan menjadikompleks-kompleks. Secara amnya, istilahsuperkeluarga,filum, danrumpun dipergunakan untuk kumpulan-kumpulan keluarga bahasa cadangan yang statusnya sebagai unit filogeni dianggap tidak berasas dari segi kaedah-kaedah linguistik sejarah.
Leluhur yang sama untuk bahasa-bahasa yang tergolong dalam sebuah keluarga bahasa dikenali sebagai "bahasa proto". Umpamanya, bahasa proto binaan semula untuk keluarga bahasa Indo-Eropah dikenali sebagaibahasa Indo-Eropah proto. Bahasa proto ini tidak dibuktikan oleh sebarang rekod tertulis kerana ditutur sebelum rekaan tulisan. Bagaimanapun, sebuah bahasa proto kekadang boleh dikenalpasti melalui sebuah bahasa yang diketahui dari segi sejarah. Oleh sebab loghat-loghatprovinsibahasa Latin ("bahasa Latin kasar") melahirkan bahasa-bahasa Romans moden, bahasa Romans proto adalah lebih kurang sama dengan bahasa Latin (jika bukan betul-betul sama dengan bahasa Latinkesusasteraan yang digunakan oleh penulis-penulis klasik), dan loghat-loghatNorse Lama merupakan bahasa proto untukbahasa Norway,Sweden,Denmark,Faroes, danIceland.
Bahasa-bahasa yang tidak dapat digolongkan dengan pasti dalam mana-mana satu keluarga dikenali sebagaipencilan bahasa. Sebuah bahasa yang terasing dalam cabang sendiri (dalam sebuah keluarga) seringnya juga dipanggil sebagai satu pencilan, umpamanya bahasa Greek boleh dirujuk sebagai satu pencilan bahasa Indo-Eropah. Kes-kes sebegini biasanya akan dijelaskan.
Yang berikut ialah keluarga-keluarga bahasa yang diketahui atau disyaki. Tajuk-tajuk geografi yang diberikan adalah hanya untuk memudahkan pemahaman berbanding sebuah senarai tak terstruktur, dan harustidak dianggap sebagai sebarang "superkeluarga" untuk keluarga-keluarga bahasa ini.
Ainu(Rusia,Jepun): serupa denganbahasa Arab danbahasa Jepun, kepelbagaian dalam bahasa Ainu cukup besar dan sesetengah orang menganggap terdapat sehingga sedozen bahasa dalam kumpulan ini, sedangkan yang lain menganggapnya sebagai sebuah bahasa yang tunggal, dengan kepelbagaian loghat yang meluas
Bahasa-bahasa dianggap sebagai tak berkelas jika tidak banyak usaha telah diberikan untuk membandingkannya dengan bahasa-bahasa yang lain atau lebih biasanya, kerana bahasa-bahasa ini tidak mempunyai cukupdokumentasi untuk membenarkan pengelasan dengan pasti. Kebanyakan bahasa ini telah pupus dan terdapat kemungkinan besar bahawa bahasa-bahasa ini tidak akan diketahui dengan cukup mendalam untuk membenarkan pengelasan.
Boas, Franz. (1911).Handbook of American Indian languages (Jilid 1). Bureau of American Ethnology, Buletin 40. Washington: Government Print Office (Smithsonian Institution, Bureau of American Ethnology).
Boas, Franz. (1922).Handbook of American Indian languages (Jilid 2). Bureau of American Ethnology, Buletin 40. Washington: Government Print Office (Smithsonian Institution, Bureau of American Ethnology).
Boas, Franz. (1933).Handbook of American Indian languages (Jilid 3). Himpunan bahan undang-undang Amerika asli, Judul 1227. Glückstadt: J.J. Augustin.
Campbell, Lyle. (1997).American Indian languages: The historical linguistics of Native America. New York: Oxford University Press.ISBN 0-19-509427-1.
Campbell, Lyle; & Mithun, Marianne (Eds.). (1979).The languages of native America: Historical and comparative assessment. Austin: University of Texas Press.
Goddard, Ives (Ed.). (1996).Languages. Handbook of North American Indians (W. C. Sturtevant, General Ed.) (Jilid 17). Washington, D. C.: Smithsonian Institution.ISBN 0-1604-8774-9.
Goddard, Ives. (1999).Native languages and language families of North America (edisi yang disemak dan diluaskan, dengan tambahan dan pembetulan). [Peta]. Lincoln, NE: University of Nebraska Press (Smithsonian Institute). (Versi peta kemas kini di Goddard 1996).ISBN 0-8032-9271-6.
Gordon, Raymond G., Jr. (Ed.). (2005).Ethnologue: Languages of the world (edisi ke-15). Dallas, TX: SIL International.ISBN 1-55671-159-X. (versi dalam talian).
Greenberg, Joseph H. (1966).The Languages of Africa (edisi ke-2). Bloomington: Indiana University.
Mithun, Marianne. (1999).The languages of Native North America. Cambridge: Cambridge University Press.ISBN 0-521-23228-7 (hbk);ISBN 0-521-29875-X.
Ross, Malcom. (2005).Pronouns as a preliminary diagnostic for grouping Papuan languages. Dalam:Andrew Pawley, Robert Attenborough, Robin Hide & Jack Golson, eds,Papuan pasts: cultural, linguistic and biological histories of Papuan-speaking peoples[1]
Ruhlen, Merritt. (1987).A guide to the world's languages. Stanford: Stanford University Press.
Sturtevant, William C. (Ed.). (1978-kini).Handbook of North American Indians (Jilid 1-20). Washington, D. C.: Smithsonian Institution. (Jilid 1-3, 16, 18-20 belum diterbitkan).
Voegelin, C. F.; & Voegelin, F. M. (1977).Classification and index of the world's languages. New York: Elsevier.