Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Keladi cina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Keladi Cina
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies:
C. esculenta
Nama binomial
Colocasia esculenta
Sinonim
  • Alocasia dussiiDammer
  • Alocasia illustrisW.Bull
  • Aron colocasium(L.) St.-Lag.
  • Arum chinenseL.
  • Arum colocasiaL.
  • Arum colocasioidesDesf.
  • Arum esculentumL.
  • Arum lividumSalisb.
  • Arum nymphaeifolium(Vent.) Roxb.
  • Arum peltatumLam.
  • Caladium acreR.Br.
  • Caladium colocasia(L.) W.Wight nom. illeg.
  • Caladium colocasioides(Desf.) Brongn.
  • Caladium esculentum(L.) Vent.
  • Caladium glycyrrhizum.Fraser
  • Caladium nymphaeifoliumVent.
  • Caladium violaceumDesf.
  • Caladium violaceumEngl.
  • Calla gabyBlanco
  • Calla virosaRoxb.
  • Colocasia acris(R.Br.) Schott
  • Colocasia aegyptiacaSamp.
  • Colocasia colocasia(L.) Huth nom. inval.
  • Colocasia euchloraK.Koch & Linden
  • Colocasia fonstanesiiSchott
  • Colocasia gracilisEngl.
  • Colocasia himalensisRoyle
  • Colocasia neocaledonicaVan Houtte
  • Colocasia nymphaeifolia(Vent.) Kunth
  • Colocasia peltata(Lam.) Samp.
  • Colocasia veraHassk.
  • Colocasia violacea(Desf.) auct.
  • Colocasia virosa(Roxb.) Kunth
  • Colocasia vulgarisRaf.
  • Leucocasia esculenta(L.) Nakai
  • Steudnera virosa(Roxb.) Prain
  • Zantedeschia virosa(Roxb.) K.Koch

Keladi Cina (Jawi: کلادي چينا),[1]keladi talas,talas ubi (jugatalas saja[2]) atau nama saintifiknyaColocasia esculenta merupakan sejeniskeladi yang boleh dimakan. Batang danubinya boleh dijadikan sayur.Ubinya juga boleh direbus, digoreng, dikukus, dibuatkuih-muih atau dijadikan makanan ringan waktu petang. Keladi ini mudah dijumpai di kawasan berair di kawasankhatulistiwa diAsia Tenggara. Talas diperkirakan telah ditanam manusia sebagaimakanan ruji sejak zaman purba, bahkan pada zaman sebelumpadi ditanam orang.[3] Kini talas telah menyebar ke berbagai belahan dunia, termasukIndia,tanah besar China,barat danutara benua Afrika, serta rantauHindia Barat.[3] Talas merupakan makanan pokok, selainsukun, di beberapa kepulauan diOseania.

Penamaan

[sunting |sunting sumber]

DiMalaysia, tanaman ini lebih sering disebut sebagai "keladi" berbanding "talas".Tumbuhan ini dikenali dengan banyak nama serumpun di serata Nusantara termasuk[4]:-

Penanaman

[sunting |sunting sumber]

Keladi atau talas sesuai ditanam di kawasantanah gambut dan berair dengan taburanhujan yang tinggi.Benih keladi dapat diperoleh daripada induk yang berumur lebih 4 bulan.

Sebelum ditanam, lubang akan digali di kawasan penanaman sedalam 5 - 8 inci.Benih keladi dimasukkan ke dalam setiap lubang dangan jarak biasanya 75 cm antara lubang, ditimbus dengan tanah dan disiram. Pokok boleh dibajakan denganbaja organik ataupunbaja kimia. Pengawalanrumpai seharusnya dijalankan agarpertumbuhan keladi tidak terganggu. Pokok yang hampir matang akan digemburkan dengan menimbuskan tanah di pangkal pokok untuk meningkatkan penghasilanumbisi.

Tanaman keladi matang dalam tempoh 7-12 bulan bergantung kepada jeniskeladi. Penuaian perlu dijalankan dengan cara menggali atau mencabut keladi matang. Isi keladi tahan sehingga 3 - 4 bulan jika dijaga dengan baik. Saki bakitanah pada keladi yang tidak dibuang akan dapat mengekalkan kesegaran keladi dengan lebih lama.

Antara masalah penanaman keladi ialah disebabkanmakhluk perosak seperti serangankoya hijau pada daun,kumbang pengorek umbisi dan serangansiput kecil.Penyakit tanaman keladi pula adalah seperti penyakit hawar daun dan penyakit reput umbisi.

Penghuraian

[sunting |sunting sumber]
Gambaran botani

Pokok ini merupakan sejenistumbuhan herba denganumbisi yang tumbuh di bawah tanah. Ia biasa tumbuh setinggi 0.4 - 1.5meter dengan daun antara 2 - 5 helai berkelebaran sekitar 6.60 × 7.53 cm, berbentuk bundartelur, runcing atau lonjong, berwarna gelap atau keunguan, serta mempunyai sisi bawah berlilin. Tangkainya yang berkelebaran mencecah sekitar 23 - 150sentimeter pula, berwarna hijau bergaris gelap atau keunguan dengan pangkal berbentukpelepah.[5]

Perbungaan keladi ini terjadi di dalam bunga dasar dengan tangkai sepanjang 15 - 60 cm.Seludang bunganya berukuruan 10 - 30 cm, dan terletak di atas dua bahagian berlainan, iaitu bahagian yang lebih panjang, berwarna kuning jingga dan rontok serta tongkol berwarnamentega pada bagian jantannya. Buah buni berwarna hijau bersaiz 0.5 cm terbentuk denganbiji berbentuk gelendong atau beralur membujur.[5]

Variasi

[sunting |sunting sumber]

DiMalaysia, beberapa jenis keladi yang digolongkan selaku kelainanColocasia esculenta termasuklah:-

  • Keladi aiskrim: Isinya berwarna keunguan.
  • Keladi Bugis:
  • Keladi Cina[6]: Pokoknya berwarna hijau tua dan agak renek.
  • Keladi kapas:
  • Keladi kebuk:
  • Keladi kuning:
  • Keladi lilin:
  • Keladi mawar[7]: Daunnya bulat lebar dengan tangkai kehitaman.
  • Keladi merah:
  • Keladi minyak:
  • Keladi pinang: Lihat keladi Thailand.
  • Keladi putih[8]: Tangkai daunnya berwarna putih cerah.
  • Keladi Sarawak[9][10]: Daunnya sedikit runcing seperti anak panah dengan warna hijau kebiruan berdebu.
  • Keladi telur: Lihat keladi Sarawak (Lihat jugaColocasia antiquorum).
  • Keladi Thailand[11]:
  • Keladi udang[12]: Tangkai daunnya jenjang berwarna cerah atau kemerahan dengan daun bulat lebar.

Beberapa macam keladi atau talas lain yang diketahui (diIndonesia):[13]

  • Talas pandan: Baunya ibaratpandan wangi kalau sudah direbus, berwarna sedikit ungu dengan pangkal pelepah berwarna agak merah.
  • Talas ketan: Isinya agak melengket sepertipulut sesudah direbus. Juga dikenal dengan namatalas Bogor (sempena pembakaan diBalai Penelitian Pertanian Bogor) atautalas lambao.
  • Talas banteng:Umbinya besar, tetapi rasanya tidak enak dengan tangkainya warna ungu.
  • Talas lahun anak: Talas ini mempunyai banyak anak berukuran kecil.

Kegunaan

[sunting |sunting sumber]
Talas tangkai hijau (bukan ungu) berdaun agak bulat bukan bersegi dapat dibuat sayur lompong, sayur asam tetelan, atau sayur lodeh.
Umbisi keladi Cina

Antara bahagian keladi yang berguna termasuklah umbi (ubi), tangkaidaun,bunga dansulurnya.

Di serata dunia,ubi keladi sering dimakan dengan cara direbus, dikukus, dipanggang, digoreng dan sebagainya menjaditepung,bubur, dankuih.Ubi keladi juga dimasak untuk dibuat kudapan sepertipengat, bubur dan keladi goreng atau dijadikan rampaian dalam lauk danmasakan. Pemakanannya tidak boleh berlebihan kerana boleh menyebabkan masalahkembung perut dan gangguan pencernaan.[14]

DiKepulauan Mentawai danPapua,Indonesia, keladi dimakan sebagaimakanan ruji menggantikanpadi manakala diHawaii dan beberapa kawasan di rantau kepulauanPolinesia pula, umbisi keladi dikukus dan ditumbuk lumat menjadi suatu lauk yang boleh dimakan terus (sepertipoi) atau ditapai untuk dimasak dengan cara tertentu[3].

Tangkai daun (disebut batang) dansulur keladi juga sangat berguna[15]. Bahagian ini sering digunakan dalammasakan untuk dicelur, disayur, ditumis atau digoreng untuk dibuatulam serta lauk sepertisayur keladi dan batang keladi tumis. Bahagian daun sama ada yang tua mahupun yang masih muda, turut digunakan sebagai makananternakan sepertiikan kaloi dankhinzir.[3] Daun-daun muda terkenal sebagai pembungkusbuntil yang banyak diminati.[3] Daunnya juga boleh merawatulser,bisul, atau bahagian yangterlecur air panas.[14]

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^Hean Chooi Ong (2003).Sayuran: khasiat makanan & ubatan. Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. m/s. 50.
  2. ^"talas".Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^abcdeFlach, M. & F. Rumawas (Eds.)Plant Resources of South-East Asia (PROSEA)9 - Plants yielding non-seed carbohydrates: 69-72 (Colocasia esculenta (L.) SchottDiarkibkan 2014-05-19 diWayback Machine)
  4. ^Heyne, K. (1987).Tumbuhan Berguna Indonesia (dalam bahasa Belanda).I. Jakarta: Badan Litbang Kehutanan, Departemen Kehutanan. m/s. 497–9. -1913:I: 156], sebagaiColocasia antiquorum Schott)
  5. ^abSteenis,, CGGJ van (1981).Flora, untuk sekolah di Indonesia. Jakarta: PT Pradnya Paramita. m/s. 143-4.CS1 maint: extra punctuation (link)
  6. ^http://animhosnan.blogspot.com/2019/12/tanam-keladi-cina-komersil.html?m=1
  7. ^http://animhosnan.blogspot.com/2010/07/keladi-mawar.html?m=1
  8. ^http://warisanpetani.blogspot.com/2016/04/pokok-keladi-putih.html?m=1
  9. ^http://warisanpetani.blogspot.com/2016/03/pokok-keladi-sarawak.html?m=1
  10. ^http://animhosnan.blogspot.com/2020/04/keladi-telur-apa-dia.html?m=1
  11. ^http://animhosnan.blogspot.com/2018/03/tanaman-keladi-fakta-teknologi.html?m=1
  12. ^http://knorazmiey.blogspot.com/2013/10/keladi-udang.html?m=1
  13. ^Soeseno, Slamet (1985).Sayur-Mayur untuk Karang Gizi. hal.105 – 107.Jakarta:Penebar Swadaya.
  14. ^abDalimartha, Setiawan (2007).Atlas Tumbuhan Obat Indonesia.4:93 – 95.Jakarta:Puspa Swara.ISBN 979-1133-14-X.
  15. ^http://warisanpetani.blogspot.com/2016/03/sulur-keladi.html?m=1

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan:Keladi cina.
Ikon tunas

Rencana mengenaitumbuhan ini ialahrencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia denganmengembangkannya.

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Keladi_cina&oldid=5882576"
Kategori:
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp