Kei car,K-car, ataukeijidōsha (軽自動車, bermaksud "kereta ringan") (disebut /keːdʑidoːɕa/), merupakan kategori kereta kecil diJepun, termasuklahkereta penumpang,van sertalori pikap. Ia direkabentuk sebegitu rupa untuk mengeksploitasi potongancukai daninsurans, dan di kawasan luar bandar pula ia dikecualikan daripada keperluan ruanganparkir yang mencukupi.[1][2] Piawaian ini mula diasaskan pada penghujungPerang Dunia Kedua, di mana kebanyakan rakyat Jepun tidak mampu memiliki sebuah kereta tetapi mampu memiliki sebuahmotosikal. Piawaian kereta kei car mula dibentuk bagi menggalakkan pertumbuhan industri automotif serta untuk menawarkan kaedah penghantaran alternatif kepada kedai dan perusahaan kecil.
Oleh kerana peraturan hanya mengehadkan saiz fizikal, saiz enjin serta kuasa kuda, pengeluar kereta sering menerapkan banyak teknologi canggih bagi kelas berkenaan. Hasilnya, kereta kei car sering dipasang dengan enjinpernafasan paksaan,transmisi automatik danCVT, sistempacuan roda hadapan,roda belakang danempat roda,pacuan hibrid,penyaman udara,GPS serta banyak lagi.
Daihatsu,Honda,Mitsubishi,Smart,[3]Subaru, danSuzuki kesemuanya mengeluarkan kereta kei car.Nissan menjual model Mitsubishi dan Suzuki manakalaMazda menjual modelSuzuki di bawah lesen.[4]
Tarikh | Panjang maksimum | Lebar maksimum | Tinggi maksimum | Sesaran maksimum | Kuasa kuda maksimum | |
---|---|---|---|---|---|---|
empat lejang | dua lejang | |||||
8 Julai 1949 | 2.8 m | 1 m | 2 m | 150cc | 100 cc | n/a |
26 Julai 1950 | 3 m | 1.3 m | 300 cc | 200 cc | ||
16 Ogos 1951 | 360 cc | 240 cc | ||||
4 April 1955 | 360 cc | |||||
1 Januari 1976 | 3.2 m | 1.4 m | 550 cc | |||
Mac, 1990 | 3.3 m | 660 cc | 47 kW (64 PS; 63 hp) | |||
1 Oktober 1998 | 3.4 m | 1.48 m |