KerajaanKedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak diSemenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagaiKataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar (KalahPura) dan Kalagram. Menurut catatanI-Tsing (Yijing, 635-715, sami di Dinasti Tang) dari negaraChina, Kedah Tua juga disebut sebagaiCheh-Cha /Chiecha dalam rekod Cina)[1]
Kerajaan Kedah Tua diasaskan padaabad ke-5 Pada peringkat awal,Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah keLembah Bujang. Masyarakat Kedah Tua menghasilkan barang perdagangan seperti rotan, damar, kayu cendana dan gading gajah. Kedah Tua dipengaruhi olehagama Buddha dan seterusnya diikuti olehagama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalancandi yang terletak di Lembah Bujang.
Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dariArab,India,Sri Lanka,Parsi danEropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijihtimah,emas,beras,lada hitam,gading,damar,rotan,tanduk dan sebagainya. Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas.
Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-861). Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wangperak pada zaman Sultan ,manik yang dibawa dari negara India dan barangankaca dariTimur Tengah.
Di antara penemuan arkeologi yang di temui adalah