Movatterモバイル変換


[0]ホーム

URL:


Pergi ke kandungan
WikipediaEnsiklopedia Bebas
Cari

Kebuluran Besar Ireland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambaran seorang ibu yang menderita dengan dua anaknya akibat Kebuluran Besar ini, tahun 1849

Kebuluran Besar Ireland (Ireland:an Gorta Mór, [anˠ ˈgɔɾˠtˠa mˠoːɾˠ]) merupakan suatu tempoh kesusahan yang dilalui dengan kejadian kebuluran, penyakit dan penghijrahan dipulau tersebut antara tahun-tahun 1845 dan 1849.[1]:xv

Kebuluran ini dianggap berpunca secara langsungnya daripadahawar[2]:7 yang membunuh tanamankentang di serataEropah sewaktu tahun 1840-an. Kesan yang dibawa oleh kegagalan tanaman lebih jauh terkena terutamanya di Ireland kerana kebergantungan tinggi satu pertiga penduduk pulau tersebut kepada tanaman tersebut atas faktor bermotifkan etnik, agama, politik, sosial dan ekonomi seperti pemerolehan tanah, pemilikan ghaib tanah oleh pemilik yang tidak menghuninya (absentee landlord) dan pemaktubanUndang-Undang Bijirin oleh kerajaan Britain. Kesemua faktor ini menyumbang kepada bencana ini pada tahap-tahap yang berbeza serta dihujahkan secara sengitnya dalam perbincangan sejarah.

Bencana ini merupakan titik genting dalam sejarah Ireland[1]:xv yang pada ketika itu merupakan sebahagian daripada negara gabunganNegara Beraja Bersatu Britain Raya dan Ireland dari segi demografi, politik dan budaya di pulau tersebut. Ia menjadi begitu diingatipenduduk Ireland serta diasporanya <ref>"The Famine that affected Ireland from 1845 to 1852 has become an integral part of folk legend."[1]:342 lalu menjadi pembakar semangat pergerakan-pergerakan yang mendokong fahamannasionalisme di Ireland. Hubungan antara masyarakat pulau tersebut Ireland dengan kerajaan yang memerintah di United Kingdom menjadi lebih keruh lalu menegangkan hubungan antara etnik dan mazhab agama (yakni antara golongan Katolik Ireland dengan Anglikan Britain), serta menguatkan sentimen dan perjuangannasionalisme danrepublikanisme di Ireland serta para emigrannya di negara lain sejauh Amerika Syarikat.

Rujukan

[sunting |sunting sumber]
  1. ^abcKinealy, Christine (1994),This Great Calamity, Gill & Macmillan,ISBN 0-7171-1881-9
  2. ^Ó Gráda, Cormac (2006),Ireland's Great Famine: Interdisciplinary Perspectives, Dublin Press,ISBN 978-1-904558-57-6

Pautan luar

[sunting |sunting sumber]
Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kebuluran_Besar_Ireland&oldid=4612393"
Kategori-kategori tersembunyi:

[8]ページ先頭

©2009-2025 Movatter.jp